Rahsia Kepimpinan Nabi Muhammad 1

Ini rahsia pertama yang ingin saya dedahkan iaitu pemimpin yang baik tidak akan mencadangkan diri sendiri untuk memegang sesuatu jawatan. Perkara ini selalu terjadi di universiti mahupun di sekolah. Malah di dalam sektor politik negara pun terjadi perkara sebegini – seorang pemimpin ingin memegang banyak jawatan.

Ada kebaikannya

Mungkin ada yang mempertikaikan perkara ini dengan mengatakan, “Dah kalau orang yang dipilih itu memang tidak layak, lagilah teruk barisan pimpinan.” atau pernah juga saya dengar semasa saya mengikuti satu kem remaja yang majoriti bilangan pesertanya adalah dari golongan bermasalah, ada seorang kawan saya berkata begini, “Kalau tiada sesiapa antara kita yang bangun mencadangkan diri sendiri sebagai pemimpin memang teruklah kem kali ini.”

Memang benar, ada betulnya dan ada kelemahannya. Cuma apabila saya membaca kisah-kisah Nabi Muhammad, rupanya memang ada hikmah sekiranya kita tidak mencadangkan diri sendiri untuk sesuatu jawatan, terutama jawatan sebagai seorang ketua.

Hayati kisah Nabi Muhammad

Seperti entri sebelum ini saya ada menceritakan kisah tentang peristiwa perletakan batu Hajar Aswad. Saya perhatikan di situ, tiada pula Nabi Muhammad mencadangkan dirinya sendiri menjadi ketua untuk mengadili golongan ketua-ketua itu. Malah, Nabi Muhammad juga berasa takut semasa kali pertama didatangi Jibrail.

Kelemahan jika kita selalu mencadangkan diri kita sendiri sebagai ketua bermula dengan perasaan dalaman kita iaitu kita berasa terlalu yakin yang diri kita lebih sempurna daripada orang di sekeliling. Jadi, ini akan menyebabkan kita jarang memikirkan kekurangan diri sendiri.

Jangan rasa diri sendiri lebih baik daripada orang lain

Jika kamu rasa diri kamu pandai, pasti ada orang lain yang lagi pandai daripada kamu. Jika kamu rasakan diri kamu kuat, pasti ada orang lain yang lebih kuat daripada kamu.

Seorang pemimpin yang baik adalah orang yang tidak merasakan dirinya adalah sempurna kerana jika ini terjadi, dia akan kurang yakin akan keberkesanan konsep bekerja secara berkumpulan. Apabila ini berlaku, dia akan berasa semua beban terletak pada dia seorang sahaja menyebabkannya tidak membahagikan tugas kepada orang lain(seperti saya katakan tadi, dia kurang yakin akan keberkesanan bekerja secara berkumpulan). Apabila terlalu banyak kerja… erm.. faham-faham sahajalah, sudah tentu akan ada kerja yang terbengkalai. Kalau tidak terbengkalai pun, kurang kualiti.

Nabi Muhammad adalah seorang yang yakin akan bekerja secara berkumpulan. Jadi, beliau membina teamwork. Eh! Ini sudah masuk rahsia kedua. Jadi, harap sudi meluangkan waktu lagi untuk membaca entri seterusnya.

Satu perkara lagi sebelum saya terlupa, ada kelemahan lain apabila kita berasa diri kita patut jadi ketua. Ini saya sendiri alami semasa berada dalam kem remaja yang majoriti pesertanya adalah remaja bermasalah. Kelemahannya adalah saya berasa diri ini terlalu baik, jadi memandang rendah kepada mereka. Ini membuatkan juga saya kurang bergaul dengan mereka sedangkan itulah yang perlu sebagai seorang pemimpin.

 

p/s: Maaf jika entri kali ini agak tidak tersusun ayat-ayat serta isinya kerana saya menulisnya dengan tergesa-gesa.

 

 

 





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 12% [?]

2 Comments »

  1. avatar comment-top

    Salam alaik…
    Tahniah atas usaha saudara yang beterusan dalam menyampaikan dakwah melalui medium penulisan. Saya adalah editor di PTS Islamika, anak syarikat PTS Publications & Distributors, sebuah syarikat yang menerbitkan karya agama dengan pendekatan moden. Memandangkan saudara dalam proses menyiapkan karya untuk diterbitkan, saya dengan berbesar hati menjemput saudara untuk menerbitkannya dengan syarikat kami. Sekiranya saudara berminat, sila emelkan kepada saya untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Waalaikumussalam,
    Terima kasih kepada saudara Yaquut kerana menjemput saya. Untuk pengetahuan saudara proposal untuk buku ini sudah saya hantar kepada pihak PTS Milennia.

    Jikalau saudara Fauzul rasa ia lebih kepada PTS Islamika, insyaAllah dia akan serahkan kepada pihak saudara.

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment