Badan Dakwah dan Rohani 2

1. Dahulu pernah saya kepada seorang alumni KIK(Kolej Islam Klang) tahun 70-an, dia mengatakan BADAR pada zamannya seolah tidak wujud. Kemudian semalam saya bertanya pula seorang bekas pelajar KIK tahun 80-an, era BADAR mula hendak digerakkan. Era program tarbiah mula aktif di KI(Kolej Islam).
2. Beliau menjawab, “Tak apalah guna sistem macam mana pun. Yang penting fungsi-fungsi BADAR yang lepas itu masih berjalan. Dari dulu lagi BADAR berubah, cuma tidak berubah nama sahaja.”
3. BADAR itu sendiri mengalami perubahan demi perubahan dari tahun awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Kini Pengetua merancang pula untuk menukar sistem pemilihan Lembaga Ketua Pelajar dan juga BADAR dengan menggunakan pendekatan pilihan raya dan akan diwujudkan jawatan-jawatan seperti Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain. » Read the rest of the entry..







