Posts Tagged: usrah

Sinergi

Sinergi: Merengkuh Hidup Bertarbiyyah

Novel ini mengingatkan kita peri pentingnya hidup di bawah wuwungan Allah, dan bagaimana hebatnya jika merengkuh diri kepada sahabat bukan kerana materi, tetapi berpaksi imani.

Read more

Usrah, perlu menyentuh hati

Usrah adalah sekumpulan manusia berkumpul dan berbincang dengan pengisian tertentu setiap sesi bagi memantapkan kepercayaan kepada Allah. Assalamualaikum. Saya Nurul(bukan nama sebenar), saya nak tanya pendapat awak. Usrah yang kami buat kurang bergerak disebabkan tidak mendapat sambutan. Mungkin salah satu faktor ialah sebilangan dari kami sekolah biasa-biasa sahaja, bukan dari sekolah agama. Jadi pengetahuan agama [...]

Read more

Usrah dan Naruto

* Bahan bacaan untuk mereka yang membaca Naruto “Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah. Semua anak-anak usrah saya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungjawab untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama harian di Gombak. Objektif [...]

Read more

Usrah, dimulakan dengan tasbih kafarah

Malam yang menemukan saya dengan beberapa orang kawan baru. Saya baru di tingkatan empat ketika itu di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Ada satu waktu yang memang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk usrah atau dalam kata lain grup studi berkaitan Islam. Dan pada malam itu kami dibahagikan ke dalam usrah.

Mentor usrah saya atau kami panggil ‘naqib’ pada malam itu lengkap memakai serban. Kemas. Dia memulakan usrah dengan beberapa tazkirah ringkas dan penerangan tentang rukun usrah yang tiga itu – Taaruf, tafahum, takaful.

Read more

Risalah Vs Ijazah

“Ana ada satu soalan untuk antum semua,” Akh Safwan menghentikan sekejap ayatnya dan kemudian menyambung kembali, “Kalau antum berada dalam keadaan untuk memilih antara dakwah dan pelajaran yang mana kedua-duanya sangat penting. Apa pilihan antum?”
Antara menyampaikan risalah dengan ijazah, yang mana menjadi pilihan? Saya tergamam seketika memikirkan jawapan. Kalau hendak diberikan jawapan skema dan menyejukkan hati memanglah terlalu mudah.

Read more