StudioMuslim.com » suka

Minat dan Suka
“Shazli, kau bagi aku jaga kaunter yang kosong. Kaunter ‘undecided’. Boleh aku lepas-lepak. Hehe. Budak KISAS mana ada yang mengaku tiada hala tuju lagi.” Saya mengukir senyum nakal sambil menunggu-nunggu pameran bermula.

Petang Jumaat lepas, saya bersama rakan-rakan bekas pelajar sekolah bertandang semula ke desa ilmu kami yang dulu – Kolej Islam Sultan Alam Shah – untuk satu program anjuran batch kami sendiri. Orang kata kalau bertandang ke sekolah lama jangan cari pasal. Buat baik terlebih dahulu, kemudian barulah pihak sekolah akan ‘berbuat baik’ kepada kita pula.

Program yang kami anjurkan pada petang itu berupa perkongsian pengalaman di universiti. Cara memilih kursus dan bidang yang sesuai dengan minat masing-masing. Kami menyediakan 11 meja mewakili 11 kursus yang ditawarkan selepas SPM. Termasuk juga satu meja untuk pelajar yang masih belum memilih apa-apa kursus – undecided. Malamnya pula kami merancang satu forum untuk pelajar KISAS.

“Ok. Aku pun takut meja itu kosong,” balas Shazli ringkas sambil berlalu ke bahagian depan dewan.

Saya pergi ke arah Illias yang duduk bersama seorang rakannya. Mereka berdua diminta menjaga meja untuk bidang Sains Aktuari (Actuarial Science). Salah satu bidang yang jarang ditonjolkan.

“Kau tolong aku jaga meja ‘Actuarial Science’ lah, Azree.” Ajak Illias.

“Boleh juga. Meja yang aku jaga nanti bukan ada budak nak datang pun,” balas saya disambut gelak.

Ketika itu juga, Shazli mengumumkan supaya semua fasilitator bersiap sedia di meja masing-masing dan pelajar boleh mula bergerak ke arah bidang yang diminati.

Baru sahaja saya hendak mengangkat punggung bersama Illias ke arah meja ‘Actuarial Science’, saya menjeling ke arah meja ‘Undecided’. Penuh. Pelajar perempuan memenuhi meja tersebut berbanding meja-meja ‘panas’ lain seperti kedoktoran, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain.

“Err… Illias, tengok sana. Tak jadilah aku hendak tolong kau.”

Minat Vs Suka

“Saya ada satu soalan. Saya minat sangat hendak jadi doktor. Tapi subjek Biologi dan Kimia saya agak lemah,” soal seorang pelajar perempuan.

Saya menarik nafas perlahan-lahan. Memikirkan jawapan paling sesuai. Saya juga pernah mengalami sendiri keadaan seperti itu. Suka tapi kabur.

“Beginilah, kita kena bezakan apa yang kita suka dan apa yang kita minat. Dua perkara ini nampak sama tetapi berbeza. Suka lebih kepada kehendak atau kemahuan hati. Tapi minat bermaksud cenderung kepada sesuatu.” Saya memerhatikan setiap pelajar yang berada di depan saya. Mereka bagaikan begitu ingin tahu apa yang akan saya sambung.

Suasana di meja lain mula hangat. Meja bidang kedoktoran mula dipenuhi. Tiga meja dibuka untuk bidang itu sahaja.

“Macam mana nak bezakan apa yang kita minat dan apa yang kita suka?” soal seorang pelajar lain. Meja saya pula hanya dipenuhi dengan pelajar-pelajar perempuan.

“Kamu semua suka tengok permainan bola tak? Manchester United kalahkan Liverpool ke?”

Ada yang mengangguk dan ada yang sekadar berdiam sahaja.

“Yang suka tengok bola ini minat tak main untuk bola juga.”

“Tak pandai mainlah, bang.” Ringkas jawapan. Tapi itulah jawapan yang saya hendak dengar.

“Itulah beza antara suka dan minat. Kita mungkin suka tengok doktor merawat pesakit, tengok peguam bersyarah di mahkamah tetapi tidak semestinya minat atau kecenderungan kita juga ke arah perkara tersebut. Sekadar suka-suka, tidak semestinya mendatangkan minat.

Tetapi ada kemungkinan juga kalau kita mengalih minat atau kecenderungan kita sedikit demi sedikit ke arah perkara yang kita suka itu. Sebagai contoh, abang suka tengok orang memasak tapi tidak minat memasak. Kemudian, abang cuba masuk-masuk dapur, tolong-tolong potong bawang, cili dan sebagainya, mungkin minat memasak itu akan timbul.”

Memaksa diri untuk minat

“Kalau begitu, kita boleh paksa diri kita untuk minat jugalah kan?”

“Boleh memang boleh, cuma kita perlukan korbankan sedikit masa. Mungkin sedikit mungkin juga banyak masa perlu dikorbankan. Bukan senang hendak membentuk pasukan bola sepak wanita di Malaysia atau bukan senang hendak menulis sebuah novel kalau kita tiada minat, cuma suka sahaja dan kemudian paksa minat untuk menulis.

Dan adik-adik perlu ingat, contoh paling senang abang sendiri. Cuba-cuba hendak minat bidang kejuruteraan, akhirnya mungkin kerana memikirkan masa yang terlalu lama tapi minat tersebut tidak timbul-timbul, abang memilih untuk menukar bidang lain.” Saya sekadar senyum. Mungkin ada pelajar di hadapan saya itu yang terkejut mengetahui status saya.

“Abang tak rasa rugikah?”

“Kalau kamu sudah ada perancangan apa yang kamu hendak lakukan dalam hidup, pasti tidak rasa rugi. Malah mungkin seronok.” Saya menjawab nakal.

Mengenal pasti minat

“Kalau begitu, macam mana pula saya hendak tahu apa yang saya minat?” Saya ditimpa soalan bertalu-talu. Sepatutnya kaunselor juga akan menjaga meja ini. Mungkin dia ada sedang melihat-lihat meja lain.

Takut saya terbagi salah nasihat.

“Cuba semua keluarkan kertas masing-masing.” Saya memberi arahan. Agak susah mengawal jumlah pelajar yang melebih 15 orang untuk satu meja. Meja lain saya tengok ada yang agak lapang.

“Tulis 5 perkara yang adik-adik minat buat pada waktu lapang. Kemudian tulis 5 perkara perbualan yang hampir setiap hari adik akan tersentuh perkara tersebut dalam perbualan macam perbualan dengan kawan-kawan, cikgu dan sebagainya.”

5 minit masa diberikan. Saya menjeling lagi ke meja-meja lain. Sudah agak lama tidak memesrai wajah rakan-rakan lain. Terpisah oleh jarak dan waktu.

Saya cuba menyambung selepas melihat hampir semua pelajar selesai, “Kebiasaannya, apa yang kita minat memang kita akan buat setiap hari. Dan apa yang kita minat juga agak selalu menjadi topik perbualan kita.

Orang yang minat dalam ilmu hadis umpamanya hampir setiap hari dalam perbualan mereka pasti ada terselit sikit-sikit hadis. Orang yang minat bisnes, dalam perbualannya hari-hari pasti terselit juga sikit-sikit tentang dunia bisnes. Orang yang minat bola, hampir setiap hari pasti mencari berita tentang bola juga dan perbualan mereka juga dipenuhi dengan isu bola tanpa perlu ada perlawanan yang besar pun.”

Penyelesaian

Shazli mengambil tempat di sebelah saya. Dia kemudian menceritakan pengalaman peribadinya dan perancangan hidupnya sampai umur 60 tahun. Semua kelihatan teruja.

Nampaknya meja ‘undecided’ ini boleh jadi meja untuk mereka yang kekurangan motivasi. Motivasi untuk memilih dan motivasi untuk menyambung belajar. Terkejut juga saya apabila menyedari yang ramai pelajar SPM dari sekolah elit pun masih belum mempunyai hala tuju selepas habis SPM nanti.

Apa guna pihak sekolah memaksa mereka belajar dengan jadual yang sebegitu ketat. Dari pagi sampai ke petang dan kemudian sambung ke malam pula. Program pendidikan rohani hampir diabaikan.

Rohani yang tidak dibentuk mudah membuat jiwa resah gelisah. Jiwa yang resah gelisah, agak susah untuk merancang hidup.