
“Shazli, kau bagi aku jaga kaunter yang kosong. Kaunter ‘undecided’. Boleh aku lepas-lepak. Hehe. Budak KISAS mana ada yang mengaku tiada hala tuju lagi.” Saya mengukir senyum nakal sambil menunggu-nunggu pameran bermula.
Petang Jumaat lepas, saya bersama rakan-rakan bekas pelajar sekolah bertandang semula ke desa ilmu kami yang dulu – Kolej Islam Sultan Alam Shah – untuk satu program anjuran batch kami sendiri. Orang kata kalau bertandang ke sekolah lama jangan cari pasal. Buat baik terlebih dahulu, kemudian barulah pihak sekolah akan ‘berbuat baik’ kepada kita pula.
Program yang kami anjurkan pada petang itu berupa perkongsian pengalaman di universiti. Cara memilih kursus dan bidang yang sesuai dengan minat masing-masing. Kami menyediakan 11 meja mewakili 11 kursus yang ditawarkan selepas SPM. Termasuk juga satu meja untuk pelajar yang masih belum memilih apa-apa kursus – undecided. Malamnya pula kami merancang satu forum untuk pelajar KISAS. » Read the rest of the entry..






