Belajar Erti Tanggungjawab

baby learnMinggu lepas merupakan minggu yang paling seronok bagi saya – belajar perkara baru, dan buat sesuatu yang baru. Saya menjadi fasilitator untuk dua program yang berlainan temanya pada minggu lepas.

Satu adalah program kewangan. Saya menjadi fasilitator bersama Tuan Shamsuddin Kadir untuk satu bengkel kewangan untuk staf LHDN di Bukit Tinggi. Program tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Pulang sahaja ke Johor Bahru pada malam Sabtu, saya terus merebahkan badan di atas katil. Esok paginya saya menerima panggilan daripada pihak KRJ Innovation untuk menjadi fasilitator program Keindahan Bersamamu(KBM) di SMK Permas Jaya 3, Johor Bahru.

Program KBM ini merupakan program yang memang saya nanti-nantikan untuk dijemput menjadi sebahagian daripada fasilitatornya. Tetapi tidak pernah berpeluang kerana jadualnya selalu clash dengan aktiviti saya yang lain. Jadi saya terus menerima jemputan tersebut selepas mendapat kebenaran daripada ibu saya.

Sudah lebih 6 bulan tidak memberi ceramah untuk pelajar sekolah. Lebih-lebih lagi pelajar sekolah menengah.

Erti Tanggungjawab

Tuan Shamsuddin Kadir mengajar saya satu perkara penting pada bengkel kewangan bersama LHDN itu. Beliau merupakan seorang trainer untuk bengkel-bengkel kewangan termasuklah kewangan untuk pelajar IPT.

“Awak tahu apa maksud tanggungjawab?” Tanya beliau sebaik tiba di tempat penginapan kami.

Saya terdiam sebentar. Berfikir sejenak.

“Dulu semasa saya bekerja dengan seorang bos Cina, dia mengajar saya tentang perkara ini.” Kata beliau melihatkan saya mengambil masa yang lama untuk menjawab.

Saya berhenti untuk menjawab soalannya yang tadi. Sekadar menunggu jawapan daripada beliau.

If something can go wrong, not go wrong.Sambung beliau.

Apabila kamu mendapat sesuatu benda atau tugasan, fikirkan perkara apa yang boleh menyebabkannya menjadi rosak atau kacau. Kemudian fikirkan apa yang kita perlu buat supaya perkara tersebut tidak berlaku.

Mungkin itu rahsia beliau yang pernah mengejutkan seorang engineer manager di satu syarikat suatu ketika dahulu. Bayangkan beliau bekerja sebagai engineer di syarikat tersebut tetapi beliau berkelulusan accounting. Sebabnya, CEO syarikat tersebut yang menyuruh beliau apply jawatan tersebut.

Ini yang saya belajar selama 3 hari bersama beliau. Cuma masih ada beberapa perkara dalam program tersebut yang saya terlepas pandang.

Tanggungjawab… tanggungjawab….

Sungguh berat jika sudah faham betul-betul.

fasilitator

Tugasan mengejut

Ini pula kisah saya semasa program KBM. Program sudah bermula seawal pukul 8 pagi pada hari Sabtu. Tetapi oleh kerana saya baru diberitahu, jadi saya terpaksa bertolak pergi pada petangnya untuk menyiapkan beberapa kerja di rumah terlebih dahulu.

Setibanya saya di SMK Permas Jaya 3 tersebut, ada sesi sedang dijalankan ketika itu. Jadi saya duduk sahaja di bahagian belakang kelas tersebut. Tiada seorang fasilitator KBM pun saya kenal di sana. Jadi, duduk diam-diam. Hehe.

Kelas tersebut agak besar. Jumlah peserta juga tidak kurang ramainya, dalam 97 orang. Sebahagian besar pesertanya adalah muslim dan 10 orang non-muslim.

Dalam keriuhan suasana di dalam dewan tersebut, tiba-tiba Kak ‘Abyd meminta saya membantunya untuk handle satu modul selepas solat Asar. Dia cuba menerangkan tentang modul tersebut. Tetapi oleh kerana keadaan agak bising di dalam kelas tersebut menyebabkan banyak perkara saya tidak dapat dengar dengan jelas.

Nak tak nak, saya angguk-anggukkan kepala saja.

azree hanifiah

Dalam keadaan masih tidak tahu kenal mereka dan masih baru dengan program KBM membuatkan saya agak kaku semasa menjalankan modul tersebut. Tidak tahu cara mereka(fasilitator lain) handle modul. Takut-takut ada perkara yang tidak dibenarkan atau teknik-teknik mudah dalam handle program motivasi sudah dibuat oleh fasilitator lain.

Terus terang saya katakan ini kali pertama saya handle modul permainan. Sebelum ini saya hanya mendapat slot ceramah sahaja untuk program-program motivasi di sekolah-sekolah lain.

Nasib baik buat berdua. Kalau saya seorang sudah tentu nampak banyak cacatnya.

Resolusi modul dan Naruto

Modul yang saya dan Kak ‘Abyd handle itu mudah sahaja. Setiap kumpulan diberi 25 keratan akhbar. Arahannya, berapa banyak biji bola yang dapat dibuat dengan jumlah keratan akhbar tersebut?

Ada yang dapat buat 25 biji bola sahaja. Ada pula yang buat lebih 50 biji bola.

Jadi, saya bertanya kepada beberapa kumpulan yang hanya dapat buat sedikit biji bola, “Kenapa kumpulan adik hanya dapat buat 25 biji bola sahaja?”

“Sebab kertas tak cukup!” Jawab seorang ahli kumpulan tersebut.

“Tapi kenapa ada kumpulan yang dapat buat lebih?” Soal saya lagi.

Inilah antara resolusi daripada modul itu. Walaupun diri kita ini serba kekurangan, tetapi rancang bagaimana menggunakan kekurangan yang ada itu untuk sesuatu yang lebih hebat daripada orang lain.

narutoTeringat saya akan Naruto. Walaupun tidak banyak skil yang dia ada tetapi daripada satu skil yang dia kuasai(Kage Bunshin No Jutsu) dia pelbagaikan kegunaannya.

Dan saya juga sejak dari tingkatan satu sampai tingkatan lima, langsung tidak ada buku teks untuk rujukan. Terpaksa pinjam daripada kawan bila mahu guna.

“Habis tu macam mana abang belajar masa peperiksaan akhir tahun? Mesti kawan lain semua nak guna buku teks.” Seorang pelajar bertanya kepada saya selepas solat Maghrib.

“Gunakan apa yang ada sahajalah.” Jawab saya ringkas sambil sedikit tersenyum kepadanya.

.

Azree Hanifiah

16 April 2008

Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 17% [?]

15 Comments »

  1. avatar comment-top

    Salam…my new blog -ezzani- =)

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    huhuhu…bestnya hidup ko sekarang ek…:)

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Yasir,
    Hehe. Best tak best bergantung macam mana kita urus matlamat kita. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    jazakallah, azree! ^_^ kenapa tak cakap yg nta tak clear sbnrnya..? adeh.. sorry ye..

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Kak ‘Abyd,
    Nak cakap dah sebenarnya. Tapi macam lagi best kalau tak cakap.

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    ;-) takpelah, dah lepas. terima kasih byk2 sebab banyak tolong!

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    hmmm…masih dengan narutonya..
    welkam to KBM and prepare 4 the next assignment, hehe

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    its better if you can elaborate more on the responsibility part.

    utilize and be grateful coz even if we find that we are the most unlucky person in this entire world, we still got Him to ask for help.

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    Pak Im,
    Next assignment? Alamak! Hehe. Lama lagi rasanya sebab program terdekat 26 & 27 itu saya ada program lain di Kuala Lumpur.

    MM @ cha,
    InsyaAllah saya akan huraikan lebih lanjut dalam entri-entri yang mendatang. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    assalamualaikum azree..lama tak bersua muka..nampaknya sudah pandai menulis..alhamdulillah, gunakan bakat itu sebaik2nya..dari azizi shaukani

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Azizi,
    Sudah pandai menulis? Bukan ke kita sama-sama belajar menulis masa di KISAS dulu. Hehe. ;)

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    Aha~jgn risau. Prog KBM almost every weekend ada. So, bila ade kat JB je, silalah lapor diri! ;-)

    [Reply]

    comment-bottom
  13. avatar comment-top

    Azree, nak tanye.mane nta dpt gmbr one hour slot tu ek? sbb tgk kat lensa ummu fathiyah, xde pun..

    [Reply]

    comment-bottom
  14. avatar comment-top

    Assalamualaikom
    azree orang johor gak ke?Atau ada program kat johor je… :D

    [Reply]

    comment-bottom
  15. avatar comment-top

    Bgusnye ble dgar sahabat2 dpt myumbang mse dan tenage 2k org lain n dmi 2k mse depan adik2 kite.. Bukan suatu tugas yg mudah. Tgungjwb besar. Tahniah!!

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment