“Enta boleh tak pergi KONSIS? Committee tidak cukup.” Satu pesanan ringkas sms saya baca.
“Bila tarikhnya.” Saya bertanya untuk mendapatkan maklumat program.
“2 hingga 4 Mei ini.”
Termenung sebentar kerana untuk tarikh itu sahaja sudah empat undangan program diterima. Salah satunya saya sudah berjanji untuk hadir – program anjuran BP Gemilang UIAM. Berbalah dalam hati.
Sejak dari di matrikulasi lagi saya terlepas untuk pergi ke KONSIS. Dikira-kira sudah dua kali terlepas. Dan ini tawaran kali ketiga tapi bukan sebagai peserta lagi, terus menjadi AJK(ahli jawatankuasa).
Esoknya saya menolak tiga undangan program yang lain. Dan berhajat untuk ke KONSIS dan juga program BP Gemilang. Mujur program BP Gemilang tersebut hanya satu hari sahaja iaitu pada hari Sabtu siang sahaja. Jadi boleh saya keluar sekejap semasa KONSIS sedang berlangsung.
Cuma terpaksa berkorban beberapa aktiviti menarik dalam KONSIS pada hari Sabtu.
Kerjasama dalam KONSIS
Terlalu banyak perkara yang dapat saya belajar sepanjang menjadi salah seorang AJK. KONSIS kali ini menggabungkan tiga badan mahasiswa yang lain perangai, lain cara kerja dan lain cara berurusan.
Satu jenis menginginkan program KONSIS ini dipenuhi dengan pengisian kerohanian sahaja. Satu lagi menginginkan adanya slot yang memberi tunjuk ajar tentang kemahiran-kemahiran berdakwah yang diperlukan oleh para mahasiswa. Mujur satu lagi badan menjadi orang tengah dalam setiap perbincangan yang diketengahkan.
Teringat kata-kata Auzan selaku Pengarah KONSIS, “Apabila kita bersama dengan jemaah-jemaah lain, cari seberapa banyak persamaan yang boleh dan kurangkan titik pertengkaran.”
Begitulah juga di dalam mana-mana kampus sekalipun, kurangkan pertelingkahan antara jemaah. Banyakkan perkongsian idea dan pendapat. Cara kita berlainan tetapi apa yang kita mahukan adalah sama – Budaya Islam diterima oleh semua pihak.
Menerima golongan lain seadanya
Dalam KONSIS kali ini juga diharapkan para aktivis dakwah kampus tidak lagi memilih-milih siapa yang ingin didekatinya. Suasana dakwah kampus dilihat hanya bertumpu kepada satu golongan sahaja sebelum ini. Yang bertudung labuh berjalan sama dengan yang bertudung labuh, yang berkopiah berjanggut hanya duduk bersama dengan yang berkopiah berjanggut juga.
“Kenapa enti tidak berjalan-jalan sekali dengan yang pakai baju ketat-ketat? Kenapa enta berjauhan dengan yang hisap rokok, pakai seluar pendek, berdua-duaan dengan pasangan?” Saya cuba bertanya kepada anda yang membaca.
Sedangkan yang pakai baju ketat-ketat itulah yang perlu kita dekati dan diajak berkawan. Pelajar yang duduk berdua-duaan itulah yang perlu kita turut serta dalam ‘sesi diskusi’ mereka. Tapi apa-apa pun, jawapan terletak pada anda. Siapa sasaran dakwah kita perlu dikenal pasti dari sekarang.
Orang yang ego itu adalah orang yang merasakan diri sudah cukup hebat dan menganggap orang yang jauh daripada ajaran agama sebagai bukan kawannya. Manakala orang yang bijak itu adalah orang yang menerima sesiapa pun di sekelilingnya sebagai kawannya yang boleh diajak berbincang dan berbual.
Saya sebenarnya mahu aktivis dakwah kampus menjadi berani dan menurunkan ego mereka. Mendekati mana juga golongan dan menerima diri mereka seadanya.
Alhamdulillah, penyertaan KONSIS Zon Tengah kali ini mendapat penyertaan yang teramat ramai. Melebihi 300 orang daripada pelbagai jenis perangai dan ragam.
.
Azree Hanifiah
8 Mei 2008
UIAM, Gombak.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 19% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
May 8th, 2008 at 11:23 pm
Saya takkan dekati orang yang merokok bila ada bau rokok atau ketika dia tengah merokok..tak tahan tuh..
[Reply]
May 9th, 2008 at 11:20 am
Bukannya tidak mahu jalan dengan yang pakai baju ketat-ketat ni. Tapi faham-faham jelah mata ni nanti buat perangai. Kopiah serban pun boleh jatuh.
[Reply]
May 9th, 2008 at 11:36 am
Nzhh dan Saifuddin,
Itu contoh sahaja. Buat apa yang kita mampu tapi jangan menjauhkan diri daripada golongan macam itu.
P/s: Yang tang baju ketat itu biarlah akhawat yang setelkan.
[Reply]
May 9th, 2008 at 12:55 pm
tang baju ketat tu, nak kena buat videoblog syaitan menyuruh macam yang dah ada di youtube tentang hijab.
bagi menampakkan situasi malaya, haruslah kita bikin sendiri kerana yang ada itu versi negara arab.
[Reply]
May 9th, 2008 at 1:55 pm
maryam.. boleh kongsi bersama URL videoblog tu? Its a gud idea! =D
[Reply]
May 10th, 2008 at 5:42 pm
Dijariza, mungkin kak Maryam maksudkan video yang ini.
http://www.youtube.com/watch?v=i5kNNn-hciQ&feature=related
[Reply]
May 10th, 2008 at 8:16 pm
amboi….
SALAH jika anggap yg baju ketat and etc2 itu bukan kawan kita.
SALAH juga kalau kita sering berdampingan dengan mereka.
Hal ini disebabkan diri kita yang sentiasa memerlukan bi’ah yang baik bagi memastikan kita mampu menjaga diri kita. JIka tidak,kenapa kita berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan bi’ah solehah itu?
BETUL jika kita berusaha utk melakukan dakwah islahiyah kepada kawan2 kita yg melakukan pkara mungkar. Pun begitu, dakwah yang dilakukan mestilah muntij. Rujuk buku dakwah fardiyyah Mustafa Masyhur.
[Reply]
May 11th, 2008 at 7:42 am
Orang jauh a.k.a Ammar,
Hehe. Baru nampak komen. Yup. Bukannya salah kalau sering berdamping. Tapi salah kalau berdamping dengan mereka sahaja pula, yang pakai songkok kopiah pula ditinggalkan.
[Reply]
May 13th, 2008 at 10:50 pm
Rakan-rakan yang pelbagai ragam ini memeningkan kepala juga. Ada hari dia berbuat baik, sebab segan pada kita. Ada hari, dia sengaja berbuat silap kerana mahu kita menegur dia. Pening.. pening.. Tapi, bila kita bergaul dengan orang sebegini, kita baru mengenali mereka.
Ada seorang sahabat yang pada pertama kali bertemu, timbul juga sedikit kata-kata jahat di hati, “Apalah.. pakai tudung jarang, tidak sempurna, nampak rambut, baju fit..,” dan macam-macam lagi prasangka. Rupa-rupanya sahabat itu sebelum ini tidak bertudung dan berbaju tali spageti sahaja. Meskipun belum sempurna auratnya, jika tiada sokongan daripada orang lain, dibimbangi dia akan kembali ke dunia asalnya.
Bolehlah pergi shopping baju bersama-sama. Apabila ditanyakan pendapat, bolehlah kata, “Hmm.. baju tu cantik. Tapi kalau longgar dan panjang sedikit lebih baik,” (lalu menunjukkan baju lain yang cantik + bergaya+ tetapi berpotongan longgar)
[Reply]
May 13th, 2008 at 10:54 pm
Bila dah masuk alam pekerjaan, kita akan bertemu 1001 karenah dan perangai manusia. Eloklah jika dari zaman universiti kita dah cuba-cuba bergaul dengan mereka. Tidaklah apabila keluar nanti kejutan budaya. Pada waktu yang sama, pastikan lah kita punya sahabat yang boleh menegur sekiranya kita tersasar.
[Reply]
May 14th, 2008 at 8:00 am
Kak Xara,
Terima kasih atas perkongsian pendapat dan pengalaman. Kami orang muda masih banyak perkara perlu belajar.
[Reply]
May 15th, 2008 at 10:33 pm
Alamak, macam tua sangat pula saya ni, bila cakap begitu. Huhu
[Reply]
June 27th, 2008 at 7:45 pm
A’kum..
Nk mengajak kebaikan x mudah. Dtmbah pule klau kte yg ajak. Prubahan x akn blaku skirenye xd usehe dr tuan bdan. Mrk ini adlah spti saudre kite sndri.
Tp bnar cm kte Azree, kite usehe buat yg tbaik. Slebihnye, bserah kpd Dia yg Maha Esa…
[Reply]