Beberapa hari yang lepas saya sempat berkunjung ke majlis kenduri sahabat baik saya di
Sebelum itu banyak juga saya dengar suara-suara yang seakan menentang perkahwinan mereka. Terlalu awal kata mereka dan masih banyak perkara yang perlu kawan saya ini belajar.
Cinta di awang-awangan
Tetapi saya tetap menyokong kawan saya ini daripada bekas-bekas pelajar sekolah agama lain yang sudah terumbang-ambing.
Hurm. Betulkah ada istilah cinta islamik? Tetapi golongan yang seperti inilah yang sering mengatakan perkahwinan di waktu muda itu sebenarnya satu kesilapan.
Kuliah, nikah dan kerja
Kalau anda membaca entri saya tentang KJ Method, ada saya terangkan di situ tentang pemikiran yang diajar di sekolah iaitu logik linear.
Maksudnya mudah, sekolah mengajar kita berfikir secara tertib. Kalau sesuatu perkara itu belum selesai, janganlah teruskan perkara yang seterusnya.
Mungkin kerana inilah ramai pelajar telah menetapkan jadual hidupnya seperti ini; belajar dahulu, kemudian cari kerja dan baru nikah.
Sebenarnya kita mengikut aturan itu kerana memang sifat kita yang suka mengikut apa yang majoriti buat. Sifat manusia yang biasa-biasa ialah mereka mementingkan security dan sentiasa ingin berada dalam comfort zone. Dan bagi kita itulah aturan yang betul.
Tetapi betulkah lepas kuliah anda akan terus dengan senang-senang boleh dapat kerja? Jadi, apa kata mula cari kerja dari sekarang.
Ramai senior saya yang terpaksa menganggur berbulan-bulan baru dapat kerja. Itu yang ada sijil engineer kelas pertama pun macam itu juga.
Dan ramai orang yang saya kenali yang kahwin awal, mereka sudah ada pekerjaan siap-siap sebelum habis belajar. Malah ada bisnes sendiri. Biarpun masih belum maju tetapi itu plan masa depan.
Ingat, anda boleh bekerja dahulu baru belajar. Atau buat dua-dua serentak dan lagi bagus lakukan tiga-tiga sekali. Kuliah, nikah dan kerja.
Saatnya Untuk Menikah
Kalau canda seorang teman sudah tidak lagi dapat menenteramkan jiwa, kalau mata sudah tidak lagi dapat ditundukkan pandangannya dengan sempurna, kalau hati sudah sentiasa berasa gelisah… barangkali inilah saatnya untuk menikah bagi anda.
Bukankah Allah berjanji akan memberikan kecukupan jika engkau miskin?
P/s: Kepada Hafiz Khairuddin dan Atiqah Azam, didoakan perjalanan kalian berdua dipermudahkan Tuhan.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 9% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
September 6th, 2007 at 9:08 pm
Bagus kerana saudara mengaitkan isu ini dengan pemikiran logik linear. Dalam dunia yang serba mencabar sekarang, kita tidak boleh mengikut cara majoriti semata-mata.
Saudara mahu mula bisnes kerana mahu kahwin awal jugakah?
[Reply]
September 6th, 2007 at 9:38 pm
Tajam sungguh kata-kata sdr Firdaus. Hehe. Bukanlah kerana mahu kahwin awal tetapi memang minat yang mendalam. Sebelum saya berfikir tentang apa yang saya tulis di atas ini pun saya sudah minat bisnes.
[Reply]
September 6th, 2007 at 9:58 pm
” dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak bernikah dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah itu maha luas pemberianNya, Allah Maha Mengetahui”
An-Nur: 32
didoakan semoga beroleh rumahtangga yang berkat segalanya kepada pasangan berkenaan.
[Reply]
September 6th, 2007 at 10:35 pm
Hehe, tajamkah? Sudah lama tak keluar mulut laser. Nantilah kita bincang-bincang pasal bisnes. Hari ini saya ada ujian perakaunan!
[Reply]
September 7th, 2007 at 2:01 am
Wah, doakan moga saudara boleh jawab setiap soalan dalam ujian tersebut.
[Reply]
September 7th, 2007 at 5:07 am
wow mmg bagus sebenarnye nikah kerja belajar… tp kalo bab nikah ni camne kalo parent tak bg… tp kite ni da dalam kategori wajib nikah? haa camne tu..
nikah kn dpt restu both parents..
solution tanpa method mmg susah.. walopun byk method tp method xbtol xgune gak
p/s kawin lari pn satu method gak.. heheh
[Reply]
September 9th, 2007 at 8:15 pm
saya pun berkahwin semasa belajar…hehe
[Reply]
September 10th, 2007 at 7:02 am
salam azree,
dh agak lama sy x kesini. harap sihat2 aje ye . sy suka baca entry ni. n sgt stuju dgn apa yg awk bangkitkn dlm isu kali ini. istilah cinta islamik yg disebut2 oleh org zaman skrg. apa dalilnya yg menghalalkan cinta yg mcm tu, kan.
apa2pun, tahniah buat junior sy tu jgk. hafiz khairudin tu pn kisas ke? mcm sgt familiar je. tp x ingt kt mane penah jmpa dia.
[Reply]
September 10th, 2007 at 8:28 am
Pundak,
Hehe. Saya pun tak dapat nak cungkil tip minta kahwin awal daripada kawan saya itu lagi.
Ridwanto,
Wah, tahniah. Saya sebenarnya mendapat ilham menulis entri ini apabila memikirkan apa bezanya orang yang sedang buat master dengan yang sedang buat degree.
Kedua-duanya masih belajar bukan? Tetapi bagi pandangan sesetengah orang, orang yang tak habis degree lagi kira masih belajar dan tidak boleh kahwin. Huhu.
Kak Sarah,
Hafiz Khairuddin itu juga kawan saya semasa di KISAS dahulu.
[Reply]
September 10th, 2007 at 8:42 am
ooo..patut la mcm penah jmpa..myb somewhere in kisas when i went there to pay the teachers a visit.. alhamdulillah.. dh kawin dh kn =)
kamu bila plak ye? *senyum*
[Reply]
September 12th, 2007 at 10:21 am
salam. erm. betul la tu ape yang ko tulis. tapi… err… gambar kawin tu lebih menarik minat/perhatian aku lar… kehkehkeh~
[Reply]
September 12th, 2007 at 10:47 pm
Kak Sarah,
Saya? er…err…
Apis,
Oit, isteri orang dah tu apis oi. Hehe.
P/s: Nak tahu satu perkara. Nampaknya entri tentang kahwin ini paling banyak mengundang trafik ke blog saya. Hurm. Ramai sangat yang nak kahwin agaknya. Hehe.
[Reply]
September 16th, 2007 at 9:29 am
slm sume..
bismillah..moge kate2 aku ni bukan dari hati tanpa iman dan bukan jue dari nafsu tanpa akal..aku tertarik la dengan tajuk ni coz zaman sekarang sebenarnye da macam trend orang kawin time belajar..korang rase la takkan orang yang nak kawin tu tak pikir risiko n akibat yang akan efek study die n so on..mesti fikir punye..tapi nape still kawin? coz..kawin awal tu malaikat yang bisik sedangkan syaitan akan menangis bila orang islam kawin..aku terpikir gak nak kawin time belajar tapi insyaAllah aku istikharah dulu..ape2 pun mesti minta petunjuk Allah..aku kawin sebab nak elak zina satu hal, lagipun cube korang sendiri study pasal hikmah kawin..besar giler woo..malah telah sempurna 2/3 agama seseorang muslim tu kalau die kawin and mengamalkan quran n sunnah..orang tak kawin tak dapat maa..korang taknak ke pahala besar camtu..weiii..aku menggalakkan la kawin awal..aku pun dalam usaha camtu..konon la nak kenal dulu betul2 b4 kawin.temberang la sume tu.. allah tu lebih dekat dari urat leher kite..pikirla..toksah tipu diri sendiri..innamal a’malu binniat wa innama li kullim ri’in manawa..faman kanat hijratuhu ila allahu wa rasululih fahijratuhu ila allahi warosulih..faman kanat hijratuhu lidunya wa yusibuha awim ra atin yankihuha,,fa hijratuhu ila mahajara ilaih..ape yang korang buat kalu2 semate2 mencari redha Allah.itu yang korang akan dapat..tapi kalu niat sekadar nak menghalalkan seks,itu je la yang korang dapat..yang penting niat tu!! kawin nak cari redha Allah, supaya mata dapat lebih menahan pandangan, supaya hati bersih dari zina, supaya dapat ikut sunnah nabi, melahirkan anak yang soleh wa solehah..bagi aku la kalu kawin hati lagi lurus,,da tak pikir lelaki lain da(pengalaman kawan)..kalu before kawin lelaki jalan sebelah pun rase nak pandang, kalu da kawin ..tenang je..aku nak gtaw korang satu rahsia perkawinan bahagia hasil study aku pasal kawin ni..satu je rahsia nak bahagia dalam rumah tangga iaitu suami dan isteri sentiasa mendekatkan diri pada Allah..k chow…slm
[Reply]
September 25th, 2007 at 4:45 am
junior yang saja nak menyemak.. nak komen x sempat ar.. yg pasti tahniah diucapkan pada kak atiq dan hafiz..
[Reply]
September 27th, 2007 at 6:15 am
brillion topic untuk diketengahkan….
anyway, tahniah untuk pikai n atiqah azam…
kepada kwn2 len yg nk kahwin awal tu betulkn niat dulu…
semoga berjaya mendidik hati…
salam perjuangan
[Reply]
January 10th, 2008 at 7:27 pm
Syukran jaziilan,azree.Omedetou gozaimasu kepada sahabat seperjuangan;saudara hafiz dan zaujah.Semoga pejalanan kalian di permudahkanNya dan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.InsyaAllah.
Terima ksih banyak-banyak sebab dapat jugak tengok majlis walimah sahabat dari kejauhan.Ukhuwah abadan abadaa.insyaAllah.
[Reply]
March 18th, 2008 at 9:13 am
tapi macamana ye, sy dah umur 26 tahun dah keje, kawan sy pun dah keje dan anak tunggal tapi masalahnya mak kawan sy tu tak bagi kawin lagi, sy pun tak tahu sebabnya padahal mak dia memang sayang sgt kat sy.. so, mcmana sy memang nak kawin ni maklumlah umur pun dah tua…. boleh tolong bagi pendapat..
[Reply]
March 21st, 2008 at 4:23 pm
Saudari Sya,
Saya sendiri belum berkahwin lagi. Jadi ini sekadar pendapat saya sahaja. Cuba tanya ibu kawan sdr Sya itu apa perkara atau syarat-syarat yang perlu dibuat supaya dia dapat terima.
Kalau sudah berusaha untuk memujuk ibu kawan Sya itu tetapi masih tidak diperkenankan juga. Maka terimalah seadanya.
[Reply]
May 5th, 2008 at 2:03 pm
Salam.
baru terjumpa entry ni.
Just nak tambah sket blh?
sebenarnya, jalan utk mudah mencapai perkahwinan tu, adalah;
1) dgn menjaga jalan perhubungan itu jauh daripada maksiat. eg. xcontact berlebih2an ( xcontact lgsung dgn mengguna org tgh better, kcuali ble dkt2 nak kahwin utk setelkn urusn2 yg perlu), x ber dating, x bpegang2 dgn sebagainya.
2) berdoa pd Allah dgn sepenuh hati krn x tahu ape yg tbaik utk kita. ( esp. bagi yg nak kahwin awal usia.) NIAT yg ikhlas. letak ALLAH kat teratas dan depan sekali.doa..doa n doa..
3)Qiyam ya mukmin.. doa Allah x tolak time ni. hati akan lbh tenang dlm menghadapi segalanya, rasional mmbuat kepputusan n kuatkan jiwa.
buat smue 2, inshaAllah jln akan mudah, parents yg menentang pun akan mudah je bagi green light. xtau mcmane blh ubah keputusan, mcm magic, tp miracle itu drpd Allah. Hati manusia antara dua Jari Allah ibaratnya. Capai dahulu cinta Allah, inshaAllah mudah utk capai hati2 manusia yg lain.
Wallahua’lam.
p/s: komen based on pengalaman sdn. i’ve got married ktk usia 20 thn jg dahulu, ktk blajar d U =) Alhamdulillah, doakn kami dunia akhirat ye. salam.
[Reply]