Badan Dakwah dan Rohani 2

1. Dahulu pernah saya kepada seorang alumni KIK(Kolej Islam Klang) tahun 70-an, dia mengatakan BADAR pada zamannya seolah tidak wujud. Kemudian semalam saya bertanya pula seorang bekas pelajar KIK tahun 80-an, era BADAR mula hendak digerakkan. Era program tarbiah mula aktif di KI(Kolej Islam).
2. Beliau menjawab, “Tak apalah guna sistem macam mana pun. Yang penting fungsi-fungsi BADAR yang lepas itu masih berjalan. Dari dulu lagi BADAR berubah, cuma tidak berubah nama sahaja.”
3. BADAR itu sendiri mengalami perubahan demi perubahan dari tahun awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Kini Pengetua merancang pula untuk menukar sistem pemilihan Lembaga Ketua Pelajar dan juga BADAR dengan menggunakan pendekatan pilihan raya dan akan diwujudkan jawatan-jawatan seperti Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain.
4. Meski masih samar cadangan beliau itu tetapi hati saya kuat mengatakan Pengetua memang tetap akan meneruskan rancangan dan idea beliau itu. Mengikut pengalaman saya berurusan dengan beliau sebulan yang lepas, memang menunjukkan beliau seorang yang tegas(susah bertolak ansur).
5. Jika majoriti rakan-rakan mahu mengemukakan bantahan, saya akan menyokong bantahan tersebut. Tetapi persediaan perlu dibuat untuk menerima perubahan ini.
6. Paling tidak pun jenguk-jenguklah KISAS. Bantu-bantulah adik-adik di sana dalam penerusan program tarbiah. Bukan sekadar berteriak di belakang dan kemudian habis kes diam begitu sahaja.
7. Jika betul ingin Islam tertegak di bumi KISAS, gunakan sepenuhnya ruang yang ada. Bukannya ada parti lain atau agama lain pun dalam KISAS sampai takut tarbiah tidak akan dilaksanakan. Dan mungkin kalau betul Pengetua ingin menganjurkan sistem demokrasi, kita boleh menggunakan ruang tersebut untuk menuntut hak-hak lama yang telah ditarik.
8. Umpama seperti keju, keju yang lama sudah habis diambil orang. Takkan masih mahu berdiam merungut dan tidak mahu mencari atau memakan keju yang baru pula? Rasanya mungkin lain tetapi tarbiah perlu terus hidup.
P/s: Mungkin perkara lain yang boleh dibincangkan adalah pemilihan melalui sistem syura dengan sistem pilihan raya.
Azree Hanifiah
23 September 2008



selamat hari raya. kami datang nak duit raya..huhu
[Reply]
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
[Reply]
assalaamu’alaikum..
nampak mcm ade kontra nye bile BADAR guna sistem pilihanraya..
[Reply]
salam syawal dari bumi Dublin, Ireland.. jemput2lah singgah ke blog hamba..
[Reply]
salam~selamat hari raya juga(^_~)
ada baiknYa juga perubahan dilakukan. generasi baru perlu muncul uTk mggantikan perkara2 lama y mgkin sudah reput..hehe…Islam will always win, no matter what.
[Reply]
lama tak update bro..
[Reply]
Hmm.Salam ziarah akhi..rindu dgn BADAR.skrg cabaran dakwah makin hebat.nak xnak masa sekolah ini ialah masa yg paling kritikal..fatrah kita nak kenal dakwah..kena jaga. Rasa rugi plak kat balik mesia aritu xpi KISAS
[Reply]