Penulis

Azree Hanifiah

Azree HanifiahSemasa kecil, saya ‘budak Sains’ – istilah zaman sekolah. Roket air, kereta lumba, dan mercun(opss) semua saya pernah buat. Kadang-kadang kelas Sains pun saya ponteng, sebab buat eksperimen sains di tempat lain(mewakili sekolah untuk pertandingan sains).

Tapi bila saya besar sikit, orang mula hairan. Mereka mula tanya, “Sejak bila kau jadi budak sastera?”

Saya menjawab bosan, “Sejak semalam ler.”

Apabila saya masuk universiti, saya mendapat mandat untuk memegang jawatan dalam mainboard engineering society. Saya belajar tentang pengurusan. Dari situ saya menemui minat yang lain dalam diri saya.

Saya merasakan saya inginkan sesuatu yang lebih mencabar. Mencabar sifat ‘malu tidak bertempat’ saya sejak dari kecil. Apa barang jadi ‘budak Sains’ dari kecil sampai besar. Hari ini, saya dipanggil menjadi speaker dan trainer untuk beberapa bengkel dan seminar berkaitan bisnes dan internet.

Harapan saya hanya satu iaitu ingin membantu, memberi dan berkongsi ilmu. Doakan agar saya menjadi seorang yang berjaya dengan apa yang saya lakukan.

___________________________________________________

Rasydan Fitri

Berkongsi rasa melalui percakapan memang sesuatu yang payah buat saya. Bukan senang menyusun ayat supaya orang yang mendengar faham. Dulu semasa di sekolah, kalau hendak ajar kawan tentang apa yang saya lebih faham, selalunya kawan saya itu ambil masa yang lama untuk faham.

Lain pula menulis, ayat boleh disusun lebih awal, bahasa lebih kemas dan teratur begitu; makanya orang lebih senang faham (mungkin!). Sebab itu saya lebih senang menulis!

Mungkin saya tidak sepandai orang lain dalam menyampai ilmu, menyatakan mana benar dan mana tidak. Tapi sekurang-kurangnya saya akan terus mencuba, dengan menulis tentunya!

Kini saya melanjutkan pelajaran dalam bidang senibina di sebuah universiti di luar negara. Berminat mendalami pelbagai cabang ilmu, grafologi antaranya. Ilmu fizik? Mungkin yang itu saya menyerah kalah dulu, bagi peluang orang lainlah!