Ramadhan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Walaupun terlambat untuk saya mempromosikan satu program yang pasti menggiurkan anda ini, tetapi saya rasa masih belum terlewat.
Bulan Ramadhan bolehlah saya katakan sebagai bulan bagi orang berlumba-lumba membuat kebajikan. Kerana itu saya berani katakan program ini pasti membuatkan anda tergiur dengannya.

‘Berpuasa Sambil Menderma’. Program yang dianjurkan dengan usahama Jemaah Islah Malaysia, KARISMA International dan Palestinian Centre of Excellence ini sebenarnya sudah bermula dari bulan Rejab.
Kira-kiranya mudah sahaja. Sebagai contoh kita puasa penuh satu bulan Ramadhan iaitu 30 hari. Jadi, pasti ada duit lebih hasil kita berpuasa. Mungkin kebiasaannya kita makan siang adalah RM3. Jadi, RM3 x 30 = RM60.
Ini pun sudah cukup untuk kita dermakan ke tabung Palestin. Apa yang pasti kita dapat mengawal tabiat membeli makanan berlebihan semasa berbuka nanti. Hehe. Macam tidak biasa pula.
Untuk makluman lanjut bolehlah melawat website Fast 2 Fund
P/s: Nantikan promosi daripada saya lagi. Masih banyak promosi menunggu giliran untuk dipostkan di bulan Ramadhan ini.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 5% [?]
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL