
“
“Apa kata-kata itu?” Saya menyoal.
“To success in your life, not do what you like. But like what you do.” Ujarnya.
“Sejak semasa saya belajar dulu, itulah yang menjadi pegangan saya. Walaupun tidak suka akan satu perkara yang saya buat, tetapi saya
Saya hanya mendengar. Tidaklah menolak apa yang disampaikannya cuma pada saya setiap orang ada limitnya yang tersendiri.
Lain orang lain kekuatan
Andai kata si A boleh berjaya dalam bisnes tanpa mendapat apa-apa latihan daripada projek kementerian, si B mungkin tidak boleh walau sudah berbelas kali menyertai latihan keusahawanan.
Seorang pakar psikologi, Dr. Lewis M Terman, membuat kajian ke atas 1,440 orang kanak-kanak pintar. Beliau mendapati, yang membezakan antara orang cemerlang dan orang tidak cemerlang adalah fokus mereka.
Orang cemerlang sentiasa fokus kepada perkara yang mereka minat, lalu dengan itu mereka berjaya dalam setiap kerja mereka. Tumpuan dan fokus menjadi asas kejayaan setiap individu.
Usaha beliau ini kemudiannya diteruskan lagi oleh pakar-pakar lain. Dan hasil yang sama juga ditemui. Skor A semata-mata dalam setiap peperiksaan tidak menjamin kecemerlangan individu.
Andai kata si A mendapat ijazah kelas pertama dalam engineering. Tetapi sejak dia belajar, dia tidak tahu apa pun yang bakal dilakukannya dengan ijazah tersebut. Tidak ada dalam fikiran dia pun untuk menjadi seorang engineer.
Dan tidak pernah pula dia tengok dengan mata sendiri bagaimana hidup seorang engineer. Sesuai atau tidak dengan seleranya? Kena atau tidak dengan matlamatnya?
Jadi, bolehkah dia cemerlang dalam pekerjaannya nanti andai berlaku kejutan identiti terhadap dirinya sendiri?
Termostat dan termometer
“Manusia ini ada dua golongan. Golongan pertama adalah golongan yang mengikut arus dan sekitarnya sahaja tanpa tahu bagaimana untuh mengubah dan berubah. Golongan kedua pula adalah golongan yang tahu akan keadaan dan suhu sekeliling, dan dapat mengubah mengikut apa yang mereka mampu buat.”
“Golongan pertama ini bolehlah diibaratkan seperti termometer yang tugasnya membaca suhu. Golongan kedua pula boleh diumpamakan seperti termostat yang kegunaannya adalah mengubah suhu.” Sambungnya lagi.
Islam mengajar umatnya untuk memfokuskan kepada kekuatan yang mereka ada untuk menghasilkan sesuatu perkara yang hebat. Tahu apa yang kita mampu buat dan hasilkan yang terbaik.
Halnya sama seperti solat ketika sakit. Kalau kita tidak mampu solat berdiri, maka buat solat dengan cara duduk. Kalau tidak mampu solat duduk, maka buat solat dengan berbaring. Cumanya hasilkan yang terbaik daripada apa yang kita mampu.

“Buat apa yang anda mampu dengan apa yang anda ada dan dengan di mana anda berada.” –Theodore Roosevelt-
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 16% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
March 22nd, 2008 at 5:26 pm
Saya setuju dengan nasihat broker itu. Sebagai seorang penulis kita mesti ada keseronokan dan kepuasan ketika menulis. Dan ini hanya dapat dicapai apabila kita bersikap jujur terhadap diri kita sendiri.
[Reply]
March 23rd, 2008 at 7:29 pm
Sdr Azriq,
Lama tak berjumpa sdr. Kalau ingin mencapai kepuasan dalam menulis, tulislah perkara yang kita suka tulis. Bukannya memaksa-maksa diri suka tulis akan sesuatu yang kita tidak suka.
Sebagai contoh sdr suka menulis puisi, tiba-tiba dikhabarkan bahawa menulis untuk majalah hiburan dan novel-novel picisan lebih banyak pendapatannya. Maka sdr cuba menulis dalam genre dan topik itu. Paksa dan paksa diri walau tidak suka, boleh berjayakah?
Berapa ramai penulis yang terpengaruh untuk menulis bawah Alaf21, tapi akhirnya kecundang.
[Reply]
March 24th, 2008 at 2:16 pm
macam kenal je broker tu. hehe
so, bengkel blog saudara bagaimana? smlearning sudah bersedia
[Reply]
March 24th, 2008 at 7:49 pm
Pakdi,
Hehe. Sudah bersedia. Cuma nak kena bincang perkara apa yang orang hendak tahu dalam berblog.
[Reply]
March 25th, 2008 at 3:36 pm
banayak kali saya paksa diri nak buat apa yang ada..tapi kecundang jugak sebab minat tiada… adakah lemah? tapi setiap manusia perlu tahu dia tetap ada batasan..kata kaunselor saya, apabila saya melakukan sesuatu yang saya tak minat..wlp dah berkali2 saya cuba, kurang berjaya..dia mengatakan bahawa sebenarnya saya sedang menipu diri sendiri.. betul ke?
[Reply]
March 25th, 2008 at 5:12 pm
Assalamualaikum,
InsyaAllah,sedang kembara dalam penulisan.Syukran jaziilan atas pengembaraan tempoh hari.Datanglah bumi sakura pulak.
Semoga sama-sama berjuang dengan tinta da’wah padaNya.InsyaAllah.Yang hak pastikan terbit.Perjuangan itu menagihkan pengorbanan.Hakikatnya pengorbanan itu hakikatnya indah.
[Reply]
March 25th, 2008 at 8:20 pm
Sdr Ati,
Ada orang mencuba sesuatu yang dia memang tidak minat dan akhirnya berjaya. Tetapi ada orang mencuba sesuatu yang dia tidak minat dan akhirnya memang kecundang.
Kemampuan setiap orang berbeza. Islam mengajar kita menumpukan kepada perkara yang kita mampu untuk menghasilkan kejayaan yang lebih hebat.
Sdr hanekaseyo,
Bumi Sakura memang sudah dimasukkan dalam list untuk dilawati. Cuma mencari masa dan…. sponsor. Hehe.
[Reply]
March 27th, 2008 at 4:57 pm
Kekuatan yang ada kadang-kadang luntur apabila dipaksa buat sesuatu yang kita kurang pasti minat atau tidak…sekejap minat sekejap tidak..apakah itu tanda kita memang tidak minat? atau minat itu boleh datang jika kita paksa menyukainya?heee
[Reply]
March 27th, 2008 at 6:51 pm
hmm…pesan pensyarah saye, apabila kita mendapat sesuatu, perkara paling utama adalah untuk belajar menerima, kemudian barulah belajar untuk menyesuaikan diri.
Adopt, and then adapt. Sebab tak semua perkara yang kita mahukan kita akan dapat. Bercakap melalui pengalaman, termasuklah ketika ini. JAngan jadikan sesuatu perkara yang diterima sebagai faktor kekalahan kita, sebaliknya kita perlu bangun dari kekalahan tuh.
Apepun, terpulang pada penilaian dan tahap kemampuan kita sendiri. Allah pun tidak memberi sesuatu melebihi kemampuan kita, apa yang diberi Dia tahu kita mampu, Namun Allah jugak takkan ubah nasib kita unless kita sendiri yang mengubahnya. Az pun tau ni, skeadar ingatan bersama.
FIkirlah mana yang terbaik, hanya diri kita tahu kemampuan kita, jangan terlalu ambil kira kata2 orang laen, juga jangan terlalu mengabaikan kata2 orang len.
Chayyok2!! as terus menyokong =P
[Reply]
April 12th, 2008 at 11:29 pm
I like this article. To succeed in life, we need to FOCUS on things that we have great interest in it. Allah swt has designed every each of us with the same, but different kind of strength. We need to develop and FOCUS our career based on the strength that we have. And before doing that, we need to know ourselves first. And if you really know yourself, then you know your Creator.
[Reply]