Puisi-puisi Pilihan SN: Usman Awang

 

Usman Awang

 

“Azree nak pergi mana lepas ini?” Tanya Kak Hani selepas tamat program di DBP pada Sabtu yang lepas.

“Ingat nak pergi merayau di Lowyatt. Hendak pergi survey barang komputer.” Jawab saya.

Sebenarnya saya tidak sempat pun menyertai bengkel “Blog dan Trend” di DBP itu. Sudah terlewat sangat. Tetapi ingin juga melangkahkan kaki di DBP dengan harapan dapat bersemuka dengan beberapa orang penulis.

Hendak menulis pun perlukan sokongan, lagi-lagi bila sudah tiga bulan lebih tidak menulis karya kreatif.

Petang itu selepas berjalan-jalan di Lowyatt, saya makan angin pula di Borders, Times Square. Hampir dua jam setengah saya di sana. Cari buku dan baca.

Akhirnya bertemu dengan buku ‘Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang’. Susah untuk menemui buku ini walaupun dicari di DBP. Terus sahaja saya membelinya. Mujur duit mencukupi.

Sebelum ini saya sudah membaca kumpulan puisi Usman Awang, ‘Duri dan Api’, yang dipinjam dari perpustakaan Sekolah Tun Fatimah. Tetapi ternyata buku puisi yang baru saya beli ini punya kelainan yang tersendiri.

Romantis dan politik

Usman AwangSelama ini saya mengenali Usman Awang dengan sajak-sajaknya yang bernada romantis, dan temanya juga banyak tentang cinta antara manusia. Lihat sahaja serangkap sajaknya yang ini:

Akan kutenun awan-gemawan

menjadi selendang

menudungi rambutmu

Akan kujahit bayu gunung

menjadi baju

pakaian malammu

(Kekasih)

Dalam buku puisi ini, saya dapat melihat perkembangan dunia sastera Usman Awang yang berubah dengan suasan zamannya. Apabila korupsi berlaku, rasuah dan ketidak adilan sosial mula merubah tema-tema puisi beliau.

Beliau mempercayai bahawa puisi menjadi sebahagian dari seluruh masyarakat dan penyair harus peka terhadapnya. Saya mengambil dua rangkap sajak daripada sajak beliau, ‘Beli Buatan Malaysia’:

Sekiranya kami rakyat negara ini berjanji

membeli barangan buatan Malaysia

Bagaimana pula anda,

Para pemilik para pengarah para pengurus

Syarikat-syarikat pengeluar terbesar Malaysia

membeli dengan wang yang anda terima dari kami?

.

Kami ingin pula bertanya

Adakah anda juga membeli barangan buatan Malaysia?

Mari kita mulakan dengan pakaian yang anda pakai

Di manakah pakaian itu dijahit?

Dan pakaian dalam yang menyaluti

bahagian-bahagian penting dan sulit tubuh anda itu

anda beli di mana dan buatan mana?

bagaimana dengan pakaian isteri anda?

Baju dan pakaian dalamnya yang tentu mahal itu

dari jenama apa dan buatan mana?

Kita lihat pula serangkap sajak ‘Gadis Kecil’:

Demikianlah gadis kecil itu

Kurus seperti batang pinang

Bertahun berulang-alik melalui

Penjara kawat duri menemui

ayahnya yang bertahun pula sendiri

menentang tiap penderitaan

tabah dan beriman.

Nostradamus dan ramalannya

Membaca beberapa puisi Usman Awang membuatkan saya merasa bahawa sejarah itu sedang berulang. Apa yang berlaku pada zaman Usman Awang sedang berlaku lagi pada masa kini.

Teringat saya kepada seorang ahli astrologi(tukang nujum) terkenal, Nostradamus. Banyak kajian yang dilakukan ke atas hasil tulisan Nostradamus menunjukkan beberapa ramalan dalam karyanya tepat. Contoh ramalannya yang dikatakan berlaku adalah tumbangnya bangunan PWTC di Amerika pada tahun 1999.

Tetapi terdapat juga beberapa orang pakar mengatakan, Nostradamus bukannya meramal perkara akan datang tetapi sekadar menulis sejarah yang telah berlaku pada zamannya. Cuma dalam tulisannya tidak disebut tarikh, nama yang terlibat dan sebagainya.

Dan sejarah yang ditulis oleh Nostradamus itu berulang kembali pada masa kini. Itulah juga yang saya rasakan berlaku pada sajak-sajak Usman Awang.

Rasuah, korupsi dengan segala macam kebingungan yang berlaku dalam pentadbiran negara suatu ketika dahulu, berlaku lagi sekarang.

Tapi sejarah berulang lagi,

Dalam sorak kemenangan manusia mencari

Ah, masing-masing mencari tempat sendiri

Tegak di atas kemelaratan kami.

.

Itulah bayangan zaman ini

Kulit hanya, isi tak berganti.

(Isi Tak Berganti)

 





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 27% [?]

7 Comments »

  1. avatar comment-top

    maaf azree..sabtu lepas kebetulan bateri akak ‘weak’..sempat rasanya ’sms’ tapi mcm tak sampai je.Terkilan juga tak jumpa azree…intai2 juga tapi tak kelihatan. Bagus betul minat dan usaha azree ke arah sastera ni…moga terus berkarya.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Kak Bibi,
    Tak apa. Saya cuma nak berjumpa mentor saya saja dengan kawan-kawan lain. Biar beringat sikit untuk buat cerpen/sajak baru. Hehe. Garang mentor saya yang satu ini.
    Biarpun tak berkesempatan hendak berjumpa semua, tapi semangat nak menulis itu muncul kembali.

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Salam Azree,

    Lama tak jumpa. Sayang sekali tak sempat bertemu saudara di Wacana DBP. Ramai sungguh yang hadir. Susah dewan seminar itu hendak penuh. Tapi untuk kali ini hampir penuh.

    Buku saudara bila terbit. Tidak sabar hendak baca.

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar
    hamba Allah Says:
    March 28th, 2008 at 4:43 pm
    comment-top

    Puisi kadangkala susah nak difahami terutama bagi orang yang cetek ilmu macam saya tapi bila baca banyak kali, banyak yang dapat diambil iktibar dan buat renungan.

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Salam Azree,
    Wah, nampaknya sajak-sajak itu memang pilihan SN yang sangat tepat. Sungguh mengesankan.
    Buku itu ada dijual online kah? Teringin mahu memilikinya juga. ;>

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Alamak Azree, baru perasan. Iklan Google kamu ada promosi ke laman agama Kristian. Sila klik link saya di atas untuk preview.

    SangPelangi

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    Sdr Riduan Khairi,
    InsyaAllah, mengikut jadual penerbitan tahun depan baru terbit buku saya itu.

    Hamba Allah,
    Bukan saudara sahaja yang membaca banyak kali untuk memahami satu-satu puisi, orang lain juga buat begitu. Termasuklah saya. Puisi untuk dihayati, bukan sekadar baca.

    Sang Pelangi,
    Saya cari buku-buku Usman Awang di DBP pun susah. Lagikan nak online. Ini pun nasib baik terjumpa di Borders.

    Erm. Mengenai isu iklan google itu, saya rasa elok juga saya buang nanti. Itu pun akan dibuat pertimbangan sewajarnya. Terima kasih atas makluman.

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment