Usrah, dimulakan dengan tasbih kafarah

usrah

Satu malam yang dingin. Sejuk.

Malam yang menemukan saya dengan beberapa orang kawan baru. Saya baru di tingkatan empat ketika itu di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Ada satu waktu yang memang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk usrah atau dalam kata lain grup studi berkaitan Islam. Dan pada malam itu kami dibahagikan ke dalam usrah.

Mentor usrah saya atau kami panggil ‘naqib’ pada malam itu lengkap memakai serban. Kemas. Dia memulakan usrah dengan beberapa tazkirah ringkas dan penerangan tentang rukun usrah yang tiga itu – Taaruf, tafahum, takaful.

Mata saya mula kemerahan. ‘Ah, Benda sama lagi!’

“Baiklah, sebelum abang mengakhiri usrah ini, abang suka hendak memberitahu kamu semua tentang apa itu usrah bagi abang.”

Naqib saya itu kemudian menyambung, “Usrah itu bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan Al-Fatihah!”

Saya yang sedari tadi berasa mengantuk, terus segar kembali mendengar ayat tersebut. Kebiasaannya usrah dimulakan dengan surah Al-Fatihah sebagai pembukaan dan kemudian apabila selesai, kami semua akan membaca tasbih kafarah beramai-ramai.

Apabila dia berkata demikian, ia membawa maksud usrah bagi dia bukanlah pada waktu atau sesi yang ditetapkan itu. Usrah itu adalah di luar waktu

“Betul ke bang?” Saya tersenyum memandang wajah naqib saya itu. Timbul beberapa idea nakal dalam kepala.

Dia mengangguk.

Usrah bermula dengan tasbih kafarah

Sebulan selepas itu, saya memang mula menilai adakah naqib saya betul-betul mengotakan kata-katanya itu. Ketika itu saya dipilih untuk menyertai unit multimedia sekolah yang memang terkenal dengan kesibukannya.

Beberapa minggu mendatang saya mula tidak datang usrah. Kadang ada juga masa lapang tapi saya buat-buat sibuk juga.

“Azree, kenapa dah lama tidak datang waktu usrah?” soal naqib saya suatu petang.

“Eh, kan abang yang kata usrah itu bermula dengan tasbih kafarah? Saya selalu saja jumpa ahli usrah yang lain,” usik saya.

Muka naqib saya kelihatan merah. Dia tersenyum seketika.

“Ha, betul… betul… Kalau macam itu mari duduk berbual dengan abang sekejap.”

“Tak apalah bang. Saya ada kerja multimedia kena siapkan untuk esok pagi. Saya pergi dulu ya bang.” Saya mencari alasan dan berlalu dari situ.

Begitulah kisah saya semasa di sekolah dahulu. Penentang senyap Badan Dakwah dan Rohani(BADAR). Apa yang mereka larang, itulah yang saya buat.

Solat dalam bilik, tidak memakai kopiah apatah lagi serban, ponteng solat berjemaah, ponteng beberapa program penting untuk pembinaan diri, ponteng usrah, ponteng qiyamullail, ponteng kelas tadarus Quran, dan bermacam-macam ponteng lagi.

Tapi sekadar suka ponteng program sahaja.

Usrah di PLKN

Sebaik habis SPM, saya terpaksa menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). Ramai orang kata program ini merosakkan akhlak dan sebagainya. Saya kemudian telah menetapkan sesuatu dalam minda, ‘Rosak macam mana pun, aku tak akan terpengaruh!’

usrah

Selepas dua minggu di dalam kem dengan jadual aktiviti yang padat sampai ke malam, saya mula mencari beberapa orang kawan yang kerap saya temui di surau. Kebiasaannya aktiviti pada waktu malam sedikit longgar. Jadi, saya mengajak kawan baru itu untuk ponteng aktviti malam.

“Kita buat usrah!” kata saya kepada mereka.

“Boleh ke ponteng aktiviti malam?”

“Jangan risau, aku dah biasa dengan perkara-perkara macam ini,” saya cuba memujuk mereka.

Aktiviti malam kadang-kadang ada sedikit kami perlu bersosial.

“Apa yang akan dibincangkan dalam usrah? Kita bukannya ada modul atau buku agama untuk jadi sumber rujukan,” soal seorang rakan yang lain

“Perbincangan dalam usrah bukan hanya apa yang ada dalam modul atau buku agama. Kita boleh berbincang perkara lain. Lagi pun ramai juga yang banyak ilmu agama di sini.”

Mereka akhirnya bersetuju dengan cadangan saya. Maklumlah, budak KISAS. Nasib baik mereka tidak tahu apa yang saya buat semasa di KISAS dahulu.

Malam pertama usrah kami berjalan lancar dengan aktiviti suai kenal dan berbual-bual.

Tidak lama kemudian aktiviti kami itu dihidu oleh beberapa jurulatih. Nasib baik dalam masa dua minggu itu saya sudah menjalin hubungan baik dengan hampir kesemua jurulatih. Termasuk jurulatih daripada kompeni lain.

Malam kedua usrah kami, seorang jurulatih muda turut menyertai. Dia baru sahaja keluar daripada universiti. Perbincangan dalam usrah kami menjadi lebih menarik dengan kehadirannya. Dia kemudian kami lantik sebagai naqib kami.

usrahDan usrah kami memang tidak hanya berlangsung semasa di surau sahaja. Kadang semasa sedang bermain bola, duduk-duduk bosan pada waktu petang, pada waktu makan malam, dan bermacam tempat dan waktu lagi.

Inilah yang saya panggil sebagai ‘Usrah dimulakan dengan tasbih kafarah’. Dengar kata sekarang jurulatih muda itu bekerja sebagai penulis di majalah Gempak.

Dan bilangan ahli usrah kami juga bertambah. Cuma bilangannya tidak tetap kerana kami menganggap waktu usrah itu sekadar majlis perkongsian ilmu. Siapa hendak datang, dialu-alukan.

Begitulah saya berusaha menjaga diri saya semasa di PLKN. Kadang ada juga waktu hampir terpengaruh dengan perkara yang kurang baik, tapi pandai-pandai sendirilah.

Berjumpa rakan sekolah di PLKN

Kem PLKN kami merupakan antara kem terbaik seluruh Malaysia – Kem Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan. Jadi, banyaklah kem lain datang bertandang ke kem kami.

Ada juga kem yang membuat perlawanan persahabatan dengan kem kami. Jadi sempatlah juga saya berjumpa dengan beberapa rakan sekolah lama. Ada yang dahulunya antara orang kuat BADAR semasa di KISAS.

Tetapi semasa kami berjumpa, ternyata dia sedikit berubah. Dia datang berdua bersama dengan seorang perempuan. Cerita seorang rakan lain mengatakan sudah beberapa kali dia keluar berdua-duaan dengan perempuan tersebut.

Dalam hati tertanya-tanya, ‘Mana semangat berkobar-kobar dia semasa di KISAS dahulu?’

Dan semasa di matrikulasi, kawan saya itu menjawat jawatan penting dalam jabatan yang mengendalikan usrah. Itulah yang sering saya nasihatkan kepada adik-adik di mana-mana sekolah agama semasa mengendalikan program, “Hiduplah sederhana yang mungkin. Takut nanti tergigit kata-kata sendiri.”

Tag: Usrah yang lazat, lemak berkrim

Entri ini juga ditulis untuk menjawab tag oleh dua orang rakan saya, Mujahid dan Nuh.

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Sejak dari tingkatan satu. Tapi mula serius semasa di matrikulasi. Usrah anjuran KARISMA.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Semasa zaman sekolah, memang diwajibkan semua pelajar menyertai sekolah. Tetapi apabila keluar daripada sekolah, saya ditarik untuk masuk usrah oleh satu kumpulan. Kemudian berasa tidak senang dengan cara usrah kendalian kumpulan tersebut, terus saya berkenalan dengan beberapa ahli KARISMA dan menyertai usrah bersama mereka.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Sebab usrah stail ‘Dimulakan dengan tasbih kafarah’ memang menyeronokkan.

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

1. Seronok – dapat menyertai beberapa program seperti rehlah, kembara ke negeri lain dan sebagainya.

2. Yakin – bertambah yakin untuk berucap di hadapan orang ramai selepas beberapa kali mendapat peluang berucap di atas pentas.

3. Tenang – kurang rasa risau bila ditimpa masalah sebab tahu ramai kawan akan membantu.

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

1. Ilmu yang berguna

2. Kawan yang rapat

3. Masa yang berisi.

4. Pengalaman yang manis.

5. Anak usrah yang comel(menjadi mentor untuk nuqaba’ SMK Sungai Pusu).

.
Azree Hanifiah
2 Jun 2008
Cyber Cafe Zubair





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 29% [?]

13 Comments »

  1. avatar comment-top

    :)

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    salam perjuangan…

    haha, enta pun kena ikuti PLKN gak ke?

    di kem ana, ustaz kagat yang bertanggung jawab untuk kem tersebut merupakan kenalan ayah ana…dia ada tambah modul, modul kerohanian…

    alhamdulillah, usaha yang berkesan…dia arahkan supaya lepasan sekolah agama menghidupkan surau…

    siang kami di brain wash, malam kami basuh dalam surau dengan tazkirah…

    p/s: teringat saat PLKN dulu jurulatih panggil kami ustaz, :)

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Mujahid,
    Heh.

    Badrul,
    Yup. Tapi ustaz KAGAT kem kami hanya in charge solat, solat jumaat, dan hal-hal wajib yang lain. Selebihnya dia terpaksa berada di luar kem menjalani latihan. Nasib baik pengurus syarikat yang menguruskan kem kami orang tabligh. :)

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    betullah tu…abang KRI kat PG start usrah kat kedai kopi dan anjung masjid aje…btw modul tarbiyah still kena ade

    azree nak try berusrah dgn remaja kat pusat snooker dan restoran osman BBU? amacam…?

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Pak Im,
    Hehe. Saya baru nak belajar main snooker. Tapi sekarang masa lebih banyak di Kuala Lumpur. Tak berkesempatan nak berusrah di restoran Osman. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Salam. Baguslah kalau ko masih thatbat dgn program usrah ni. Lagipun skrg kt UIA kan, mesti ada biah utk program kerohanian. InsyaALLAH ko ada peluang utk kekal dlm medan ilmu macam ni.

    Kalau nak cerita pengalaman, peluang nak berusrah ni bukan semua tempat sama.

    Cth: masa aku buat foundation kat SyUC yg bagi aku adalah sebuah kolej yg agak menguji iman dan penuh dengan kelaghaan (sia-sia) ada pulak senior-senior ajak junior berusrah. Dan usrah memang berjalan dengan konsisten.
    Kadang-kadang pelbagai bentuk usrah diadakan, versi santai? versi formal? versi riadah kat padang? semua dah penah buat. Tapi paling aku respeks adalah sesetengah kaum wanita muslim kat SyUC yg sangat-sangat aktif dgn usrah, kerap sangat buat usrah formal, yg tak formal belum kira lagi. ALHAMDULILLAH.

    Dan kat bumi anbiya’ (mesir spesifiknya) ni, bumi di mana usrah diwujudkan, kurang la pula peluang nak buat usrah. Asyik-asyik dipantau pihak berkuasa Mesir, silap h/b boleh masuk ‘underground’. Perkataan usrah pun sangat sensitif! Jadi inisiatifnya kami guna adalah ’smart circle’, (mmg arab tak faham bhs inggeris pun ;b).

    ‘Smart circle’ ni khususnya terdiri drpd para pljr perubatan (spesifiknya di Mansurah) dan dikendalikan oleh seorang ustaz Al-Azhar. Jadi secara tak langsung hubungan antara ustaz dan pljr perubatan agak rapat la. ALHAMDULILLAH lagi. Selain tu, tak ada la kes kena tangkap polis lagi kot, sebab method yg digunakan pun agak santai dan tak terikat dgn modul. Tapi jumlah masa yg digunakan tak begitu kerap sebab pljr-pljr perubatan ni agak sibuk dengan praktikal dan peperiksaan.

    Itu aje la nak kongsi dgn ko, suasana di sini berkaitan usrah. Pendek kata, bukan semua tempat ada peluang buat usrah, tapi dengan keazaman yg tinggi InsyaALLAH apa-apa pun jalan.

    Berkenaan dgn kawan-kawan kita yg dh ‘macam-macam’ fe’el skrg ni, aku selalu set mind; ‘Hidayah tu milik mutlak ALLAH’, sama-sama la kita ‘tarik’ dia org balik, byk faktor yg menyebabkan seseorg tu terkandas. Jadi, kita husnul dzan je lah. Kita juga tak kurangnya, bila-bila masa ALLAH boleh uji macam dia org kan. Aku pun rasa aku lagi teruk berbanding dulu. Astaghfirullah.

    ‘Jika seseorang mendapat hidayahNya lantaran kami, itu lebih baik daripada apa yg disinari mentari’ MasyaALLAH :)

    p/s: Jumpe ko cuti bulan Julai ni lagi ye. ;b

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    HF a.k.a Hafiz Fauzi,
    Hehe. Lama tak dengar kabar. Sudah kerap kali juga dengar cerita daripada kawan-kawan dari Mesir tentang susah payah hendak berusrah di sana. Tapi nak ‘buat usrah’ betul memang ramai. Hehe. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    Ingat lagi tak saya pun sekali dengan hairul untuk seminat blog hari itu, satu pendekatan yang menarik dan ternyata kita pun ada sejarah2 sendiri. Itu mungkin pengajaran untuk orang lain juga. Alhamdulillah. Sampaikan salam juga kepada ikhwah-ikhwah lain.

    semoga jumpa lagi..

    Ni blog saya,

    http://sebuahkisahkita.blogspot.com/

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar
    pecintaRasulullah Says:
    June 17th, 2008 at 6:51 pm
    comment-top

    teringat usrah zaman sekolah dulu.hurm..
    alhamdulillah smpai skrang masih dapat sertai usrah..

    nice entry..

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on June 17, 2008 7:32 pm:

    Sdr pecintaRasulullah ini sekolah mana dahulu? Kongsi sikit pengalaman usrah. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    comel2.
    semoga terus tsabat di jalanan ini. ^^

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    salam..bes gak crte ni xpham knpe usrah dimulakan nge tsbih kafarah??

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    assalamualaikum..
    tak kira la baca apa pun untuk pembuka dan pnutup asalkan isi kandungannya mantap.. syabas!! dan memang itulah yang saya dan rakan2 lakukan =D

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment