Bersedia Untuk Lakukan Kesilapan

 

Berniaga

Sekali lagi saya dihambat dengan kesibukan pada hujung Sabtu dan Ahad lepas. Kesibukan berniaga air buah di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya.

Pada malam Sabtu, saya diajak oleh dua orang rakan saya, Suhairil dan Taufiq, untuk membantu mereka berniaga air buah. Oleh kerana saya tiada apa-apa aktiviti pada hujung minggu, saya pun merelakan diri mengikut mereka.

Ada juga rakan lain mengajak pergi PC Fair tetapi saya ada pandangan saya sendiri tentang PC Fair. Kebiasaannya sebulan selepas PC Fair, barang-barang komputer di Low Yatt akan turun harga. Jadi, lebih baik saya tidak bersesak-sesak di PC Fair dan tunggu sahaja sebulan untuk ke Low Yatt.

Tapi ini hanyalah pandangan saya sahaja. Ada juga barang yang tidak turun harga. Hehe.

Bercerita kembali pengalaman saya berniaga air buah di CFSIIUM. Sangat mengujakan dan sangat seronok. Pertama kerana dapat pengalaman baru, sebab setakat ini baru tiga kali saya berniaga stail pasar malam. Dulunya pernah tolong kawan jual baju, jual buku dan kali ini jual air buah.

Kedua kerana dapat belajar buat air buah. Hurm. Pengalaman kedua inilah yang ingin saya ceritakan dan kongsi di sini.

Belum buat demo

Disebabkan saya dijemput pada saat-saat terakhir, jadi saya tidak tahu apa perancangan rakan saya ini dan saya tidak terlibat langsung dalam mengeluarkan modal. Namanya pun pekerja sahaja. Huhu.

Sampai sahaja di tapak stall kami itu, kami terpaksa menunggu lori ais sampai selama setengah jam. Jadi, stall dibuka agak lambat iaitu pada pukul 3 petang. Pada saya itu masih tidak mengapa lagi kerana permintaan air buah memang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar UIA ini.

Tetapi masalah besar timbul, rupa-rupanya mereka sendiri baru cuba-cuba ingin buat air buah. Ini membuatkan pelanggan pertama kami menunggu terlalu lama untuk mendapatkan air lobak merah yang dipesannya. Hurm. Sabar-sabar.

Belum cuba belum tahu

Pada pukul 5 petang, sudah ramai orang mula mengunjungi tapak stall. Dan ketika itu saya yang menjaga stall ditemani seorang lagi rakan, Huzaifah. Stall kami didatangi seorang rakan karib dari luar dan memesan.

Ada air coklat ke?” Tanyanya sambil memegang tin serbuk coklat Van Houten yang diletakkan di atas meja stall kami.

“Erm. Ada dalam perancangan tapi belum buat demo lagi.” Jawab Huzaifah.

“Wah! Bolehlah cuba macam tu. Ana nak air pisang coklat.”

“Betul? Takut menyesal je nanti. Hehe.” Kata saya yang agak rapat dengannya.

“Belum cuba belum tahu. Kalau sekarang tak cuba, sampai esok pun bagi alasan yang sama.” Katanya.

Dan Huzaifah pun memandang ke arah saya. Saya pula bertanya kepada Suhairil sama ada hendak buat atau tidak. Suhairil sekadar membiarkan sahaja keputusan pada kami berdua.

Huzaifah pun mula memasukkan dua butir pisang ke dalam blender dan saya memandai-mandai memasukkan satu sudu penuh serbuk coklat Van Houten sebagai campurannya untuk buat air ‘Coklat Pisang’ pertama kami itu.

Huhu. Dan akibatnya air tersebut hilang rasa pisangnya. Maklumlah serbuk coklat Van Houten tersebut sebenarnya bukan untuk buat air coklat, rasanya pekat dan pahit sedikit.

Suhairil sudah mula merungut dan marah-marah. Seorang kakak yang menjaga stall di sebelah melihat kelakuan kami dan memberitahu yang serbuk coklat tersebut memang bukan untuk buat air.

“Azree, lepas ni tak payah buat air pisang coklat lagi. Esok ana beli serbuk coklat lain.”

Tetapi saya bukannya jenis yang mendengar cakap sangat. Kalau sekali tak menjadi, buat sekali lagi. Kalau tak menjadi juga, buatlah sampai jadi.

Apabila Suhairil pergi meninggalkan saya di stall untuk berehat kerana keletihan, saya terus buat satu lagi air pisang. Kali ini campuran serbuk coklat Van Houten tersebut saya letak sedikit sahaja, cukup hanya di hujung sudu.

Dan percubaan kali kedua ini ternyata memuaskan hati saya. Terus sahaja saya beri kepada rakan-rakan stall sebelah merasa sedikit dan juga kepada rakan yang datang bersembang.

Komen mereka, “Sedap … sedap … sedap.”, “Ada rasa macam ‘banana shake’ yang beli di luar.” dan sebagainya.

Malam itu Suhairil datang ke stall dan menggantikan tempat saya. Peluang untuk saya berehat pula. Tiba-tiba datang rakan yang merasa air ‘Pisang Coklat’ saya petang tadi memesan air tersebut. Terkejut juga Suhairil.

Dan pada malam itu sahaja tiga sikat pisang kami habis dijual. Dan kebanyakan pengunjung memesan air ‘Pisang Coklat’ saya itu. Satu kepuasan bagi saya yang jarang membuat dan membancuh air di rumah. Huhu.

Perlu ada perubahan

Tetapi esoknya, Suhairil menggunakan serbuk coklat yang lain sebagai ganti serbuk coklat Van Houten tersebut. Dan caranya memang lebih rumit lagi bagi saya. Maklumlah saya ini main buat sahaja, cara lain tidak tahu.

Cuma yang ingin dikongsikan di sini, untuk mencapai satu objektif tersebut bukan hanya dengan satu cara sahaja. Anda kalau ingin berjaya, jangan hanya ikut cara orang lain. Orang buat ini, anda ikut buat ini. Orang buat itu, anda buat itu.

Mungkin kerana sudah terbiasa menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan besar di Malaysia menjadikan kita seperti itu. Hanya mengikut dan mengikut. Apa yang ada dalam buku, itulah yang kita jawab. Kadang ada fakta yang salah dalam buku itu pun kita terima sahaja.

Rasanya perlu ada penukaran corak soalan-soalan dalam peperiksaan besar di Malaysia. Perlu ada soalan yang lebih menggalakkan murid untuk berfikir menggunakan idea mereka sendiri.

Ini hanyalah pandangan saya sahaja.

Tidak mencapai sasaran

Walaupun hasil jualan kami tidak mencapai sasaran yang dimahukan, tetapi saya tetap berterima kasih kepada mereka berdua kerana mengajak saya berniaga air buah. Ada pengalaman yang susah untuk didapati di mana-mana.

 

Ilmu berniaga adalah ilmu yang tidak boleh didapati hanya dengan membaca sahaja. Perlu ada praktikalnya. Walaupun tidak mencapai sasaran tetapi ada perkara lain yang kami dapat. Itu yang penting.

Ada kegembiraan dalam berniaga. Kata Nabi Muhammad, 90% sumber rezeki adalah daripada perniagaan.

Belajar daripada sebuah kesilapan satu perkara yang perlu digenggam kuat-kuat.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 17% [?]

7 Comments »

  1. avatar comment-top

    industri perniagaan ini penuh dengan cabaran dan dugaan..kena bersiap sedia dari pelbagai sudut…

    kuatkan semangat, teruskan melangkah..bak kata tuk guru saya..

    “selangkah kamu melangkah dalam industri ni, jangan undur lagi. teruskan melangkah walaupun kamu tergelincir di tengah jalan. bangun dan teruskan melangkah!”

    bidang marketing sememangnya 9/10 daripada rezeki tuhan .

    p/s:teringat mula2 terjun dalam industri ni…mmg leh putus asa lah….lebih2 lagi nak menyebarkan muamalat islam…alhamdulillah skrg ni yg penting kena focus, plan, patient and take action!

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Kak Alhan,
    Memang banyak cabaran dan dugaan. Saya baru hendak merangkak-rangkak mengenali terlebih dahulu.

    Erm. Kalau Kak Alhan ada apa-apa pengalaman boleh sahaja berkongsi dengan saya. Boleh belajar juga. :D

    azree.mh@gmail.com

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    wei aku nampak ko..
    ko jaga stall tepi sner kan?>>
    aku jaga computer kelab nyer…
    wow canggih ko ad blog dah?.
    blog ko baper ringgit ko dah untung dah>?

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    Owh. Blog StudioMuslim ini memang bukan untuk dapatkan keuntungan dalam bentuk duit. Tetapi keuntungan dalam bentuk yang lain. :D

    Sekarang saya tengah setup dua tiga blog lagi yang memang untuk menjana duit.

    P/s: Kalau hendak berblog jangan terlampau fokus dengan duit. Kita kena fokus/tackle visitors dulu atau bina kredibiliti terlebih dahulu.

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Menarik..

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Salam…

    Sahih ke Kata Nabi Muhammad, 90% sumber rezeki adalah daripada perniagaan?

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    pi lah…
    kerja gini ingat dpt sambutan ke?
    senang senang aku pn blh jadi kaya dh..

    semua kerja x semudah spt yang dijangka..
    paling penting, jangan mudah putus asa..
    ni lah kelemahan kaum kita sendiri.. mudah putus asa..

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment