Bengkel Blog: Apa yang membezakan anda?

Bengkel Blog: Apa yang membezakan anda?

“Saya rasa macam pernah nampak awak. Tapi tak ingat di mana.” Seorang perempuan bertudung labuh daripada USIM(Universiti Sains Islam Malaysia) menegur saya semasa di pertandingan catur tempoh hari.

Saya sekadar bergurau, “Mungkin kamu buka Google dan terbuat carian sampai keluar muka saya agaknya.”

Kemudian ada seorang senior KISAS(SPM tahun 90-an) yang akan mengatakan saya ini mempunyai blog StudioMuslim setiap kali dia ingin memperkenalkan saya kepada orang lain.

Kadang-kadang perkara seperti ini memaksa saya berfikir kembali tentang berblog menggunakan nada budak baik sedangkan realitinya saya tergolong juga dalam budak-budak nakal. Bak kata Ustaz Azmi semasa saya melawatnya bulan lepas, “Nakal kamu ini tak hilang lagi.”

Itu cerita lain. Kali ini saya ingin anda berfikir tentang perkara lain.

Sebenarnya, hampir setiap kali saya berjumpa rakan-rakan lama saya, mereka akan bertanya tentang cara-cara membuat blog, apa yang perlu ada dan apa yang perlu dibuat dan macam-macam pertanyaan lagi.

Pada masa itu, saya hanya boleh menjawab blog bukannya platform untuk buat hias-hias tetapi blog adalah tempat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Jadi, tulislah apa yang kamu rasa sesuai dengan diri kamu.

Tetapi adakah dengan hanya menulis sahaja boleh menjadikan kita seorang blogger yang baik(Senang baca = popular)?

Anda lihat sendiri hampir setiap 3 saat, dua blog baru akan muncul dan dalam masa 120 hari sahaja lebih 7.4 juta blog baru dibuat. Ini berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Technocrati.

Sekiranya anda ingin membuat blog, fikirkan apa yang membezakan anda dan mereka?

Saya juga ada mengadakan bengkel Rahsia Blogger Popular pada bulan Januari dan Februari tahun hadapan.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 13% [?]

5 Comments »

  1. avatar comment-top

    best ah entry neh. Yang penting our initial intention once da start blogging. For who, and for what. Our aim..it cud be anything. And the way we write.

    Semua nih penentu kebedaan antara blog.

    Tahun demi tahun, lama dah kita berblog, moga ada manfaat walaupun hanya sekadar drp pengalaman hidup.

    We’re growing..always.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    salam.

    aik, gambar ana ade dalam iklan tu? tu gambar dari kamera akhi nizam ke?

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on December 3, 2008 7:20 am:

    Hehe. Ana nak letak gambar ruang bengkel blog. Bengkel blog itu nanti guna lab komputer itu juga. Jadi, ana ambil gambar yang ada orang baru nampak meriah. :)

    [Reply]

    kahfi8 reply on December 9, 2008 3:39 pm:

    hmm, nanti leh sharing gambar2 tu? ana nak jugak.

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Anda lihat sendiri hampir setiap 3 saat, dua blog baru akan muncul dan dalam masa 120 hari sahaja lebih 7.4 juta blog baru dibuat. Ini berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Technocrati.

    Kenyataan yg sememangnya perlu menjadi rujukan untuk sesiapa sahaja yang mahu berblog. Tapi pendekatan yang kami di TawauBloggers.Com gunakan adalah berblog untuk berbakti kepada daerah kami. Walaupun kami punya kerjaya dan komitmen sendiri, tapi kami seronok berblog dalam unity.

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment