Promosi: Buku Antologi Cerpen Palestin

palestine


Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya buku antologi Palestin ini dapat juga disiapkan. Beberapa perkara melambatkan sedikit penerbitan buku ini.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua penulis yang menyumbang karya untuk antologi ini. Dan tidak dilupakan juga penulis-penulis dari website esastera.com yang turut memberi sokongan.

Karya-karya anda memang baik dan mengesankan!

Tidak lupa juga kepada pihak editorial, Bro Wan Am, dan pihak JIMedia yang memberikan sumbangan tenaga dan kewangan. Semoga usaha saudara semua beroleh keberkatan.

Harapan saya dengan terbitnya buku ini, kesedaran tentang isu Palestin kembali berputik dan dapat memberikan impak yang besar kepada pembacanya. Perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada pendudukan

Israel perlu ditangani dengan apa jua cara sekalipun.

Biarpun kita tidak dapat membantu mereka(rakyat Palestin) di

sana, namun moga pendekatan seumpama ini setidak-tidaknya dapat menyumbangkan sesuatu kepada mereka.

“Saya yakin kehadiran buku ini di kalangan rakyat

Malaysia mampu menyampaikan mesej perjuangan Palestin kepada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja dan belia.

Saya juga percaya usaha murni para penulis kreatif sehingga terbitnya antologi cerpen ini akan mendorong kalangan sasterawan dan lingkungan penulis literary circle untuk mula meneroka penulisan kreatif demi mendukung perjuangan rakyat Palestin.” –Dr Hadfizi-

Senarai cerpen dan penulis:

1. Mujahid Kecil – Khairunnasriah

2. Biarkan Aku Jadi Orang Palestin – Huda Soid

3. Hujan Mengguyur di Al-Quds – Fahd Razy

4. Warkah Kala Hari-hari Berdarah – Ghafirah Idris

5. Skizofrenia – Noor Azree

6. Rebah di Pangku Wahyu – Dini Syarif

7. Izrail Sibuk di Gaza – Hafeziftiqar

8. Untukmu Palestin – Nuaym Budiman

9. Senja di Jabaliya – Mohd Khairul Adha Mohd Jamil

10. Imma Sa’adah Wa Imma Syahadah – Wan Yusra Hananah

11. Wanita Anak Palestin – Ilhami

12. Espirit De Corps – Nimoiz TY

13.Beza Dua Wajah – Safiyah

14. Mawar Itu – Ummu Afeera Zainulabid

15. Setulus Cintamu Mujahid – Umi Khaltum Abdullah

Untuk Tempahan

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah emelkan kepada saya di azree.mh@gmail.com.

Harga asal – RM15.

Harga promosi – RM12.

Kos penghantaran perlu ditambah RM3.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 15% [?]

12 Comments »

  1. avatar comment-top

    Alhamdulillah, terbit sudah. Nanti di tanah air akan saya dapatkan, simpan untuk saya satu. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Sdr Fahd Razy,
    Saudaranya punya buku ada pada saya. Sudah disimpan elok-elok dalam bungkusan. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar
    Hafeziftiqar Says:
    April 3rd, 2008 at 4:39 am
    comment-top

    Alhamdulillah… teruskan usaha baik Azree. Mohon simpan satu naskah utk saya :)

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar
    khairaummah Says:
    April 5th, 2008 at 6:59 am
    comment-top

    salam…buku ni ada dijual di book fair kt pwtc x?

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    mestinya best2 isinya. buku ni takde kat pasaran lagi ke ?

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar
    Dini Syarif Says:
    April 6th, 2008 at 11:43 pm
    comment-top

    Assalamualaikum wbt…

    Biar saya tolong jawabkan. Kepada anwar yassin dan khairaummah, buku ini boleh didapat di gerai Read Network sempena Book Fair, tingkat paling bawah sekali (tak ingat gerai nombor berapa).

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    promosi sampai bila?

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    Minta maaf kerana terlalu lewat saya reply entri ini. Saya terpaksa handle program kewangan untuk LHDN di Bukit Tinggi dan baru sahaja pulang semalam.

    Untuk tempahan buku Antologi Palestin tersebut bolehlah buat bayaran melalui Maybank.

    Account Maybank: 162236 586901 (Noor Azree bin Mohd Hanifiah)

    Buku akan dihantar melalui pos laju. Sekiranya sudah membuat pembayaran bolehlah mesej saya di 019-7749201. Sertakan sekali maklumat pembayaran seperti tarikh dan masa.

    Terima kasih.

    Sdr Dini Syarif,
    Gerai nombor 34 di ruang legar PWTC.

    Sdr Nazmeen,
    Promosi sampai habis stok buku di tangan saya. Sekarang tinggal lagi 14 buah buku.

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    nak satu!
    nanti aku ambik
    kat bilik kau
    erm bilik su maksud aku
    boleh?
    shot sem ada?

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    salam..klau tkde kat msia, cmne nk dptkn??

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar
    hudasoid Says:
    May 23rd, 2008 at 9:19 am
    comment-top

    boleh ke saya nak beli buku via pos 5 buah, tq

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar comment-top

    Nurilahi,
    Saya sedang cuba contact Kak Nisah Haron supaya buku ini boleh dibeli secara online dari http://www.ujanailmu.com.my

    Kak Huda Soid,
    Boleh. Kalau Kak Huda hendak beli, nanti saya tambah satu naskah percuma untuk penulis. :D

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment