
Malam yang tenang. Seusai mengambil seorang rakan dari UK yang pulang ke Malaysia, saya membawanya ke sebuah restoran. Teman lama, bersekolah dan dalam kelas yang sama dari tingkatan satu sehingga tingkatan tiga.
“Kita menafsir sesuatu itu berdasarkan apa yang kita percaya dan dipengaruhi,” dia memulakan perbincangan.
“Maksudnya?” Saya mula tertarik dengan kata-kata tersebut.
“Pengalaman membentuk pemikiran kita. Pengalaman tersebut hasil daripada apa yang kita belajar, apa yang kita tahu dan apa yang kita lalui. Contoh pemahaman kamu tentang solat mungkin lain daripada apa yang saya faham.”
Pengalaman membentuk pemikiran dan pemahaman
Saya mengangukkan kepala tanda mengiakan katanya. Semasa berada di Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) dulu, ada juga pelajar sekolah agama yang tidak solat. Mungkin pemahamannya tentang solat lain daripada apa yang saya faham.
Dan begitu juga dalam batas hubungan antara lelaki dan perempuan. Semasa di sekolah dahulu hendak bercakap pun kena tundukkan pandangan, kalau tidak memang kena ‘basuh’ dek senior. Tetapi selepas memasuki alam universiti, terserempak pula senior yang dahulunya exco BADAR pun keluar berdua dengan teman wanitanya.
Ops. Mungkin kawan wanita dia. Ya, pemahaman dia tentang kawan dan pemahaman saya tentang kawan lain. Begitulah maksud kata-kata kawan saya dari UK tadi barangkali.
Mungkin juga pada masa akan datang, apa yang saya faham tentang muamalah, hubungan lelaki dan wanita, perancangan hidup, politik dan sebagainya juga lain daripada sekarang.
Bahasa kita berbeza
“Sebagai contoh segelintir mengatakan cara nasihat yang lembut yang diguna pakai jemaah tabligh tidak mampu bertahan pada zaman kemungkaran makin menular. Malah Abul A’la Al-Maududi pernah mengatakan cara seperti missionary Kristian tersebut tidak begitu praktikal.
Tetapi bagi orang tabligh sendiri yang mengikuti sendiri kaedah tersebut, yakin dan percaya cara tersebut masih lagi sesuai pada masa sekarang,” rakan saya tadi menyambung penerangannya.
“Kumpulan A mengatakan cara kumpulan B tidak praktikal kerana mereka bercakap berdasarkan pengalaman mereka. Malah mungkin kumpulan B juga ada sikit-sikit mengatakan cara kumpulan A tidak praktikal malah cara mereka paling praktikal kerana mereka juga bercakap berdasarkan pengalaman mereka.”
Pernah juga dalam satu program yang dianjurkan KONSIS yang ketika itu urusetia program tersebut terdiri daripada tiga badan mahasiswa yang lain ragam dan lain kehendak.
Satu jenis menginginkan program KONSIS itu dipenuhi dengan pengisian kerohanian sahaja. Satu lagi menginginkan adanya slot yang memberi tunjuk ajar tentang kemahiran-kemahiran berdakwah yang diperlukan oleh para mahasiswa. Mujur satu lagi badan menjadi orang tengah dalam setiap perbincangan yang diketengahkan.
“Ya, dan kita tidak boleh secara menyeluruh mengatakan yang diri kita adalah betul kerana pemikiran kita itu wujud berdasarkan apa yang kita percaya, apa yang kita belajar dan apa yang kita lalui.”
“Walaupun kita dalam satu kumpulan yang sama(jemaah) tetapi melalui proses pengalaman yang berbeza, maka cara gerak kerja dan pemikiran kita tentu berbeza sedikit.”
Rabu minggu lepas, sempat saya ke sekolah lama bertemu cikgu-cikgu dan beberapa orang rakan. Seorang rakan saya tertarik dengan jaket yang saya pakai. Kemudian ternampak logo pada jaket tersebut dan bertanya tentang logo tersebut.
“Logo KARISMA,” saya menjawab ringkas.
“KARISMA? Enta join KARISMA ke?”
“A’ah.”
“KARISMA… mengarutlah…” katanya sambil mendengus.
“Apa yang mengarutnya?” Tanya saya kembali mahukan jawapan.
Tetapi dia diam sahaja. Mahu sahaja saya katakan, ‘Bahasa kita berbeza. Dan cara kerja kita juga berbeza. Tidak perlulah mencari perbezaan sesama yang lain. Kalau betul ada masalah, beritahu dan kita selesaikan.’
Kita hanya faham situasi seseorang atau sesuatu kumpulan itu kalau kita sudah bersamanya.
Cara kita menafsir itu berdasarkan apa yang kita faham dan percaya, bukannya apa yang si dia faham dan percaya. Fahami si dia dan dengan itu kita boleh bekerjasama.
*Gambar ayam dan itik disalin dari website http://www.unicef.org/
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 33% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
October 26th, 2008 at 4:36 pm
assalaamu’alaikum..
Setiap jema’ah ada pendekatan masing-masing. Tak perlu dicari perbezaan, tapi mencari persamaan kerana matlamat tetap sama.
Perlu sedarkan mereka yang berfikiran WIN-LOSE supaya berfikiran WIN-WIN seperti dalam salah satu posting Ustaz Hasrizal (http://saifulislam.com/?p=750)
Semoga Allah memberi hidayah.
[Reply]
October 27th, 2008 at 9:37 am
hmmm…ayam dan itik pun, even lain2 mereka berlapang dada sahaja.
Hehe.
Sebab tu penting cara didikan dan lalauan kehidupan seseorang. Sebab tu sume akan bentuk apa yang kita blajar, faham dan lalui drp semua tu.
good entry.
take care
[Reply]
October 27th, 2008 at 1:20 pm
Realiti kita nyata berbeza.
“Aku manusia, kau pun manusia. Aku ada akal, kau pun ada. Aku berfikir, kau pun berfikir. Tapi, aku lain, kau pun lain. Realiti kita nyata berbeza.”
Hormati perbezaan, cari persamaan, mari kita bersatu.
[Reply]
October 28th, 2008 at 11:23 pm
yup
yang penting jangan sekali membenarkan sebelah pihak sahaja
sementara pihak yang sebelah lagi ditidakkan
dua2 pihak pasti ada baik dan buruknya
sama2 menghormati pendapat masing2
[Reply]
October 29th, 2008 at 9:27 am
best cite ni.
jemput datang blog saye
[Reply]
October 29th, 2008 at 10:43 am
salam wbt..
good article..
nanti senang2 dtg laa ke UK plak..
sesungguhnya di UK dan di Msia pun berbeza..
org UK balik Msia boleh mati kutu kalau di UK ni tersalah pilih Jamaah..
oleh itu, mari kita baca artikel ini!
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/09/ciri-ciri-jemaah-islam-yang-sebenar.html
wallahu a’lam
[Reply]
November 9th, 2008 at 4:51 pm
Ada ke budak SHAMS pergi UK?
[Reply]
November 11th, 2008 at 1:35 am
terkesan jugak dengan yang artikel ko nih…sedikit sebanyak membuka minda aku tentang kehidupan di uiam skrang nih…
[Reply]
November 14th, 2008 at 11:53 am
assalamualaikum
saya cukup suka membaca artikel yang ditulis ini.
ianya memberikan banyak ‘input’ pada saya.
terima kasih banyak.
[Reply]
November 20th, 2008 at 1:27 am
salam. jawa, sapa ek g UK? Aku kenal tk?
Menarik artikel anta…
[Reply]
November 21st, 2008 at 4:17 pm
Salam.
Benar, cari persamaan dalam perbezaan. heh
[Reply]