Kenapa Saya Menulis

Menulis

Peristiwa ini telah berlaku lama dahulu. Sewaktu saya berada di tingkatan satu. Memang sudah lama, tetapi elok untuk dikenang kembali.

“Buku apa tu yang Noni baca?” Tanya saya kepada adik saya.

“Inilah buku yang remaja baca,” jawabnya.

Kemudian sebaik sahaja dia meninggalkan buku tersebut di atas meja, saya terus mencapainya. Dan terus membaca sehingga habis. Memang sudah menjadi tabiat saya yang suka membaca semasa kecil.

Tidak kira apa jenis buku, yang saya faham ataupun tidak, saya tetap akan membaca. Selalunya setiap buku yang dibaca akan diulang baca paling kurang dua kali. Sehinggakan habis buku-buku teks KOMSAS saya sudahi baca sewaktu sekolah rendah lagi.

Saya ingat lagi satu penerbit novel kanak-kanak yang amat saya minat sewaktu kecil dahulu, penerbitan Kenari. Setiap kali ada pesta buku, pasti abang saya akan beli beberapa buah buku sebagai koleksinya. dan setiap kali itu saya akan membaca. Cuma agak malas menulis ringkasan setiap buku untuk program NILAM – bukan ’agak’ malas tetapi ’memang’ malas.

Itu kisah semasa saya kecil. Tetapi sebaik sahaja habis membaca novel yang bak kata adik saya itu ‘novel untuk remaja’, saya hampir termuntah. Itulah kali pertama saya membaca novel yang membuatkan saya rasa meluat. Dan itulah novel yang menjadi ‘ungka hitam’ kerana berjaya melunturkan minat membaca saya. Saya hafal nama penulisnya – Ahadiat Akashah.

Mula Benci Membaca

malasSejak dari hari itulah saya mula rasa benci untuk membaca novel lagi. Malah mengutuk-ngutuk tabiat membaca sebahagian kawan yang lain. Pernah saya kata kepada kawan saya, “Buat apa baca novel, buang masa saja.”

Sehinggalah saya masuk tingkatan lima, tabiat membaca saya memang sudah betul-betul hilang. Betul-betul sampai ke garis penamat. Kalau disuakan buku free pun, memang tidak akan dibaca. Hurm. Bayangkan sebuah novel sahaja sudah boleh menamatkan minat membaca seorang pelajar.

Novel Yang Memeningkan

Sampailah satu hari seorang rakan sebilik saya merungut-rungut. Dia memang seorang kaki novel dan memang selalu minat membaca novelnya itu dikutuk oleh saya.

“Novel apa macam ni, pening je nak baca. Bosan gila!” Kata dia sambil meletakkan novel tersebut di atas meja. Saya menjeling sedikit. Hurm. Gambar perempuan yang jadi cover novel tersebut.

“Dah semua novel memang macam tu, tak payah la nak baca lagi. Buang masa saja.” Gelak saya.

Malam itu usai solat Isyak, saya pulang ke bilik seperti biasa. Pintu bilik saya itu betul-betul berhadapan dengan meja. Dan sebaik sahaja saya melangkah masuk, mata saya tertancap pada novel yang rakan saya tinggalkan petang tadi.

Entah kenapa hati saya tergerak untuk mengambil novel tersebut. Saya mula baca bahagian blurb(biasanya ditulis di kulit belakang buku) novel tersebut.

Aik. Lainnya dengan novel-novel lain. Getus saya dalam hati. Kebiasaannya pada blurb buku, orang akan memetik mana-mana petikan dalam buku tersebut atau juga membuat sedikit ringkasan mengenai isi buku tersebut. Tetapi ayat-ayat pada blurb novel tersebut tidak seperti ayat ringkasan.

1515Itulah yang membuatkan saya tertarik untuk membelek buku tersebut. Saya mula membaca prolognya. Saya terus tertarik untuk terus membaca novel tersebut. Dan pada malam Sabtu itu saya terus membaca novel tersebut dan saya sudahi membacanya pada hari Ahad. Saya cuba ingat nama penulisnya – Faisal Tehrani. Dan tajuk novel tersebut ialah ‘1515′.

Mulanya Saya Kenal Dunia Penulisan

Pada suatu hari, semasa saya sedang duduk-duduk bersama beberapa orang kawan tiba-tiba muncul satu topik tentang novel 1515. Siapa yang memulakannya saya sendiri sudah tidak ingat. Tetapi pada masa itulah saya terus mengutarakan pendapat saya tentang novel tersebut.

Pada saat itulah seorang kawan saya, Rauf, yang merupakan seorang mantan ‘Minggu Penulis Remaja 2004′ mengajak saya untuk menulis. Dia mula dengan memahamkan saya apa itu karya sastera dengan karya popular. Kemudian dia terus dengan memahamkan saya tentang keperluan untuk melahirkan angkatan penulis karya Islami.

Ada banyak yang perlu kita tahu tentang apa perlunya sesebuah buku ditulis. Kalau pada zaman dahulu, karya-karya sastera menjadi pemangkin semangat juang. Supaya semangat untuk membela tanah air meluap-luap – melihat kepada permasalahan pada ketika itu.

Mungkin objektifnya berubah pula pada zaman sekarang. Melihat kepada permasalahan zaman sekarang pula. Dan itulah yang sepatutnya kita tulis. Kadang ada perkara yang kita sedar dan tahu keburukannya, tetapi orang lain mungkin tidak sedar. Jadi, itulah yang perlu kita tulis.

Bak kata Ustaz Hasrizal, “Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.”

Entri ini ditulis untuk menjawab pertanyaan ‘hamba Allah’ pada entri Bedar Sukma Bisu. Dan inilah juga sebab kenapa saya mula menulis.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 16% [?]

11 Comments »

  1. avatar
    hamba Allah Says:
    October 30th, 2007 at 7:30 pm
    comment-top

    Wah, begitu rupanya. Menarik. Saya bersetuju dengan pendapat anda mengenai novel karangan Ahadiat Akashah. Tidak dinafikan, saya merupakan antara peminat setia novel karangan beliau suatu masa dahulu. Mungkin kerana pada masa itu saya masih tercari-cari sumber bacaan yang dapat menghubungkn saya dengan rakan yang lain. Mungkin juga sebagai alat memberontak kerana saya tahu mak saya pasti tidak membenarkan saya membaca novel seberani itu. Pelik tetapi benar. Namun, kesetiaan saya terhadap novel beliau akhirnya berhenti apabila hati saya sudah mula menolak segala apa yang ditulisnya dan menjadi tidak tenang. Alhamdullillah, minat membaca saya sekarang dapat disalurkan kesalurkan ke jalan yang memberikan saya ketenangan dan kepuasaan dalam membaca apabila mak saya mula memperkenalkan saya dengan buku-buku karangan Faisal Tehrani dan Ramlee Awang Murhid serta novelis lain terutamanya dibawah penerbit Alaf 21. Memang benarlah *membaca adalah seperti memberi makan kepada jiwa*.

    Gaya penulisan Faisal Tehrani mempunyai persamaan dengan Ramlee Awang Murshid kerana mereka masing-masing gemar menggunakan teknik imbas kembali yang sering menjadikan pembaca sukar untuk memahami jalan cerita. Namun, kepuasaan daripada membaca novel sebegitu sukar untuk dilakar dengan kata-kata.
    P/S: Minta maaf, komen macam tulis entry for blog je:)

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Bro, FT mula membaca seawal beliau di sekolah rendah. Maka saya katakan kepadanya sewaktu bertemu beliau tahun lepas ”Saya rasa sudah terlambat untuk semua ini(pembacaan/penulisan)”,beliau menjawab ”Kalau awak sudah menjadi nenek tua sekarang baru saya akan setuju dengan awak!”

    heheheh(=p)

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Walaupun sudah mula membaca kembali tetapi ada satu kemusykilan yang saya sendiri tidak dapat jawab. Saya boleh membaca cerpen-cerpen yang ditulis oleh perempuan tetapi tidak dapat membaca novel-novel yang ditulis oleh orang perempuan.

    Saya meminati cerpen-cerpen Nisah Haron, mentor saya. Tetapi bila membaca novel beliau, alamatnya memang tertidurlah saya. Termasuk juga novel ‘Tautan Hati’ yang dikatakan best bagi beberapa orang pelajar tetapi tetap saya tertidur selepas membaca dalam 5 mukasurat.

    Saya juga telah mencuba membaca novel penulis wanita yang lain. Tetap tidak dapat meneruskan sampai habis. Paling banyak pun dapat dihabiskan 2 bab sahaja.

    Hurm. Pelik-pelik. Ada sesiapa yang boleh mencadangkan novel penulis wanita kepada saya?

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    Membaca tulisan Azree, saya baru terfikir kembali kenapa sudah lama saya tidak membeli dan membaca novel. Semasa remaja (sekarang sudah menginjak dewasa..huhu), saya banyak terdedah dengan buku-buku novel cinta milik kakak saya. Kemudian, saya mendapati saya berhenti membaca novel, kerana saya tidak menyukai watak-watak di kebanyakkan novel itu.

    Watak utamanya mestilah seorang wanita yang cantik dan sempurna, sehingga kalah bidadari turun dari langit. Begitu juga watak lelakinya. Ia hanyalah menambah rasa rendah diri di dalam diri (oh.. dahulu saya sering diejek kerana obes, berkulit gelap dan tinggi mencapah).

    Hmm.. Saya tiada nama untuk dicadangkan.

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Salam,

    Novel yang sebenarnya baik untuk pembacaan golongan muda saya kira. Teringat saya dengan salah seorang pembentang dalam seminar cereka 2007 di aswara tadi, katanya novel ini hanya menimbulkan kecelaruan kepada golongan muda kerana membentuk kembali sejarah.

    Namun sebenarnya kalau pembaca itu dapat membezakan diantara yang sejarah dan yang fiksyen barangkali, itu bukan soal lagi.

    Salam.

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar
    Ralphael Sulaiman Akhlaken Says:
    November 17th, 2007 at 6:22 am
    comment-top

    Kagum…
    Pengalaman saudara Azree hampir sama seperti saya. Cuma situasinya berbeza…

    Pengalaman saudara dengan novel “1515″, saya pula dengan 1511H [KOMBAT]…

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar
    Ralphael Sulaiman Akhlaken Says:
    November 17th, 2007 at 6:23 am
    comment-top

    Saya juga suka membaca cerpen-cerpen semasa zaman persekolahan dahulu, begitu juga dengan novel-novel KOMSAS yang menjadi ‘compulsory’ bagi pelajar untuk dibaca. Masih segar dalam ingatan saya sewaktu membaca novel “Konserto Terakhir”, saya menjadi ‘emotional’ sepanjang hari selepas menghabiskan satu babak yang menyayat hati dalam novel tersebut.

    Selepas “Konserto Terakhir”, saya merasakan tiada lagi novel yang bagus untuk dibaca serta memberi kepuasan kepada diri saya. Semuanya kerana novel-novel yang dikeluarkan dengan label ‘Alaf 21′. Tidak pernah timbul minat untuk membelek novel-novel tersebut apatah lagi untuk membacanya. Tetapi tergerak juga hati ini pada suatu hari, kerana perasaan ingin tahu isi kandungan novel-novel tersebut yang membuatkan banyak rakan-rakan di kalangan perempuan begitu taksub dengan novel-novel sebegini. Ada juga segelintir peminatnya di kalangan lelaki.

    Novel pertama di bawah label ‘Alaf 21′ yang saya baca (memori saya tidak dapat mengingat kembali tajuknya), saya sedikit tertarik dengan novel tersebut. Mungkin disebabkan plot ceritanya yang menyayat hati dan keperibadian watak-wataknya yang agak ‘dekat’ dengan kita, seolah-olah wujud di alam yang nyata. Tetapi selepas 3 novel dengan ‘genre’ yang sama, timbul kebosanan dalam diri saya. Adakah semua novel ‘Alaf 21′ mempunyai prolog, pengembangan cerita, klimaks dan kesudahan yang hampir sama? Seperti fenomena Bollywood, majoriti filemnya mempunyai intipati yang saling tak tumpah.

    Suatu hari, saya ke kedai buku untuk membeli alat tulis. Sengaja saya berlegar-legar di ruangan novel remaja/melayu, walaupun saya tahu mustahil saya akan membeli novel-novel sebegitu. Akan tetapi, pada hari yang sama juga saya terjumpa sebuah novel yang telah mengubah pandangan saya keseluruhannya terhadap novel-novel Melayu. Terselit di antara himpunan novel-novel ‘cintan-cintun’, rekabentuk kulit novel tersebut serta tajuknya cukup menarik hati…

    1511H [KOMBAT]

    Ringkas, tidak puitis dan cukup telus, serta sangat unik tajuknya bagi sebuah novel Melayu. Karya Faisal Tehrani telah berjaya menarik minat saya kembali ke dunia penulisan.

    Kisah selebihnya daripada saya, lebih kurang sama seperti saudara Azree, cuma saya belum ada kesempatan untuk menyudahkan karya sendiri, atau sekurang-kurangnya menulis blog seperti ini disebabkan komitmen lain.

    Insya-Allah, mungkin suatu hari nanti…

    P/S: Komen saya memang cukup untuk buat satu entry blog. Minta maaf tuan punya blog…

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    SO SURPRISED…………
    sye pown minat bce gak………
    x kre laa buku ape pown
    smpi tido pown lambat

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    w0w… saya pn superb minat sumer karya ramlee awang murshid… pendek kata… i’m c0mpletely ramlee awang murshid’s die hard fan… lamanya nk menanti karya terbaru ramlee awang murshid… almaklumlah.. karya beliau, setahun sebuah sahaja released…. kalau every year keluar terus 10 buah n0vels pn saya sanggup beli… really can’t stand to wait anymore… (>_

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    membaca apa pun lebih baik dari tak membaca langsung..??

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Salam..

    Dah agak lama menganalisa blog Azree untuk iluvislam,but t pernah nak mengomen so far,until sampai part u mentioned about Ahadiat Akashah,haha!Klaka la pulak.Sebenarnya,saya berkongsi perasaan yang sama dengan Azree =P

    Ape2pun,keep on inspiring others through your writings.
    Barakallahu fik

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment