Piramid Wang Pos: Komen Seorang Peserta

Saya sekadar copy and paste satu komen panjang lebar daripada seseorang yang membaca entri ‘Update Version: Piramid Wang Pos‘ di blog seorang kawan yang memaparkan entri tersebut di blognya.

Komen ini terpaksa saya edit semula setiap perkataannya yang pada awalnya terlalu banyak menggunakan singkatan supaya anda yang membaca komen tersebut di blog saya tidak memandang rendah kepada yang memberi komen ini dan memandang serius terhadap apa yang dikomennya.

Ini komennya:

Ana tertarik dengan topik yang enta bawakan dalam blog ini. Cuma ana berminat untuk menjawab beberapa persoalan yang menjadi kekeliruan mungkin di pihak enta.

Persoalan pertama.

Mereka mengatakan syarikat tersebut telah beroperasi lebih daripada 3 tahun. Sedangkan boleh dilihat pula pada sijil pendaftaran syarikat tersebut yang menunjukkan syarikat tersebut beroperasi tidak sampai pun satu tahun setengah. Pelik, pelik.

Jawapan:

Dalam SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia), syarikat yang berdaftar as a enterprise menjadi kewajipan untuk renew setahun sekali. Jadi, sijil yang enta lihat itu adalah yang terbaru.

Reason - Tak mungkin untuk tunjukkan sijil syarikat yang harus di renew each year kepada semua. Cukuplah satu sekadar contoh membuktikan syarikat ini berdaftar secara sah under SSM.

Mereka mengatakan tiada unsur ‘skim piramid’ dalam program tersebut. Sedangkan dalam beberapa slide seterusnya ditunjukkan pula gambar rajah ini. Terang-terang menunjukkan adanya unsur ‘skim piramid’. Terang dan nyata. (Kalau empay, swisscash dulu tidaklah begitu terang dan nyata seperti ini).

Jawapan:

Ana rasa enta lebih faham apa itu skim pIramid. Jika enta teliti betul-betul ia bukanlah skim piramid kerana dalam piramid system tidak ada istilah ‘terputus’ dan ia menggunakan pairing system. Dalam program ini jika menggunakan piramid skim, sudah tentu nama-nama dalam borang tersebut lebih dari 7,8 hingga 9 orang(sila rujuk semula).

Ada satu slide mengatakan yang program ini dicipta oleh seorang bekas lecturer UIA yang kini bergelar dato’ yang mempunyai perniagaan dan pelaburan yang sangat luas termasuk pelancongan, kelapa sawit dan sebagainya.

Tetapi bila ditanyakan sudah disiasat atau belum si ‘Prof Datuk Dr Farid Ismail’ tersebut? Betulkah sudah sekaya itu?

Cadangan:

Tak baik memperkecilkan orang lain. Nampaknya enta sudah tentu kenal dengan semua orang kaya di Malaysia kan?

Ana rasa enta dahsyatlah. Hehe.

Nampak seperti ada unsur-unsur menghina di situ. Enta sudah pernah berjumpa dengan beliau?

Enta memang dahsyat.

Memetik dari artikel Ustaz Zaharuddin. Ana dan sahabat ana sudah bertanya sendiri pada Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zaharuddin sendiri belum jelas akan progam ini. Sebab itu ustaz belum buat kenyataan terbaru.

Maafkan ana tapi ana suka untuk berbincang. Siapalah ana. Maaf ana tiada nama. Biarlah enta kenal ana sebagai ‘siapalah aku’

Ana tak marahkan enta. Tetapi ana mengalu-alukan soalan begini. Sebetulnya ana antara orang yang menyertai progam ini. Tetapi setelah berjumpa sendiri dengan beberapa orang ustaz dari kulliyah IRK, setelah diberi penerangan yang jelas, ustaz tersebut(pengajian ilmu fiqh) menyatakan program ini menjadi hukumnya harus. Tidaklah ana hebat seperti enta.

Sebab itu tiga minggu ana mengkaji progam ini ternyata tidak terdapat sebarang keraguan. Ana harap enta rujuk semula dengan yang ahli dalam fiqh lebih lagi dalam muamalat Islam sebelum membuat sebarang kenyataan.

Nak tahu mengapa dalam empay, swisscash dan sewaktu dengannya tak begitu terang dan nyata?

Jawapan: Dalam MLM(multi level marketing) ia dipanggil hidden in marketing plan – Sila rujuk semula -

Kebanyakan dalam MLM tidak akan ceritakan kesemuanya. Jika diteliti semakin besar pangkat semakin tinggi maintainance pada syarikat.

Tidak perlu ana ceritakan hal MLM dalam ini. Cuma mintak enta rujuk dahulu. Tidak salah enta hadiri dulu taklimat mereka kemudian, nilailah.

Enta pasti lebih pakar dalam meletakkan sebarang hukum. Adakah hanya dengan tidak siasat dengan tepat dan terperinci enta boleh terus meletakkan sebarang hukum? Wah, hebat enta.

Ana hanya mahu berkongsi. Maafkan ana kalau terkasar tapi sebagai senior di UIA ini, bagi ana, enta belum matang dalam berfikir. Maafkan ana.

Mungkin ada kekeliruan disini.

Dr. Farid bukan kaya melalui prog ini tetapi dia hanyalah pengasas dan yang banyak membantu dalam kewangan syarikat ini.

Kesimpulan:

Kita yang maha tidak tahu ini jangan cepat melatah. Siapalah kita? Ana pun tidak sebaik dan sehebat enta tetapi fikirkanlah.

Saya akan cuba menjawab komen ini dalam masa terdekat. Tetapi bagi anda yang mempunyai jawapan tersendiri, boleh juga menulisnya pada ruang komen di entri ini.

The Author

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang perniagaan internet. Kerap dijemput memberi training di institusi dan organisasi seluruh Malaysia. Harapan beliau hanya satu, 'Berkongsi sehabis mungkin!'Other posts by Azree Hanifiah


20 Responses

  1. Saya tak nampak sama ada harus atau haramnya program ini. Tapi apa yang saya lihat, betapa kebanyakan umat Islam lebih gemar jalan ambil jalan “shortcut” untuk menjadi kaya. Tak mahu berusaha keras tapi ada hati nak untung ribu-ribu.

    Kalaupun ia harus, saya sedikit pun tidak kagum dengan mereka yang kaya melalui jalan singkat ini. Sekadar kaya dengan “kasihan” orang (saya difahamkan program ini menggunakan konsep menderma), tidak ada bezanya mereka dengan fakir miskin yang mengemis wang di jalanan. Cuma method “mengemis” itu yang berbeza.

    Abdur Rahman bin Auf, pakar ekonomi zaman Rasulullah, ketika ditawarkan oleh seorang Ansar untuk berkongsi harta sebaliknya menolak tawaran tersebut. Beliau cuma meminta untuk meminjam sedikit wang untuk dibuat modal. Dengan modal tersebut, beliau membina perniagaan sedikit demi sedikit. Persaingan perniagaan di Madinah lebih sengit kerana Yahudi memonopoli sebahagian perniagaan. Namun akhirnya berkat kegigihan, beliau menjadi salah seorang yang terkaya di Madinah.

    Malah lebih kaya dari anda yang menyertai sebarang program shortcut untuk menjadi kaya!


  2. Entahlah Saifuddin. Mereka ini lebih suka yang shortcut berbanding yang long term. Tak mahu susah-susah dahulu, asyik hendak senang terus sahaja.

    Kalau pelajar Engineering yang tersalah masuk ke dalam program ini tidak mengapa tidaklah pelik kerana tidak terlalu belajar bab-bab fiqh. Tetapi yang si dia ini adalah pelajar IRK.

    InsyaAllah saya akan cuba design beberapa gambarajah untuk memahamkan dia tentang apa itu pairing system dan apa itu pyramid system. Mungkin mengambil masa sedikit. :D


  3. hehe…

    layan azree layan… masa ni lah nak buat kontroversi yang boleh popularkan blog ni ;)


  4. aisy

    A’kum….. Slmt pgi :0)

    Lwk Sye bce kmen pakdi. Btul la 2.

    Sye bstuju dgn kmen saudre Saifuddin ttg rmai d antre kte y mmlih jln sgkat.

    Tp ape2 pun yg dlkukn, plu dambl kre utk mdpt rzki yg yg dbrkati n bpjgn x mdah. Ape yg dbuat utk mcri rzki, crenye, proses n everything in between, dkre sbgai bjuang.

    Smada dredhai @ x, Is it temporary @ will it last?

    Jke mdpt keredhaan Allah, mke kte akn nmpk hasilnye 2k suatu jgke mse yg pjg. Dan gnjrnnye mgkin akan blipat ganda lg, tanpe kte sdari.. SubhanaAllah…

    Wallahu A’lam


  5. hik2.. jom teka apa plak jawapan die untuk persoalan “jalan singkat” tu..
    Jawapan bakal keluar :
    Itu bukanlah “jalan singkat”, itu namanya “jalan bijak”.

    P.s: Bijak atau licik? Cuba fikirkan. Hehe..


  6. Pakdi,
    Kontroversi? Hehe. Buat post letak perkataan ‘naruto’ pun dah boleh popularkan blog ni. :D

    Aisy,
    Yup, betul. Dalam dakwah pun sama. Kita fikir, kita hendak jalan yang panjang atau jalan dakwah yang singkat.

    Dakwah sekejap lepas tu tinggal. Berkesankah?


  7. ini semua kerana gelombang pemikiran manusia sekarang especially orang melayu dalam mengejar kekayaan dan kebendaan dalam masa yang singkat.. tu sebab ramai yang pilih jalan short cut dan mula terjebak dlm skim2 cepat kaya.. bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.. yang penting DUIT.. Doa Usaha Ikhtiar Tawakal..


  8. abahfateh

    setuju dengan baien.


  9. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah banyak yang reply tentang program ini. Tetapi apa yang saya nak cakap perniagaan MLM ini ada yang baik dan ada yang buruk. Tun Mahathir pun menyarankan kita menyertai program seperti ini. Cuma “power is in your hand”. Jadilah pengkaji tentang sesuatu dan janganlah asyik hendak membantah tanpa ilmu.

    Wassalm…


  10. Maaf sdr Izzat. Rasanya program ini bukannya perniagaan. Apatah lagi mahu dikatakan MLM yang disarankan oleh orang-orang hebat. Baca betul-betul dahulu. :D


    • ashraflatif

      sori azree, bkan nak menyebelahi izzat. saudara kena lihat ayat ‘seperti mlm’ bukan maksudnya through to mlm program. renungkan…


  11. MLM juga tidak layak disebut perniagaan kerana kita sendiri tidak tahu apa yang diniagakan.


  12. liberal but not kafir

    sape kate kita nak kaya dgn cara mcm ni?
    cuba kita pasang niat dan tdk menjadikan program untuk jadi kaya… malah letakkan program ini dlm hidup kita di tempat yg ketiga (3)… jangan dok ghairah sangat tapi buat atas dasar tanggungjawab mung idup atas dunia buat sementara saja.

    matlamat untuk jadi kaya “mesti” tidak terlintas dalam hati mu’min…
    x wujud perkataan kaya @ miskin, yg penting mung duduk atas muka bumi ni dgn rasa “tanggungjawab”…

    pertama
    1)tanggungjawab thadap diri sendiri, keluarga dan yg perlu diutama
    2)berdakwah didalam masyarakat
    “kerana mu’min mempunyai 2 gol iaitu yg x sanggup turun kedalam masyarakat dgn yg sanggup turun dalam masyarakat” so tanggungjawab ini kita letakkan di no.2

    “dan mu’min juga mempunyai 2 gol dalam bab akhlak, mu’min yg tinggi akhlaknya itu lebih better dr mu’min yg rendah akhlaknya”

    maksud
    *mu’min=umat islam yg taat shj ,ia tdk merangkumi semua umat islam.

    3)buat program ini untuk membantu meneyelesaikan “keewangan” “org lain”…dgn cara bersusah payah dulu “cari org@dalam erti lain pelanggan tetap”

    kita berniaga pasar malampun kita tetap mencari “pelanggan tetap”.

    saya tringat kes nik aziz ulas pasal kahwin mut’ah (kontrak)

    nik aziz kata jika si perempuan itu dah setuju ,terpulanglah pada dia. tapi untuk tdk menjadi masalah pada masa akan datang, mesti kena ada hitam putih.

    mu stuju aku stuju habis crita…

    so jika timbul persoal pun?
    apa yg salahnya dari segi syarak dan siapa yg rugi…

    itu kita fikir sama2 dan cari penyelesaian…

    itu gunanya ber”debat”

    bak kata imam syafie maksudnya ” bila datang seseorang yg ingin berdebat dgnku, tidak lain yg aku harapkan melainkan timbulnya kebenaran dari perdebatan itu ”

    “aku risau kehilangan musuh2ku kerana aku tak dapat mengetahui aku berada ditahap yg mana dan adakah betul segala apa yg aku buat”

    PUN BEGITU KITA MESTI MENCARI JAWAPANNYA….

    “ahli sunah wal jamaah”


  13. Salam sdr liberal but not kafir/mat top,

    Terima kasih atas pandangan anda. Tetapi saya masih tidak nampak apa yang anda ingin sampaikan. Mohon untuk dijelaskan lagi dengan penerangan yang lebih simple dan mudah supaya saya dapat faham. :D


  14. Apa benda saudara liberal but not kafir ni mengarut. Tak fokus satu benda. Kejap kata bukan matlamat jadi kaya. Lepas tu masuk pulak topik tanggungjawab. then kahwin mut’ah. Lastly berdebat pula.

    Kalau betul niat tak mahu jadi kaya in the first place, why bother join this programme? Tak cukupkah rezeki yang sedia ada? Dalam keadaan kewangan sekarang tak cukupkah untuk bersedekah dan membantu orang lain? Nak bersedekah perlu beribu-ribu atau berjuta-juta?

    Tentang nikah mut’ah, pendapat Tuan Guru hanya pendapat peribadi. Ada hadis sohih yang mengharamkan nikah mut’ah. Dan antara nikah mut’ah dan program cepat kaya, jauh sekali bezanya. Jangan suka-suka buat qiyas.

    Fokus pada tajuk.


  15. kyerule

    kalu niat kite utk selesaikn mslh kewangan kite bole?then, kalu ade rezeki lebey..kite tlg pulak org yg ssh..tu bkn cara beramal jugak ke?


  16. kyerule

    opss..smbung skit..sekurang2nye duit yg kite dpt dr org len tu kite pjgkn kt org len yg memerlukn..


  17. Labur RM1 dpt RM100 dah sah x betul.Cuma pinjam along saje yg bayar balik atau dia untung berlipat….jadi apajua skim yg membawa pulangan berlipat2,masa singkat ade yg tak kena. Fikir fikirlah sendiri.
    Kan Islam menyarankan “perniagaan” adalah 99.9% rezki.Kalau jual goreng pisang,tempe,air soya,sirap,nasi lemak..juga perniagaan..pasti akan jadi senang..duit hari2 cash.Kalau sedekah sikit sikit semasa niaga pasti Allah akan tambahkan lagi rezki. Tak ada istillah shortcut..maafkan saya


  18. ashraflatif

    assalamualaikum wbt. dalam hal ini sebenarnya apa yang harus kita teliti ialah mengenai perjalanan sistem berkenaan. tiada salah nak kaya cepat jika dengan jalan yang betul. apa yang dibincangkan disini ialah mengenai hukum program tersebut. sebelum ini saya ada memberi komen dan pendapat dalam blog saudara azree.tap dia ckap dia mintak pendapat shaja, tp bila masuk dalam blog lain dia hentam pulak. sebenarnya disini apa yang dibincangkan ialah hukum! jadi dalam hal ini sebelum kita nak bincangkan tentang hukum kita perlu teliti dahulu dan perlu betul-betul memahami perjalanan program tersebut. dalam hal ini saya tegaskan sekali lagi biarlah orang yang bertanggungjawap dengan program ni iaitu bos whr sendiri yang ajukan soalan mengenai hukum ni kepada yang lebih alim mengenai hal ini. jgn kita cepat melatah dengan sesuatu perkara padahal kita cuma tahu perkara tersebut diluar sahaja dalamannya hampeh…maaf ayat kasar skit, tapi itulah hakikatnya. kalau setakat nak jadi hero dalam memperjuangkan hukum tapi x tahu perkara sebenar baik kita buka minda dulu. biar segala input masuk dan dapat diproses mengikut jalan yang betul bukan diproses oleh emosi…. saya bukannya seorang pelajar yang belajar tinggi macam saudara saya cuma seorang pengembala lembu. kalau saudara nak anggap saya tidak setaraf dengan saudara dalam memberikan pendapat saya tak kisah, yang penting kita semua dapat menerima input yang positif dengan lebih tenang dan tiada stress!! hidup Islam! Allahuakbar… jahanam Israel!!!


  19. Hassan

    Soalan: Assalamulaikum.Adakah dengan membahagikan peserta kepada dua ( sistem Binary) lebih menjurus pada ” flush” jika tidak dibendong dari awal. Bolehkah terangkan jika kita masuk kutu bersifat amal, adakah mencari dua kenalan merupakan sistem piramid. Ahlan Wassalam ,jika sistem kutu memberi jalan pencarian wang sebagai dana membantu ( diri sendiri, pahala akhirat dan mendapat produk ,,,,