Menjadi Raja Sehari

polis trafik

“Saya teringin sangat hendak pergi tengok sendiri ISTAC.” Ujar Khairuddin kepada saya.

“ISTAC? Ada apa dengan ISTAC?” Saya yang tidak tahu apa keistimewaan ISTAC menyoal.

“Kamu pergi, kamu lihat dan kamu akan tahu.” Begitu kata Khairuddin yang memang meminati karya-karya Syed Naquib Al-Attas sehingga minatnya kepada seni bina ISTAC teramat mendalam.

Mendengar kata-kata itu membuatkan saya jadi runsing. Terbawa-bawa hingga ke esok harinya. ’Aku perlu ke ISTAC,’ bisik saya dalam hati.

polisDan kerunsingan itu terbawa-bawa sehingga ke jalan raya, menyebabkan perjalanan saya sentiasa membawa kerisauan kepada anggota polis trafik. Mana tidaknya, lampu merah pun saya langgar.

Sesekali motor polis trafik yang lalu atau berhenti akan saya hon berkali-kali.

Seni bina ISTAC

Saya sampai di bangunan berwarna putih di ISTAC. Sinar Matahari mencucuk-cucuk kulit saya. Terik. Lalu saya masuk ke dalam bangunan berwarna putih tersebut yang bahagian dalamnya kelihatan seperti sebuah gereja.

“Kenapa seni bina bangunan ini macam gereja.” Taufiq mengajukan soalan. Mungkin dia juga kehairanan seperti saya.

Susunan dan reka bentuk kerusinya, tingkap, dan tiang-tiang di dalam bangunan itu memang seakan gereja seperti yang pernah saya pergi di Petaling Jaya satu ketika dulu. Cuma saiznya agak kecil sedikit.

“Aku ada baca beberapa artikel yang menyebutkan tentang seni bina gereja itu asalnya adalah daripada arkitek Islam.” Kata si Izzatun Nazmi.

“Hurm. Tak kisahlah macam mana rupa sekalipun. Bentuk macam gereja ke macam kuil ke macam tokong ke. Cuma kita kena faham apa konsep dalam seni bina Islam. Adakah Islam melarang membina bangunan yang serupa gereja, kuil atau tokong? Bentuk rumah aku pun macam bentuk rumah orang Cina juga.” Saya pula cuba mengeluarkan pendapat sendiri.

Kemudian kami terdengar lagi beberapa suara lain menyuarakan kehairanan terhadap seni bina bangunan tersebut. Mungkin Khairuddin tahu tentang perkara ini.

“Syed Naquib Al-Attas ada menerangkan tentang setiap perkara dalam seni bina bangunan-bangunan di ISTAC. Semuanya mempunyai falsafah dan alasan yang tersendiri.” Begitu pula penerangan Khairuddin tentang beberapa konsep seni bina ISTAC sebaik kami pulang daripada perjalanan petang kami itu.

Khairuddin menyambung, “Kalau zaman dulu semasa majlis ilmu berlangsung, lelaki dan wanita diasingkan depan dan belakang. Tetapi semasa zaman khulafa’, cara tersebut telah ditukar kepada sebelah menyebelah. Sebelah kanan untuk lelaki dan sebelah kiri untuk perempuan. Macam yang kamu tengok di dalam bangunan itulah.”

Terima kasih Pakcik Polis

”Kenapa kamu tak buat ’pacak’ saja tadi.” Soal seorang polis trafik kepada saya sebaik motor saya berhenti.

”Dah nak buat tadi, tapi macam tak berapa mengancam kalau pakai motor buruk saya tadi. Kalau dapat pinjam motor pakcik baru rasa meriah sikit.” Seloroh saya dengan polis tersebut.

”Alahai, buat penat pakcik je jaga kamu tadi.” Katanya sambil tersenyum.

P/s: Sebenarnya saya tidak kena saman sebab ini adalah konvoi sempena Jubli Perak UIAM. Hehe.

convoy

.

Azree Hanifiah

12 Mei 2008

Baytul Fareed





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 14% [?]

9 Comments »

  1. avatar comment-top

    hoho
    konvoi ni anjuran siapa?

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Nabil,
    Konvoi anjuran SRC, MRC dan apa entah satu lagi. Lupa pula. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    salam.. ini ke azree nye.. yg penah publish buku, kawan kpd beshfren saye (hani). tak tau plak anda yg bagi saya pen uia ms korg konvoi jubli perak aritu. anyway.. saya cube wat blog, tapi still kosong tak tau nak cite ape. huhu.

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    Laa,ingatkan hero baru Gerak Khas tadi!Hehehe!

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Hajar,
    Adeh. Kena habiskan pen-pen UIA. Banyak sangat, jadi terpaksalah jadi tukang distributor semasa konvoi tempoh hari. :D

    P/s: Muka tukang bagi pen boleh ingat? ;)

    Kak Rai,
    Saya dah minta berlakon dalam Gerak Khas tapi tak dapat. Hehe.

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    slm azree.

    rekaan seni bina ISTAC yg diilhamkan oleh Prof. Syed Naquib al-Attas byk dipengaruhi bangunan negara andalusia. salah satu cth terbaik ialah Cordova, Sepanyol. sy pernah ke ISTAC menghadiri sidang konferens. pengalaman ke ISTAC antara pengalaman yg paling indah yg tidak mungkin sy lupakan. serasa seperti kita berada di dunia yg lain. :D :D

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    ia mgkin seperti bgunan gereja..dan dewan nya mmg seakan-akan gereja. tapi itulah keindahan senibina Islam. apa yg indahnya? jom kita cari. ;)

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    kalo azree ingat, saya yg lepak ngan che’tong (izzatunnazmi). hafizi dpt tali tag uia.. saya dpt pen jer!! tak aci!! mase tu kecek2 azree kate dah abes! kecewe.. anyway.. jom wat master kat ISTAC…. jom beramai2 wat master kat situ coz alifzaimimra nak sponsor kite. hehe

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    rindu sama mereka2. Kem salam kat che tun kudin and along.

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment