Minat dan Suka

Minat dan Suka

“Shazli, kau bagi aku jaga kaunter yang kosong. Kaunter ‘undecided’. Boleh aku lepas-lepak. Hehe. Budak KISAS mana ada yang mengaku tiada hala tuju lagi.” Saya mengukir senyum nakal sambil menunggu-nunggu pameran bermula.

Petang Jumaat lepas, saya bersama rakan-rakan bekas pelajar sekolah bertandang semula ke desa ilmu kami yang dulu – Kolej Islam Sultan Alam Shah – untuk satu program anjuran batch kami sendiri. Orang kata kalau bertandang ke sekolah lama jangan cari pasal. Buat baik terlebih dahulu, kemudian barulah pihak sekolah akan ‘berbuat baik’ kepada kita pula.

Program yang kami anjurkan pada petang itu berupa perkongsian pengalaman di universiti. Cara memilih kursus dan bidang yang sesuai dengan minat masing-masing. Kami menyediakan 11 meja mewakili 11 kursus yang ditawarkan selepas SPM. Termasuk juga satu meja untuk pelajar yang masih belum memilih apa-apa kursus – undecided. Malamnya pula kami merancang satu forum untuk pelajar KISAS.

“Ok. Aku pun takut meja itu kosong,” balas Shazli ringkas sambil berlalu ke bahagian depan dewan.

Saya pergi ke arah Illias yang duduk bersama seorang rakannya. Mereka berdua diminta menjaga meja untuk bidang Sains Aktuari (Actuarial Science). Salah satu bidang yang jarang ditonjolkan.

“Kau tolong aku jaga meja ‘Actuarial Science’ lah, Azree.” Ajak Illias.

“Boleh juga. Meja yang aku jaga nanti bukan ada budak nak datang pun,” balas saya disambut gelak.

Ketika itu juga, Shazli mengumumkan supaya semua fasilitator bersiap sedia di meja masing-masing dan pelajar boleh mula bergerak ke arah bidang yang diminati.

Baru sahaja saya hendak mengangkat punggung bersama Illias ke arah meja ‘Actuarial Science’, saya menjeling ke arah meja ‘Undecided’. Penuh. Pelajar perempuan memenuhi meja tersebut berbanding meja-meja ‘panas’ lain seperti kedoktoran, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain.

“Err… Illias, tengok sana. Tak jadilah aku hendak tolong kau.”

Minat Vs Suka

“Saya ada satu soalan. Saya minat sangat hendak jadi doktor. Tapi subjek Biologi dan Kimia saya agak lemah,” soal seorang pelajar perempuan.

Saya menarik nafas perlahan-lahan. Memikirkan jawapan paling sesuai. Saya juga pernah mengalami sendiri keadaan seperti itu. Suka tapi kabur.

“Beginilah, kita kena bezakan apa yang kita suka dan apa yang kita minat. Dua perkara ini nampak sama tetapi berbeza. Suka lebih kepada kehendak atau kemahuan hati. Tapi minat bermaksud cenderung kepada sesuatu.” Saya memerhatikan setiap pelajar yang berada di depan saya. Mereka bagaikan begitu ingin tahu apa yang akan saya sambung.

Suasana di meja lain mula hangat. Meja bidang kedoktoran mula dipenuhi. Tiga meja dibuka untuk bidang itu sahaja.

“Macam mana nak bezakan apa yang kita minat dan apa yang kita suka?” soal seorang pelajar lain. Meja saya pula hanya dipenuhi dengan pelajar-pelajar perempuan.

“Kamu semua suka tengok permainan bola tak? Manchester United kalahkan Liverpool ke?”

Ada yang mengangguk dan ada yang sekadar berdiam sahaja.

“Yang suka tengok bola ini minat tak main untuk bola juga.”

“Tak pandai mainlah, bang.” Ringkas jawapan. Tapi itulah jawapan yang saya hendak dengar.

“Itulah beza antara suka dan minat. Kita mungkin suka tengok doktor merawat pesakit, tengok peguam bersyarah di mahkamah tetapi tidak semestinya minat atau kecenderungan kita juga ke arah perkara tersebut. Sekadar suka-suka, tidak semestinya mendatangkan minat.

Tetapi ada kemungkinan juga kalau kita mengalih minat atau kecenderungan kita sedikit demi sedikit ke arah perkara yang kita suka itu. Sebagai contoh, abang suka tengok orang memasak tapi tidak minat memasak. Kemudian, abang cuba masuk-masuk dapur, tolong-tolong potong bawang, cili dan sebagainya, mungkin minat memasak itu akan timbul.”

Memaksa diri untuk minat

“Kalau begitu, kita boleh paksa diri kita untuk minat jugalah kan?”

“Boleh memang boleh, cuma kita perlukan korbankan sedikit masa. Mungkin sedikit mungkin juga banyak masa perlu dikorbankan. Bukan senang hendak membentuk pasukan bola sepak wanita di Malaysia atau bukan senang hendak menulis sebuah novel kalau kita tiada minat, cuma suka sahaja dan kemudian paksa minat untuk menulis.

Dan adik-adik perlu ingat, contoh paling senang abang sendiri. Cuba-cuba hendak minat bidang kejuruteraan, akhirnya mungkin kerana memikirkan masa yang terlalu lama tapi minat tersebut tidak timbul-timbul, abang memilih untuk menukar bidang lain.” Saya sekadar senyum. Mungkin ada pelajar di hadapan saya itu yang terkejut mengetahui status saya.

“Abang tak rasa rugikah?”

“Kalau kamu sudah ada perancangan apa yang kamu hendak lakukan dalam hidup, pasti tidak rasa rugi. Malah mungkin seronok.” Saya menjawab nakal.

Mengenal pasti minat

“Kalau begitu, macam mana pula saya hendak tahu apa yang saya minat?” Saya ditimpa soalan bertalu-talu. Sepatutnya kaunselor juga akan menjaga meja ini. Mungkin dia ada sedang melihat-lihat meja lain.

Takut saya terbagi salah nasihat.

“Cuba semua keluarkan kertas masing-masing.” Saya memberi arahan. Agak susah mengawal jumlah pelajar yang melebih 15 orang untuk satu meja. Meja lain saya tengok ada yang agak lapang.

“Tulis 5 perkara yang adik-adik minat buat pada waktu lapang. Kemudian tulis 5 perkara perbualan yang hampir setiap hari adik akan tersentuh perkara tersebut dalam perbualan macam perbualan dengan kawan-kawan, cikgu dan sebagainya.”

5 minit masa diberikan. Saya menjeling lagi ke meja-meja lain. Sudah agak lama tidak memesrai wajah rakan-rakan lain. Terpisah oleh jarak dan waktu.

Saya cuba menyambung selepas melihat hampir semua pelajar selesai, “Kebiasaannya, apa yang kita minat memang kita akan buat setiap hari. Dan apa yang kita minat juga agak selalu menjadi topik perbualan kita.

Orang yang minat dalam ilmu hadis umpamanya hampir setiap hari dalam perbualan mereka pasti ada terselit sikit-sikit hadis. Orang yang minat bisnes, dalam perbualannya hari-hari pasti terselit juga sikit-sikit tentang dunia bisnes. Orang yang minat bola, hampir setiap hari pasti mencari berita tentang bola juga dan perbualan mereka juga dipenuhi dengan isu bola tanpa perlu ada perlawanan yang besar pun.”

Penyelesaian

Shazli mengambil tempat di sebelah saya. Dia kemudian menceritakan pengalaman peribadinya dan perancangan hidupnya sampai umur 60 tahun. Semua kelihatan teruja.

Nampaknya meja ‘undecided’ ini boleh jadi meja untuk mereka yang kekurangan motivasi. Motivasi untuk memilih dan motivasi untuk menyambung belajar. Terkejut juga saya apabila menyedari yang ramai pelajar SPM dari sekolah elit pun masih belum mempunyai hala tuju selepas habis SPM nanti.

Apa guna pihak sekolah memaksa mereka belajar dengan jadual yang sebegitu ketat. Dari pagi sampai ke petang dan kemudian sambung ke malam pula. Program pendidikan rohani hampir diabaikan.

Rohani yang tidak dibentuk mudah membuat jiwa resah gelisah. Jiwa yang resah gelisah, agak susah untuk merancang hidup.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 32% [?]

20 Comments »

  1. avatar comment-top

    Tak boleh aku kalau budak perempuan panggil aku ‘abang’, Seriau rasa. Hehe

    “Kalau kamu sudah ada perancangan apa yang kamu hendak lakukan dalam hidup, pasti tidak rasa rugi. Malah mungkin seronok.”

    Setuju dengan ayat ni. Selalunya, perkara yang kita decide sendiri ni bebas dari tekanan luar. Sebab itu kita rasa seronok.

    Kalau keluarga yang decide contohnya, kita akan terbeban dengan high expectation dan rasa keliru antara kehendak sendiri atau keluarga. Mula-mula memang rasa cool kalau dapat course medic contohnya, tapi bila lama-lama tu, kita akan tau yang kita tak minat.

    Dalam hal ini, aku tak rasa prospek pekerjaan menjadi satu masalah. Sebab kalau kita tau apa yang kita minat, takkan ada istilah menganggur.

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on September 4, 2008 12:59 pm:

    Kau seriau ke cemburu? Hehe. :D

    Masa awal-awal ambil bidang kejuruteraan, dengan muka bangga jalan depan budak-budak Sains Kemanusiaan mau pun Sains Fizik. Setahun saja, terus sedar banyak peluang pekerjaan di luar sana.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    apa yang diputuskan tu tambah seronok apabila menyedari Allah bersama kita dan kita ada misi tersendiri dengan memilih sesuatu bidang.

    lebih-lebih setelah menyedari siapa sebenarnya yang menguasai dunia. ;)

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    wah wah..shazli dan Pi’e pun ada..
    Shazlike yang menjadi kepala kepada programni??

    Apa2pun tahniah untuk semua~

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on September 5, 2008 7:44 am:

    A’ah. Shazli orang kuat program. :)
    Thaha, Akmal, Cha, Hilfi dan ramai lagi pelajar UK ada.

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    Program yg menarik. teruskan

    kpd saifuddin: kuang3x.. balik nnt wat pejumpaan 3 penjuru. haha

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on September 5, 2008 10:39 am:

    Saifuddin macam tak nak balik je. ;)

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Congratulations to you all. I realy admire you effort and good work. Keep up the excellent service to the people.

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    salam
    azree..
    cilok gamba kamu eh..tq ;)

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    Wah wah. Azree, tabik spring la. Bagus sangat nasihat-nasihat yang diberi kpd adik-adik tu semua. Memang boleh menjadi motivator berjaya insyaAllah.

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    Kalau la dapat turut serta….. hehe.

    Tiada istilah ‘kalau’ dalam sebuah perjuangan!
    Tahniah semua! Kagum la dengan semangat kalian membantu KISAS.

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on September 9, 2008 1:47 pm:

    Ingat dah nak ajak dah Husaini hari itu. Tapi takut Husaini sibuk saja. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    “Kalau kamu sudah ada perancangan apa yang kamu hendak lakukan dalam hidup, pasti tidak rasa rugi. Malah mungkin seronok.”

    nampaknye sye kene bwat rombakan kt perancangan sye.bkn stakat 10 thn akn dtg je, tpi boleh dipanjangkan jadi perancangan seumur hidup mungkin?hehe..

    kita merancang,Tuhan menentukan.tapi tak salah kite sediakan ‘guideline’ utk mudahkan perjalanan hidup kan? =)

    wallahualam

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    Seronoknya kalau mendpaat sambutan begitu. Kami pernah buat bentuk kaunter seperti ini, malangnya pelajar hanya menyerbu dua kaunter sahaja iaitu kaunter kejuruteraan dan perubatan. Kaunter lain langsung kosong, tiada orang datang.

    Sukar untuk membuka minda mereka ni. Sebab dah set dalam kepala, kalau ada 4 kelas biologi, semua hendak menjadi doktor. 4 kelas sains kejuruteraan, semua nak jadi jurutera. kelas akaun sahaja mungkin terbahagi kepada dua iaitu akauntan atau auditor.

    Sebab itu bila kami turun ke sekolah, kami lebih suka buat talk. Beri peluang semua orang mempromote bidang masing-masing secara adil. Sebab kalau buat kaunter, orang yang paling penat bercakap adalah doktor. kami dari bidang IT ni hanya goyang kaki. Sebab tiada seornag pun yang datang bertanya.(T_T)

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on September 10, 2008 4:07 pm:

    Mereka ini lagi hebat. Ada 10 kelas Sains dan 2 kelas akaun sahaja. :D Macam manalah mereka tidak pening memilih bidang yang betul-betul diminati.

    Ditipu oleh sistem yang membuat bidang sains itu memberi harapan besar.

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Salam,

    Agak terlambat mengomen. ^_^

    Menarik, dan prog mcm ni mmg sgt2 diperlukan. Mcm kami alumni Hidayah, setiap tahun akan adakan program utk adik2 form 5. Nama prog; Uni-Google. Biasanya 2 hari. Mula Jumaat lepas Maghrib dengan tazkirah dan pengenalan kpd persatuan alumni hidayah. then, ada LDK. Sabtu pagi 8-9 ada forum, 9-12 baru start UniGoogle. AlhamduliLlah, at least 15 booth dibuka dengan bantuan alumni yg turun padang.ada yg dah kerja dan ada yg masih belajar.

    Tapi, setakat 4 tahun ni,tak pernah lagi buka undecided booth. rasa tertarik pulak dgn idea ni. :D

    Boleh pnjam idea utk uniG kami akan dtg ye.

    Jzkk

    Teruskan perjuangan!

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    Ish.. rugi pulak rasa, tak usha kaunter yang ada petang tuh..

    btw, jeles dengan drg.. masa kitorang xde pun!!

    hrmm.. papepun.. sangat bangga dengan hasil kerja panelist yang mewakili Mesir malam tuh.. sokong!!

    cuma typical minded orang melayu (i’m included) makan gaji n bujet2 profesional.. ive been one of facis utk prog pagi sabtu,takde plak yang berwawasan jadi usahawan ke, petani berjaya ke..*sigh*

    Erk, klu macam tu buat apa belajar rajin2?

    [Reply]

    comment-bottom
  13. avatar comment-top

    salam ziarah…
    salam dari bumi waqafan…
    moga terus istiqamah.
    fastaqim kama umirta..

    [Reply]

    comment-bottom
  14. avatar comment-top

    program yg menarik..

    tanpa hala tuju, langkah tak bermakna..

    [Reply]

    comment-bottom
  15. avatar comment-top

    sesungguhnya saya memang terkesan dengan tulisan ini.

    saya suka gaya tulisan bercerita seperti ini.

    izinkan saya ‘copy & paste’ tulisan ini dan publish di blog saya.

    pastinya, saya akan ‘credit’kan alamat URL blog tuan ini dalam post tersebut.

    terima kasih.

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment