
“Ana ada satu soalan untuk antum semua,” Akh Safwan menghentikan sekejap ayatnya dan kemudian menyambung kembali, “Kalau antum berada dalam keadaan untuk memilih antara dakwah dan pelajaran yang mana kedua-duanya sangat penting. Apa pilihan antum?”
Antara menyampaikan risalah dengan ijazah, yang mana menjadi pilihan? Saya tergamam seketika memikirkan jawapan. Kalau hendak diberikan jawapan skema dan menyejukkan hati memanglah terlalu mudah.
Terus sahaja kita katakan, lakukan sahaja kedua-duanya. Tetapi sekadar kata tanpa perbuatan, saya rasakan itu amat tidak patut sekali. Terlalu mudah menyebut badan jadi binasa. Terlalu cepat mengambil keputusan, segala perkara serba tidak kena.
Seorang demi seorang ahli usrah saya yang lain menjawab, dan saya masih lagi merenung memikirkan jawapan. Mendengar jawapan daripada mereka semua memang sangat sesuai dengan apa yang mereka lakukan. Dan memang dirasakan jawapan itu datang daripada hati mereka.
Saya pula masih lagi berfikir-fikir apakah jawapan yang patut diberikan.
Menyampaikan risalah
Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang muslim itu untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah segala perkara yang tidak baik. Tidak kira walau apa jua keadaan, belajar atau bekerja atau menganggur atau berkahwin, tanggungjawab ini tetap mesti ditunaikan.
Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan. Dakwah sebetulnya bukanlah aktiviti dalam jemaah sahaja. Malah kalau kita berseorangan pun, dakwah tetap mesti dijalankan. Ya, meski kita tidak masuk mana-mana jemaah sekali pun.
Tetapi bagaimana cara berdakwah yang dianjurkan?
Kita lihat kembali kepada ayat ‘Amar Ma’ruf Nahi Mungkar’. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Kita berdakwah bukan untuk menunjukkan yang diri kita tahu tentang perkara tersebut tetapi adalah untuk mengajak ke arah kebaikan.

Dan biarlah diri kita berdakwah kerana kemahuan dalam diri untuk mengajak ke arah kebaikan. Bukannya sekadar untuk memberi tahu apa yang kita tahu. Apabila kemahuan dalam diri itulah yang menyuruh kita supaya menyampaikan risalah, maka dari situlah timbulnya istiqamah atau berterusan menyampaikan risalah.
Bukannya susah untuk mengajak orang berbuat sesuatu perkara. Kalau kita sudah boleh ajak dia pergi makan,
Kalaupun apa yang kita ajak itu ditolak, tetapi janganlah mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau ajak makan pun kawan kita itu menolak? Berdakwah untuk ‘memberi’ bukannya untuk ‘menerima’.
Soalnya adalah mahu atau tidak mahu.
Perlukah masuk mana-mana jemaah?
“Ada ke patut si ‘mamat’ tu kata aku tak nak menjalankan urusan agama. Kemudian dia salahkan aku belajar pula,” Saf yang baru sahaja masuk ke bilik melepaskan buku-bukunya ke atas meja dengan suara yang marah-marah.
“Eh, sebab apa dia kata macam tu?” Soal saya kehairanan.
“Sebabnya aku tak mahu masuk usrah dia. Sebab paling utama sebab aku tak nak join jemaah dia. Ada ke patut sebab aku tak nak join jemaah sahaja terus dilabel antijemaah,” jawabnya dalam nada suara yang masih marah.
“Erm. Itulah sebabnya kalau kita buat sesuatu perkara janganlah kita terlalu taksub, nanti semua perkara yang orang lain buat dan kita rasa tak kena, maka kita katakan dia salah,” Saya cuba menenangkannya.
Ini perkara biasa yang pernah juga timbul kepada saya suatu masa dahulu. Semasa saya masih lagi di sekolah menengah. Saya pernah dilabel begitu kerana saya menolak untuk masuk ke dalam satu jemaah tersebut, tidak mahu pergi tamrin dan sebagainya.
Bagi saya berdakwah bukannya dengan pergi tamrin, pakai kopiah, masuk jemaah dan sebagainya. Banyak cara untuk kita menyampaikan risalah. Kalau mahu lebih baik, apa yang kita belajar, itulah yang kita sampaikan. Tetapi kita masukkan unsur-unsur Islam.
Itu lebih baik saya rasakan.
Risalah dan Belajar
Pernah dulu seorang rakan saya yang suka menggunakan ilmu-ilmu sains yang dia belajar untuk dia jadikan satu bahan dalam tazkirahnya. Sangat seronok dan sangat menyenangkan. Kadang-kadang terasa seperti satu bentuk humor pula.
Antaranya yang masih saya ingat, “Hati kita ini seperti spring. Ada had kenyalnya. Kalau terlalu diregangkan mungkin tidak boleh kembali kepada bentuk asal. Begitulah dalam hidup kita…..”
Lebih kurang begitulah antara ayat-ayat yang digunakan dalam tazkirahnya. Sangat menarik dan sangat berkesan. Menyampaikan risalah dengan belajar boleh disatukan!
Tetapi tidak ramai rasanya yang mampu melakukan demikian. Ada yang ingin belajar sahaja. Itu tidak mengapa. Ada yang ingin berdakwah sahaja, itu pun tidak menjadi kesalahan bagi saya kalau memang itu yang dia inginkan.
Dan beginilah jawapan saya kepada naqib saya, “Kita lihat apa keadaannya pada waktu itu. Lain keadaan maka lainlah jawapannya. Mungkin saya akan pilih ‘ijazah’ atau mungkin saya akan pilih ”risalah. Dan mungkin juga saya akan pilih kedua-duanya. Saya perlu lihat di mana kemampuan saya pada masa itu. Dan yang mana lebih utama.”
Apa pula jawapan anda?
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 8% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
November 4th, 2007 at 10:33 am
Oh~ yang ini… jawapan tak berapa tepat.. pegi tanya balik akh awak tu..
[Reply]
November 4th, 2007 at 12:41 pm
Pandangan saya mungkin berlainan dengan orang lain. Mungkin akan ada orang yang menyalahkan saya
Seringkali saya menasihati adik-adik junior bahawa menuntut ilmu itu lebih penting daripada urusan jemaah. Bukan mengatakan urusan jemaah, berdakwah dan sebagainya itu tidak penting. Tetapi alangkah baiknya jika dalam masa kita berdakwah, kita juga cemerlang dalam pelajaran
[Reply]
November 4th, 2007 at 5:11 pm
tak perlu fikr yang terlalu besar untuk berdakwah. Dalam berblog ni pun kita boleh berdakwah..
[Reply]
November 4th, 2007 at 7:16 pm
eyh bro..ape maksud jawapan mu itu?aku dok pehe loo
[Reply]
November 4th, 2007 at 8:43 pm
Kak Maryam,
Semua orang ada jawapan masing-masing. Tepat atau tidak itu terpulang kepada diri mereka sendiri. Kalau mereka dapat memberikan jawapan yang tepat mengikut kehendak skema jawapan tetapi tidak buat seperti apa yang mereka katakan, bolehkah jawapan itu dikatakan tepat?
[Reply]
November 4th, 2007 at 10:14 pm
Soalan seperti ini pernah juga dilontarkan kpd kami (saya dan sahabat2 ) lbh kurang 10 tahun yg lalu. Oleh kerana tulisan ini berakhir dgn apa pula jawapan anda? Terasa ingin memberi pandangan juga.
Mencipta kemungkinan terhadap sesuatu situasi yg tidak pasti adakalanya baik utk melatih diri membuat keputusan. Namun adakalanya ia mencipta ruang sempit dalam fikiran seoalah-olah realitinya kita terpaksa membuat pilihan.
Berfikir secara vertikal adakalanya tidak elok untuk penyelesaiaan masalah melainkan anda adalah seorang peguambela atau pendakwaraya yang sedang berdebat. Ianya mengurangkan kreativiti untuk jalan keluar yang lebih memuaskan.
Sepertimana dakwah itu penting sebagai seorang muslim, menuntut ilmu itu juga penting untuk seorang muslim, mengangkat martabat ummah juga penting. Maka mengimbangi antara setiap kepentingan adalah perlu. Menyusun jadual dari berlakunya pertembungan juga perlu. Maka kebijaksanaan kepada seorang pemimpin adalah kunci dalam pengurusan yang cemerlang. Maka memikirkan langkah-langkah untuk melaksanakan kedua-dua tuntutan mengikut kemampuan dan tahap sebagai pelajar adalah satu topik perbincangan yang lebih perlu diketengahkan.
Kita selalu dipaksa atau terpaksa untuk membuat satu pilihan samada hitam atau putih, sedangkan kehidupan ini dicorakkan dengan pelbagai warna kewajipan dan taggungjawab. Memahami mafhum kata baginda nabi: Bagi setiap perkara itu ada haknya yang perlu ditunaikan.
Sekiranya kita adalah seorang yang kreatif dan mempunyai cita-cita dan semangat yang tinggi, kita tentu memikirkan bagaimana untuk menguruskan waktu yang dikurniakan dengan sebaik mungkin. Sekiranya hati kita ini boleh diibaratkan seperti spring, maka Iman pula ada naik turunnya. Keterlaluan bersemangat di peringkat awal namun berhenti terus pada akhirnya adalah suatu penyakit yang berlaku akibat tekanan spring yang melampau-lampau barangkali. Maka istiqamah itu adalah lebih berharga.
Secara peribadi pengalaman melihat, manusia yang melalui ’school of pressure’ ini melahirkan 2 golongan, pertama yang lari kerana diberi taggungjawab yang diluar kemampuan. Kedua adalah mereka yang akhirnya lali dengan tekanan dan menukarkannya kepada suatu yang positif dan menganggapnya ujian dalam mencari redha tuhan. Momentum positif inilah yang meggerakkan mereka menjadi manusia yang lebih dari biasa, menggandakan usaha kerana terpaksa menggalas banyak bebanan dalam suatu masa. Mereka cemerlang dalam keduanya. Namun manusia dalam kelompok kedua ini tidak ramai, kerana manusia ini diberi tuhan dengan kemampuan yang berbeza.
Maka meraikan kemampuan manusia adalah perlu dalam kepimpinan. Dakwah itu terlalu luas pengertiannya. Setiap muslim yang ada kesedaran mampu memberi sumbangan mengikut kemampuannya, samada sedikit atau banyak mengikut tahap keimanan masing-masing. Abu Bakr as-Siddiq umpamanya membelanjakan keseluruhan hartanya pada peperangan Tabuk, dan baginda Nabi tidaklah memaksa semua muslimin melakukan sepertinya. Ia lambang tahap keimanan, kecintaan dan ketulusan hati yang akhirnya peristiwa tersebut dirakamkan di dalam al-Quran yang membuatkan Abu Bakar merasa amat gembira.
Tulisan ini cumalah sebahagian pandangan seorang insan yang sentiasa boleh dinilai, diterima atau ditolak. Maafkan saya kerana membuat coretan panjang di sini.
Dan sekiranya anda terpaksa juga membuat keputusan secara hitam putih antara pelajaran dan dakwah di mana kedua-duanya sangat penting, anda mungkin boleh memilih mana-mana jawapan, kerana seorang muslim itu memangnya seorang dai yang wajib menyampaikan ilmu yang dipelajari, dan seorang dai’ tetap memerlukan ilmu dan pelajaran untuk melengkapkan kewajipan diri. Satu jawapan yang tepat bagi setiap muslim sepatutnya adalah yang lengkap dan melengkapi.Islam itu indah.
Apabila tiba satu peringkat nanti, anda mungkin sudah mampu tersenyum memikul beban amanah ini dengan jayanya, meskipun orang lain melihat ianya sesuatu yang menyusahkan…
Dan sudah tentu, zaman pelajar keutamaanya lebih pada ilmu….
[Reply]
November 5th, 2007 at 1:53 pm
kerana jawapan untuk soalan ini hanya ada satu yang paling tepat. tak apa, terpulang pada pandangan masing-masing.
[Reply]
November 5th, 2007 at 6:26 pm
“Retorik la bro. Bro pernah kena ke?” itu jawapan hamba.
Kalau naqib sendiri belum diuji dengan ujian sebenar (i.e diugut buang universiti), pesan dia jgn cakap sgt pasal topik tu
Kalau dia pernah diuji, minta dia kongsi pengalaman dia kenapa dia mengambil langkah tersebut.
^-^
[Reply]
November 5th, 2007 at 8:43 pm
uih, ustaz alzasha pun ada kat sini
pa habaq yin?
[Reply]
November 17th, 2007 at 7:37 am
Setuju dengan saudara Alzasha, tidak perlulah kita bersusah payah memikirkan yang mana satu jalan yang akan dipilih…
Ijazah… Risalah…
Kedua-duanya kewajipan bagi seseorang yang bergelar Muslim. Sekiranya benar suatu hari nanti kita ditimpa ‘darurah’, yang memaksa kita untuk memilih salah satu, pilihlah yang mengikut keadaan dan kemampuan kita.
Benar, apabila kita menyebut tentang ’study’, banyak antara kita sudah tentu merasakan satu tekanan yang hebat. Tetapi sekiranya kita menyentuh topik dakwah, perlukah kita berasa tertekan? Sesetengah individu terlalu memikirkan kecetekan ilmu mereka serta ketidakupayaan mereka untuk berdakwah sehingga menjadi penghalang kepada gerakkerja dakwah itu sendiri. Walhal, terlalu banyak cara untuk berdakwah dalam dunia ini walau pada tahap mana sekalipun ilmu kita.
‘Method’ dakwah? Satu topik yang sangat subjektif untuk dibincangkan. Sewaktu kita ber’shopping’, bersukan dan bermain ‘game’ pun kita boleh berdakwah. Bagaimana? Itu untuk anda fikirkan sendiri… Berdakwahlah dengan apa yang anda ada, dengan ilmu yang anda ada serta dengan kemampuan dan keselesaan diri sendiri…
[Reply]
November 19th, 2007 at 3:05 am
risalah..ijazah..
kita ni muslim yg belajar atau pelajar yg muslim??
nmpak seakan sama tp hakikatnya tak sama..
atas masing2 untuk menilainya..
[Reply]
November 19th, 2007 at 4:46 pm
Menarik. ..
Pandangan saya,
Kita ini Muslim yang dituntut belajar, dan pelajar Muslim yang perlu menyampaikan apa yang diajar.
Adakah Islam itu agama yang mementingkan keilmuan atau dakwah dan seruan? Ia adalah agama yang lengkap yang mengambil kira segala kepentingan dalam aspek kehidupan.
Meminjam kata seorang tokoh dakwah:
‘Islam merupakan sistem yang sempurna……’sawaan bisawain’
( sama pentingnya )tanpa meminggirkan mana-mana juzuk kehidupan..( rujuk usul pertama di bawah rukun al-Fahm ) atau rujuk sama tulisan Prof Dr Yusof al-Qardhawi membahaskan Usul 20 di bawah tajuk ” Fahmul Islam”
Indahnya Islam…
[Reply]
April 26th, 2008 at 4:04 pm
Risalah vs Dakwah…
Bagus tpik prbincgan 2..
Sbagai seseorang yg bru brgelar mahasiswa..
saya memerhati suasana jemaah yg berlaku di dlmkampus..
yg rasmi..dan juga yg tidak..a.k.a underground..
tidaklah sy menyatakan bahawa jemaah yg tdk rasmi ini menyimpng..
tp sy melihat kt sbg umat islam..khususnya mahasiswa perlu membuka minda..
Dunia semakin hari semakin mncabar…kita bkn sahaja di serang dr segi akidah..tetapi dr segi ekonomi, dan kuasa..
Umat islam hari ini prlu sedar bahawa di dunia ini..
elemen KUASA DAN ILMU sngt pnting..
jgn kita jumud kn islam itu sbgai hnya brkopiah @ brtudung labuh…
dunia barat hari ini memandang rendah kdp umat islam dan pd pndangan bangsa asing..umat islam tdk cukup kompetetif dan berkemahiran..
hasilnya..segala2 yg ada di dunia ini d kuasai mereka..ekonomi,politik serta MAKANAN..
kita perlu memahami konsep islam itu sbg AD-DIN yg merngkumi semua bhgian kehidupan..
Jika kt umat islam menguasia bdang ilmu nescaya kt mampu mnguasai dunia dan menjalankn urusan Kehidupan mengikut cara kita(cara ISLAM)
dan akhirnya dapt menegakkan kalimah Allah..
dan menghidupkn kmbali zman kegemilangan empayar UTHMANIAH yg musnah..
kika ada apa2 kekeurangan..harap di perbatulkan..
ini hnyalah pndanagan dr sudut kaca mata ana yg cetek ilmu..
[Reply]