
Seorang rakan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap beberapa perbincangan di sebuah forum.
“Saya marah, bosan dan menyampah dengan forum yang penuh dengan orang agama, dimana ramainya orang agama, maka di situlah berkumpulnya pelbagai masalah.”
Seminggu yang lepas saya sempat minum teh bersama beberapa rakan penulis dan turut serta Encik Faris, Pengurus PTS Islamika. Dia juga menyatakan hal yang lebih kurang sama.
Beberapa orang ‘ustaz’ yang menghantar manuskrip buku kepadanya tidak mahu menerima pendapat atau cadangan daripada pihak PTS untuk tujuan memudahkan buku tersebut difahami orang awam.
“Rosaklah imej saya nanti kalau tiada teks bahasa Arab dalam buku saya.”
Kata Puan Ainon Mohd pula, kebayakkan ayat-ayat ‘ustaz’ ini adalah ayat untuk meng-impress. Ayat meng-impress ini adalah ayat untuk menunjukkan kepandaian ilmunya kepada kepada orang-orang pandai lain dalam bidang yang sama.
Boleh baca entrinya di sini.
Isunya adalah isu orang agama yang tidak mahu menerima pendapat orang lain. Merasakan diri sudah banyak kitab dibaca berbanding ‘si dia’, maka buat apa mahu dengar pendapat ‘si dia’. Isunya adalah isu orang yang sudah merasakan diri cukup lengkap dengan ilmu.
Tetapi entri saya kali ini bersifat umum, tidak ditujukan kepada mana-mana golongan.
3 Jenis Manusia
Setiap orang ada sesuatu yang ingin mereka kongsi, sesuatu yang mungkin ada manfaat kepada kita, kadang sesuatu yang kita tidak tahu langsung. Tetapi ia hanya berguna jika kita ada adab atau perangai yang betul.
Tiada Orang Yang Boleh Mengajar Saya
Beberapa orang merasakan dia sudah tahu semua benda. Seorang professor universiti boleh jadi tidak mahu menerima pendapat pelajarnya kerana merasakan dirinya sudah cukup hebat memiliki pangkat professor. Seorang pengurus besar sebuah syarikat mungkin tidak mahu menerima pendapat tukang cuci lantai tentang susun atur pejabatnya.
Ah, dirinya sudah belajar lebih tinggi, buat apa hendak dengar cakap orang biasa-biasa?
Jenis manusia seperti ini egonya agak tinggi. Kalau orang yang menegurnya belajar tidak tinggi mana, memang tidak akan diikutnya nasihat orang tersebut.
Realitinya tiada siapa yang lebih pandai, tiada siapa yang lebih kuat, tiada siapa lebih bagus. Kalau kita rasakan kita lebih pandai daripada ‘si dia’, pasti ‘si dia’ juga ada sesuatu yang kita tidak tahu.
Pengalaman hidup setiap orang lain-lain. Apa yang dia alami belum tentu kita juga alami. Oleh sebab itu aktiviti perkongsian pengalaman juga sesuatu yang penting.
Aku lain, kau lain.
Seseorang Boleh Mengajar Saya
Kadang kalau dilihat di website forum Islam, sering kita lihat perbalahan yang terjadi. Selagi tiada ‘tok imam’ atau ‘mufti’ yang dirasakan mereka lebih banyak ilmu mengeluarkan pendapat, selagi itulah perbalahan berterusan.
“Ah, dia ini mahu keluarkan pendapat songsang. Kat pondok aku dulu ajar lain.”
Bila terdapat perbezaan pendapat sedikit terus berbalah. Pendapat ‘si dia’ betul, cuma mereka ini tidak mahu belajar daripada orang lain. Pendapat mazhabnya sahaja yang betul. Mungkin inilah yang berlaku dalam website al-ahkam.net yang ditutup sementara sebulan yang lepas(Kini sudah mula beroperasi semula).
Setiap orang perlu mempunyai mentor atau role model untuk mereka contohi. Cuma sepatutnya bukan seorang mentor sahaja tetapi biarlah ramai mentor. Mentor penulisan saya sendiri bukan satu dua sahaja tetapi sudah berbelas.
Saya Boleh Belajar Sesuatu Daripada Semua Orang
Anda soal mana-mana ibu bapa apa yang mereka dapat belajar daripada bayi mereka yang baru sahaja lahir. Anda akan mendapati mereka belajar banyak perkara daripada bayi yang masih belum boleh menyebut walau sepatah perkataan pun.
Setiap orang ada sesuatu yang mereka mahu kongsi serperti apa yang mereka belajar dan tahu atau daripada pemerhatian dan pengalaman mereka. Kita cuma perlu menjadi pendengar sahaja. Kajian menunjukkan bahawa kita sentiasa boleh belajar sesuatu daripada orang lain walaupun mereka tidak berhajat pun untuk mengajar atau berkongsi dengan kita apa-apa.
Setiap orang ada potensi untuk mengajar kita sesuatu perkara. Soalnya pada kita sahaja sama ada hendak belajar atau pun tidak.
****
“Apabila ‘pelajar’ sudah bersedia untuk belajar tentang sesuatu perkara baru, ‘guru’ yang akan mengajar perkara tersebut akan muncul.” –Plato-
P/s: Buku Ustaz Hadi Awang dan Dato’ Dr. Haron Din pun tiada teks Arab. Mereka tidak bising-bising pun.











ana pun nak letak teks arab nanti.. cemana ni? kui kui
adakah sdr azree baru menyedari fenomena houlier than thou ini?
Keupayaan pendakwah Barat adalah mereka akan berusaha untuk mengelakkan nahu Arab dan menterjemah ke dalam Inggeris mudah.
Bak kata Ramli Sarip..
Aku Menulis, Bukan Kerna Nama..
salam.. diumpamakan kisah Lukmanul Hakim dan anaknya berjalan menaiki kaldai, memang lumrah manusia, yang penting setiap amal mesti dengan niat, kata ulama bila melakukan sesuatu amal, kita perlu periksa niat sebelum, semasa dan selepas amal tersebut
Kenapa ya.. bila baca sahaja tajuk tersebut, laman web yang sama terlintas dalam kepala..hm..hm..
Penat baca.. asyikk dok pertikai benda-benda yang khilaf.. orang yang nak belajar islam jadi tambah keliru..huhuhu
Jika diteliti hadis-hadis Rasulullah, kebanyakannya dalam bentuk yang pendek-pendek dan mudah difahami. Jarang sekali kita lihat hadis yang panjang dan berjela-jela. Paling panjang pun cukup satu muka surat sahaja.
Metodologi Rasulullah dalam dakwah dengan mulut/kata-kata cukup mudah. Tidak perlu jadi sasterawan (baginda seorang buta huruf), tidak perlu perkataan bombastik, tidak perlu penjelasan yang panjang-panjang.
Dalam salah satu hadis 40 An-Nawawi, Nabi menasihati seorang sahabat hanya dengan ‘la taghdab’ (jangan marah). Cukup mudah. Nabi tidak meleret-leret membacakan ayat Al-Qur’an yang menceritakan kesabaran, ataupun ganjaran bersabar ataupun bahana amarah. Nabi berdakwah bukan untuk impress tapi untuk express.
Holier than thou.
Pada pendapat saya, kadangkala penulis sebenarnya tidak bermaksud untuk mengimpress tahap ketinggian ilmunya kepada pembaca. Boleh jadi perkataan bahasa asing yang mahu digunakan tiada terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu. Maka terpaksa guna perkataan yang asal untuk tidak mengubah maksud.
Saya sendiri mengalami kesukaran apabila mahu menterjemahkan istilah sains ke dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu sangat terhad perbendaharaan katanya berbanding bahasa Arab dan English. Dalam keadaan saya bukan ahli lingusitik, memilih perkataan dan menyusun ayat supaya dapat difahami dengan mudah oleh pembaca adalah satu perkara yang sulit.
Apapun, saya juga melihat fenomena lambakan ayat Al-Quran dan Hadis berbanding isi dalam penulisan satu perkara yang kurang baik. Bagaimana mahu memberi kefahaman tentang ayat Al-Quran sekiranya 3/4 dari penulisan adalah ayat Al-Qur’an. Lebih baik membaca terjemahan.
Lagi satu, fenomena nota kaki lebih banyak berbanding isi. Dr Yusuf Qardhawi dalam kebanyakan kitabnya tidak menulis nota kaki sekiranya mengeluarkan sebuah hadis atau pendapat ulama. Dr Aidh Al-Qarni tidak menulis nota kaki pada hadis dalam kitab beliau yang popular ‘La Tahzan’ Hasilnya readibility index meningkat. Semua orang mudah baca dan faham walaupun penulisnya bertaraf doktor dan mujtahid!
teringat saya semalam ketika menghantar assignment ke bilik lecturer. sebagai course work kami ditugaskan untuk siapkan apa2 kertas kerja tentang apa tajuk yang kami minat. saya memilih utk buat paper work tentang ‘misquoting Jesus’
setelah lecturer membelek2 hasil saya, saya berminat dengan satu pernyataannya ” you will win in debate, but most debaters fail to da’wah”. mungkin dalam tulisan saya, saya seakan-akan byk mendatangkan hujah dan bukti ketidak logikan agama kristian. sepertimana mungkin y dilakukan ahmat deedat. (saya akui ia terkesan drpd suasana lawyering ketika di kuliah).
tetapi, katanya dengan hujah yang berjela-jela dan dalil2 yang didatangkan sebenarnya lebih membangkitkan semangat pihak yang ditentang untuk melawan kembali hujah. jadi, mesej dakwah yang cuba disampaikan tidak langsung akan terkesan. sebaliknya mencetuskan ketaksuban dua pihak untuk mempertahankan diri masing2.
apa yang saya cuba sampaikan, saya memandang tulisan sdr azree dari sudut dakwah. bagaimana Rasulullah menasihat, bagaimana sahabat diteladani, bagaimana cendekiawan dikagumi adalah kerana kesderhanaan dan hikmah pada akhlaknya. bukan pada petahnya dan banyaknya dia berkata.
saya juga setuju dengan penyataan sdr saifuddin. cukup sahaja dikaji hadith 40 imam nawawi. hadith yang pendek2 tetapi ibrahnya sgt hebat. mengenai hadith yang panjang memang ada, tetapi tidak banyak. mungkin hadith yang berkatian tentang juála’boleh saya klasifikasikan hadith yang agak panjang.
jadi, jika ingin kata kita diikuti, berhikmahlah dalam penyampaian. dan hikmah itu adalah satu anugerah yang tidak semua orang dapat. hikmah pada Rasulullah, hanya dengan memandang wajahnya, hati si kafir terus mencair. itu belum lagi Rasulullah berkata-kata. hikmah pada kita? bila berkata atau menasihati terasa berkatnya. sesungguhnya, kata yang memberi kesan pada hati orang lain adalah kerana keberkatan lidahnya.
wallahua’lam
Tulisan yang cukup bermakna. Theme yang menarik! Bila tukar theme? Satu peringatan yang masih saya pegang ialah: Jika seseorang itu melihat alam kelilingnya itu sebagai ayat ayat Allah, maka setiap itu adalah bahan mengajar/belajar, hatta daripada seorang bayi, seekor anak kucing atau daripada seorang newbie (pelajar). Seorang profesor sekalipun, jika beliau gagal belajar daripada anak muridnya bererti dia sudah berhenti belajar dan tidak lagi layak dipandang sebagai seorang pelajar sepanjang hayat.
jujur saya katakan akhirnya saya jumpa perkataan atau istilah yang sesuai untuk mereka yang dibincangkan di bawah tajuk ini.
Dah lama hidup dalam lingkup kumpulan ini, tapi saya tak boleh terima dan tak tahu bagaimana nak luahkan betapa saya tak berminat dgn cara mereka ini.
akhirnya ada yang nampak.MUJUr
Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah banyak yang saya pelajari dari entry-entry akh azree. Mungkin setiap entry boleh saya katakan punya ilmu tambahan buat saya dan umum, begitu juga entry kali ini.
Adapun, saya bersetuju dengan pendapat akh zaiful dan saifudin, serta ukht xara dan izzah. Perlu ada hikmah dalam penyampaian supaya tidak mengundang sangka buruk prang lain dan mengakibatkan kekeliruan, serta khusnul dzon supaya tidak bias mengundang fitnah ke atas golongan tertentu. Samada impress atau express, itu soal niat asal yang lahir dari hati yang hanya ALLAH swt yang tahu setiapnya, siapa kita untuk mempertikaikannya? Tidak perlu membandingkan mana-mana ulama’/penulis kerana setiap orang pasti ada pendekatannya.
Kita semua memang tidak sama. Dan ketidaksamaan ini yang melengkapkan dakwah islam menjalar ke setiap lapisan masyarakat. Setiapnya pasti ada sumbangan yang hanya ALLAH swt berhak mengadili. Kalau tidak setuju dengan pendekatan pihak lain contohnya seperti penyertaan teks arab dalam tulisan, maka teks anda sebegini sudah cukup bermanfaat. Jika lebih selesa menggunakan teks arab kerana dapat meyakini orang dengan penulisan kita (lagi2 bila masuk quran dan hadith) maka eloklah teruskan supaya dapat membantu dari segi hujjah. Pilihlah mengikut keselesaan dan kepakaran masing-masing, namun, jangan ada proses mengutuk atau merendahkan yang mana lebih baik. Jika ingin memberi pendapat, sampaikanlah dengan kata yang baik (tanpa sindiran apatah lagi mengutuk terang-terangan) yang tak mungkin menghiris perasaan orang yang ditegur.
Pernah ada seorang pelajar bertanya kepada mufti mesir tentang komennya mengenai ibnu taimiyah dan yusuf al-qardhawi, dan beliau menjawab, ’siapalah saya untuk mengkritik mereka, kerana saya ibarat butir debu di padang pasir diantara dua gunung’. Jadi siapalah kita yang jauh lebih rendah pengetahuan dari mufti mesir tersebut. Fikir-fikirkanlah.
Berhati-hati sebab sekarang yang dipertikaikan adalah penggunaan teks arab di dalam penulisan, sudah tentu berkaitan ayat-ayat ALLAH swt dan hadith-hadith baginda Rasulullah saw. Mahu masukkan, alhamdulillah, pasti ada ganjaran membesarkan ayatNYA, jika tak mahu, terpulang, tiada dosa dan tiada pahala. Maka sepatutnya tiada pertikaian kerana ia ibarat kita mempertikaikan sumber asalnya, takut-takut mengundang murkaNYA. Nauzubillah….
Wallahua’lam
p/s: Kesian pada ustaz hadi awang dan dr.haron din yang tak pernah minta di bandingkan dengan ustaz lain yang memilih teks arab.Jauh sekali mereka menyindir ustaz2 ini kerana bagi golongan ulama’, mereka adalah rakan seperjuangan. Mereka tak pernah bising, jadi kenapa perlu disini bising?
apapun penerangan tentang Holier Than Thou ni memang amat bermanfaat..syukran…