• Snippet: Kain Pelikat Saya Berdiri

    kainpelikat berdiriMusim ini sejadah-sejadah berpakat berdiri ramai-ramai. Mungkin bulan akan datang, saya akan minta kain pelikat di rumah saya itu panggil geng-gengnya yang lain berdiri juga. Boleh kain pelikat saya itu jadi terkenal sekejap.

    Perkara-perkara seperti ini bukan baru berlaku atau bukan baru-baru ini diheboh-hebohkan. Dari saya sekolah dahulu lagi. Siap dijadikan bahan atau modal oleh penceramah dan motivator.

    Ketaksuban Zaman Dahulu

    Saya teringat semasa di sekolah dahulu, ada beberapa siri ceramah dan motivasi yang si penceramahnya memasang video singa menyebut ‘Allah’. Pelajar jadi kagum, “Wah…”

    Dan si penceramah dengan senyum simpul berkata, “Inilah keajaiban ciptaan Allah, anak-anak sekalian. Apabila Allah berkata ‘jadi’ maka ‘jadilah’ benda tersebut.”

    Ditunjukkannya lagi dengan video seorang anak yang derhaka yang menjadi ikan.

    “Wah…” Sekali lagi pelajar-pelajar jadi kagum.

    “Inilah akibat kalau derhaka kepada ibu dan ayah kita. Allah itu Maha Berkuasa, adik-adik,” tambah penceramah itu.

    Kemudian kami diperlihatkan pula dengan gambar-gambar pokok rukuk, belang ikan berbentuk nama Allah, urat daun berbentuk nama Allah dan bermacam lagi.

    Sekali lagi pelajar jadi kagum.

    Saya dan beberapa orang rakan yang duduk di kerusi paling belakang sekali yang memang kaki tidur semasa ceramah jeling-jeling sahaja.

    “Aih, balik-balik video ini. Macam tak ada modal lain saja,” kata Faiz.

    “Bukannya budak-budak ini pergi penuhkan surau lepas ini. Musolik(bahasa asrama=Solat dalam bilik) juga nanti,” balas si Fatah.

    Singa mengaum ‘Allah’ baru tersedar nak pergi solat. Al-Quran yang lebih ajaib dari dulu lagi dah ajak orang solat, berbuat baik dan macam-macam lagi.

    Kembali Kepada Al-Quran

    Sejadah berdiri baru hendak datang surau.

    Saya sedikit musykil, andai kata berita sejadah berdiri ini datangnya dari akhbar Kosmo atau Metro bolehlah dipercayai. Ini akhbar Utusan pun sibuk-sibuk terbitkan berita ini.

    Andai kata sejadah itu boleh membuatkan kesedaran untuk menunaikan solat itu bertambah, maka saya sangatlah menggalakkan supaya sejadah-sejadah di rumah lain turut berdiri sama. Kalau kain pelikat pun dengar seruan saya ini, harapnya mereka pun berdiri sama-sama.

5 Comments


  1. benar sangat. seruan perkara y fardhu lama da. tak kan cite ini meka taksub. npa dri dlu g tak taksub? em, mentaliti masyarakat.

  2. Sakinah Omar says:

    Akak berbalas mesej dengan sorang pakcik kes sejadah solat ni.Sampai akhirnya dia merajuk ngan akak sebab tak menyebelahi dia.
    Tak kisah la…Yang penting akak dah sampaikan info yang sepatutnya dia tau.Dah sejuk nanti ok lah memandangkan akak anak sedara kesayangan dia ^_^.
    Kepada anak-anak pun akak dah jelaskan.Tpi Alhamdulillah dari mula dengar berita ni mereka tak ‘termakan’ ngan cerita karut ni.
    Ulasan Ust. Zawawi dan Ust Hasan Din dalam al-Islam keluaran November sangat baik bagi akak…Sejadah macam gak pokok dan lain-lain barang yang kaku tak leh bergerak sendiri.Ni kerja makhluk halus yang nak tunjuk kehebatan mereka dan menyesatkan manusia…ialah kalau dah buat tu kerana ‘takut sejadah solat dulu’…
    Dan ni pula bukan kerja malaikat kerana bukan itu tugasan yang di assignkan pada mereka pun.Lagipin peristiwa-peristiwa ni tak menambahkan iman pun…
    Kalau nak gunakan sebagai sesuatu yang boleh menimbulkan keinsafan,cukuplah 2 ayat Allah sebagai petunjuk.Ayat2 al-Quran dan ayat2 atau tanda2 kebesarannya pada kejadian alam seprti gempa bumi yang terjadi baru2 ni di Padang baru-baru ni.
    Semoga kita tak cepat terpedaya…

  3. Afyan says:

    Kain pelikat berdiri…. ada double meaning!

  4. Filterkan aja perkara itu. Kalau nak percaya, cukuplah sekadar “Lahaula wa la quwwata illa bi qjji.”. Tapi, jangan jadikan hujjah sebab berita ni tahyul و tak tahu asal usul.. Juga boleh dikatogerikan sebagai hadith maudhu’.. W’alam….

Leave a comment