Tiada jalan mudah untuk keluar daripada masalah kewangan. Tetapi jika kena caranya, pencuci lantai pejabat pun boleh jadi lebih kaya daripada bos syarikat. Itu yang saya dapat daripada permainan Cashflow 101 yang direka oleh Robert T. Kiyosaki.
Saya sudah bermain game Cashflow 101 ini pada tahun lepas. Cashflow 101 bukan seperti permainan Saidina atau pun Monopoly yang biasa dimain waktu kecil-kecil dahulu. Ia lebih daripada itu.
Malah seorang peserta yang sudah biasa dengan jual beli rumah pun mengatakan apa yang berlaku dalam permainan itu seakan sama dengan dunia realiti.
Sila klik di sini untuk mendaftar bengkel Cashflow 101.
Apa itu CASHFLOW 101?
Cashflow 101 ini merupakan satu simulasi berbentuk board game yang dicipta oleh Robert T. Kiyosaki. Robert T. Kiyosaki merupakan penulis buku Rich Dad Poor Dad, If You Want To Be Rich and Happy Don’t Go To School dan banyak lagi buku kewangan lain.
Subjek kewangan merupakan perkara yang serius. Tidak ramai yang dapat menguasainya walaupun sudah membaca banyak buku kewangan. Oleh kerana itu, permainan Cashflow 101 ini dicipta. Walaupun hanya bermain permainan ini, anda akan berasa seperti sedang berada dalam dunia sebenar.
Apabila kita membaca buku, kita hanya tahu apa yang disampaikan dalam buku itu. Tetapi aplikasinya adalah di dunia sebenar. Permainan Cashflow 101 ini pula mempersiapkan anda lagi sebelum mengaplikasikan apa yang dibaca dalam buku ke dalam hidup anda.

Cashflow 101 di UIA
Selepas berfikir-fikir agak lama, saya berbincang dengan Pakdi untuk mengadakannya di UIA. Sasarannya adalah golongan pelajar. Hal ini adalah kerana harga bengkel Cashflow 101 di luar yang agak mahal. Ada yang sampai RM100.
Selepas beberapa sesi perbincangan dengan pihak penganjur, akhirnya harga bengkel Cashflow 101 untuk di UIA ini dapat dikurangkan ke RM60. Tetapi untuk pelajar harganya lebih murah iaitu RM50. Yuran ini termasuk dengan yuran makan, minum, nota bengkel dan termasuk juga bayaran fasilitator pihak SM Resources.
Tetapi jika anda datang berkumpulan lebih daripada 3 orang. Anda akan mendapat potongan harga sebanyak RM5 seorang. Kiranya hanya RM45 sahaja yang perlu dibayar bagi pelajar dan RM55 bagi orang dewasa.
Sila klik di sini untuk mendaftar.
Bukan mudah untuk mendapatkan harga yang murah begini. Jumlah peserta terhad kepada 18 orang sahaja. Ini supaya proses pembelajaran tidak diganggu dan anda mendapat perhatian yang lebih baik.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 24% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
February 7th, 2008 at 10:49 am
Teruskan usaha murni menyumbang kpd komuniti:)
[Reply]
February 7th, 2008 at 8:31 pm
nanti saya linkkan dari blog juga.
[Reply]
February 11th, 2008 at 11:09 am
Salam,
Sekadar menjengah.
[Reply]
February 16th, 2008 at 4:26 pm
Hoo…
Menarik… Rasa macam nak join…
[Reply]