Kali ini saya ingin mengajak anda semua mengenali seorang pemuda yang berjaya dicalonkan untuk ‘Most Outstanding Youth of the Year 2007 Awards’.
Dia dahulunya merupakan bekas presiden SRC UIAM untuk tahun 2003/2004. Merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan Mekatronik di UIAM.
Dia dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Ayahnya bekerja sebagai pengait kelapa sawit. Kehidupan keluarga yang miskin inilah yang telah mendorong dia untuk merubah dan memperbaiki keadaan tersebut.
Kejayaan dia dalam bidang pendidikan telah memberikan dorongan kepada adik-adik dia yang lain untuk turut berjaya. Malah orang-orang di kampung dan juga kawasan pedalaman di tempatnya turut mendapat suntikan semangat untuk turut sama berjaya.
Di atas satu kesedaran itulah dia telah banyak memberikan ceramah-ceramah motivasi ke sekolah-sekolah. Dia yakin dan percaya bahawa kemiskinan bukanlah penghalang kepada kejayaan.
Malah dia berkata, “Saya sanggup mengisytiharkan perang bagi sesiapa yang berkata orang miskin tidak akan berjaya.”
Dan sekarang dialah satu-satunya pemuda Islam yang tercalon dalam pencalonan ‘Most Outstanding Youth of the Year 2007 Awards’. Semoga pencalonannya ini membuka ruang lebih besar untuknya mendekatkan masyarakat dengan Islam.
Untuk makluman lanjut tentang anugerah ini boleh kunjungi website:












Semoga kejayaan ini juga menarik minat remaja-remaja lain untuk turut sama berusaha membantu membanteras kemiskinan. Dan tercalon pula untuk anugerah tersebut.
Saudara Azree MH;
Alhamdulillah dan terima kasih sudi kongsikan info tentang saya di laman weblog saudara. Semangat saudara menambah keyakinan saya dalam usaha dan ikhtiar beragama. Semoga ruang dan peluang dakwah akan lebih meluas. Saya hanya insan biasa seperti insan lain. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang berjiwa besar, bercita-cita jelas dan berfikir sedar. Amiin.
sesungguhnya harta tidak pernah membedakan manusia disisi Pencipta. hanya Taqwa mahkota utama.
Sdr Muhtar,
Saya sekadar menumpang gembira atas pencalonan saudara untuk anugerah tersebut. Semoga akan datang lebih ramai lagi remaja Islam yang berjaya dicalonkan untuk anugerah tersebut.
Supaya dapat mengangkat terus imej Islam dan terus membuatkan semua orang tidak kira agama mesra dengan agama Islam.
Sdr Abu Afham,
Harta memang tidak pernah membezakan manusia di sisi pencipta tetapi dengan hartalah ia boleh menguatkan lagi azam dan semangat untuk berjaya.
Islam sendiri menyuruh umatnya menjadi kaya. Tidak percaya? Boleh baca entri saya bertajuk ‘Islam memang suruh umatnya jadi kaya!’
ni pencalonan utk anugerah ape yer? dan saudara muhtar tu sape yer?
Sdr a-kun,
Saya rasa semua persoalan saudara telah dijawab di atas. Mohon baca elok-elok.
Assalamualaikum Azree,kaifa haluka?
Bersemangat saya membaca kisah Muhtar Suhaili.
Saya meminta izin Azree untuk menyiarkan kisahnya di blog saya, sebagai suntikan inspirasi ..
- shueqry -
Shueqry,
Dipersilakan sangat-sangat. Boleh tarik lagi ramai pengundi dia nanti.
Beliau idola saya, yang mahu saya contohi, yg semua mahu ikuti ^_^ V