• Snippets 1

    Badan Dakwah dan Rohani KISAS

    1. Minggu lepas berlangsung muktamar BADAR Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Dan muktamar itu juga dikatakan muktamar BADAR kali terakhir buat KISAS. Seorang junior yang juga bekas pelajar sudah SMS saya beberapa hari sebelum muktamar berlansung berkaitan penghazafan BADAR KISAS.

    2. Pengetua berhasrat untuk memperkemaskan lagi barisan kepimpinan pelajar di sekolah dengan mengimplementasikan sistem ala-ala parlimen. Siap dengan Perdana Menteri dan akan diwujudkan kementerian-kementerian untuk mengurus hal ehwal pelajar.

    3. Kemudian beberapa hari kemudian keluar pula notis-notis di beberapa laman web tentang berita penghazafan BADAR KISAS. Ditulis dengan nada ayat tidak menyokong secara total.

    4. “Saya sedih dengan apa yang berlaku, betulkah ini cara yang terbaik untuk rebranding BADAR?”

    “BADAR ini tidak perlu diubah sebenarnya. Perbaiki saja kelemahan yang ada sampai jadi badan bertaraf dunia!”

    5. Majoriti rakan-rakan terpengaruh dengan tulisan-tulisan tidak menyokong idea tersebut dan akhirnya membawa kepada satu gagasan untuk menentang idea pengetua tersebut.

    6. Memang tidak dinafikan BADAR di KISAS telah menjalankan tanggungjawab dalam proses pendidikan(tarbiyah) Islam dan moral dalam membentuk jati diri pelajar-pelajar KISAS. Ia bukan sekadar majlis tazkirah petang selepas solat Asar, usrah setiap minggu, bacaan Al-Mulk setiap malam atau beberapa lagi peraturan lain.

    7. BADAR di KISAS lebih daripada itu. Ia seakan satu badan yang mengangkat dan membawa suara pelajar ke pihak pengurusan. Ia seakan satu benda berharga yang tidak dapat dipisahkan.

    8. Jadi apabila ada ura-ura mengatakan BADAR akan dihazafkan, samalah macam pihak pengurusan cuba merampas hak pelajar.

    9. Isunya bukanlah soal BADAR dihazafkan atau tidak. Malah saya rasa perkataan ‘dihazafkan’ itu perlu ditukar kepada ‘digantikan’. BADAR cuma akan dimasukkan ke dalam sistem ala-ala parlimen itu sahaja dan dipanggil dengan nama ‘Kementerian Tarbiyah’ atau pun mungkin ‘Kementerian Hal Ehwal Agama’.

    10. Isunya adalah adakah di bawah sistem yang baru ini, perlaksanaan tarbiah di KISAS masih lagi berjalan atau tidak. Harapnya kita tidak duduk termakan hasutan tulisan-tulisan dengan nada menghasut tanpa langsung memikirkan kebaikan sistem yang baru ini juga.

    11. Mahu saja saya bertanya kepada kawan-kawan, “Dengan wujudnya sistem baru nanti, Lembaga Ketua Pelajar pun akan dihazafkan. Kenapa tiada pula yang bangkit menentang?”

    Azree Hanifiah
    Baytul Fareed
    21 September 2008

    Tags: , ,

21 Comments


  1. xeraque says:

    teringat seorang teman/abang ana yang bernama Husni belajar di KISAS dahulu..terputus hubungan dengan beliau semenjak 2004..

  2. pakdi says:

    tidak akan sama Azree.

    UMNO diharamkan pada 1988.

    Che Det buat UMNO baru.

    UMNO 1946 tidak sama langsung dengan UMNO baru.

    Saya dah alami situasi ini dahulu. Walaupun saya bukan seorang pelajar KISAS.

  3. Rasanya tidak boleh disamakan dengan UMNO. Manusia-manusia dalam UMNO penuh dengan kepentingan masing-masing. Dan mereka terpaksa menjaga kepentingan mereka itu daripada dirampas parti-parti lain.

    Dalam KISAS mana ada parti lain lagi. Semua berkawan baik. Atau masa ini mungkin mereka boleh belajar membina kepentingan diri sendiri.

  4. Siddiq says:

    Saya bukan sekolah agama. hazaf tu apa?

  5. Siddiq says:

    Ooo ganti

  6. pakdi says:

    kiasan kepada contoh UMNO tu maksudnya gini, benda baru takkan sama dengan benda lama. sbb rules sudah berubah. asasnya sudah berubah. tidak akan ada lagi BADAR yang dikenali selama ini.

  7. SoFF-OnE says:

    hhuhu..aku pon dulu paham ‘hazaf’ sebagi hazaf saje..paham by heart.. xamik tau sgt pasal BM die nye..

    tp ‘hazaf’ bukan ‘ganti’..lebih pada ‘bubar’

    hebat BADAR KISAS, siap ade muktamar..kami panggil mesyuarat ajela..hehe

  8. madno says:

    pengetua KISAS pkai cara halus dalam menghazafkan BADAR nih. Lama- kelamaan kuasa yang ada pada BADAR akan hilang dan bagi aku Kementerian Hal Ehwal Islam hanya ada pada nama saja. Segala bidang kuasa BADAR lepas nih perlukan kelulusan pengetua. Kalo pengetua x luluskan, walau macam mana baik pun aktiviti tersebut ia tetap x dapat dijalankan.

    Semua terpulang kepada pelajar KISAS sekarang macam mana nak tentukan masa depan BADAR. Kita sbgai ex-student hanya mampu melihat dari luar tanpa mencampuri urusan pihak sana. Apa yang kita perlu lakukan hanya berdoa yang terbaik untuk KISAS, walau macam mana pun bentuk pentadbiran di sana.

  9. PAS dulu dengan PAS sekarang pun sudah berubah. PAS sekarang sudah ada yang menyokong UMNO dan sebahagian taksub dengan Anwar, sebahagian lagi masih menyokong Mat Sabu.

    Mana PAS yang lama yang dapat berdiri sendiri.

  10. Memang hazaf bukan bermaksud ganti. Maksud saya istilah hazaf itu tidak patut digunakan dalam situasi ini kerana peranan BADAR tetap akan wujud cuma dalam sistem yang lain.

  11. pakdi says:

    aik. apa kaitan PAS pulak ni? azree ni salah faham betul. jgn gitu syeikh. hmm.. ;)

    saya cuma cakap, organisasi yang dibubarkan, diubah peraturan, asas, undang-undang tubuh dll, dan ditubuhkan benda baru yang merupai benda asal, tidak akan sama.

    macam UMNO 1946 tidak sama dengan UMNO baru.

    macam Sime Darby sebelum Synergy Drive tidak sama dengan Sime Darby selepas Synergy Drive.

    takpelah, masing-masing bebas dgn pendapat sendiri.

    nak sokong jemaah mana pun terpulanglah ;)

    kecewa sikit tengok respon azree begini.

  12. as says:

    erm, sester pun hampir jadi yang sama sebelum ni, bukan hazaf dah, terus mansuh sistem usrah dan badar.

    Tapi senior2 ada turun dan bincang dengan pengetua+cikgu2, tambah lg ada cikgu yang pertahankan, jadi semuanya macam okay sekarang. For the moment lah, akan datang tataulah sebab nampak SBP da makin sekular yang sangat..

    hmm…

  13. kahfi8 says:

    ana pun lame tak amik tau hal BADAR sekolah ana (ana bukan kisas).

    jgn kena macam badar kisas jugak sudah laa..

  14. fahmimahat says:

    1) Perubahan memang akan membawa kepada perubahan yang lain. Cuma ikut kita, nak tetap pendirian untuk ikutperubahan tu, atau kita masih nak dlm denial state, atau kita nak menyongsang arus.

    boleh refer sini untuk lebih kupasan:

    Perubahan:satu Definisi

    Perubahan:Adakah Ia akan Berkekalan

    Perubahan: Apa yang mendorongnya?

    Adakah Ia boleh dijangka?

    2)Nilai satu sentimen cuma berharga apabila kita terlibat sama dalam apa yang memicu sentimen tu berlaku. Azree cuma bereaksi dengan apa yang beliau rasakan ketika itu, sebab KI dan BADAR adalah part of him (as experience are part of us). Sedang pakdi cuma cuba memberikan justifikasi untuk Azree keluar dari sentimen itu, semasa membuat penilaian terhadap komen Pakdi. Jadi, Azree, you tak salah, dan Pakdi pun, pakdi tak perlu begitu sedihnya.. kan? :)

  15. darul says:

    dahulu, ada sorg kawan yg ex smak turut berserita ttg badarnya yang dihazafkan.. nampaknya semua sekolah agama persekutuan mengalami nasib yang sama.. sapalah yang bertanggungjawawab.. hanya mereka yang punya kuasa untuk membetulkan kembali..

    teringat yang ada arahan dari pihak atasan membenarkan pelajar2 smapk menonton akademi fantasia secara besar2an. exco badar berpeluh dahi, segelintir pelajar bersorak keriangan.

  16. aizatnur says:

    Dasar BADAR dahulu adalah Al-Quran Sunnah. Kini adalah Idealism Pengetua semata. Itu asas.

    Pencalonan kepimpinan BADAR bukan lagi sistem syura melainkan ‘bai’at’ dari Pengetua semata.

    Wahai intelektual sekular, Islam sudah cukup matang untuk menghadapi strategi keji sebegini. Sambil-sambil mengemis nasi dari sekular, ingatlah firman Allah dalam surah al-anfal ayat 30, “……..mereka merancang, Allah juga merancang. Namun, Allah sahajalah perancang yang terbaik.”

    Mungkin kalau kita ke kisas sekarang, sudah tidak dengar istilah “thiqah” lagi kerana adik2 tidak tahu kepada siapa yang mahu di “thiqah” kan lagi

  17. tokjanggut says:

    yang tak tau buat tau, maka macam katak bawah tempurung. Diam sajalah

  18. Putera Luqman says:

    Saya pelajar KISAS batch 55(2009/2010)
    1. KISAS still ada BADAR pada tahun ni
    2. Muktamar diadakan lewat(sumber form 5)
    3. Muktamar dilakukan oleh PK HEM(sumber form 5)
    4. BADAR still memegang tampuk pemerintahan ‘BIAH SOLEHAH KISAS’

  19. Putera Luqman says:

    OK, ana akan jawab satu persatu soalan.
    1. Perkataan siqah still ada tapi perkataan tawaduk lebih popular
    2. SMAPK memang telah mansuh BADAR buat selama-lamanya
    3. hehe politik la plak, UMNO atau PAS sekali pun, dia tetap ISLAM, maka dia wajib pertahankan tarbiyah dan dakwah Islamiyah

    klu nk komen, antar ja di e-mail ana…

  20. Aslih nafsak says:

    ana pon dri batch 55 KISAS(09-10)..dan utk pgtahuan BADAR msih brfungsi dn brjaln spti biasa.Ana sndri adlh exco BADAR yg bru dlntik swk2 muktmr lbih kurg 2 buln yg lalu,dan kami exco-exco bru tlah pon mula mnjlnkn tugas spti biasa…Jdi kpd semua ex-student..jgn lah risau,insyaallah BADAR akn trus trjge utk mnjge tarbiyah dan biah solehah di KISAS ksygn kita semua 2…dan kalau ada mase trluang,rjin2 la bkak blog badar,utk mgtahui prkembgn trbru BADAR KISAS..badarkisas.blogspot.com..salam

  21. ahli BDK -BKP 2010 says:

    tolonglah bina semula BADAR di SMAPK.. for ex-smapk..datanglah jenguk adik2 antum/nna yang semakin rosak ditelan zaman ini..
    BDK/PERNAS tak sekuat manapun..
    -AHLI BDK 2010-

Leave a comment