Usrah, perlu menyentuh hati

Usrah adalah sekumpulan manusia berkumpul dan berbincang dengan pengisian tertentu setiap sesi bagi memantapkan kepercayaan kepada Allah.

Assalamualaikum.

Saya Nurul(bukan nama sebenar), saya nak tanya pendapat awak. Usrah yang kami buat kurang bergerak disebabkan tidak mendapat sambutan. Mungkin salah satu faktor ialah sebilangan dari kami sekolah biasa-biasa sahaja, bukan dari sekolah agama. Jadi pengetahuan agama kami agak cetek dan mungkin pengisian kami agak lemah. Jadi, saya nak tanya pendapat awak apa kami patut lakukan nak mantapkan usrah kami. Bagaimana kami nak ajak junior sertai usrah?

Teringat saya sendiri pernah bertanya kepada diri sendiri soalan sebegini. Walaupun saya datang dari sekolah agama, tetapi semasa sekolah dahulu tidak pernah saya ke hadapan menyampaikan tazkirah, selalu ponteng-ponteng program ceramah dan kalau ada program bersifat keagamaan sayalah antara mereka yang mencari alasan untuk tidak hadir.

Jadi, mudah sahaja yang tidak semua pelajar sekolah agama adalah mereka yang pandai agama. Tidak semua pelajar sekolah agama minat hendak belajar agama. Sepatutnya persoalan saya tidak dapat berdakwah kerana saya bukan dari sekolah agama tidak muncul.

Mungkin juga apabila sudah ada cop ‘Bekas Pelajar Sekolah Agama’ pada diri lebih mudah untuk berdakwah. Tidaklah dapat dinafikan kenyataan sebegitu, cuma seorang sahabat seusrah saya yang bukan dari sekolah agama boleh berdakwah dengan begitu mudah sekali.

Soalnya adalah bagaimana kita mempromosikan dakwah tersebut.

Memenuhi keperluan psikologi

Macam jurujual, salah cara promosi siapa yang hendak beli produknya. Tersalah cakap sedikit, lari orang sebelum dia menamatkan skrip menjualnya. Begitu juga dengan kita yang ingin mempromosikan usrah atau mengajak orang lain sama-sama berusrah.

Apabila kita jumpa pelanggan, pertama sekali yang perlu dibuat adalah kita memenuhi keperluan psikologi pelanggan tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan keperluan psikologi?

Secara mudahnya keperluan psikologi adalah keperluan emosi seseorang itu. Kalau dia rasa sedih, kita cuba gembirakan. Kalau dia ingin disanjung, kita sanjung-sanjungkan. Kalau dia rasa kuasanya perlu dihormati, kita mestilah tunjukkan rasa hormat. Ini adalah perkara asas dalam urusan berurus niaga.

Contohnya katakan anda ingin berjumpa dengan seorang yang ternama. Orang ini boleh dikatakan paling dihormati rakyat macam Tuan Guru Nik Aziz atau mungkin pakar kewangan Azizi Ali. Tiba-tiba dia memanggil anda dengan panggilan Tuan.

Saya bagi satu situasi. Ada seorang lelaki bernama Ahmad ingin berjumpa seorang Pengarah Syarikat yang maju. Pada awalnya sebelum berjumpa, Ahmad berkata dalam hati, “Ah, dia ini orang ternama. Manalah nak tegur pelajar universiti macam aku.”

Sebaik sahaja disilakan oleh Setiausaha syarikat ke dalam bilik Pengarah, Pengarah tersebut yang terlebih dahulu menanyakan khabar.

“Ya, tuan Ahmad. Apa khabar tuan hari ini?”

Apa agak-agaknya perasaan Ahmad? Mestilah dalam hati rasa serba salah. Patutkah orang ternama ini memanggil aku tuan. Tetapi dalam pada masa yang sama, secara tidak langsung pandangan Ahmad terhadap orang ternama tersebut tentulah berubah – daripada persepsi negatif pada awalnya kepada persepsi positif.

Apabila kita berjumpa dengan anak usrah begitu juga yang perlu kita buat. Isi keperluan psikologinya dahulu. Bila emosinya sudah tenteram, barulah seronok hendak menerima pengisian.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Begitu juga dengan kisah Nabi Muhammad yang dicaci dan dihina oleh seorang perempuan Yahudi setiap kali beliau lalu di hadapan rumah perempuan tersebut. Mungkin emosi perempuan tersebut terganggu dengan kedatangan Islam lantas setiap kali Nabi Muhammad lalu di hadapan rumahnya dia baling dengan najis.

Suatu hari perempuan tersebut jatuh sakit dan apa yang Nabi Muhammad buat, beliau melawat perempuan tersebut dan membantu meringankan beban perempuan tersebut. Terus terubat emosi perempuan tersebut dan akhirnya memeluk Islam.

Koreksi diri

Andai kata ada seorang anak usrah mengatakan usrah kita itu membosankan. Seorang rakan saya mencadangkan agar kita pelbagaikan aktiviti untuk usrah kita itu. Contohnya seperti setiap petang, akan ada latihan badminton bersama atau seminggu sekali main futsal bersama atau lagi seronok kalau sebulan sekali boleh mandi-mandi air terjun.

Mungkin juga kita perlu melihat ke dalam diri sendiri terlebih dahulu. Periksa apa silap atau kekurangan kita. Kalau kita ini orangnya terlalu tegas, belajar buat humor sekali sekala. Kalau kita ini orangnya terlalu bersahaja, belajar tegas sekali sekala.

The Author

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang perniagaan internet. Kerap dijemput memberi training di institusi dan organisasi seluruh Malaysia. Harapan beliau hanya satu, 'Berkongsi sehabis mungkin!'Other posts by Azree Hanifiah


4 Responses

  1. as

    warna biru kuning pink tu macam dull..


  2. sal~istisyhad

    Usrah yang best selalunya akan membuatkan setiap ahli rasa tak sabar2 nak pergi ryte? terbayang mcamana keadaan para sahabat (pioneer kpd halaqah) tak sabar2 untuk bertemu rasulullah~nak dengar perkara2 baru ttg deen yg baru yakni ISLAM~keadaan yg sangat dinantikan itu akhirnya membuahkan hasil->berkobar2 nak ceritakan ttg ISLAM pada orang baru sehinggakan pagi tu dpt tahu ttg ISLAM yg syumul/satisfy SEMUA keperluan (jasadi/ruhi/mentally insan)/satu2nya Deen yang diterima kepada orang lain..Ptg tu dah boleh bawa 6 orang ‘baru’

    (mantapnya ‘Aqidah derang! tekadnya Fikrah derang di kala itu! kuatnya Semangat derang)

    Wallahu’alam~


  3. Assalamualaikum,
    saya pun tersentuh dgn tulisan ini…cukup sederhana dan kembali kepada psikologi manusia,walaupun tanpa syarah ayat Al-Quran dan hadis berjela.


  4. Hehe. Biasa la. Tiru design di internet. Itu pun malas-malas nak touch up. Bagi cepat-cepat siap saja dalam 10 minit.