Pilihan, kita yang menentukan

Pilihan“Dah berhenti belajar ke Azree?” Soal seorang rakan.

“Belum.”

“Habis itu, sambung belajar di UIA lagi?” Dia menggaru kepala.

“Tak.” Sudah berapa kali soalan ini ditanya kepada saya.

“Belajar mana sekarang?”

“Belajar sendiri.”

“Berhenti belajar ke?”

Saya belum berhenti belajar. Saya cuma berhenti ambil degree. Itu pun buat sementara waktu. Saya berhenti bukan kerana tidak dapat bawa jurusan yang lama iaitu engineering tetapi kerana tidak minat. Siapa suka buat perkara yang dia tidak minat? Lagi pula selama bertahun-tahun.

Saya ada ceritakan perkara ini di entri yang lama. Klik sini.

Sejak dari matrikulasi UIAM lagi saya sudah menyedari tentang minat saya yang terpesong jauh daripada jurusan yang saya ambil. Tetapi tidaklah saya tukar dengan terburu-buru.

Ramai yang tidak menyokong

Tanya emak dan abah, mereka berdua masih menyokong saya mengambil engineering. Lebih-lebih lagi kakak dan abang saya juga adalah engineer. Tanya kaunselor, dia kata jangan buat keputusan terburu-buru.

Tanya timbalan dekan, kata dia pula, “Usaha lagi. Lama-lama minatlah nanti.”

“Usaha lagi? Saya bukannya gagal pun. Saya nak tukar sebab tak minat!” Bentak saya dalam ofis beliau.

“Kalau macam itu ada cara nak tukar paling senang. Quit UIA kemudian apply semula.”

Terkejut saya dengar kata-kata timbalan dekan tersebut. Ini bukan soal tukar jurusan kerana tidak pandai belajar. Tetapi ini soal minat. Tapi begitulah sistem birokrasi yang di UIAM. Seorang rakan saya yang pointer lebih baik daripada saya juga memohon untuk tukar jurusan tetapi tidak dapat.

Belajar benda yang saya tidak minat selama bertahun-tahun benar-benar menyeksa diri dan membuatkan diri memberontak. Lantas saya mengambil keputusan berani mati. Berani mati sebab saya sengaja gagalkan dua subjek dalam semester pertama.

Kemudian baru emak abah tahu yang saya memang tidak minat untuk belajar dalam jurusan engineering dan beri kebenaran untuk saya tukar jurusan.

“Azree nak tukar course apa? Ambil course accounting lah. Course lain susah nak dapat kerja,” kata abang saya.

Beberapa minggu sesudah itu, saya mendapat tahu daripada beberapa orang senior tentang cara lain selain quit daripada UIAM. “Buat-buat dismiss dan kemudian nanti akan diberi pilihan untuk tukar jurusan lain.”

Saya bertanya kepada kaunselor tentang kebenaran cara tersebut dan dia memberi pandangan, “Pendapat saya lebih baik awak teruskan belajar engineering. Tapi antara dua cara tadi, memang cara buat-buat dismiss lebih selamat sebab kalau awak quit terus, belum tentu akan dapat diterima balik masuk UIA.”

Sistem birokrasi UIAM yang menyusahkan diri saya.

Antara UIAM dan UiTM Shah Alam

Jurusan yang saya pilih memang agak jauh terpesong daripada engineering. Jurusan Mass Communication. Di UIAM juga ada jurusan tersebut.

Cuma mengikut beberapa kata senior termasuk kaunselor sendiri(bekas pelajar Human Science UIAM) mengatakan yang jurusan tersebut masih baru lagi di UIAM. Tempoh pengajian juga 4 tahun.

Sedangkan di UiTM Shah Alam, tempoh pengajiannya hanyalah 3 tahun. Dan menurut beberapa sumber, UiTM Shah Alam merupakan tempat terbaik untuk mengambil jurusan tersebut.

Pada mulanya saya cuba mohon jurusan tersebut di UiTM Shah Alam semasa sedang dalam minggu peperiksaan akhir semester kedua. Memang saya tidak datang semua peperiksaan. Perkara ini sudah saya maklumkan kepada abah saya termasuk beberapa rakan yang lain.

Kalau ‘Hamba Allah’ itu kawan yang rapat, mungkin dia juga tahu tentang hal ini.

Tetapi permohonan saya ketika itu tidak berhasil. Saya terpaksa ambil diploma dahulu dan kemudian baru boleh terus sambung degree.

Dua minggu lepas, saya menerima panggilan daripada seorang pensyarah yang saya boleh terus menyambung pengajian saya di peringkat degree selepas dia meneliti hasil kerja saya.

Tapi… ada tapinya juga. Nanti sambung di bawah.

Bekerja sambil belajar

Semasa cuti semester yang panjang, saya menerima dua tawaran untuk bekerja. Satu daripada syarikat penerbitan dan satu lagi sebagai pembantu seorang konsultan. Saya tolak tawaran daripada syarikat penerbitan tersebut kerana masih belajar.

Kemudian saya berfikir-fikir semula. Perancangan saya yang sebelum ini iaitu tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat pada umur 27 tahun agak kabur kerana selepas habis belajar iaitu pada umur 24 tahun, kerja selama 3 tahun memang susah hendak manage kewangan supaya matlamat tersebut dapat dicapai dengan hutang PTPTN(jika saya sambung belajar, terpaksa ambil PTPTN).

Jadi, saya tukar perancangan. Bekerja sambil belajar. Bekerja sepenuh masa dan belajar secara part time. Tidaklah saya terikat dengan beban hutang dan sambil itu dapat juga manage kewangan dari awal lagi. Cuma sekarang adalah pekerjaan apa yang sesuai dan tidak membebankan saya. (Perancangan sebenar lebih detail lagi).

Selang sebulan saya mendapat tawaran bekerja sebagai media manager. Kali ini saya terima. Ofis di Jalan Ampang Hilir. Dan kerjanya juga agak fleksibel dengan bos yang sangat baik.

Bilik ofis sendiri

Malah saya juga boleh dapatkan sponsor belajar untuk diri sendiri daripada tempat kerja ini. Memang betul, kita hanya merancang dan Tuhan yang menetapkan setiap perkara itu baik atau sebaliknya. Kerja Tuhan siapa yang tahu.

Pilihan belajar atau bekerja

Sekarang saya berada dalam dilema sama ada memilih untuk bekerja sepenuh masa dan mengambil PJJ(Pendidikan Jarak Jauh) atau menerima tawaran menyambung belajar sepenuh masa di UiTM Shah Alam.

Minggu depan saya akan berjumpa dengan pensyarah itu kembali, berbincang tentang pilihan lain jika ada.

Lulus peperiksan FMUTM

Dalam masa bekerja di ofis baru juga saya sempat mengambil peperiksaan FMUTM(Federation of Malaysian Unit Trust Managers). Peperiksaan itu perlu diambil bagi sesiapa yang ingin menjadi Konsultan Amanah Saham(Unit Trust Consultant). Memang bukan kerja main-main.

Sehari sebelum peperiksaan saya masih sempat pergi demonstrasi – PROTES. Nasib baik sejak dari matrikulasi lagi saya sudah mengenali beberapa perkara tentang amanah saham dan saya berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut.

Kini, saya sudah menjadi Konsultan Unit Amanah yang sah bagi Public Mutual. Tetapi yang ini saya buat secara part time sahaja. Belajar selok-belok terlebih dahulu dan kemudian baru boleh jadi konsultan yang baik.

Perancangan dan pilihan

Kita berhak merancang dan membuat pilihan sendiri dalam hidup kita. Tetapi apa-apa pun berdoalah kepada Tuhan agar perancangan dan pilihan yang dibuat itu adalah yang terbaik untuk diri kita.

Gambar pertama disalin daripada www.dollymix.tv
Gambar kedua disalin daripada www.math.ucr.edu

Azree Hanifiah
24 Julai 2008





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 26% [?]

21 Comments »

  1. avatar comment-top

    syabas! :)

    seems awak lebih terarah kepada PJJ.. insya Allah ianya baik untuk awak.

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    saya juga pernah melakukan tindakan berani mati seperti anda, bezanya saya tidak pernah cuba mendapatkan nasihat daripada mana-mana kaunselor, semuanya ikut hati, apabila ibu bapa bertanya nak ambik course apa, saya diam tidak tahu apa sebenarnya yang saya mahukan, saya cuba suarakan course psychology tapi mereka kata course tu susah dapat keje lagipon makcik saya ada yang da habis course tu pon tengah menganggur masa tu, jadi saya tak sambung belajar (secara formal) dan terus cuba buat apa-apa kerja..betul kata awak, pilihan kita yang menentukan, tapi apa yang saya belajar kini, saya sepatutnya berbincang dengan lebih ramai orang, merancang dengan lebih jelas, yakin dengan apa yang kita mahu buat, dan mohon pertolongan daripada Allah..semoga berjaya, wassalam!

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Pendirian yang pelik..namun tidak dapat menolak untuk mengagumi semangat dan keberanian akh.
    Moga berjaya memandu hidup dengan lebih baik.

    Oh ya, menjadi unit Trust Consultant memang menarik. Saya percaya akh berbakat besar, dan boleh jadi profesional consultant satu hari nanti. Cuma saya setakat ini lebih sukakan CIMB Wealth Advisor dan sudah pun mula melabur.

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    kalau jadi konsultan UT tu sgt berjaya, stop ambik degree, ok.

    tapi kalau hanya kerja dgn orang lain, dah dapat gaji, dan mula seronok dapat duit bulan-bulan, dan mula rasa malas dan tak mahu belajar ambik degree, maka tidak ok.

    PJJ atau full-time pula, saya lebih suka kalau belajar full-time. lebih-lebih lagi kalau utk degree.

    jadi undegrad student ada byk kelebihan dari beberapa sudut.

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on July 25, 2008 7:13 pm:

    Adeh. Suruh berhenti ambil degree pula. ;)
    Macam mana pun memang akan ambil sampai master sekurang-kurangnya.

    [Reply]

    pakdi reply on July 28, 2008 2:31 pm:

    den kato kalau dah berjaya dalam bisnes je. so kalau nak stop amik degree pun ok je. ramai dropout yang jadi business leader sekarang. tapi diaorang jd dropuout AFTER succes in business.

    [Reply]

    Siddiq reply on August 10, 2008 8:57 pm:

    Teringat kata Donald Trump, “Walaupun saya sangat mengagumi streetsmart, tetapi nilai pendidikan mereka juga menjadi neraca keputusan saya. Kerana itulah yang dilihat di kalangan klien-klien saya selama ini.”

    Maklumat terbaru saya terima sesiapa hendak jadi konsultan akan ditemuduga oleh pihak SSM untuk menentukan kelayakanya bagi diberi lesen. Memang kalau nak buat konsultan perunding sekurang-kurangnya ada ijazah.

    Full time salah satu opsyen yang saya sendiri suka kerana di situ tumpuan membina insuran sosial dari awal lebih ramai. Insuran sosial = rangkaian kenalan sebelum saudara dirapati kerana ada kepentingan tertentu.

    Kuasa persepsi lebih kuat jika full time, ijazah digunakan sebagai marketing tool universiti full time lebih berat daripada PJJ yang dilihat tidak jauh beza macam kolej sebab sistem francais yang dibuat.

    Dalam Quran ada sebut orang berilmu diangkat beberapa darjat. Antara orang kaya dan orang berilmu, gandingan kedua-duanya bagus. Dari segi pandang fizikal kita boleh lihat cara orang melayan orang berpendidikan dari satu institusi dengan bukan institusi. Berbeza.

    Cuma jangan lewat keputusan sambung belajar. Situasi sekarang berubah sangat cepat, tambahan lagi kalau nak jadi konsultan dll.

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    better daripada membazir masa belajar perkara yang kita tiada minat.. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar
    hamba Allah Says:
    July 25th, 2008 at 3:10 pm
    comment-top

    Life is full of surprises. Expect the unexpected.
    Allah lagi Mengetahui apa yang terbaik untuk anda.

    P/S: Saya hamba Allah yang bukan dari UIA:)

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    oit jawe..ko nak amik mass com uitm ke…
    jage2 je la…

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on July 25, 2008 7:12 pm:

    Hurm. Dah difikirkan juga pasal yang itu. Hehe :D

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    A’kum..

    Kalau saya di tempat Azree mesti dilema juga. Sahabat2 di sini sememangnya banyak membantu. Tapi Azree yang lebih mengenali diri sendiri dan setakat mana kemampuan.

    Bila belajar harus ada minat. Kalau tak minat, lebih baik jangan teruskan. Takut hanya membazir masa.

    Pernah tak rasa, bila kita buat sesuatu yang kita minat,
    *kita buat dengan penuh semangat?
    *Sentiasa nak buat yang terbaik?
    *Hati rasa ringan dan ceria selalu?

    Apa jua keputusan yang Azree buat, saya pasti ramai yang akan menyokong.

    Yang penting, sentiasa meletakkan Allah itu di depan. Pasti kita tidak akan menyesal.

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    hehehehe…rasakan apa yang aku rasakan selama ini,hohohoho…..

    sebenarnya penting juga ambil nasihat dari orang lain,tapi kena tengok juga saper yg bagi nasihat tersebut….

    apepun,setiap kejadian tu pasti ada hikmahnya…pastinya ko akan belajar benda baru…universiti kehidupan…

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    pilihan di tangan anda, anda yg menentukan hala tuju diri anda…tetapi mestilah berlandaskan agama

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    salam, pernah melalui pengamalamn yang sama, pada 2002, baru lps SPm, akak masuk f6 (sains) tetapi oleh krn dapat tawaran UItm (akaun) terus masuk dan sempat belajar 3 semester, oleh kerana suasana di Uitm tidak sewaktu dengan jiwa, akak terus keluar dan ambik pengajian Islam, itulah pilihan terakhir…Alhamdulillah dah selamat kovo..

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on July 28, 2008 10:20 am:

    InsyaAllah, saya akan cuba jadi manusia yang boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana persekitaran. Doakan.

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    Setiap jalan yang dipilih mempunyai jalan tersendiri. dan sebagai manusia kita perlu melakukan pilihan tersebut. Kajian menunjukkan orang berjaya adalah orang yang melakukan perkara yang mereka minat. Jadi saya percaya anda di kalangan itu. :-)

    [Reply]

    comment-bottom
  13. avatar
    matapena kaku Says:
    July 28th, 2008 at 11:50 pm
    comment-top

    Salam..

    Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan yakinlah dengan janji2Nya, insyaAllah. Bertindaklah mengikut kemampuan akal dan janganlah mengikut kehendak hati kerana apabila kita mengikut akal bererti kita memikir dan mengambil satu langkah yang pasti namun apabila kita mengikut kehendak hati ditakuti ianya merosakkan hati untuk mengikut kehendak nafsu. Tetapi kiranya anta sudah berfikir mengikut akal yang jitu dan merancang sesuatu dengan baik, insyaAllah anta boleh melakukannya dan dapat membezakan mana yang terbaik mahupun sebaliknya,insyaAllah.

    [Reply]

    comment-bottom
  14. avatar comment-top

    ASM Sdr Azree,
    Apa khabar? Semoga baik-baik saja. Kalau sdr ingin terbitkan semula posting saya, silakanlah.
    Barangkali baik juga kalau sdr dan kawan-kawan lain menyampaikan pandangan kpd Ketua Pengarah Pelajaran tentang isu yg sama.

    [Reply]

    comment-bottom
  15. avatar comment-top

    salam Azree sahabatku…

    dah lama tak dengar citer, tahu-tahu dah quit UIA dah sekarang…No hal lah, you are the one who made the choice, choose the best!

    Ana sentiasa berdoa yang terbaik untuk anta. Jangan lemah semangat dan jangan putus asa.

    Gudluck! :-)

    [Reply]

    comment-bottom
  16. avatar comment-top

    Salam Azree,

    Tahniah! Jadilah diri anda yang sebenar!
    masalah kat malaysia ni kita sering dapat nasihat yang tidak tepat (mungkin juga silap!). So jangan berhenti utk dapatkan nasihat dan sentiasa cari alternatif dalam mengejar impian anda. Fikirkan di luar kotak!

    Satu lagi masalah di mesia ni, orang belajar dgn niat utk dapat pekerjaan semata2 bukan utk dapat ilmu. Ini satu pandangan yang sangat silap!

    Buatlah sesuatu yang anda minat!
    Belajarlah kerana ilmu!
    Anda yang menentukan apa yang anda hendak lakukan dalam 5 atau 10 tahun akan datang.

    Kalau masih ada masalah atau kekeliruan dan perlukan bantuan, boleh jumpa saya. saya seorang Clinical Psychologist.

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment