
Sajak ini terilham pada suatu malam sewaktu fikiran saya mengingatkan beberapa peristiwa demi peristiwa sepanjang saya menyertai beberapa program di luar universiti.
Sengaja dipaparkan di blog ini. Semoga apa yang dicoretkan dapat memberi kesedaran tentang keperitan hidup anak-anak jalanan.
Anak Jalanan
(Sewaktu malam memanggil-manggil
Ibu masih belum pulang
perut sudah mula berkeriut
ayuh kita ke lorong sana, dik
tinggalkan penantian di sini
Redam tangan kecil adikku
tunggulah lagi, long
nanti ibu tak ketemui kita
Usah gusar adikku
mungkin ibu sudah kepenatan
pabila pulang nanti
dan terlupa akan kita
seperti hari-hari semalam
Ku renung dalam wajahnya
masih gembira dalam perit
jika dia menangis
tentu lebih sedih
lebih pedih
Betapa gelap lorong sepi
Membunuh cinta
aku dan
dia….
Azree MH
5 Oktober 2007
Taman Ilmu dan Budi
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 36% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
October 6th, 2007 at 8:57 pm
salam..
sajak ni, ada hantar ke mana-mana?
saya tak pandai nak komen sajak, cuma boleh kata… sajak ni ringkas, tapi padat dengan mesej. gambar tu buat sajak ni lebih berkesan… tersentuh.
[Reply]
October 16th, 2007 at 4:32 pm
Tersentuh bila baca sajak ni especially rangkap yang kedua terakhir. Sangat dalam maknanya.
[Reply]
December 1st, 2007 at 5:40 pm
sajak tu memang menyentuh hati
[Reply]
June 1st, 2008 at 6:30 pm
Terkesan dengan sajak ini. Bila menyelami keperitan anak jalanan, terasa betapa untungnya kita dengan rahmat kurniaan Allah.
Terima kasih Azree, untuk perkongsian bengkel blog hari tu. Alhamdulillah, dah dapat hasilkan blog sendiri.
Kalau ada waktu santai, lawatlah blog ni. Adunan dan aplikasi dari ilmu yang Azree sampaikan. Thanks.
http://hairul.wordpress.com/
[Reply]
June 4th, 2008 at 12:15 pm
sajak yang menyentuh jiwa azree. tahniah. concise ! diikuti dgn gambar yg bersesuaian dgn sajak, ia adalah satu seni yg perlu ada pd sajak.
[Reply]
June 17th, 2008 at 11:08 am
kenapa sy asyik nak nangis je bce entry kt cni??huhu.so touching
[Reply]
September 10th, 2008 at 11:41 am
[...] *gambar diambil dari sini [...]