Danial adalah seorang pelajar sekolah berasrama penuh. Suatu hari Danial diminta oleh guru untuk mengisi satu slot pada perhimpunan pagi dengan tazkirah. Itu merupakan kali pertama dia diminta berucap di hadapan ramai.
Dia sedikit tergagap-gagap semasa menyampaikan ucapannya. Pelajar-pelajar lain mula menggelakkannya.
Setahun berlalu. Kali ini dia diminta berucap di hadapan kelas sahaja. Perkara sama berulang. Dia sedikit gugup dan digelakkan akhirnya. Sejak hari itu dia berasa teramat malu dan takut untuk berucap di depan ramai lagi.
Dia berkeyakinan yang dia adalah seorang yang gugup dan tiada bakat untuk berucap di khalayak ramai. Pengalaman membezakan kita dari segi perwatakan. Pengalaman membentuk diri kita.
Pengalaman dan kotak pemikiran
Pengalaman dan kejadian yang dialami setiap orang menjadi kayu ukur atau paradigma dalam diri masing-masing. Oleh kerana itu, ‘baik’ bagi kita mungkin ‘tidak baik’ bagi orang lain. Mungkin sebab itu apabila kita pergi ke tempat menjual minyak wangi, ada wangian yang kita kata ‘wangi’ tetapi kawan kita kata ‘busuk’.
Hal ini kerana setiap orang ada kayu ukurnya yang tersendiri dalam membuat penilaian. Kotak pemikiran menyebabkan kita tidak mampu berfikir secara objektif dalam sesuatu perkara. Kotak tersebutlah yang akan membatasi pemikiran kita.
Dan begitulah pengalaman mencorak diri saya semasa di sekolah dahulu. Memang saya dikenali sebagai seorang yang banyak cakap tetapi jika disuruh berucap di depan sahaja terus mulut terdiam. Malah jika disuruh untuk menguruskan mesyuarat persatuan pun saya akan menolak.
Pengalaman lalu menjadikan saya begitu. Pengalaman menjadi bahan gelak semasa di sekolah. Pengalaman itulah yang membentuk ‘kotak’ saya suatu ketika dahulu.
Berfikir di luar kotak bukan sahaja diperlukan semasa mencipta atau mereka bentuk sesuatu pelan atau projek. Tetapi juga dalam setiap penilaian, lebih-lebih lagi jika orang lain meminta kita menilai sesuatu.
Membuat penilaian terhadap orang lain mengikut ‘kotak pemikiran’ kita sendiri adalah bahaya. Lebih bahaya jika kita betul-betul yakin yang perkara tersebut adalah yang paling betul dan paling tepat. Sampai jika orang lain menyalahkannya, kita cuba membetulkan.
Dan begitulah proses berlangsung sehingga menyebabkan sindrom ‘Holier Than Thou’ melimpah tanpa dapat diri kita sendiri mengawalnya. Bukanlah salah jika kita punya pendapat sendiri berdasarkan hujah yang kita yakini. Tetapi menolak dengan cara menyalahkan pendapat orang lain yang juga ada hujah masing-masing adalah kurang tepat.
“Bebaskan diri anda dari pengalaman-pengalaman yang membelenggu pemikiran, Berfikirlah secara merdeka.” -Ary Ginanjar Agustian-
Berfikir di luar kotak memerlukan diri kita sendiri berada di luar kotak atau bergerak ke luar kotak. ‘Kotak’ di sini bermaksud kebiasaan yang kita buat atau yang kita lihat.
Mengambil contoh pelajar bernama Danial tadi yang sudah tidak yakin untuk berucap di depan khalayak ramai. Jika dia mahu berubah, dia perlulah keluar daripada kebiasaannya. Mungkin sekadar cakap seminit dua dahulu atau membaca sajak.
Berfirkir di luar kotak juga memerlukan kita membaca perasaan orang lain.
Naruto Vs Gaara
Naruto dan Gaara sejak dari kecil disisihkan oleh masyarakat sekitarnya. Umpama macam kita tinggal di kawasan kampung tetapi orang sekeliling tidak bertegur sapa dengan kita pun. Itulah yang berlaku kepada mereka berdua. Perkara tersebut membuatkan mereka berdua berasa sepi dan tersisih.
Tetapi Naruto cukup berbeza dengan Gaara. Dia cuba sedaya upaya untuk membuatkan dirinya dihargai masyarakat. Manakala Gaara pula sekadar membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku.

Hasilnya, masyarakat Konoha makin dapat menerima kehadiran Naruto. Malah yang paling penting, Naruto tetap mempunyai keyakinan dalam dirinya yang suatu hari nanti seluruh Konoha akan menghargai kewujudannya. Sebaliknya berlaku kepada Gaara, dia tidak berasa kisah pun jika orang lain tidak mempedulikannya.
Semasa mereka berdua bertembung dalam satu pertempuran, saat Konoha sedang diserang hebat oleh Orochimaru, Naruto menyedari tentang persamaan yang terdapat dalam diri mereka berdua. Lantas terus faham dan bertindak menyedarkan Gaara dengan cara yang sesuai.
Menyelesaikan masalah dengan berfikir di luar kotak
Suatu hari semasa saya dengan seorang rakan sedang berjalan-jalan, lalu sekumpulan remaja dengan pakaian tidak senonoh. Terus sahaja rakan saya berkata, “Apalah nak jadi dengan budak-budak ini. Jomlah kita pergi dari sini.”
“Sekejaplah lagi. Tak habis merayau lagi ni. Kita duduk-duduk dulu sini.” Sengih saya kepadanya.
Teringat saya kata-kata seorang pensyarah, “Saya kalau boleh nak tengok yang pakai kopiah berjalan dengan yang kaki samseng, yang pakai tudung labuh tidaklah berjalan dengan geng-geng pakai tudung labuh juga.”
Bagi saya, jika betul ingin membantu rakan-rakan lain, berjalanlah dengan mereka dan fahami ‘kotak pemikiran’ mereka.
.
Azree Hanifiah
30 Jun 2008
World Assembly Muslim of Youth











assalamualaikum. salam ziarah..seronok bce nta punye blog..ana nk minx pndangan leh..camner nk hasilkan pnulisan yg baik n x terawang2 ye..jemput ke blog ana halimelqeat2.blogspot.com..
harap dapat mmberi tguran bg mbina keyakinan diri dalam penulisan
Banyak sikap positif dalam diri Naruto. Dia tidak mudah mengalah dan punya visi yang jelas, di mana dia mahu menjadi Hokage satu hari nanti.
Bila Naruto tahu yang Gaara dan menjadi Kazikage di Sand Village, dia merasa terpukul,namun kagum dengan kehebatan Gaara. Justeru, menjadikan kejayaan Gaara sebagai pencetus semangat dirinya.
-Shueqry-
“Seek to understand, then to be understood”
Mungkin ramai orang menggunakan kotak pemikiran sendiri untuk membuat penilaian kepada orang lain dan juga penilaian kepada kemampuan diri.
Tapi ramai juga yang belajar dari kegagalan lepas dan menang di kemudian hari kerana banyaknya gagal di hari hari yang telah lepas
Positif itu penting
Sebulan lagi pergi ke mana?
Hehe…..Naruto dengan Gaara. Contoh yang paling sesuai sekali.
Berfikir di luar kotak…hmmm…..Selain itu kita kena juga keluar dari zon selesa kita. Tentu susah nak berubah secara mendadak, tetapi boleh sahaja secara perlahan-lahan. Lama-kelamaan, kita akan terbiasa dengan perkara baru pula. Yang penting, kita memulakan perubahan itu.
Azree & pengunjung studiomuslim.com semua,
Jom berpantun di http://www.hairul.net/
“Pantun, Bukan Untuk Yang Berjiwa Kartun.”
berfikir diluar kotak? urm.. saya fikir itu perlu.
kadang2 kita lihat mereka yang baik-baik ni sering menyisihkan mereka yang kurang baik.. katanya tak masuk dalam kotak mereka.
saya fikir org-org seperti inilah yang kita perlu tolong untuk mereka berfikir diluar kotak dan melihat dunia dari sudut yang berbeza
penting sey berfikir ‘di luar kotak’ nie…kalo yang aku blajar…thinking out of the box…sangat penting untuk engineer…baru bole muncul idea2 yang baru…
btol ke aku tulis nie we…hehehe…
berfikir di luar kotak ni.. mungkin berfikir yang lain dari yang lain??
Ramai rupanya peminat Naruto. Hehe.
ada jugak yg -ve dgn naruto..
cth:- sexy no jutsu…