Raudhatus Sakinah

Baru semalam dapat menjejakkan kaki di Raudhatus Sakinah. Menyentap jiwa dan kalbu. Lantas terilham sajak dari taman rindu.

Bertemu di Raudhah
(Semusim rindu berlalu, baru semalam bersua)

Dulu ia bertanah tidak berair,
Menatap kebunan moral dan laku
Tatkala batas waktu menjadi kelam
Baru ia tahu antara akal dan nafsu

Ayuh kita ke jalanan sana, dik
Tinggalkan warna gelapmu di sini
Kita tanamkan semangat baru
Bersama damai seluruh raga
Kita suburkan pohonan maghfirah
Agar tumbuh menjadi kebunan ilmu

Kembalikan aku rindu yang dulu
Di bibir gadis yang pemalu

Azree Hanifiah
World Assembly of Muslim Youth
11 September 2008

The Author

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang perniagaan internet. Kerap dijemput memberi training di institusi dan organisasi seluruh Malaysia. Harapan beliau hanya satu, 'Berkongsi sehabis mungkin!'Other posts by Azree Hanifiah


17 Responses

  1. Wah. Kau bersajak. Ada rasa.. manis..
    sedang menyelami, apa maksudnya;

    Kembalikan aku rindu yang dulu
    Di bibir gadis yang pemalu


  2. SoFF-OnE

    Raudhatus Sakinah tempat pemulihan dan perlindungan wanita itu kah? kalau yang itu, maka sajak itu mudah difahami..


  3. salampuisi

    Kembalikan aku rindu yang dulu
    di bibir gadis yang pemalu
    agar rentang silam bisa tertanam
    menyubur pohon-pohon kecinttan
    dalam alir dingin salsabila

    mari mengatur, dik
    di sana teduhan purnama
    untukmu terangi jalan hidupmu.

    salam puisi.


  4. salampuisi

    anggun puteri bersisip kenanga
    menanti si putera menitip suri
    taman ilmu dan budi lebat jasanya
    menyimbah ibrah hamba seorang santri.

    salam puisi.


  5. Kembalikan aku rindu yang dulu
    Di bibir gadis yang pemalu..

    indah pulak puisi ni,
    tersentuh jiwa aku… dah lama tak ku dendangkan diri, sehingga jiwa ku tenggelam di alam ini, inginku kembali ke bibir gadis pemalu, tetapi apakan daya usaha sudah tiada :( , sungguh indah dari khabar rupanya….

    huhuh puisi ni dak UIA buat ker?


  6. HC

    wah.. moga terus rancak menulis!

    juga dalam kesempatan ini, jom bantu saudara baru yg memerlukan kita. layari http://www.hidayahcentre.jim.org.my/blog


  7. zanhassan

    wah Azree rindu kat saper tuh???


  8. atthiah

    wah, indahnya puisi awak… ilham datang nampaknya..


  9. Salam…tumpang lalu….
    Suka la sajak tu…

    Banner Raudhatus Sakinah tuh bdk2 KMB yg wat…peace!!!!


  10. Assalamualaikum…
    Baru hari tu, lebih kurang 15 Dis lepas, Rumah RAudhatus Sakinah ni kuar kat OASIS,bersama personaliti Dayangku Intan, maybe ramai yang xkenal,coz dia nie penyanyi lama, tapi dia ni popular jugak…Terpana pabila mendengarkan kisahnya, daripada seorang selebriti yang serba jahil, beliau berubah pabila dugaan melanda, tiba-tiba dirasa hanya tuhan Yang Satu sahaja yang bisa membantu diri yang hina dina ini…begitulah serba sedikit tinta mengenai Dayangku Intan, intan permata yang berkilauan di celahan kaca,tidak sedikitpun tercacat sinar kilaunya….


  11. Piza

    raudhatus sakinah bkn sekadar pusat pemulihan. ia adalah pusat bimbingan yang penuh terisi dgn bekaln rohaniah. terus lah beri sokongan kpd mereka yang pernah tersasar. Malah ramai keluaran darinya menjadi insan mulia setelah mereka bnr2 berubah


  12. sufi

    Assalamualaikum…….
    saya tak pandai nak bermadah, bersajak atau berpuisi..sekadar mengagumi kalian semua. Tahniah dengan puisi2 yang indah itu.Adakah kalian juga merupakan volunteer di RS atau pusat2 lain? saya sedikit berminat untuk mengikuti aktiviti2 seumpama ini (sukarelawan terutamanya di RS). saya mula berminat untuk mengikuti aktiviti2 sukarelawan ini setelah sahabat saya sendiri telah terjebak dengan salah laku (maksiat) seumpamanya. saya ingin membantu sahabat saya ini disamping menambah pengetahuan serta pengalaman.silalah reply mesej saya ini…..


  13. A’ah. Ada program berbuka puasa WAMY di sana pada 10 September lepas. :D


  14. Ada rasa manis kalau kau pun pergi sana. :)


  15. Salam, pelajar UIA ke? :)
    Hebat berpuisi. Rasa macam ada kenal saja gaya puisinya.


  16. saifuddin

    terkesima aku. nak jawab ‘ya, saya pelajar UIA’ pun dengan berpuisi.


  17. Puisi ini bekas budak UIA yang buat. :)