
Untuk entri-entri akan datang, saya
Anda juga boleh merujuk video site yang baru saya buat tentang cara-cara meningkatkan kelajuan windows dan PC anda. Boleh klik di sini.
Optimumkan penggunaan PC anda! Selamat membaca.
Dunia Internet dan Virus
Seperti yang kita tahu dunia internet benar-benar dipenuhi dengan pelbagai virus-virus. Mengikut satu kajian mengenai security internet yang dilakukan oleh pihak Google, 1 daripada 10 website di dunia ini mampu menyebarkan virus, spyware mahupun Trojan.
Bayangkan betapa mudahnya PC kita dijangkiti oleh virus dengan mudah. Itu belum termasuk dengan cara virus itu merebak seperti melalui pendrive dan sebagainya. Dengan itu PC kita memerlukan satu sistem security yang betul-betul mampu sekurang-kurangnya mencegah daripada virus masuk ke dalam PC kita.
3 antivirus percuma
Jadi, ada di antara kita menggunakan pelbagai antivirus sama ada yang free ataupun yang pirate. Tetapi untuk mengelakkan hukum-hukum yang melibatkan halal haram tentang software cetak rompak seperti ini, maka eloklah kiranya kita menggunakan yang free.
Software yang percuma tidak semestinya tidak elok atau tidak selamat. Cuma beberapa fungsi khas sahaja yang tiada. Malah kadang daripada pemerhatian saya, antivirus yang percuma ini lebih bagus daripada antivirus berbayar yang lain dari segi update virus definition yang cepat.
Ketiga-tiganya ada versi percuma dan versi berbayar. Tetapi tidak jauh bezanya antara yang percuma dan berbayar. Lebih kurang sahaja. Cuma AVG sahaja yang beza update virus definition sedikit jauh berbanding versi berbayarnya.
Avast
Saya telah menggunakan antivirus ini sejak sekian lama. Dan memang satu masa dahulu saya akan install antivirus ini dalam komputer klien-klien saya. Anda boleh download Avast Home Edition ini di www.avast.com.
Kalau dulu Avast Home Edition ini juga bukannya percuma, mungkin memandangkan sudah banyak company antivirus lain yang menyediakan khidmat percuma barulah dia si Avast ini mahu turut serta.
Mengikut kajian yang dibuat, Avast merupakan antivirus yang paling bagus dari sudut mengesan spyware(Senang faham sejenis virus juga). Cuma mungkin sesetengah orang mengatakan bahawa user interface Avast agak tidak mesra pengguna.
Avira
Saya baru menggunakan Avira PE Classic. Dan beza Avira free dengan Avira berbayar ini tidak banyak terlalu besar. Cuma beberapa fungsi khas yang memang kita jarang gunakan sahaja yang tiada.
Anda boleh download Avira di www.free-av.com.
Mengikut statistik yang dilakukan, Avira merupakan antivirus yang paling bagus dalam mengesan virus tetapi tidak untuk adware dan spyware.
AVG
Saya tidak pernah mencuba AVG tetapi ramai kawan-kawan saya yang menggunakannya. Cuma pada pemerhatian dan hasil bacaan saya, AVG ini agak bagus. Sama seperti Avira juga, agak lemah dalam mengesan adware dan spyware.
Kiranya andai ada software baru yang kita download daripada internet dan software tersebut mengandungi spyware, AVG agak lemah untuk mengesan spyware dalam software tersebut. Biasanya software free yang kita dapat daripada internet mempunyai spyware. Jadi, berhati-hatilah.
Anda boleh download AVG di www.free.grisoft.com.
Tetapi perlu diingatkan, AVG percuma dengan AVG berbayar memang jauh bezanya dari sudut virus definition yang diberikan dalam satu-satu update. Mungkin jika update yang diberikan kepada yang berbayar mempunyai virus definition untuk virus yang terbaru tetapi untuk yang percuma masih belum diberikan lagi.
Penilaian saya
Ini sekadar penilaian saya berdasarkan daripada pemerhatian dan komen orang ramai mengenai ketiga-tiga antivirus ini. Dan pendapat ini juga berdasarkan hasil pembacaan daripada majalah-majalah PC.
Avira merupakan free antivirus yang terbaik untuk anda gunakan. Kedua Avast dan kemudian barulah AVG.
Mungkin ada yang mengatakan AVG lebih bagus. Tetapi itu bagi yang menggunakan AVG berbayar atau pun yang versi cetak rompak(pirate). Saya tidaklah menggalakkan anda menggunakan software cetak rompak seperti itu.
Selagi boleh, dalam computer kita pun kita











assalamualaikum…
nak tanye kalu norton antivirus tu cam mn lak…
kasi description cikit pslnya
Sdr tetamu,
Setakat ini Norton juga antara top 5 antivirus yang terbaik. Cuma bagi saya ia agak mahal – RM120++.
Kebiasaannya, kalau kita beli laptop atau PC jenama Acer, memang akan diberi antivirus Norton. Tetapi hanya trial version untuk tempoh 90 hari sahaja.
assalammuaalaikum….
agak lama tak menjenguk laman ni…heheeh bit busy…erm…menarik topik berkenaan dgn antivirus ni…. en azree dan en pikri apa kabo?bercerita tentang topik ni…sebagai pengguna AVG (free edition)…setakat ini alhamdulillah ok jer…cuma nak delete virus trojan yang menghuni notebook akak memang tak dapat nak halau…puas akak scan tetapi kesannya tetap menghampakan…alhamdulillah ada V-check ….skrg ni kesan peninggalan trojan ni menyebabkan autoplay scr automatik kuar bila cucuk thumbdrive …klik kanan utk scan virus pun mmg tak boleh…erm…rasanya kena format balik kot…hahahah
oklah…apa2 pun setiap antivirus mmg ada kelebihan dan kekurangan masing2.
salam. saya guna antivirus nod 32. yang tu pula macam mana? ok ke?
Anis Sarah,
Ada beberapa kawan saya menggunakan NOD32, dan kata mereka menunjukkan yang antivirus itu sangat bagus. Cuma saya masih belum menggunakannya lagi.
P/s: Entri ini tentang antivirus percuma.
avast memang bagus, database virusnya paling banyak dari antivir dan AVG.
nak tanya, untuk “trojan” apa antivirus yang sesuai dan power? tq
salam,
avg not recomendable… yang lain tak pernah try lagi… kiter guna nod32 trial version… ok gak.. dia detect spyware n trojan.. pun tak berat processing pada pc.. hanya pandangan..
Assalamualaikum…
wah..mmg bgus ada kwn yg gtau psl ntvirus free yg baik..mmg AVS ramai yg pakai..but mmg kureng..
saya ni pengguna kaspersky internet security..
ntivirus terbaik stakat ini but not a freeware.. RM75 utk 3 key users,beli kat digitalmall.. sorang kuar RM25.. (kongsi 3 org..)Ksprsky ni,top five antivirus di dunia. klien2 saya pun saya cdgkan beli antivirus ni…
sblm ni saya guna ESET NOD32, mmg antara ntivirus yg baik..
akum,
setuju! kaspersky memang pilihan yg baik, tinggal masalahnya kaspersky menggunakan ram lebih banyak berbanding avg 8 free ed. , agak kurang sesuai untuk komputer yang kurang dari 700mb ram ^_^
salam.
matlumat yg amat berguna bg org yg xbrape celik komputer cm sy ni..
huhu..
tme ksih..
Thanks and good information.
salam… saye nak tye…
baru-baru nih, sy baru beli lap top acer…. n de anti virus trial version selama 2 bulan…so, soalan saye…
a) selepas tempoh abis, saye kene li yg baru ker…? saye keliru antara download free atau beli yg original…? kalau download free, saye mcm x bpe yakin… maklum la, saye x bape pandei sgt bidang it ni…
b) saye punyer lap top pun di beri trial untuk microsoft office selama 2 bulan…so, after expired… saye kene li cd yg original ker untuk microsoft office..??
thanks coz beri jawapan.
Kalau nak diikutkan, entri saya ini sesuai untuk tahun lepas. Tahun 2009 ini sudah keluar lebih banyak antivirus berbayar yang boleh dikatakan murah – bawah RM50 setahun.
a) Kebiasaannya antivirus trial di laptop hanya bertujuan untuk promosi sahaja. Jadi, selepas tamat tempoh trial perlu beli yang original.
Antivirus yang free juga bagus. Tetapi perlu buat sedikit kajian sebab kadang-kadang ada yang menipu. Antara antivirus yang free seperti yang tulis dalam entri ini.
Kalau hendak yang berbayar, saya boleh sarankan beli Kaspersky atau Bitdefender. Harga untuk satu lesen selama setahun dalam RM50 setiap satu.
b) Microsoft office itu pun hanya trial sahaja. Perlu beli yang original. Agak mahal sedikit tapi tidak mengapa kalau kita memang tidak mahu gunakan barangan cetak rompak.
Ataupun boleh gunakan Open Office – Percuma dan terbaik. Fungsinya lebih kurang macam Microsoft Office. Cuma perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengannya. Boleh download di http://www.openoffice.org/
ok… thanks a lot…. urmm… lagi satu nak tyer…
if sy li antivirus yg original….so, mcm u ckp tempoh lesen utk setahun…so, after lesen dah expired…sy kene beli lg ker…? atau juz update je pakai cd yg sy beli tu…?
thanks again….
maaf. sy x bpe pandai dlm IT ni….
Selepas tempoh setahun tamat, kena beli lagi lesen baru atau dengan kata lain kita renew lesen.
P/s: Konsep dia macam renew lesen kereta.
alhamdullah…thanks ek… ni last sy nk tyer utk arini…
ok, sy dah phm konsep utk anti virus…. soalan sy:
a) adakah konsep ini juga same dengan konsep microsoft office..?
kiter kene renew juge ker…? atau yg saye phm… microsoft office nih, li sekali untuk di pakai selama2nya….?
maaf kerana menyusahkan…..
Setakat ini saya rasa kebanyakan produk keluaran Microsoft, lesennya adalah lifetime maksudnya seumur hidup. Sebab itu harganya pun mahal.
salam…
nampaknyer sy ni menyusahkan saudara…. maafkan saya,
saye ingin bertanyer secara peribadi terhadap poduct yg saye beli baru2 ini….
a) note book yg saye beli iaitu note book acer aspire 4376…. soalan saye, adakah saye kene daftar product saye dlm web site acer…?
b) dan, mestikah saye kene download upgrade apa-apa software di dalam web site acer seperti pertukaran windows home premium kepada windows home seven…dan driver….?
p/s sye nk tau pe tu driver yg di maksudkan…?
thanks a lots….