Menjadi Inspirasi?

 

Sheikh Muszaphar

“Tahu tak siapa angkasawan yang pertama?” Tanya saya kepada beberapa adik sepupu saya.

“Ermm… Entah,” Jawab Ika yang berusia 12 tahun.

“Tak tahulah,” Sopi pula menjawab.

“Malaslah nak ambil tahu,” Jawab si Nurul pula.

Dan begitulah jawapan 3 orang lagi yang lain. Rata-rata mereka tidak tahu. Tidak ambil peduli. Betulkah program tersebut dapat menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia? Saya bertanya-tanya kepada diri sendiri.

“Er.. Doktor sheikh la,” Jawab Arif pula yang sudah berusia 18 tahun. Akhirnya adalah juga seorang sepupu saya yang dapat jawab.

“Erm. Nama penuhnya apa?” Soal saya lagi.

“Tak payahlah tahu nama penuh. Nak buat apa?” Jawabnya.

Betul juga katanya. Buat apalah budak-budak ini hendak ambil tahu kalau tidak berminat. Jadi betulkah Dr. Sheikh Muszaphar itu akan menjadi inspirasi seperti apa yang kerajaan laung-laungkan?

Erm… Mungkin sebab itu mereka sudah bersedia dengan program seterusnya iaitu ceramah ke sekolah-sekolah. Jadinya selepas ini, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Faiz akan ditugaskan oleh mereka untuk menjadi motivator pula. Mungkin selepas ini baru budak-budak akan kenal mereka.

Eh, kenapa pula orang yang menjadi angkasawan perlu ditugaskan menjadi motivator pula? Pergi berceramah ke sana ke sini tentang angkasa yang mereka pergi. Bukankah sepatutnya ‘kajian’ yang mereka jalankan itu perlu diteruskan?

Beza astronaut dengan space traveller

Sebenarnya inilah yang dikatakan program melancong ke angkasa lepas. Harap dapat dibezakan antara angkasawan dengan pelancong angkasa. Angkasawan dilatih bertahun tahun untuk menjalankan misi jangka panjang dan perlu berada di angkasa lepas sekurang-kurangnya enam bulan.

Orang yang menjadi angkasawan manakan mungkin hanya menerima latihan selama setahun sahaja dan terus pergi ke angkasa. Kalau di NASA, angkasawan merupakan satu karier tetapi kita sendiri boleh lihat di Malaysia, angkasawan kita hanya pergi sekali sahaja.

Perkara ini adalah benar walaupun Perdana Menteri kita tetap mengatakan yang Rusia telah mengiktiraf Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan. Kalau dilihat di website RFSA, tidak pula mereka mengatakan yang Dr. Sheikh Muszaphar ini seorang angkasawan. Hurm….

Respon Sifu PTS

Rupa-rupanya Puan Ainon Mohd, Pengerusi syarikat PTS, telah lama menulis tentang perkara ini di blognya. Maklumlah hari raya, mana ada masa hendak buka internet. Hehe. Boleh baca komen beliau di sini.

Teringat saya akan pepatah Tamil yang selalu Sifu sebutkan dalam bengkel-bengkel penulisannya, “Satu batang pokok getah tidak akan menjadi sebuah estet.”

Biarpun pokok getah itu terlalu cantik dan elok bakanya, tapi kalau hanya sepokok sahaja ditanam mana ada orang akan kata kamu telah mempunyai estet. Seorang angkasawan tidak akan menyebabkan negara luar mengatakan negara itu telah maju dalam sains dan teknologi.

Adakah anda mengatakan kemajuan negara Jepun, Perancis, China, dan Jerman kerana mereka mempunyai angkasawan? Sudah tentu tidak.

“Jangan kita keliru antara simbol dan benda yang sebenar. Kita memerlukan simbol apabila kita tidak memiliki bendanya yang sebenar. Orang yang tidak mempunyai banyak duit amat mementingkan simbol-simbol orang berduit, sampai-sampai sanggup membeli simbol-simbol palsu bagi wang yang tidak dimilikinya.”-Ainon Mohd-

Fikir-fikirkan ayat di atas.

Adakah program ini membazir?

Saya tidak mengatakan program menghantar rakyat Malaysia ini sebagai satu pembaziran yang amat. Mungkin ada faedahnya. Mungkinlah….

Sebenarnya banyak pro dan kontra tentang perkara ini. Tetapi sengaja saya memilih untuk menulis yang kontra sahaja kerana blogger lain sudah menulis yang pronya. Jadi kalau ingin mengetahui faedahnya, boleh sahaja merujuk di blog-blog yang lain.

Saya berfikir-fikir, mungkin ada baiknya juga adanya seorang wakil dihantar pergi ke angkasa. Dapat juga melihat bendera Malaysia berkibar-kibar di sana.

Kalau anda rasa ia dapat menjadi inspirasi, cuba jawab soalan ini, “Siapa angkasawan Islam pertama di dunia?”





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 30% [?]

15 Comments »

  1. avatar comment-top comment-bottom
  2. avatar comment-top

    memang banyak pro anda contra dlm isu ni, terpulang kepada pendapat masing-masing, cuma aku terpikir jer, wahh, memang best aaaa kalo dapat pegi sana, hehehe…

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    saya memandang isu ni bukanlah dari segi harus dibezakan ianya angkasawan atau pun pelancong angkasa. bagi saya tiada bezanya jikalau kita memandang ia boleh menjadi contoh kepada anak muda untuk meneroka ilmu Allah hingga ke angkasa walaupun hanya pergi melancong.

    apatahlagi syeikh muzaphar adalah muslim, beliau juga membawa nama Islam yang besar ke sana bukan setakat nama Malaysia.sebagai saudara seakidah, wajar untuk kita mendorong yang baik-baik tentang dia untuk contoh kepada muslim yang lain.

    tambah lagi,Allah menyuruh kita berjalan di alamnya untuk melihat ciptaanNya dan mengambil pengajaran di sebaliknya. saya terlupa ayat berapa yang menyebut tentang ini. secara pastinya, berulang kali Allah tegaskan dalam kalamNya.

    mungkin dalam hal lain, saya setuju dengan analogi “simbol dan realiti” seperti sifu tuliskan. cuma, untuk isu ini, saya melihat ianya lebih memberi contoh yang baik dari segi menyuntik keinginan rakyat malaysia berusaha untuk menyumbang sesuatu kepada inspirasi masyarakat daripada eksperesi diri kepada rempit, lepak, disco, mat pit dan sebagainya.

    “lihatlah sesuatu yang besar sebelum kita besarkan yang kecil”

    wallahu’alam. sekadar pendapat peribadi.

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    nurizz… Allah juga suruh umatnya berjimat cermat. tak membazir… cuba bayangkan brapa byk duit tlah dibazirkan sedangkan masih ramai rakyat kemiskinan. fikir2kanlah mana baik mana buruk.

    kalau betul mjadi inspirasi knapa tak ramai yg kenal astronout muslim pertama tu… nasib baik cik xara beritahu.

    byk prioriti lain yang mesti didahulukan dalam menggunakan duit negara(duit rakyat juga)…

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Memang membazir!! ada ke ptut dalam plan awal tu nak diadakan aktiviti menebar roti canai di angkasa….. akhir sekali baru la kerajaan bajet2 nak buat eksperimen plak.. ish2…

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Adeh. Ramai pula yang mengatakan membazir. Tidaklah terlalu membazir. Kalau fikir dari sudut positif, ada juga manfaatnya untuk generasi akan datang.

    Kalau dulu semuanya hanyalah angan-angan sahaja untuk pergi ke angkasa, sekarang sudah ada sedikit harapan untuk pergi.

    Cuma apa yang ingin saya sampaikan adalah manfaatnya terlalu sedikit berbanding dengan jumlah yang dikeluarkan. Isunya adalah berkaitan dengan kejujuran dan allocation of resources. Sedarlah hakikat yang orang kampung sedang terhimpit dengan harga barang yang makin menaik. Itu belum soal harga minyak yang bakal naik tahun depan.

    P/s: Kalau jumlah itu digunakan untuk program kemiskinan ke atau apa-apa program lain ke bukankah lebih baik? Seperti yang sdr Mynx katakan, banyak prioriti lain yang mesti didahulukan dalam menggunakan duit negara. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi negara kita yang semacam ini.

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    ya lah mula-mula saya pun anggap ia sebagai pelancung. mana kan tidak, astronot yang sebenar ada ijazah dalam bidang angkasa lepas. tapi ia tidak mustahil dengan kursus intensif untuk beberapa bulan.

    memang benar, semangat itu penting, tetapi ramai yang tidak hormat kewujudan elimen semangat dalam diri. dengan semangat, sesuatu yang tidak ada apa-apa menjadi apa.

    cuba angkat tangan, siapa (atau negara mana) berani serang amareka? tentu tidak ada yang berani angkat, sebaliknya kehairanan dengan soalan yang tidak sepatutnya muncul ini.

    kenapa takut? sebab negara itu telah di momokkan dengan pelbagai mitos untuk menakut-nakutkan orang lain. dengan mitos yang sebenarnya tidak ada apa-apa ini, rakyat mereka amat bersemangat belajar, pekerja keras hingga negara itu berjaya.

    mereka pernah ke bulan, mengarut! dalam Al-Quran sendiri telah menafikan bahawa manusia boleh tembus kelangi. syarat untuk menembusi langit ialah seseorang itu perlu ada kekuasaan yang sama atau menandingi “kami”. “kami” di sini merujuk kepada Allah dan para malaikat. di dalam media, ayat tersebut diselewengkan.

    ruang di mana beribu-ribu satelit sedang mengorbit bumi sebenarnya masih lagi berada dalam lapisan atmosfera yang amat nipis dan masih dalam katagori atmosfera bumi. apabila manusia menembusi langit, manusia akan hancur. dalam angkasa terdapat “eter” bukan vakium. apabila manusia menembusinya, makan akan pecahlah tubuh ini akibat tekanan ruang di dalamnya.

    selain bulan, banyak juga batu-batuan yang besar mengorbit bumi, kita boleh mendarat di atasnya.

    ulama muktabar prof dr. yusuf qardawi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara islam perlu memiliki senjata nuklear. ini bertujuan untuk menaikkan semangat dan sebagai gah untuk kekuatan negara islam. tak apa lah orang kita naik ke angkasa. kita barakan semangat.

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    terima kasih saudara mynx.

    saya tidak nafikan dari segi pembaziran,banyak prioroty yang perlu didahulukan.namun umat kita ni banyaknya cepat mengkritik daripada menimbang yang baik. yang dibincangkan dan digembar-gemburkan adalah yang negatif2 banyaknya.perlu juga lihat, isu apa yang lebih aula untuk kita bincangkan.

    teringat saya dalam tulisan abd aziz bahri dalam majalah i, kita ni orang islam jarang mendorong yang baik-baik tentang Islam. boleh lihat dari kes murtad sendiri,heboh sana sini ramai yang murtad. kesannya, non muslim akan fikir yang Islam ni tak boleh percaya sbb ramai yang murtad.
    sedangkan kalau check fail Jakim yang memeluk islam juga ramai, mengapa tidak dihebahkan perkara baik sebegini? bukankah ia boleh meningkatkan kepercayaan kepada penganut agama lain terhadap islam?

    begitu juga dengan hal ini,saya agak sedih, seorang saudara seakidah yang membawa nama Islam ke angkasa,kita seakan mempertikaikan keberjayaannya. mencari-cari sesuatu yang di sebalik untuk dijadikan isu. sedangkan saat ini, ada orang bukan Islam yang lain amat mengagumi kebolehan orang ISLAM. tapi apa yang kita lakukan sekarang untuk membantu menaikkan nama islam?

    berikutan dengan persoalan siapa astronout islam pertama yang ke angksa jika mahu dikatakan insprasi? jikalau begitu kita harus tunggu semua orang tahu siapa dulu astronout islam pertama yang ke angkasa baru boleh memberi inpirasi.

    jadi bagaimana pula dengan kanak-kanak kecil yang tidak tahu tentang ini, adakah dia tidak boleh memotivasikan diri dengan kejayaan orang Islam sekarang ni sehinggalah dia tahu siapa astronout islam pertama? sedangkan adik lelaki saya yang banyak main termotivasi melihat dr syeikh ke angkasa. jika yang negatif kita bayak bicarakan, maka hilanglah semangat mereka untuk mencontohinya.

    saya suka dengan kata dr. ariffaizal di atas sana:

    “ulama muktabar prof dr. yusuf qardawi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara islam perlu memiliki senjata nuklear. ini bertujuan untuk menaikkan semangat dan sebagai gah untuk kekuatan negara islam. tak apa lah orang kita naik ke angkasa. kita barakan semangat.”\
    -berilah sokongan pada orang Islam-

    setiap perkara, tiada segalanya yang sempurna. yang kadang kita berhajat ianya baik, bukan kudrat kita untuk mengelak kesan buruk yang mengiringi. cuma, kebijaksaan akal kita yang dapat membezakan bagaimana kita memandang sesuatu perkara supaya setiap apa yang kita pandang menimbulkan cahaya pada hati. itulah tarbiyyah zatiah yang perlu kita utamakan.

    Allah lebih mengetahui.
    aseefah.

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    Mengambil satu komen puan Ainon Mohd diblog lain yg turut m’bicarakan isu angka-sawan. http://www.romantis.wordpress.com

    “Teringat pula teori Edward de Bono tentang “kesan pintu gerbang”.

    Pintu gerbang yang sempit menyebabkan sedikit sahaja antara ramai orang yang berpusu-pusu dapat masuk pintu sempit itu.

    Apabila pintu gerbang itu dibesarkan, maka ramai yang dapat masuk.

    Pintu gerbang yang sempit bukan bukti orang yang “lolos” itu “lebih istimewa” daripada yang lain. Itu hanya membuktikan yang lolos itu pandai dalam seni berebut-rebut.

    Tunggu nanti, apabila penerbangan ke luar orbit sudah menjadi murah…. teramat ramai yang dapat terbang.

    Dulu-dulu, kapal terbang tidak banyak. Melayu pertama menjadi pilot pun dianggap “orang istimewa”. Sekarang, menjadi pilot sudah perkara biasa.

    Orang yg dapat pergi yg pertama hnya orang yg pndai dalam berebut bukan orang yg pandai dalam sains dan teknologi.

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    Erm. Ini bukan soal mempertikaikan kejayaannya untuk menjadi orang pertama Malaysia ke angkasa. Tetapi mempertikaikan soal kejujuran dan soal ke mana duit rakyat dibazirkan.

    Terima kasih sdr Mynx kerana post kan kata-kata Puan Ainon Mohd. Teori pintu gerbang. Hurm… Siapa masuk dulu tidak semestinya orang yang bijak dalam sains dan teknologi tetapi adalah orang yang pandai dalam berebut dan membazir. Itulah Malaysia.

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Hoh? Rakyat Msia yg 1st ke angkasa adalah ….

    Ayah Pin sbnrnya… Mempunyai kerajaan langit lagi tu…

    ngeh3

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    Contoh Quote:

    “nurizz… Allah juga suruh umatnya berjimat cermat. tak membazir… cuba bayangkan brapa byk duit tlah dibazirkan sedangkan masih ramai rakyat kemiskinan. fikir2kanlah mana baik mana buruk.

    kalau betul mjadi inspirasi knapa tak ramai yg kenal astronout muslim pertama tu… nasib baik cik xara beritahu.

    byk prioriti lain yang mesti didahulukan dalam menggunakan duit negara(duit rakyat juga)…”

    Rasa nya masih ramai yang tidak jelas & nampaknya terus semberono menuduh kerajaan membuat satu pembaziran dgn menghantar seorang rakyat malaysia ke angkasa lepas.
    (saya tidak memihak pada mana2 pihak politik disini, hanya sedikit komen).

    Bagi yang tidak tahu & masih terus menyebar kan kata pembaziran, ingin dijelaskan bahawa, latihan utk ke angkasa & penghantaran rakyat malaysia ke angkasa adalah hasil proses timbal balik daripada pembelian jet pejuang sukhoi dgn negara rusia. Perjanjian pembelian pesawat ini dilakukan pada 2003 & sbg satu proses utk mengembangkan & menguatkan pertahanan negara terhadap apa2 musibah yang mungkin berlaku di luar kawalan negara. Proses pembelian ini adalah sesuatu perkara yang normal bagi mana2 negara utk menguatkan jentera pertahanan negara masing2. (rasanya semua pihak pernah dengar peribahasa ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’ kan?). Dan hasil daripada perjanjian tersebut, negara rusia bersetuju utk melatih rakyat malaysia & menghantar seorang rakyat malaysia ke angkasa pada salah satu penghantaran angkasawan ke ISS yang dijadualkan pada 2007. Jadi, ini bukan satu pembaziran. Belanjawan utk rakyat yang miskin telah disediakan & belanjawan utk pertahanan negara telah disediakan. Jadi tiada soal salah guna wang rakyat di sini.

    Penulis blog telah menceritakan bagaimana sepupu beliau tidak mengenali angkasawan pertama negara. Kasihan. & berdasarkan penceritaan beliau, beliau tertanya2 benarkah angkasawan kita menjadi inspirasi negara?

    Dibanding kan dgn 3 orang sepupu penulis dgn beratus2 yang hadir di kl convention centre pada hari pelancaran soyuz TMA-11, berapa peratus beza bilangan mereka yang tahu & sepupu penulis (contoh mereka yang tidak tahu: jgn ambil hati)? berapa peratus pula bilangan yang betul2 berminat & nampak nya tidak berminat dinegara kita? Nampaknya, yang menjadikan Dr. Sheikh Muszaphar sbg inspirasi lebih ramai dpd yang tidak berminat utk ambil tahu kan? itu belum di ambil kira pelajar sekolah yg ‘melekat’ di hadapan tv di rumah utk melihat proses pelancaran itu & bilangan mereka yang berinteraksi secara langsung dgn angkasawan kita dlm program interaksi di sekolah2 dan di pusat sains negara & mereka yang tidak lekang dari menonton saluran 588 di astro.

    Rasanya, boleh lah dikatakan inspirasi kan? Klu itu motivasi pelajar utk bersemangat utk ke sekolah, kenapa perlu kita sekat dan lihat nya secara negatif?

    Sebelum ini kita tidak banyak pendedahan tentang ilmu angkasa lepas. apa yang kita tahu adalah apa yang kita belajar di sekolah dahulu. subjek sains.

    Ini lah pentingnya ada perintis dalam satu2 bidang. jika kita tidak ada perintis dalam bidang angkasa lepas ini, sampai bila kita akan terus ’selesa’ dgn hidup kita di bumi malaysia ini? & tak mustahil kita akan terus mengatakan projek itu & projek ini membazir..salah guna duit rakyat…

    Dgn ada nya permulaan sbg angkasawan pertama ini, tercetuslah semangat pelajar2 sekolah yang berminat dlm bidang sains & teknologi terutama nya utk terus mencari & mendalami ilmu di dalam bidang sains & angkasa lepas. dgn ini akan lebih luas ilmu rakyat kita & secara tak langsung akan lebih ramai yang tahu siapa angkasawan islam pertama (klu itu yang diberatkan….hmmm…) dan bermacam2 lagi. Bukankah itu sesuatu yang baik?

    kenapa kita harus menumpukan pada yang negatif sekiranya yang positif ttg sesuatu bidang itu lebih bermanfaat?

    Klu begitu tak perlulah kita mulakan projek kereta nasional pertama negara (sebab belanja besar,etc). tak perlulah negara buka institut jantung negara (IJN) dan mendapat kan pelbagai kemudahan kesihatan yang berkaitan dgn jantung yang pertama di rantau asia ini, tak perlulah lakukan coronary bypass yang pertama di asia tenggara, atau first in australasia utk melakukan key-hole surgery, tak perlulah negara ‘venture into new area’ sbb boleh dapat di negara lain, lagipun belanja besar bukan? (percayalah, ada yang menjadi kan bidang2 ini satu inspirasi utk berjaya). tak perlu teroka bidang2 baru yang akhirnya akan memberi peluang pekerjaan & ilmu pada rakyat itu sendiri yang akhirnya akan lebih competent & berilmu dan dapat bersaing dengan dengan rakyat negara lain dengan yakin. Tumpukan pada membaiki kemiskinan rakyat sahaja lah jikalau begitu.

    …Utk membasmi kemiskinan bukan sekadar memberi rumah murah, bekalan makanan, peluang pekerjaan, dsb. Kita perlukan pendidikan. Dan dengan pendidikan itu, kita perlukan sedikit suntikan motivasi dari masa ke semasa terutama kepada pelajar utk menceburi bidang yang diminati & bidang yang baru utk diterokai. Bila kali terakhir pelajar2 di negara kita mendapat suntikan semangat seperti yang kita lalui sekarang? Kita tak rugi apa2 pun dgn program angkasawan ini. Malahan, contohnya, kita di dedahkan maklumat bagaimana seorang muslim boleh solat, puasa & bertayyamum di angkasa lepas. Adakah kita ada maklumat ini sebelum ini sebelum kita hantar angkasawan kita ke angkasa? Tidak bukan? Nampak nya satu ilmu baru yang kita dapat bukan…?

    Banyak lagi kesan daripada program angkasawan ini yang belum kita dapat lihat buat masa ini. Tetapi, kesan masa panjang nya adalah pasti lebih baik. Menunjukkan bahawa sesuatu yang kita impikan selama ini - contohnya ke angkasa lepas - adalah tidak mustahil. ITU yang sebenarnya yang ingin disampaikan melalui program angkasawan ini. Tetapi kita selalu tersasar tumpuan ke perkara2 yang remeh & akhir nya lebih banyak bercakap daripada membuat. (Kita muhasabah sendiri diri kita. Banyak mana sudah kita bantu masyarakat untuk pulih daripada kemiskinan? entah- entah nak derma darah pun susah…).

    samb balik..

    Banyak hasil program angkasa lepas negara2 luar yg kita tidak tahu & kita tidak kisah utk ambil tahu. Hubble telescope & semua eksperimen yg dijalankan di ISS adalah hasil program ini & jika benar ia membazir, pasti nya negara2 lain itu, sudah lama tidak akan berpusu2 meneroka bidang ini dan mendapat pelbagai ilmu2 baru & imej2 angkasa yang kita dapat lihat dan terbukti dinyatakan dalam al-Quran itu sendiri. Kan itu suatu yang baik? Kita muslim semakin ramai dapat menembusi bidang yang dipelopori oleh masyarakat lain & sedikit demi sedikit kita boleh bukti kan bahawa muslim boleh menjadi suatu pihak yang kuat. Tak mustahil bukan? yang kita perlukan adalah permulaan utk sesuatu bidang & terus kan dengan sikap yang positif dalam memerhatikan sesuatu perkara.

    Kita mengatakan orang berebut & membazir. itu bukan berebut seperti membeli nasi ayam di pasar malam & membazir seperti menonton filem spiderman 3 / bourne ultimatum (anda ada buat tak?tepuk dada..).

    Tiada soal kejujuran & soal membazir di sini jika dilihat secara posifit. Melainkan kita adalah orang yang selalu mempertikaikan dan melihat secara negatif.

    Pelajar2 kita kini yang mendalami bidang sains di universiti & sekolah sedar bahawa sudah ada peluang utk mendalami bidang angkasa lepas. Itu kini menjadi pemangkin utk bidang aeropsace di malaysia lebih berkembang. jadi tiada soal utk orang bukan sains ke angkasa lepas. Apatah lagi beliau angkasawan pertama yg layak ke angkasa kerana kesihatan beliau yang paling baik berbanding calon2 yang lain.

    Setiap permulaan adalah satu perkara yang penting dan itu yang perlu kita sentiasa perhatikan dengan hati yang terbuka dan positif =)

    *just my 2 cents…

    [Reply]

    comment-bottom
  13. avatar comment-top

    Saya harap sars faham apa yang dikatakan program timbal balik tersebut. Bukanlah ia bermaksud Rusia memberi percuma pakej pelancongan ke angkasa ini. Malaysia tetap kena mengeluarkan belanja sebanyak RM97 juta. Kalau rasa RM97 juta itu kecil, boleh abaikan sahaja perkara ini.

    Itupun belum termasuk belanja-belanja lain seperti pemilihan peserta, penghantaran, belanja telefon ke ISS, belanja Perdana Menteri, belanja promosi besar-besaran, dan macam-macam belanja lagilah. Itupun kalau rasa masih murah dan berpatutan, boleh abaikan sahaja tulisan saya di atas.

    Kita hanya jimat kerana dapat beli Sukhoi 30 MKM tersebut sahaja yang bukannya jimat. Cuma dapat beli sahaja sebab bukan senang negara Rusia atau Amerika nak jual jet pejuang. Itu sahaja.

    Satu lagi, sudahkah ada mana-mana pihak buat kajian menyeluruh tentang berapa peratus orang yang ambil tahu dengan yang tidak ambil tahu? Kalau nak dikira KLCC itu berapa besar sangat dengan keluasan satu Malaysia? Jadi, selagi tiada pihak yang buat kajian menyeluruh, kita hanya mampu memberi pendapat sahaja. Dan saya tidaklah menolak pandangan lain.

    Baru petang tadi, saya tengok poll yang dibuat oleh TV3 tentang hasrat kerajaan yang ingin membeli kapsul Soyuz tersebut dan lebih 70% mengundi ‘Tidak perlu’ kerana mereka sedar itu sudah melampaui pembaziran yang sebelum ini.

    P/s: Indonesia yang tiada angkasawan sudah ada tempat pelancar mereka sendiri, kita pula perlu menghantar satelit kita ke Kazakhstan untuk dilancarkan. Moralnya, buat yang mana utama dahulu.

    [Reply]

    comment-bottom
  14. avatar comment-top

    97 juta? betul ke ni banyak tu? source mana ambik nih?boleh kongsi ramai2.

    pembelian kapsul tu mmg la satu pembaziran nampak nya & rase nye tak bleh nak dibandingkan dgn penghantaran angkasawan tu. dua perkara yg berbeza tu.

    hmmm…nanti malaysia nak beli tapak utk pelancaran satelit, ade pulak yg kata malaysia membazir…

    [Reply]

    comment-bottom
  15. avatar comment-top

    utk mengetahui kos angkasawan tu bleh dirujuk kat url bawah ini. Blog sebol tu dah buat kira2 sumer kos beli2.. kat theage tu plak tulisan seorang pgkaji ekonomi asia, micheal backman…

    http://sebolku.blogspot.com/2007/10/program-angkasawan-yang-membazir.html

    http://www.theage.com.au/news/business/while-malaysia-fiddles-its-opportunities-are-running-dry/2006/11/14/1163266550487.html?page=fullpage#contentSwap1

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment