Apa yang mahu disampaikan oleh penulis dalam buku ini adalah jawapan-jawapan kepada persoalan:
* Mengapa saya harus jadi kaya?
* Mengapa penulis mengatakan kekayaan itu satu keperluan dan bukan lagi keinginan?
* Bagaimana cara untuk menjadi kaya menurut perspektif Islami?
Read more
Zass!
Satu sebatan hanger baju tepat mengena punggung.
Kadang semasa kita kecil kita tidak tahu apa sebenarnya yang ibu bapa kita hendak. Kita buat silap, dimarahi dan kemudian menangis. Dan kadang kita cuba mempersoalkan tindak-tanduk ibu bapa.
Read more
“Azree, sila baca muka surat seterusnya kuat-kuat,” Puan Haznah memberi arahan.
Walaupun hanya disuruh membaca, kaki dan tangan saya sudah menggeletar. Sejak dari sekolah lagi saya sangat takut untuk bercakap di hadapan orang ramai walaupun hanya disuruh membaca sahaja.
Read more
PLKN mengajarkan saya begitu banyak perkara. Ada yang baik dan ada yang buruk. Ia mengajarkan saya bagaimana manusia boleh berubah apabila diberi kebebasan. Dan ia juga mengajar bagaimana manusia berubah apabila dikongkong dengan jadual yang ketat.
Yang dahulu di sekolah pendiam, boleh jadi aktif.
Yang dahulu di sekolah nakal, boleh jadi alim.
Read more
“Aisyah nak masuk Kolej Yayasan Saad!” Kata adik saya pada tahun lepas sebelum dia mengambil UPSR.
Ditampalnya pada pintu rumah kertas bertulis tulisan tangan, ‘Doakan Aisyah 5A UPSR!’
Kakak saya merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) pada tahun 1998-2002. Mungkin kerana sejak dari kecil adik saya melawat kakak di KYSM, dia sudah menyimpan angan-angan untuk ke sekolah itu juga. Lagi-lagi bila kakak saya merupakan antara pelajar terbaik di sana.
Read more
“Shazli, kau bagi aku jaga kaunter yang kosong. Kaunter ‘undecided’. Boleh aku lepas-lepak. Hehe. Budak KISAS mana ada yang mengaku tiada hala tuju lagi.” Saya mengukir senyum nakal sambil menunggu-nunggu pameran bermula. Petang Jumaat lepas, saya bersama rakan-rakan bekas pelajar sekolah bertandang semula ke desa ilmu kami yang dulu – Kolej Islam Sultan Alam Shah [...]
Read more
“Ada satu kata-kata perangsang yang saya pegang sampai hari ini.” Kata seorang broker kepada saya beberapa minggu yang lepas.
“Apa kata-kata itu?” Saya menyoal.
“To success in your life, not do what you like. But like what you do.” Ujarnya.
“Sejak semasa saya belajar dulu, itulah yang menjadi pegangan saya. Walaupun tidak suka akan satu perkara yang saya buat, tetapi saya cuba menyukainya.” Dia menyambung lagi.
Read more