Piramid Wang Pos: Jawapan Kepada Persoalan TanpaNama

Entri ini saya tulis untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh saudara ‘Tanpa Nama’ dalam tulisan saya ‘Update Version: Piramid Wang Pos’

Jawapan ini bukan bertujuan untuk mencantas hujahnya. Sekadar untuk berkongsi apa yang saya tahu dan saya faham.

Persoalan Pertama

Dalam SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia), syarikat yang berdaftar as a enterprise menjadi kewajipan untuk renew setahun sekali. Jadi, sijil yang enta lihat itu adalah yang terbaru.

Tak mungkin untuk tunjukkan sijil syarikat yang harus di renew each year kepada semua. Cukuplah satu sekadar contoh membuktikan syarikat ini berdaftar secara sah under SSM.

Sijil yang saya tunjukkan dalam entri tersebut adalah sijil ‘Maklumat Perniagaan’. Apabila kita renew lesen atau sijil perniagaan, maklumat tentang ‘Tarikh mula berniaga’ syarikat tidak akan berubah.

Jadi kenyataan saya tentang syarikat tersebut baru wujud selama setahun lebih sahaja berdasarkan ‘Maklumat Perniagaan’ tersebut adalah benar.

Saya berikan contoh mudah kepada saudara. Semakin sesuatu syarikat tersebut dapat disahkan beroperasi dalam tempoh yang lama, semakin bertambahlah keyakinan orang untuk menggunakan produk atau servis syarikat tersebut.

Jadi, apa gunanya SSM mahu renew juga ‘Tarikh mula berniaga’ tersebut?

Persoalan kedua

Ana rasa enta lebih faham apa itu skim pIramid. Jika enta teliti betul-betul ia bukanlah skim piramid kerana dalam piramid system tidak ada istilah ‘terputus’ dan ia menggunakan pairing system. Dalam program ini jika menggunakan piramid skim, sudah tentu nama-nama dalam borang tersebut lebih dari 7,8 hingga 9 orang(sila rujuk semula).

Sebenarnya apa yang saudara faham tentang sistem piramid dan sistem pairing? Saya telah tulis satu entri khusus tentang perbezaan antara sistem piramid dengan sistem pairing. Boleh klik di sini.

.

.

.

Setelah memahami apa perbezaan antara sistem piramid dan sistem pairing seperti yang telah saya nyatakan, masihkah saudara mahu mengatakan skim wang pos ini tidak menggunakan sistem piramid?

Tidak kiralah ada berapa level sahaja yang dibenarkan untuk seorang ahli seperti yang digunakan oleh program wang pos tersebut, tetapi apa yang pasti ia langsung tiada ciri-ciri sistem pairing seperti yang ingin saudara utarakan.

Kelihatan seperti saudara sendiri tidak memahami apa itu sistem pairing.

Persoalan ketiga

Tak baik memperkecilkan orang lain. Nampaknya enta sudah tentu kenal dengan semua orang kaya di Malaysia kan?

Saya bukanlah mempersoalkan diri Prof Datuk Dr Farid Ismail tersebut. Saya mempersoalkan tanggungjawab saudara dan orang lain yang menyertai skim wang pos tersebut sama ada sudah atau belum menyiasat latar belakang Prof Datuk Dr Farid Ismail.

Melihat gambarnya pun belum tentu pernah.

Malah tidak ada pula saya katakan yang Prof Datuk Dr Farid Ismail itu kaya melalui program tersebut. Saudara memang pandai menambah-nambah.

Persoalan keempat

Memetik dari artikel Ustaz Zaharuddin. Ana dan sahabat ana sudah bertanya sendiri pada Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zaharuddin sendiri belum jelas akan progam ini. Sebab itu ustaz belum buat kenyataan terbaru.

Kalau saudara sudah berjumpa dengan Ustaz Zaharuddin, baguslah. Saya sendiri mahu berjumpa dengannya tetapi masih belum ada kesempatan.

Cuma Ustaz Zaharuddin pernah mengatakan dalam entri beliau yang beliau tidak akan mengatakan sesuatu skim atau program itu halal atau tidak tanpa mengkajinya dengan lebih teliti.

Tetapi dalam artikel Ustaz Zaharuddin pada hujung tahun 2006 itu sudah jelas yang ustaz menyatakan bahawa program tersebut bukanlah satu bentuk pelaburan yang halal, malah tidak boleh dikatakan pelaburan langsung.

Persoalan kelima

Sebab itu tiga minggu ana mengkaji progam ini ternyata tidak terdapat sebarang keraguan. Ana harap enta rujuk semula dengan yang ahli dalam fiqh lebih lagi dalam muamalat Islam sebelum membuat sebarang kenyataan.

Enta pasti lebih pakar dalam meletakkan sebarang hukum. Adakah hanya dengan tidak siasat dengan tepat dan terperinci enta boleh terus meletakkan sebarang hukum? Wah, hebat enta.

Maaf, saya sudah baca semula artikel saya tersebut dan memang saya tiada menetapkan sebarang hukum pun tentang program tersebut. Saya cuma memetik kata-kata Ustaz Zaharuddin sahaja.

Anda boleh rujuk pada bahagian kesimpulan. Baca betul-betul dan nilailah baik-baik.

Persoalan keenam

Ana hanya mahu berkongsi. Maafkan ana kalau terkasar tapi sebagai senior di UIA ini, bagi ana, enta belum matang dalam berfikir. Maafkan ana.

Kita yang maha tidak tahu ini jangan cepat melatah. Siapalah kita? Ana pun tidak sebaik dan sehebat enta tetapi fikirkanlah.

Kalau saudara berpendapat yang saya belum matang dalam berfikir, saya menerimanya dengan baik. Cuma saudara juga kena banyakkan membaca dan lebihkan usaha untuk mengkaji dengan lebih baik lagi.

Kematangan tidak dinilai pada umur atau betapa senior nya seseorang itu. Malah saya rasakan saya lebih tidak matang kalau saya membiarkan sahaja program ini berterusan.

Untuk pengetahuan saudara sendiri, orang kuat skim wang pos ini adalah kawan baik saya sendiri sewaktu sekolah dahulu. Dan dia datang ke bilik, ajak saya menyertai program ini.

Semasa dia datang ke bilik saya, saya tidak terus mengatakan program tersebut halal atau haram. Tetapi saya cuma meminta file powerpoint tersebut dan mengambil masa berminggu sebelum saya sendiri mengajaknya berbincang tentang halal haram program tersebut. Sesudah diajak berbincang barulah saya menulis entri mengenainya.

Adakah ada unsur melatah di situ?

Kesimpulan

Ada beberapa perkara perlu diambil kira sebelum kita berani mengeluarkan duit untuk produk atau servis sesuatu syarikat tersebut. Dan jika terdapat walau sedikit keraguan pun, saya nasihatkan tinggalkan dahulu syarikat tersebut.

Tiada gunanya melabur dalam syarikat yang menipu kita.

Malah kalau mahu digunakan istilah ‘derma ikhlas’ itu juga, Pakdi telah menulis sesuatu di blognya. Boleh dibaca di sini kalau mahu.

The Author

Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang perniagaan internet. Kerap dijemput memberi training di institusi dan organisasi seluruh Malaysia. Harapan beliau hanya satu, 'Berkongsi sehabis mungkin!'Other posts by Azree Hanifiah


33 Responses

  1. ros

    salam..skadar ingin mnambah sdikit info mngenai program wg pos ni.utk pngtahuan, antara syarat2 utk mnyertai plan B dlm program ini, stiap peserta d wajibkan utk mnyertai smula plan B ini slps mnerima smua wg imbuhan utk d sumbgkan kpd pserta yg mndftar slps mereka.. ini adlh utk mmastikan keadilan dlm program plan B ini…
    sekian..wslm:)


    • trib

      plan A mempunyai level ke 6 tak silap aku…apabila seseorang menyertai adalah level ke 6 tercapai ke level 1 dan orang baru masuk bawah dia maka level 1 akan terkeluar apabila keluar dari level 1 kalau dia nak menyertai semula kena masuk level ke 6 semula.


  2. PakAli

    huh.. Interesting, after reading the related info for 4days

    “stiap peserta d wajibkan utk mnyertai smula plan B ini slps mnerima smua wg imbuhan utk d sumbgkan kpd pserta yg mndftar slps mereka”

    Now it is clear (for me at least) where the extra money called “Imbuhan” coming from. Regardless of any situation below
    a) More & more people join OR
    b) same number of people, but invest with higher value
    then the “Imbuhan” will grow higher

    I bet the “Imbuhan” will be equal to “0″ (only receive capital) when both (must both) of the above situations are violated (which is quite unlikely if no “TOTAL STOP” is issued). Especially when human mind is always thinking about money


  3. sss

    tawoon ni bukan money game ke? main2 pusing2 tapi yang paling untung sekali pihak pengurusan la..


  4. pendapat

    saya cuma nak komen di sini ttg skim pos ni.. bila nanti ada orang rugi dan tidak mendapat pembayaran seperti yang di janji kan akan mula lah complaint itu ini.. mungkin bukan anda yang kena tetapi bayangkan jika terkena orang lain.. contohnya orang2 miskin.. memang lah anda tidak kisah semua tu sebab duit dah dapat… renungkan lah..


  5. maakna

    Salam………………………………
    maaf le ye, pada pendapat saya setiap program yang org melayu atau org islam buat untuk menyenangkan bangsanya akan ditindas oleh org melayu juga dan bangsa asing juga akan berusaha untuk menjatuhkan org melayu, salah satu caranya cocok kerajaan lepastu kerajaan melatah lalu hapuskan program yang kita buat. Contohnya dah berapa banyak syarikat gergasi melayu yang kerajaan ambil alih………………………………….. fikirkanlah apa nak jadi dengan org2 melayu wasallam…………………


  6. gaban

    sy pernah jgk masuk pgogram seumpama ini.. konsepnye sama shj wlpun nama yg berlainan, berbeza nilai kos pelaboran, asasnya sama. byk jgk sy melabur duit utk kos sampul surat, stem, duit minyk moto utk ke pej. pos ada la dlm RM500… tu lum camput tenaga dan masa yg dicurahkn. apa yg boleh sy katakan HAMPEH!!!! cuma dpt pulangan sekitar RM50… x berbaloi lngsung… skrg sy dh x pndg dan berminat dgn progrm2 spt ini meskipun setiap bulan ada jer sampai surat program ini ke alamat sy… semuanya nasib jer… ada tuah ada la… klau btul2 ianya perniagaan atau pelaburan mesti ada barang utk dijual… br la ahli akan dpt keuntungan.


  7. AZUNI ASIKIN BINTI MOHMAD NOR

    sememangnya susah untuk dijelaskan bahawa terdapat unsur pelaburan di sini..sumbangan ikhlas bererti tiada niat mendapatkan balasan..tp program ini seperti menjurus ke arah sebaliknya dan seperti kita mengambil hak orang miskin dengan lebih banyak..adalah lebih baik sekiranya “sumbangan ikhlas” dalam bentuk memberi makanan kepada sorang nenek tua yang keuzuran menunggu sesuap nasi..fikir2kanlah..yang kaya semakin kaya dan begitu juga sebaliknya..saya menunggu perincian secara telus..


  8. Sesuatu yang bagus haruslah jauh daripada perkara-perkara syubhat atau yang boleh menyebabkannya menjadi haram.


  1. BlogBacker » Piramid Wang Pos: Jawapan Kepada Persoalan TanpaNama by Azree MH
  2. Komen Pilihan: Skim Wang Pos – StudioMuslim