
“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi beliau.” (Riwayat al-Bukhari)
Apa yang dapat diambil daripada hadis di atas adalah boleh berurusan dengan orang Yahudi, boleh berhutang dengan orang Yahudi dengan cara cagaran, dan boleh mengguna pakai produk Yahudi. Hukum berurusan dengan orang Yahudi pada asasnya adalah halal.
Timbul persoalan di sini berkaitan isu boikot. Adakah semua syarikat yang dimiliki oleh orang Yahudi perlu kita boikot walaupun mereka tidak menyokong sebarang bentuk keganasan?
Syeikh Yusuf Qaradhawi mengatakan kempen boikot bertujuan untuk memberi tekanan kepada bisnesman yang mempunyai sangkut paut dengan keganasan Israel agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka agar menamatkan peperangan.
Minggu lepas sempat saya meletak hadis ini di status Facebook saya dan menerima beberapa komen menarik. Ini sebenarnya bersangkutan dengan beberapa emel yang di’forward’ kepada saya tentang pemilik sebenar Facebook yang merupakan seorang Yahudi.
Jadi, apa salahnya kalau beliau seorang Yahudi?
Islam itu sifatnya adil
Dalam menjatuhkan sebarang hukuman, kita perlu mempunyai hujah yang cukup kuat. Tidak cukup kalau hanya kita katakan pemilik syarikat tersebut orang Yahudi atau dia mungkin ada kaitan dengan salah sebuah organisasi Israel.
Mungkin-mungkin atau rasa-rasa tidak boleh dijadikan hujah. Contoh ada seorang wanita membuat laporan polis yang dia dirogol.
“Saya rasa mungkin orang itu yang merogol saya semalam.”
Polis akan melakukan siasatan terhadap orang tersebut tetapi tidak boleh terus menjatuhkan hukuman hanya dengan hujah rasa-rasa wanita tersebut. Kita bukannya orang liar yang terus menumbuk dan menerajang, menjatuhkan hukuman tanpa periksa.
Dalam isu facebook pula, adakah sudah ditemui sebarang bukti yang mengatakan Mark Zuckerberg, pemilik Facebook, menyumbang kepada keganasan Israel?
Pemilik Google pun adalah orang Yahudi. Adilkah kalau hanya Facebook yang diboikot tanpa hujah yang kuat, sedangkan tidak pula kita mengajak orang lain boikot(tanpa usul periksa juga) website lain?
Apa bezanya menggunakan blogspot(milik Google) dengan menggunakan facebook? Kedua-duanya milik Yahudi.
Pada pendapat saya selagi tiada sebarang pengumuman atau kajian terperinci untuk mengesahkannya, tidak salah untuk kita gunakannya dahulu.
Berdakwah melalui facebook
“Betulkah dia gunakan untuk dakwah? Saya tengok lebih banyak tulis tentang diri sendiri sahaja.” atau “Dia ini lebih banyak main game dalam Facebook sahaja.”
Adakah kalau kita ingin berdakwah kepada seseorang, kita pergi kepadanya dan kata, “Saya ingin berdakwah kepadamu.”
Perlu ada langkah demi langkah. Perlu ada sesi berkenal-kenalan, kemudian dirapatkan lagi dengan perkongsian pendapat dan pandangan. Kalau dalam dunia realiti, salah satu cara untuk mudah mesra adalah melalui permainan.
Pernah sekali saya dan seorang rakan serumah ingin bermain futsal. Lalu diajak beberapa orang kawan lain dengan harapan mereka pun mengajak kawan mereka juga.
“Kau ajak sekali kawan-kawan kau yang lain, lepas itu suruh mereka ajak kawan-kawan mereka pula.”
Maka ramailah yang kami tidak kenal turut bermain bersama pada ketika itu. Tetapi dari situlah timbulnya rasa ingin kenal-mengenali. Tiada salah bermain asalkan jangan sampai terleka.
Adakah kalau ingin berdakwah, kita perlu masukkan perkataan-perkataan Arab di dalamnya dan barulah kelihatan, “Wah, islamiknya budak ini.”
Biarlah kita berdakwah sampai orang itu tidak tahu pun yang kita ingin berdakwah kepadanya. Tepuk dada, tanyalah Iman.
Entri ini ditulis oleh seorang pelajar jurusan Perhubungan Awam. Mohon diperbetulkan sekiranya ada kesilapan dalam sebarang pandangan berkaitan hal agama.











Salam Azri…
Saya setuju dengan pendapat, kalau pemilik facebook atau lain-lain itu adalah orang yahudi, tak semestinya kita harus boikot kecuali jika ia terang-terang membiayai israel memerangi rakyat Palestin. Kalau secara terang-terang takkanlah tak boikot btl??
Kalau nak berdakwah juga mesti ada seninya, seni untuk berdakwah.
Wallahhualam…
Terima kasih. Apa-apa pun ini hanya pendapat daripada saya sahaja. Terbuka kepada sebarang perbincangan.
salam.
teknik dakwah yang sangat kritis. (sesuai ke kosakata ni? huhu)
thanks for sharing
ramai yang mengambil bulat2 tanpa mengkaji dan berfikir…
Selepas ini kena ambil segitiga-segitiga atau petak-petak pula.
as: sebab tak rajin mengkaji, tapi tak mau pula dikata tak ada kesedaran dan sensitiviti. sebab tu ikut saja
Salam ziarah. Blog dan posting yang menarik.
View Profile: Rantong™
“Mungkin akan banyak komentar yang mengatakan, kenapa harus pakai Facebook yang jelas-jelas punya orang kafir dan Yahudi pula yang jelas-jelas memusuhi Islam. Justru disini kita sebagai umat Islam harus pintar memanfaatkan peluang dan sarana. Facebook yang punya musuh Islam kita manfaatkan untuk kepentingan Islam. Seperti para mujahidin Afghan yang banyak memanfaatkan peralatan militer milik Sovyet ataupun Amerika, yang digunakan untuk memerangi mereka dengan peralatan yang mereka buat sendiri.”
Baca lagi di
http://www.eramuslim.com/berita/nasional/facebook-mulai-tunjukkan-watak-aslinya.htm
Assalamualaikum,
Saya tak pernah bersetujud engan isu facebook & yahudi serta isu boikot yang bersifat semusim. Selepas hilang ‘heboh-heboh’nya, semua orang kembali seperti sediakala. Ramai yang tidak pernah memikirkan untuk menggunakan kekuatan musuh untuk ‘memakan’ musuhnya kembali. Rata-rata, mereka mahu menggunakan ‘kekuatan’ sendiri untuk menentang musuh. Pilihan yang bijak ada di hadapan mata, masih ramai yang selesa berfikir di dalam kotak.
salam’alaik
pandangan peribadi yang baik. saya kira ini adalah respon daripada artikel terbaru di blog saya dan sambungan daripada komen saudara di blog saya.
http://lailatulmawardah.blogspot.com/2009/06/nah-ini-yang-digila-gilakan.html
tetapi, mungkin pendiriannya sedikit berbeza. anyway, celebrate the difference.
tahniah saudara! kerana berjaya membawa artikel yang berintelektual dan islamik. benarlah bagai dikata, sesuatu urusan atau perbuatan tidak semestinya lakukan pada saat itu dan terus mengharapkan perubahan.
suka melihat cara dan format saudara menulis. secara tak langsung dapat menarik lebih ramai pembaca bersama-sama berada dalam kelompok ukhuwah.
teruskan menulis!
salam…
alhamdulillah, entry ni mmbuka minda dan hati sy..
ia mngetuk kesedaran sy tntg isu boikot n pada masa sama tntg dakwah…
betul jgak kan kalau produk yahudi, x smestinya perlu diboikot..
mana tau produk itu lebih mmbawa kbaikan kpd kite..
dan soal dakwah tanpa sesiape pun tau yg kite sdang brdakwah sgtlah bagus..
sbb biarlah hnya Allah sahaja yg tahu segala yg kite lakukan…
yg pnting niat perlu ikhlas…
Menarik!
Bagus lontaran idea ini kerana membuatkan kita terfikir.
Semua sarana dapat kita optimumkan untuk dakwah, setuju dan memang benar. Seni-seni itu harus dikuasai dan dipelajari
Lagi satu, jangan pula kita sampai menjadikan dakwah sebagai alasan untuk kita mencapai kehendak peribadi kita sehinggakan dakwah itu hanya menjadi ‘kerana’, bukan keghairahan dan cita-cita.
Jika memang ingin berdakwah, ikhlaskan niat, bismillah dan jalan terus
Bagus. entri yang menarik sekalipun datang dari pelajar jurusan perhubungan Awam
sekarang ni baru tahu kenapa tanya soalan tentang boikot aritu
hehe…
Anyway, perkongsian yang menarik, keep itu up!
1. pljr mana2 bidang juga tetap muslim, ya? spt juga tokoh2 islam zaman dahulu bukan dari “jurusan” agama sahaja, kerana yg plg takut pada Allah itu adalah yang berilmu (surah fathir)
2. penting kita mengeluarkan diri dan orang lain dari fahaman bahwa islam ini adalah subjek yg org tertentu sahaja berhak memperkatakannya. (ustaz, ustazah)
3. entry yang bagus mengenai usaha yg sangat2 bagus!
Yup. Cuma dahulu pernah dipersoalkan apa kredibiliti saya apabila menulis perkara yang seperti ini.
assalamua’laikum,
bgus entri ni..saya setuju. dan minta izin utk saya post di blog sy. jazakallah.
Menarik. Memang seperti apa yang difikirkan oleh saya. Sepatutnya, kita gunakan platform mereka untuk berdakwah, dan bukannya menghantar emel yang bukan-bukan berkenaan dengan FB dan sebagainya. Ramai yang pandai berkata-kata tanpa sebarang tindakan.
Salam ziarah.. Dah lama tak menjejak ke blog yang sarat dengan ilmu ni.. Entri yang sangat menarik.. saya memang mencari hujah berkenaan boikot ni..
salam…
Alhamdulillah, ana bersyukur sgt cos msh ade org yg mgemukakan isu2 sebegini utk dfikirkan bersama. kdg sesuatu pkare yg kt da pk betul x smestinya betul n sesuatu yg salah x boleh dperbetulkan… mgenai isu boikot ini, bg ana, kt x boleh nk kate xperlu n x boleh jgk nk katekan semuanya wajib. ia myb bgantung kpd sesuatu keadaan n niat kt. seperti FB, ana rase x slh klu kt nk gunakannya utk kearah kebaekn wlupom scr jelas kt da taw ia milik org yahudi.
ye la, org yahudi ni x semestinya sekepompong ngn israel kn , tp scr x lgsg, dgn
melayari web dorg boleh mnyumbg kpd keuntungan dorg. klu dpk2 itu pom x baekkan cos keuntungan dorg bukannya wat byr zakat. itu dr 1 aspek, dr aspek yg laen, klu kt jus ‘tumpang” gunakan web dorg utk berdakwah yg boleh mmberi keuntungan yg besar kpd agama n kehidupan Muslim kt. insyaALLAH, ALLAH lbh mgetahui akn penilaiannya. Wallahua’lam.=)
kalau guna untuk kebaikan apa salahnya kan..kalau tak..kene tunggu komuniti muslim yg create sesuatu yg macam facebook ni…
Bagus bicara pada kali ini, membuatkan saya perlu membuat kajian terbaru berkenaan satu dari buku saya berkenaan dengan muslim.
Terima kasih di atas pandangan yang diberikan. Walau bagaimanapun saya tidak dapat memberikan pandangan sebelum meneliti beberapa fakta.
Apa-apapun teruskan usaha bagi membincangkan isu yang perlu dikupas.
Shamsuddin Kadir
uit2.. update segera. any comment for consert ‘di pintu taubat’?
assalamualaikum… erm.. btul… saye setuju dua ratus peratus…
eh, boleh ke????
salam…
dalam soal guna FB ni memang x salah… mmg kita x tahu samada FB ni menyumbang kepada israel ataupun x….
FB, Myspace, Google semua ini adalah syarikat hak milik yahudi…. cuma apa yang saya nak terangkan disini adalah setiap kali kita login ke FB dan setiap kali kita klik mana-mana page di FB akan terhasilah satu impression untuk google ads mereka… dan income bagi google ads FB setiap hari mencecah ke USD1,100,003.00 ….. bayangkan sehari income mereka USD 1 juta lebih dan keuntungan ini juga terhasil dari kita yang melayari website FB ini….
kenapa harus kita banggakan dengan FB, Myspace, FS dan sebagainya…. sampai ada bangsa kita yg terlalu ego dan bangga jika ada akaun FB…..
Pernah rakan saya ajak kawan-kawan dia untuk menyertai website komuniti hasil karya anak tempatan yang menggunkan aplikasi sama seperti FB.. dan kawan saya ini di sindir dan website tersebut dikutuk dengan alasan x de ‘Brand’ dan x popular…..
Apa yg ada pada ‘Brand’? seluar Levi’s sekarang pun bukannya buatan US.. kebanyakan di buat di Indonesia dan Thailand….
Persoalan saya sekarang…Adakah orang yahudi akan support website orang kita (islam)?? jawapan nya TIDAK…..dan adalah orang kita (islam) akan support website orang yahudi?? jawapan nya YA …..
kita sepatutnya bantu dan sokong produk website anak tempatan untuk memartabatkan nama mereka di persada antarabangsa dan bukannya kutuk mengutuk….
saya minta maaf jika ada kata-kata yg menyinggung mana-mana pihak…
Salam
ap website komuniti hasil karya anak tempatan tu?
Boleh saudara beri website komuniti anak tempatan itu?
Kalau website yang kita buat betul-betul bagus dan memberi manfaat kepada semua orang atau pun dapat memberi kemudahan kepada semua orang, orang pasti akan support. Tidak kiralah Islam, Buddha, Hindu, Yahudi, Kristian.
Apa website kita yang digunakan oleh Kristian, Hindu, Buddha dan mereka dari agama lain?
cuba layari http://www.iuneety.com
kesemua web anak tempatan memang dilayari oleh kaum agama lain cuma yang saya pertikaikan ialah kebanyakan bangsa kita melayu islam sendiri yang terlalu ego dan bangga dengan web antarabangsa… itu yang menyedihkan..
saya juga pernah mempunyai akaun di FS, myspace, Perfsport, tagged dan flixster.. di sebabkan kepadatan user disana kadang kala membosankan jugak…dan ada kalanya ok..
memanglah web anak tempatan ini tidak dapat menandingi kehebatan FB disebabkan modal dan dana…. tapi bagi saya itu adalah usaha yang baik dan bangga dengan hasil karya anak malaysia yang mempunyai idealogi yang hebat…
Ada satu syarikat anak tempatan dan Muslim juga. Nama beliau Azrul, seorang pembuat module untuk sistem Joomla. Boleh search ‘Joomla’ di Google sekiranya ingin tahu apa itu Joomla.
Component terbaru yang dihasilkan beliau adalah JomSocial. Salah satu component untuk memudahkan web developer membuat website komuniti. Dan sekarang terlalu banyak syarikat yang menggunakan component tersebut termasuk website Linux.com.
Kesimpulannya, sekiranya benda tersebut betul-betul bagus memang ramai yang akan guna. Sekiranya benda tersebut boleh memberikan manfaat kepada pengguna tersebut, pengguna tersebut akan terus menggunakannya. Mungkin sehingga benda tersebut sudah tidak berevolusi dan tenggelam dalam arus teknologi.
syabas kepada anak melayu kita…. bukan setakat joomla je malahan ada juga anak melayu yang berpengalaman dalam create template/plugin/mods untuk software antarabangsa seperti boonex, ablespace dan banyak lagi….
yang penting sekali ialah kita terus menyokong usaha anak-anak tempatan kita supaya boleh sekurang-kurangnya dapat meletakkan mereka di tahap yang tinggi….
salam ziarah.. pengetahuan ana bertambah lepas baca blog ni..teruskan perjuangan..
sy setuju pd pendapat Din. Mencari alternatif kpd sesuatu yg meragukan hati& subahat adlh lebih baik. sy yakin ramai yg x thu ia produk yahudi. kalau tahu, pasti sy cari alternatif yg lain.
facebook is a time waster
Lihat kepada cara penggunaannya. Bukan semua orang melakukan perkara sia-sia di facebook. Kalau tidak, masakan Perdana Menteri/Presiden Negara pun menggunakannya.
memang betul lihat kepada cara penggunaannya… memang semua tokoh korporat menggunakan FB dan ia tidak dinafikan…. FB direka pada asalnya untuk golongan social corporate networking dan apabila diambil alih oleh google ianya di perluaskan dan dipelbagaikan untuk kegunaan semua. cuba lepas ni ada lagi web yang baru dan sehebat FB pastinya semua perdana menteri mahupun presiden akan menyertainya…
Persoalan yang kita bangkitkan sekarang ini ialah berdakwah di FB dan sememangnya tidak salah berdakwah disana cuma seperti kata saudara Din, secara x langsung kita menyumbang dana kepada syarikat FB melalui impression google yang dimonopoli oleh orang2 yahudi yang sememangnya kita tahu secara terangan menghapuskan penduduk palestine (rujuk web ni untuk maklumat lanjut tentang latar belakang Mark Zuckerberg, CEO Facebook : http://www.niknasri.com/?p=405 )
Janganlah terlalu banggakan sangat dengan facebook…tidak salah kita menggunakan FB cuma kita x nak menyalurkan dana-dana kepada golongan yahudi….jangan terasa hati ini sekadar pandangan saya.
Tuan Usop, jika persoalannya berkaitan agak-agak facebook memberi sumbangan dana kepada peperangan, saya telah menjawabnya dalam artikel ini. Malah Us Hasrizal, Saifulislam.com pun telah menjawabnya di blog beliau. Boleh rujuk http://saifulislam.com/?p=6714
Salam, mungkin link ini dapat membantu kita memahami tanggungjawab kita ; http://attalib.blogspot.com/2009/12/islamic-manners-in-dealing-with-non.html