Menulis dan Kematian

kubur

Saya teringat kata-kata seorang penulis dahulu.

“Tulislah sesuatu yang bermanfaat dan jangan sesekali menulis sesuatu yang boleh merosakkan fikiran orang lain. Setiap apa yang kita tulis dan orang baca pasti akan dicatat untuk diadili di akhirat kelak.”

Kemudian baru tadi saya membaca blog Saudara Suhaimy yang memberitahu tentang seorang penulis blog yang baru meninggal dunia beberapa hari yang lalu. Entri terakhir di blog tersebut sedikit menyentuh hati saya.

Entrinya tentang kematian. Seakan penulisnya tahu apa yang bakal menemuinya di kemudian hari. Apa yang tinggal kini hanyalah beberapa tulisannya di blog tersebut dan hingga ke hari ini masih ada yang menyahut di chatboxnya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan apa yang ditulisnya memberikan manfaat dan peringatan kepada yang membaca.

Apa yang perlu kita ingat adalah setiap apa jua perbuatan kita pasti akan dicatat oleh malaikat. Dan perbuatan kita tersebut akan dinilai sama ada mampu memberikan kita sedikit pahala(tiket ke syurga) ataupun dosa(tendangan ke neraka).

Menulis bukan melepas geram

Saya sebenarnya agak kurang gemar dengan blog yang setakat mengutuk-ngutuk tanpa apa-apa resolusi atau idea yang dikemukakan mereka sendiri. Kutuk-kutuk tanpa anda memberikan idea yang bernas, itu bukan satu perbuatan yang betul.

Walaupun memang saya sendiri tidak nafikan yang saya juga kuat mengutuk kerajaan tetapi bukanlah dengan melepas geram di blog. Kita boleh mengutuk tindakan pihak yang tidak betul, tetapi biarlah caranya berhemah.

Kalau mahu menolak cadangan orang lain, tolaklah dengan betul. Bagi idea anda pula yang mungkin dirasakan lebih elok dan lebih bernas.

Menulis janganlah sekadar melepaskan geram. Menulis adalah ibadah. Kalau kita mati nanti, mungkin hasil tulisan-tulisan kita inilah yang bakal menyelamatkan kita.

Kalau kita sekadar kutuk-kutuk tanpa asas, boleh tak saya katakana itu sebagai satu fitnah? Dan jika kita mengatakan sesuatu yang tidak betul tentang seseorang, bukankah dosanya amat besar?

Menulis juga boleh beramal

Kalaulah anda ada terbaca blog yang mengutuk-ngutuk dasar mana-mana pihak, cubalah tapis yang mana satu lepas geram dengan ilmu.

Dan kepada yang sukakan isu-isu hangat dan panas, saya tahu anda suka membaca isu-isu semasa dan suka pula untuk mengerah otak untuk berfikir secara kritis dan kritikal.

Sejarah telah membuktikan, pihak yang berperang dengan isu tidak akan tahan lama kemenangannya.

Tetapi cubalah untuk menulis secara berhemah, bukan setakat lepas geram sahaja. Itu pasti lebih menjadikan penulisan anda lebih ilmiah dan pasti mendidik diri anda lebih berkarisma.

Bukannya kita tidak boleh menulis sesuatu yang mengkritik dasar kerajaan. Cuma sediakan fakta dan sediakan juga idea daripada anda sendiri. Saya pasti suka membacanya.

Saya ingin juga mengajak beberapa rakan penulis blog untuk menulis perkara-perkara yang baik. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ingat! Menulis itu juga adalah satu ibadah.

P/s: Saya juga berfikir-fikir adakah apa yang saya tulis di blog ini mampu memberikan saya tiket ke syurga jika saya meninggal dunia nanti? Dan siapa pula yang akan meneruskan penulisan di StudioMuslim ini?





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 8% [?]

4 Comments »

  1. avatar comment-top

    Salam Azree,

    betul tu. Menulis bukan sekadar utk lepas geram. Apatah lg utk kutuk2 tak menentu. Mengomen pun bukan sekadar memberikan pendapat yang tak bermutu. Menulis ni ibadah. Jangan sampai apa yang kita tulis meninggalkan kesan yang kurang sihat utk org yg membaca. Menulis ini adalah metod dakwah yang baik sebenarnya. Sbb tak semua org sanggup atau suka menadah telinga utk mendengar tazkirah, ceramah dll.

    just my 2 cents. sorry terlebih panjang plak. Selamat beribadah dalam madrasah ramadhan ini.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Kak Sarah,
    Kalau Kak Sarah bagi komen panjang-panjang lagi tak apa. Lagi seronok saya nak baca. :)

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Thank you for sharing!

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    baiklah saudara Azree.. mulai sekarang saya pun akan menulis yang baik2 saja… mudah2an bisa membawa saya ke surga.. amin.. ^-^

    p/s: terima kasih tulisannya.. sangat bermanfaat..

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment