Upin & Ipin
“Puasa… puasa…” Jawab Upin dan Ipin serentak sambil mengangguk-anggukkan kepala.
“Ala.. Takpe, orang tak tau,” Balas Rajoo pula.
“Betul.. betul..” Jawab Upin dan Ipin lagi sambil mengangguk-anggukkan kepala.
“Ei, tak boleh. Lu punya Tuhan tau wo. Nanti lu punya Tuhan manyak marah. Mana boleh main-main,”
Saya baru selesai menonton empat episod siri animasi ‘Upin & Ipin’ ini semalam sebelum meeting untuk website KONSIS bermula. Cerita-cerita di dalam siri ini ringkas sahaja tetapi mampu mencuit hati dan menghiburkan.
Pada awalnya saya tidak begitu peduli apabila diberitahu tentang siri ini. Mana tidaknya, saya diberitahu bahawa setiap episod dalam siri ini hanya dalam tempoh 5 minit sahaja! Jadi, pada pendapat saya manakan puas menonton untuk 5 minit sahaja. Lagi-lagi cerita Melayu. Hurm. Tanggapan serong saya.
Tetapi ternyata tanggapan saya terhadap siri animasi ini silap sama sekali. Semalam sebelum meeting bermula sambil menunggu beberapa ahli lain datang, Akh Safwan membuka cerita ini pada laptopnya. Saya yang duduk di sebelahnya hanya menjeling-jeling.
Baru tidak sampai seminit saya menjeling-jeling, akhirnya saya mengalah. Dalam seminit dengan hanya menjeling-jeling, siri animasi ini mampu membuatkan saya terhibur dengan telatah dua adik beradik kembar, Upin dan Ipin.
Siapa Upin dan Ipin
Watak-watak dalam siri animasi Upin & Ipin ini diambil daripada filem animasi Geng yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan. Beberapa watak lain seperti Mei Mei dan Rajoo untuk melengkapkan kebudayaan di Malaysia.
Untuk empat episod pertama ini siri ini mengisahkan tentang sepasang adik-beradik kembar yang pertama kali berpuasa. Memang terlalu banyak gelagat dan karenah lucu merekayang baru sahaja belajar berpuasa.
Siri animasi ini dibuat oleh syarikat Les’ Copaque Production dan ditayangkan secara ekslusif di TV9.
Mesej ringkas
Mesej-mesej yang hendak disampaikan dalam siri animasi ini juga sangat baik dan paling penting bagi saya, ia mudah difahami dan ringkas. Lima minit yang sangat bermakna. Contohnya seperti dialog di atas. Memang sangat mudah dan senang untuk difahami oleh kanak-kanak.
Berdakwah tidak semestinya perlu gunakan kata-kata berapi. Selagi kita memudahkan orang untuk faham tentang Islam, itu lebih baik. Jangan menyampaikan ilmu untuk menunjukkan yang kita pandai. Tetapi sampaikan ilmu supaya orang itu jadi pandai.
Ini pendapat saya, anda pula bagaimana? =)
Kalau rajin ke laamn web syarikat itu, ada dijual vcd/dvd animasi ini. 6 episod terkandung di dalamnya.
Yup. Betul… betul… betul(Baca gaya Ipin).
Nantikan episod 5 hari Jumaat ini!
bila?
Betul…betul…betul
Betul ke kak nana sumbang suara jugak?
betul betul betul…
selamat hari raya…
betul betul betul….
ye la rehe..
yg jdk kak ros 2 kak nana la..huhu
tp kan..kwn sy kate diorg tu rupe mcm anak jin? sy rs pun cam lebih kurang je..
ank jin pun xslh..mkhluk Allah gk kn?
betul betul betul….
betul…..betul….betul….
ada yang punya cd upin & ipin ga…kalo ada gw mau
add gw skm@yahoo.co.id
1st tym tgk vide0 upin n ipin ni
bgus bt0i…at least da jumpe satu cara nk bdakwah kt adek2 yg kecik di umah..thanx..=)
haii,,,
nama saya oby,,
ni tmn saya andy,,
hah ?? betul,,betul,,betull,,
hah,,,
kapan ade gi episod selanjutnye ???
ditunggu,,,
seronok sangat flm nye,,,
hah ??
banyak betul,,,,
Salam semua, upin ipin season 2 (setahun kemudian) sedang ditayangkan di tv9 jam 7.00pm. Ceritanya pon menarik.. kepada yang terlepas tonton boleh lihat di youtube taip upinipin..
cerita ni best giler beb………
Jangan lupa sesiapa yang suka upin dan adiknya tengoklah GENG PENGEMBARAAN BERMULA
(0_-)