Promosi 3: Kuih Raya Online

Kuih nutty chipsHampir terlupa saya yang dulu saya pernah mempromosi website seorang peniaga kuih raya. Cuma selepas website saya kena hack, semua entri yang lepas hilang begitu sahaja.

Saya bertemu dengan tuan punya syarikat ini beberapa bulan yang lepas semasa menghadiri kursus simulasi perniagaan di Shah Alam.

Orangnya ramah dan kuihnya telah saya cuba. Dan memang memuaskan. Hehe. Kalau saya pun dah puas hati(cerewet sikit bab makan-makan), memang sedaplah kiranya.

chocolate chipsAda 22 jenis kuih raya yang dijual oleh beliau secara online. Saya bertanya bagaimana beliau menghantar kuih raya kepada para pelanggannya. Beliau kata cara penghantarannya adalah melalui pos.

Hurm. Ada juga rasa ragu-ragu pada mulanya. Kemudian beliau menerangkan yang beliau sudah lama menghantar kuih-kuih raya kepada pelanggannya secara pos. Dan setakat ini tiada apa-apa complain.

Bagi yang rasa malas-malas nak buat kuih, bolehlah beli di website www.zaisara.com

Sultana SquareDan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi agen jual kuih raya dengan beliau memang sangat digalakkan. Dengar kata boleh dapat harga lagi murah cuma kena pandai berundinglah.

Erm. Ada seorang artis dalam kumpulan Devotees pun menjual kuih raya beliau.

 

P/s: Gambar-gambar kuih raya di atas ini memang jadi kegemaran saya. Memang kalau saya datang beraya nanti, siap-siapkanlah kuih-kuih ini. Confirm saya ‘tolong’ habiskan.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 18% [?]

3 Comments »

  1. avatar comment-top

    wehh,lawa ahhh website ko nihhh…wehh, bagi ler satu kuih raya free kat aku, member baik ko ni,hehehe…

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Emmm … saper2 nak mengiklan kuih raya .. meh mengiklan di http://www.kelabbisnesonline.com

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    WE ARE SUPPLIER OF VARIOUS KIND OF BISCUIT CONTAINER (MORE THAN 20 TYPES), YOU ARE WELCOME TO VISIT OUR SITE FOR FURTHER INFORMATION, THANK YOU

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment