Catur Bistari - Keusahawanan

Catur Bistari - Keusahawanan

“Macam ini saudara, saudara nak tak duit RM4 juta saudara jadi RM6 juta.” Saya memandangnya dengan wajah senyum. Cuba membuat satu urusniaga di luar permainan.

Bayangkan dalam kumpulan itu, hanya saya seorang terkapai-kapai cuba bermain Catur Bistari. Dan bukannya di peringkat daerah atau negeri, tetapi di peringkat akhir perlawanan antara lebih 20 kumpulan setiap  universiti seluruh Malaysia.

Sebetulnya saya terpaksa mengganti seorang pemain dan kumpulan UIAM telah berjaya ke peringkat akhir. Permainan Catur Bistari ini masih baru untuk saya dan saya tidak pernah sentuh pun sebelum ini. Cuma pada andaian awal saya jika ia kelihatan seperti permainan Cashflow 101, maka tidak menjadi masalah untuk saya mewakili UIAM.

“Baik, setuju!” ujar rakan dan juga lawan dalam kumpulan saya tersebut.

Bagaimana bermain Catur Bistari

Ada tiga jenis laluan dalam permainan Catur Bistari iaitu Laluan Makan Gaji, Laluan Tijarah dan Jihad Bisnes. Berbeza dengan Cashflow 101 yang mempunyai dua laluan.

Setiap peserta akan bermula di Laluan Makan Gaji. Untuk naik ke Laluan Tijarah, peserta perlu mempunyai sejumlah wang sebanyak RM30,000. Dan untuk naik ke Jihad Bisnes pula, peserta perlu mempunyai wang berjumlah sekurang-kurangnya RM1 juta.

Apabila seorang peserta naik ke Jihad Bisnes, duit yang ada di tangannya akan digandakan sekali. Bermakna jika dia ada RM2 juta, maka duitnya akan digandakan menjadi RM4 juta.

Pada 45 minit awal permainan saya merupakan peserta terakhir keluar daripada Laluan Makan Gaji. Maklumlah peraturan pun saya belum habis baca. Terkial-kial bertanya peserta sebelah bagaimana saya hendak keluar daripada Laluan Makan Gaji. Rupa-rupanya saya boleh keluar lebih awal lagi. Ceh.

“Maaf kalau saya sedikit memaksa, sebab saya masih lagi di Laluan Tijarah.” Saya cuba menyucuk.

Memandangkan saya bermula lambat di Laluan Tijarah dan tidak tahu apa yang boleh membuatkan saya mendapat pendapatan di laluan ini, saya hanya sekadar membaling dadu dan memerhatikan sahaja permainan orang lain.

Jika dalam Cashflow 101, kita perlu mengumpul sebanyak mungkin aset yang mendatangkan pendapatan pasif seperti berniaga, jual beli hartanah dan sebagainya. Tetapi dalam permainan Catur Bistari, untuk mendapatkan pendapatan di Laluan Tijarah, peserta perlu membuat pelaburan untuk syarikat yang dimilikinya.

Sebagai contoh, pelaburan seperti kursus motivasi untuk pekerja, membuat road show, sidang akhbar dan lain-lain lagi. Apabila prestasi syarikat tersebut meningkat, di situlah sumber pendapatan lain akan kita dapat. Kira macam bonuslah.

Peserta lain ada yang sudah masuk Jihad Bisnes, hanya 3 orang peserta lain lagi termasuk saya belum masuk Jihad Bisnes.

“Ok, mula permainan semula nanti saya bagi saudara RM4 juta. Tapi ingat, saya nak RM6 juta.” Dia bersetuju dengan cadangan saya.

Duit di tangan saya baru berjumlah RM500 ribu. Apabila menerima duit RM4 juta tersebut dan syarikat saya di Laluan Tijarah dijual, saya akan menerima duit berjumlah RM 10 juta di Jihad Bisnes. Hehe. Lebih dahulu masuk ke Jihad Bisnes dan dengan duit yang banyak.

Dalam pertandingan akhir Catur Bistari, kumpulan kami dari UIAM berjaya mendapat tempat ke 6. Akhir majlis itu baru saya tahu yang Catur Bistari sudah diperkenalkan di UiTM seluruh Malaysia sejak dari tahun 2007 lagi. Patutlah agresif semacam mereka main.

Pendapat tentang Catur Bistari

Apa-apa pun pada pendapat saya, Catur Bistari dan Cashflow 101 membawa objektif yang berbeza. Catur Bistari membawa peserta mendalami dunia bisnes.

Cuma saya rasa, perlu ada sedikit perubahan lagi dalam permainan tersebut kerana saya tidak rasa ’sakit’ atau tertekan dengan kedudukan kewangan syarikat dalam permainan tersebut. Terlalu banyak ruang untuk saya mencipta trick supaya dapat memenangi sesuatu permainan.

Ini hanyalah ringkasan ulasan untuk Pakdi yang bertanya kepada saya tentang Catur Bistari.

P/s: Pakdi, harga satu board dalam RM89.90. Boleh cuba beli kalau nak. Tapi lebih seronok bermain Cashflow 101 berbanding Catur Bistari.

*Gambar Catur Bistari disalin daripada website caturbistari.com.my





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 28% [?]

18 Comments »

  1. avatar comment-top

    mana nak beli? hihi …

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on August 21, 2008 10:50 am:

    Heh. Pasal nilah saya telefon hari itu. Boleh beli terus. :D

    Pihak syarikat Catur Bistari belum mengedarkan permainan ini ke kedai-kedai lagi. Kira kalau nak beli kena hubungi pihak sana.

    [Reply]

    efizan reply on September 2, 2008 10:44 am:

    Klu nak beli blh hubungi saya dengan harga RM 89.90
    hubungi saya di talian 0127781809 sebelum oktober 2008

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    macam best je game ni..nak try main gak..hehe
    bak kata pakdi;
    “mana nak beli ni?hihi..”;)

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    tulah macam best je. Saya memang suka game kewangan

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    org kalah memang banyak komen =P

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on August 22, 2008 6:04 pm:

    Heh Auzan,
    Memang pihak Catur Bistari minta ana komen. Jangan cemburu. :D

    Pst. Hadiah dari no 1 sampai 10. Kira nombor 6 pun boleh dikatakan menang jugalah. Hehe.

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    eih.eih.

    yg laki baju sweater putih duduk pakai speck tuh cam saya kenal.itu Zulamzar ke??

    just curious.if x, then..heee.game nie ade jual kat mana?

    =)

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on August 26, 2008 5:24 pm:

    A’ah. Zulamzar. Kami panggil dia Awi. Kenal ke? :)

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Wah.. belum apa-apa dah masuk final ya.
    Congrats.
    Heh. Saya ni cashflow pon tak try lagi. Teringin nak beli, tapi tak ada kawan nak ajak main sama. Hihi..

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    salam.
    wah aktif eh ko mnulis blog.lame tak dgr citer.lelaki kat dpan tu idris ker?

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on August 26, 2008 5:26 pm:

    Idris belajar di Belfast, UK. Ish… ish… Hehe. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar
    Agogo Seman Says:
    August 31st, 2008 at 2:54 pm
    comment-top

    Gue ingat permainan catur betul tadi..hampes tobu…catur bistari ni nak buat hapa..x de pekdah..lebih baik hang semua belajar main catur betul tu baru lah lagi genius otak2 korang tu macam grandmaster2 kat Eropah tu mcm Movsesian ke, Shirov atau Edwin L’Ami..

    [Reply]

    Azree Hanifiah reply on August 31, 2008 8:12 pm:

    Pemain-pemain catur bistari UIA ini pun wakil chess UIA. :)

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar
    Agogo Seman Says:
    August 31st, 2008 at 8:37 pm
    comment-top

    Agogo memang anti satu player dari UIA ni..yg pakai spek tu..ntah sapa nama dia yer..Bahri..Bakri..gitu la lbh kurang namanya..x terrer sgt..tapi main kelam kabut..baru2 ni dia dapat 1 point atau 2 point je masa main kat KL tempohari..kesian dia..

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    Klu nak beli blh hubungi saya dengan harga RM 89.90
    hubungi saya di talian 0127781809 sebelum oktober 2008 temasuk kos penghantaran.
    saya adalah fasilitator yg terlibat untuk pertandingan catur bistari peeringkat akhir di persada johor tempoh hari

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar
    hafiz zawawi Says:
    September 2nd, 2008 at 3:18 pm
    comment-top

    Apa susah-susah, kat kaunter KFC pun ada jual.

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    [...] Board ni saya beli kat KFC di Giant Shah Alam. Al-kisahnya terbaca pasal game ni kat blog Azree (http://studiomuslim.com/kembara/catur-bistari-keusahawanan/). Semangat nak main game ni ngan adik2 saya, si Fitri ngan Ismail. Sempat main 2 hari je, paling [...]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment