
“Deras betul air sungai ni,” Ujar seorang rakan.
“A’ah. Ni baru je nak pergi dah deras macam ni. Belum balik lagi.”
“Redah je la. Dah alang-alang sampai.”
Yup. Ini kembara kami ke sungai Pisang pada hari Selasa yang lepas. Kembara untuk melepaskan segala lelah kepala selepas dua minggu menghadapi tegangan saraf akibat peperiksaan akhir semester.
Pada awalnya kami merancang hendak bertolak pada awal pagi. Lebih kurang pukul 10 pagi. Tetapi akibat pertambahan bilangan orang yang ingin menyertai maka terpaksa ditunda ke petang untuk membeli makanan-makanan dan ayam untuk dipanggang di sana. Hehe. Dengar macam seronok.
Tetapi alangkah terkejutnya kami sebaiknya sampai di sana. Air sungai terlalu deras. Jadi terpaksa beberapa orang ditugaskan untuk pass barang-barang apabila ingin menyeberang. Dua kali kami terpaksa melakukan sedemikian sebelum sampai ke terowong bawah highway.
“Aku yang berat ni pun boleh hanyut.”
“Ni, pijak batu kat sebelah aku ni. Tak licin sangat,” kata Suhairil sambil menarik tangan saya.
Kadang-kadang terjatuh juga saya semasa terpaksa berada di tengah air sungai yang deras untuk pass barang-barang tersebut. Ah! Apa yang penting ayam untuk dipanggang itu selamat.
Sampai ke terowong
Sebaik sahaja selamat menyeberang sungai tersebut, kami terserempak dengan adik-adik dari Al-Amin Bangi. Daripada yang kecil sampailah yang besar. Bila lihat mereka lalu jalan yang lain barulah kami tahu, tidak perlu menyeberang sampai dua kali. Ada jalan semak-semak berhampiran. Aduih.
Perjalanan seterusnya selepas melepasi terowong bawah highway tersebut menjadi lebih mudah. Tetapi lebih jauh sedikit. Objektif kami, ingin sampai ke kawasan air terjun di Sungai Pisang ini. Panggang ayam di sana dan solat asar. Kemudian pulang sebelum pukul 6 petang.

Itu perancangan yang dibuat. Tetapi kerja Tuhan siapa tahu.
Perjalanan selama 30 minit itu membuatkan beberapa rakan mula mengeluh.
Keletihan
“Azrai, betul ke jalan yang kau lalu ni?”
“Betullah. Memang jauh pun. Tu la aku dah kata jangan main air masa seberang sungai tadi. Kan dah letih.”
Hanya ada beberapa orang sahaja di antara kami yang pernah sampai ke kawasan air terjun sungai pisang ini. Jadi, saya terpaksa menjadi ‘pemandu pelancong’.
“Kau dengar tak apa yang aku dengar,” kata Rafi yang mengikut saya dari belakang.
“Dengar, dengar, dengar. Ada bunyi air terjun. Dah nak sampai la ni kot.” Ujar saya meskipun tahu perjalanan masih jauh.
“Hoi yang kat belakang! Dah nak sampai!” Teriak Rafi. Mulalah mereka bersemangat semula. Hehe.

Akhirnya tepat pukul 3.30 petang kami sampai di sana. Terus sahaja melompat ke dalam sungai. Hampir terlupa ingin menolong Suhairil bermain api untuk membakar arang. Ada dalam 20 minit jugalah dia dengan beberapa rakan lain bermain api tetapi tidak hidup-hidup juga apinya.
Semasa mandi, terdengar juga bunyi dentuman guruh di langit.
Hujan
“Azree, dah pukul 4.30 petang dah ni. Jom solat dulu,” Ajak Khairudin.
Tiba-tiba langit mulai gelap. Ada air menitik kena pada muka saya.
“Dah nak hujan la. Ni dah tahap kritikal dah ni. Kena keluar cepat,” Kata Basyir dengan muka tenang sambil beristighfar.
Ayam yang dipanggang masih belum masak lagi. Cuma hotdog sahaja yang sudah direntap oleh kami.
“Cepat semua kemaskan barang. Jangan tinggal satu sampah pun di sini!” Suhairil memberi arahan sambil menguis-nguis ayam dengan muka yang sedih.
“Ayam ni masuk dalam plastik dulu la, Su.”

Saya terpaksa jalan dahulu di hadapan. Sambil sempat menjeling jauh ke belakang. Pelik kenapa ada yang tunggu lagi. Terpaksa saya berjalan perlahan. Rupanya mereka tunggu seketul ayam yang hampir masak terlebih dahulu. Dan kemudian menyentap tanpa memberitahu saya. Ish!
Perjalanan menjadi semakin laju dan hujan juga sudah menunjukkan tanda-tanda akan lebat. Kalau semasa datang kami mengambil masa selama 30 minit dari terowong ke air terjun, tetapi dek kerana hujan perjalanan menjadi 15 minit sahaja.
Selepas melalui terowong, kami mencuba jalan yang dilalui oleh adik-adik Al-Amin Bangi sebab air sungai kelihatan terlalu deras. Rupa-rupanya bahaya juga jalan tersebut. Licin.
Dan terjatuh juga kami beberapa kali. Saya rasa inilah rehlah yang agak mencabar. Pertama kali hujan sewaktu rehlah. Perancangan kami telah diatur dengan baik tetapi kerja Tuhan siapa tahu.
Alhamdulillah, kami selamat menyeberang sungai. Dan kemudian dalam hujan yang masih belum lebat itu, sempat lagi kami bermain air. Inilah plan B kami rasanya. Kalau hujan, main air bila dah selamat.
Dan petang itu saya pulang ke UIA dengan berkain pelekat yang tersimpan dalam beg. Hehe. Kenapa? Itu rahsia.
Mengenai ayam
Badan terasa sangat letih dan akhirnya saya tertidur selepas solat Maghrib. Nasib baik Taufiq menelefon saya menyuruh saya datang ke biliknya. Kalau tidak memang tertidur terus entah sampai pukul berapa.

Sampai sahaja di kawasan bawah blok biliknya, sudah ramai yang menunggu di situ. Bukan menunggu kedatangan saya, tetapi menunggu ayam masak dipanggang. Nasib baik sempat.
Khairudin dan Basyir sudah keluar ke Giant membeli beberapa barang. Saya membaca mesej yang dihantar ke handphone saya. Rupanya Khairudin mengajak saya menemankannya. Tetapi mungkin sebab mesej tidak dijawab maka dia keluar dengan Basyir. Maklumlah saya tengah tidur lena ketika itu.
Sambil memanggang ayam, keluarlah pelbagai topik perbualan termasuk apa yang ingin dilakukan pada waktu cuti nanti.
Perancangan cuti ini saya akan cuba update blog sekerap yang mungkin dan menyiapkan beberapa manuskrip untuk PTS Pro. Alamak, Puan Rozita dah risau.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 9% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
November 16th, 2007 at 7:19 am
aku lah makhluk dlm gmbar no 2 tgh2..
hehehehe..
hbs calar balar bdn aku dbuatnye..
tgolek sane sini..
tp papepon best gle ar..
aku nak smbung cite..
*waktu mkn lak*
hasbi dan nabil ketika itu sudah pakat yang kami ingin memiliki 97.34%
ayam. Maaf kawan-kawan. Pelbagai taktik yang cuba kami lakukan. Tapi
nampaknya kami agak kurang berpengalaman dalam hal tersebut
menyebabkan kami gagal. Pasrah2. Dan setelah habis berpesta,
tinggallah saki baki ayam sebanyak 7 KETUL AYAM! Hasbi dan Nabil mula
terliur melihat ayam yang serba kuning lagi berkilat itu.
Hampir-hampir tangan kami melibas ayam tersebut, tiba-tiba Khairuddin
bersuara, “tu ayam saya, Rafi dengan Afnan. Jaga elok-elok”. Hasbi dan
Nabil pun..”ah siut ar..kecewa gileee..”
Malam tersebut.
Kami tahu ayam tersebut disorok dalam kabinet bilik Suhairil. Tapi
kami just tunggu, tunggu dan tunggu. Nabil pun lalu bertanya, “Su, aku
rase ayam ni xde org nak”. Hasbi pun menyokong ayat Nabil. Maklumlah,
kami dah pakat dari awal. haha. Dan tibanya lewat malam, mata kami pun
sudah layu lagi expired. Tertidur lah kami di tilam Suhairil sambil
mengenangkan 7 KETUL AYAM yang masih suci itu tadi.
Subuh.
“Aik, Nabil, bangun! Dah dekat pukul 7 la!” Hasbi menjerit. Setibanya
kami bersembahyang, terimbas kembali 7 KETUL AYAM yang disimpan dalam
kabinet semalam. Cari punya cari, tiba-tiba luluh hati Nabil dan
Hasbi. Ayam-ayam tersebut rupa-rupanya telah habis dimakan oleh
makhluk-makhluk asing. Nama dirahsiakan tapi yang sahnya bukan pemilik
sebenar. Sekian saja dari kami yang hampa lagi kecewa, selamat bercuti.
[Reply]
November 16th, 2007 at 8:37 am
Salam. amboih! Rehlah sakan korang ye.
bagus la dpt mengeratkan silaturrahim kan. Tetiba teringat malam jumaat dulu masa nak pegi hantar member2 fly to India. Hujan lebat seyh! sangat2 mencabar. hehe =) and we had a sweet memory together.
[Reply]
November 16th, 2007 at 12:05 pm
Wah, bestnya. Memori indah terhasil apabila cabaran diatasi bersama-sama rakan. *Treasure what you have now before it is gone*Selamat bercuti:)
[Reply]
November 16th, 2007 at 1:35 pm
Hafeez,
Pasal hujan malam tu pun satu kenangan juga. Hehe. Sampai terpaksa makan megi kat stesen petronas tu. Lama benar tunggu hujan berhenti.
[Reply]
November 16th, 2007 at 2:24 pm
yes gambar aku pun ada haha
mana lagi gambar yg lain azree
huhu
smart sunggoh gambar bwh air terjun tu
hehe
[Reply]
November 17th, 2007 at 4:46 am
ish2.sedey xdpt ikut..
[Reply]
November 19th, 2007 at 8:28 am
waduh, seronoknya mandi air terjun !
kat area mana ni Azree?
Thanks for the info ..
- Shueqry -
[Reply]
November 20th, 2007 at 1:36 pm
sungai pisang
area2 gombak gak la
ternyata lebih best kalau kami bertolak lebih awal
huhu
[Reply]
November 27th, 2007 at 6:16 pm
wah, sudah lama tak berehlah bersama sahibah.. saudara azree undergrad uia ke? fakulti mane ye?
[Reply]
December 1st, 2007 at 11:19 am
Sdr Shueqry,
Ingat-ingat lupa saya ini rasanya di Putatan kalau tak silap.
Sdr NahwanNur,
Ya, saya pelajar engineering UIA. Ini pun ada rancangan mahu…..
[Reply]