Kita Member

Siapa kata mat rempit tidak boleh dibuat member(kawan)? Kalau betul caranya, sesiapa sahaja boleh dijadikan member. Setiap orang di sekeliling kita perlu kita jadikan mereka sebagai member kita.

Selalu kita dengar kata-kata seperti, “Hendak berkawan mesti kena pilih betul-betul. Jangan berkawan dengan budak tak tentu arah.”

“Berkawanlah dengan penjual minyak wangi, nescaya akan dapat harumannya. Tetapi elakkan berkawan dengan penempa besi, nanti akan terasa bahangnya.”

Bagi saya sahabat dan kawan dua watak yang berbeza. Sahabat yang perlu dipilih betul-betul. Tetapi berkawanlah dengan sesiapa sahaja.

Andai kata kita mengelakkan diri daripada berkawan dengan orang yang tidak tentu arah, siapa pula yang akan memberi haruman kepada mereka?

Inilah yang ingin saya ceritakan satu pengalaman saya sendiri semasa mengikuti satu program anjuran Kementerian Belia dan Sukan empat bulan yang lepas.

Bagaimana saya terjebak?

Saya menerima tawaran untuk mewakili Matrikulasi UIAM ketika itu walaupun saya baru sahaja menamatkan program matrikulasi saya. Ini kerana program itu berlangsung selama 10 hari dan pihak UIAM tidak mahu membebankan pelajar yang masih belajar. Jadi mereka menawarkan kepada saya dan beberapa orang kawan yang lain.

3 MemberSaya ketika itu yang sedang bercuti tiga bulan tertarik dengan tentatif program yang diberikan. Ada beberapa sesi tentang leadership dan bisnes terpapar pada tentatif tersebut. Saya terus sahaja menerima tawaran tersebut.

Jadi, saya dan 3 orang lagi MPP Matrikulasi UIAM pergi ke program tersebut iaitu Nabil, Azizuddin dan juga Najwa.

Kejutan

Sebenarnya ada satu perkara yang mengejutkan kami sebaik sahaja kami sampai di tempat berkumpul di Kompleks Belia dan Sukan Lembah Pantai.

Apa yang mengejutkan kami ialah hampir 70% peserta lelakinya adalah golongan pelajar bermasalah. Sampaikan yang pakai dressing macam mat rempit pun ramai.

Memang ketika itu saya berasa sedikit takut kerana pertama kali sekali dengan golongan mat rempit dalam jumlah yang agak ramai.

Pada hari pertama, memang kami bertiga agak menjauhkan diri sedikit dengan peserta lain. Tegur, tegur juga tetapi tidaklah semesra mungkin.

Pada malam hari pertama itu saya banyak berfikir tentang apa yang saya boleh buat dalam program tersebut. Kalau hendak balik rumah, memang sudah tidak boleh balik.

Kalau sudah dari awal pasang niat untuk pergi program leadership, jadi apa kata saya jadikan program tersebut sebagai latihan leadership untuk saya.

Esoknya semasa berjumpa dengan Nabil, dia dengan wajah penuh riang berkata kepada saya dan Aziz, “Mulai hari ni kita putus kawan. Ok tak? Haha.”

“Wah, best juga idea kau ni,” balas Aziz dengan gelak ketawa juga.

Rupanya mereka juga memikirkan perkara yang sama. Daripada kami menjauhkan diri daripada peserta lain, lebih baik kami cuba mendekatkan diri dengan mereka. Apa yang bermain di fikiran kami ketika itu adalah inilah dunia realiti di luar.Aziz

Misi

Leadership kami dalam program tersebut ialah membimbing mereka semua. Dan misi kami ialah buat seberapa ramai kawan yang boleh.

Setiap daripada kami bertiga mempunyai perwatakan yang berbeza. Jadi, cara pembawakan kami juga turut berbeza.

Nabil yang semasa silamnya turut pernah menjadi antara pelajar bermasalah di sekolah, pembawakannya lebih seperti seorang kawan dengan mereka.

Aziz yang merupakan salah seorang dalam team fasilitator UIAM, dia lebih suka buat games yang berunsur persahabatan yang dapat menarik perhatian mereka semua.

Dan saya…. eh. Saya sendiri tak tahu nak describe bagaimana. Hehe.

Tapi yang pasti kami semua dapat membuat kawan di dalam kem tersebut.

Kita Member

AzreeApa yang saya belajar daripada pengalaman di sana sangat berguna untuk saya kongsikan di sini.

Golongan remaja yang bermasalah bukanlah golongan yang tidak mahu mendengar kata. Seperti yang saya katakan di atas, kalau betul caranya sesiapa sahaja boleh dijadikan member.

Apa yang mereka perlukan adalah rasa hormat masyarakat terhadapnya. Dan semestinya semua orang mahu dirinya dihormati. Mahu pendapatnya dihormati. Anda juga begitu bukan?

Kalau ingin diri kita dihormati, kita kenalah menghormati orang lain terlebih dahulu. Dengar sahaja mudah tetapi adakah kita dapat menurunkan ego kita untuk menghormati pandangan daripada orang yang kita rasakan diri mereka adalah orang yang bermasalah?

Jadi, apa yang saya lakukan di situ adalah merapatkan diri dengan mereka. Berbual dan gelak ketawa bersama-sama.

Setiap apa yang mereka katakan saya sokong tetapi saya tambahkan lagi ’value add’ dalam pendapat mereka. Value add inilah yang memberikan kelainan kepada mereka.

Mereka bukannya tidak mahu mendengar kata, tetapi kita perlulah mendengar kata mereka dahulu barulah kata-kata kita mereka akan dengar.

Aziz dengan memberSoft port

Setiap orang ada sudut kelembutan dalam hatinya yang sekeras mana pun hatinya mungkin dapat dilembutkan di sudut-sudut lembut ini.

Mungkin jika kita sebut tentang agama mereka masih belum dapat menerima perkara tersebut. Jadi, kita sebut perkara yang mereka suka. Melalui perkara itulah kita akan masukkan nilai tambah supaya sudut lembut mereka itu terarah kepada perkara yang betul.

Contohnya, semasa saya cuba bergaul dengan golongan remaja bermasalah ini apabila saya sebut tentang perkara berkaitan agama mereka mula menjauhkan diri. Tetapi apabila saya berbual-bual mengikut apa yang mereka suka seperti muzik dan sebagainya barulah mereka senang dengan tajuk perbualan tersebut. Jadi, pada masa itulah saya masukkan nilai agama dalam perbualan tersebut dan mereka turut sama berbual mengenainya.

Nampak mudah tetapi kita kena pandai susun strategi.

Kesimpulan

Nabi Muhammad pernah menyebut, ”Allah akan menolong hambanya selama mana hambanya menolong saudaranya.”

Jadikan diri kita orang selalu membantu orang di sekeliling kita. Setiap orang di sekeliling kita adalah aset kita yang dapat membantu kita secara langsung atau tidak langsung. Tidak kira mereka adalah siapa, mereka tetap saudara kita dan mereka tetap member kita.

Biarpun hanya dapat mengajak buat beberapa perkara yang baik, itu sudah cukup daripada hanya duduk berdiam diri dan mengutuk-ngutuk perbuatan mereka.

.

Azree Hanifiah

8 September 2007

Johor Bahru





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 25% [?]

13 Comments »

  1. avatar comment-top

    Bagus juga bergaul dengan orang pelbagai latar belakang ini. Dahulu, semasa sekolah, ustaz-ustazah selalu bercerita mengenai orang yang pelbagai latar-belakang. Pada masa itu, langsung tidak percaya. Kini, setelah melewati zaamn universiti dan memasuki zaman pekerjaan, sedikit demi sedikit, terdedah kepada pelbagai jenis manusia. Pengalaman ini, apabila disampaikan kembali kepada adik-adik semasa turun ke sekolah, reaksi mereka, sama sahaja seperti saya dahulu. :)

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Hurm. Saya selalu teringat pesan cikgu-cikgu saya dahulu, “Kena pandai pilih kawan, jangan berkawan dengan orang-orang tidak betul.”

    Tetapi sekarang saya ada persoalan untuk pesanan tersebut, kalau kita tidak berkawan dengan mereka, siapa yang akan mengajak mereka ke arah perkara-perkara yang baik?

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    ye, cara terbaik untuk mengajak mereka berubah adalah berikan contoh yang baik dan dekat mereka seadanya. point yang sangat menarik sekali dalam post ini saya rasa adalah menghormati pendapat orang lain. bukan senang untuk menghormati pendapat orang lebih-lebih lagi bila orang yang memberi pendapat itu kurang ketrampilannya.

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    mat rempit adalah tanda pemberontakan.

    kepada siapa mereka memberontak? kepada siapa sebenarnya mereka mahu dapatkan perhatian?

    dulu kita ada bohsia, bohjan, budaya lepak dll. cuma skrg fenomena pemberontakan dunia remaja dikenali sebagai mat rempit.

    esok lusa, mat rempit habis, isu lain yang timbul. dan ia tetap menunjukkan pemberontakan.

    adakah masyarakat tidak menerima mereka? atau keluarga mereka?

    program mendekati mereka macam azree hadir ni mmg bagus :)

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Pakdi,
    Sebenarnya kami disogok oleh STAD. Kata mereka ini program leadership. Sebab itulah dia hantar bekas-bekas ketua semasa di matrikulasi dahulu. Huhu.

    Dalam fikiran masa itu banyaklah universiti lain hantar wakil juga. Itu pasal saya terkejut bila sampai sana tengok semua remaja yang join sekali sudah macam tidak mahu meneruskan persekolahan.

    Ada yang berhenti belajar dan kemudian bekerja di stesen minyak. Ada yang jadi Penggali Kubur. Tetapi yang menarik bila saya buka topik bisnes kepada golongan mat rempit ini, mereka semua seakan tertarik.

    Tetapi saya gunakan bahasa yang mereka faham sahajalah. Huhu.

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    salam..
    Sy mmg stuju dgn apa yg saudara katakan..
    kami kat sbuah kolej ni buat mcm tu jgk ,lbh spt sdr.Nabil buat sbbnya ramai je org yg nmpak baik ni ada zaman jahiliah mereka yg tsendiri..
    yg pnting, supaya golongan ni x bputus asa drpd rahmat-NYA n supaya mreka tahu mreka maseh ada pluang ntuk brubah..
    Wallahua’lam..

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    Bagus usaha saudara. Tak guna bertempik kepada mereka, hati mereka sedang panas. Kalau kene cara pendekatannya, pasti mereka dapat dibantu dan dibentuk semula. Cuma sayang sekali masa yang berharga bagi mereka berlalu begitu sahaja. Apa pun, masih punya waktu utk kembali ke pangkal jalan.

    :)

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    Sdr Hadziah,
    KYUEM ke? Semoga usaha dakwah di sana berjalan lancar dan dapat diterima oleh semua pihak. (Termasuk badan dakwah sekali!)

    Kak Sherrina,
    Yup, mereka cuma dijauhi oleh ‘pembuat minyak wangi’ sejak dari kecil yang menyangka mereka ini tidak boleh dibuat kawan. Kalau ada kawan ‘pembuat minyak wangi’ pun, seorang yang kedekut. Tak mahu kongsi sama harumannya. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    salam..
    a’ah..KYUEM..
    InsyaAllah, Amin..

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    :) sejak tingkatan satu kawan2 as sume mat rempit, tiga tahun sume mat rempit. Mereka mahu sebenarnye, cuma takde yang mahu mendekati. Akhirnya sume mat rempit dah jadi baik :) Selepas itu as berpindah sekolah. Hmm..memang kalau nak tahu sikap tgk siapa kawan kita, tapi it is not applicable in all situation. Setiap rules ade pengecualiannya jugak. Begitulah. wassalam

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    this one tak ramai yang realized. masih mahu berkepit dengan rakan sendiri. dipaksa berpisah, bersendirian. ya, bercakap mereka perlulah dengan bahasa yang mereka faham. cakap pakai bahasa kitab tua, sudah lah tak sesuai, lagi mereka lari adalah.

    masih hubungi mereka? atau terputus sebaik sahaja program habis?

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top comment-bottom
  13. avatar comment-top

    A’kum…

    Bnar kte saudre Azree. =) Kte kne bljar hormat org klau nk org lain hormat kte. Nk brubah nk jdi contoh yg baik pun plu bmula dgn diri kte dlu. 2k mbantu kwn2 kte, mmerlukan ksabaran n listening skill yg tinggi.

    Way d go! Tahniah!! Smge tugasan yg dlakukn mdpt kberkatan atas niat mbantu saudre2 kte. Dan mne tau, mse akan dtg lbh rmai lg libatkan diri dlm aktiviti2 cm ni. InsyaAllah

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment