
“Apakah dengan menggunakan bahasa Inggeris, IPTA kita akan menjadi jaguh pendidikan dunia?
Kita melihat dalam ruang lebih luas, pandangan lebih jauh ke hadapan. Kita mahu maju dengan acuan sendiri. Malah tidak ada negara di dunia yang maju dengan meminjam bahasa orang lain.”
Saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Senator Dr. Mohd Puad Zarkashi pada Perhimpunan Agong UMNO tahun ini.
Pertama isunya adalah supaya bahasa Melayu digunakan semula untuk dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Dan kedua adalah isu penggunaan istilah ‘Bahasa Melayu’.
Pernah saya tulis mengenai isu ini di entri ‘Mari Bersama Saya’. Dan anda boleh baca berita di atas di akhbar Utusan hari ini.
Apa yang perlu kita buat sekarang adalah usaha untuk terus memartabatkannya.
Nabi Muhammad seorang monolingual
Teringat saya kembali tentang peribadi Nabi Muhammad dari sudut penggunaan bahasa. Nabi Muhammad adalah seorang monolingual tulen. Tiada sepatah bahasa asing pun terbit daripada mulutnya. Tetapi itu bukan bermakna Nabi Muhammad seorang yang lemah.
Malah dengan hanya menggunakan bahasa Arab itulah dia berjaya mendapat pengaruh yang ramai. Dan Al-Quran juga diturunkan dalam bahasa Arab tanpa atu pun pinjaman bahasa asing. Lihat sahaja Umar Al-Khattab yang tertarik dengan Islam selepas mendengar bacaan ayat-ayat Quran.
Sebab sebagai orang Arab, dia faham benar maksud akan setiap patah perkataan yang didengarinya kerana ayat-ayat itu menggunakan perkataan-perkataan Arab yang beliau gunakan hari-hari. Kita sememangnya lebih memahami jika apa yang diajar atau dibaca itu dalam bahasa yang kita gunakan hari-hari.
Satu lagi ciri yang saya ingat, Quran itu tiada satu pun perkataan yang ditulis menggunakan short form. Ini yang penting. Oleh sebab itu, orang yang baru belajar bahasa Arab tidak perlu pening kepala memikirkan apa yang ditulis dalam Quran sebab semuanya menggunakan ejaan yang betul. Lain orang lainlah kefahamannya terhadap sesuatu short form.
Mari menulis menggunakan bahasa Melayu
Perkara yang saya harapkan itu adalah menulis menggunakan Bahasa Melayu yang betul pada komen-komen dan mesej-mesej pada shoutbox. Tiada short form yang melampau-lampau dan bahasa yang digunakan adalah bahasa yang sopan.
Tidaklah salah kalau kita meminjam perkataan-perkataan asing yang sudah biasa dipakai orang hari-hari selagi ia tidaklah sampai menyebabkan mereka terpaksa membuka kamus mencari maknanya. Kita menulis untuk memberi tahu dan kefahaman. Bukannya untuk menunjuk hebat berbahasa.
Seorang sahabat saya, Irfan Jani pernah merancang projek ‘Cabaran Za’ba’ di blog kepunyaannya. Sudah lama dia buat, tetapi saya baru terbacanya pagi tadi. Anda boleh menyertainya jika mahu.
P/s: Maaf, saya akan kembali menulis entri pada 13 haribulan ini. Tinggal satu lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 12% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
November 10th, 2007 at 5:19 pm
sbnanye, projek tu tak brape jalan.
Tak ramai yg minat nk tulis blog dgn bhs Melayu yg betul.
Nasihat saya pada semua anak bangsa, walaupun komen dgn bhs pasar.. Skurang2 nya, tulislah blog dgn BM yg OK. Ataupun sebaliknya.
Contohnye cam komen aku ni la.. hehe..
Trimas kasyehhh.. hehe
[Reply]
November 10th, 2007 at 11:21 pm
azree, sambung la lagi ye..saya setuju sangat kita belajar dengan bahasa sendiri..lebih penghayatan..
[Reply]
November 14th, 2007 at 6:17 pm
Saya juga bersetuju dengan artikel ini. Jika bukan kita yang menggunakan bahasa dengan betul, siapa lagi?
Saya juga sering menegur pengguna di beberapa laman forum yang terlampau banyak penggunaan perkataan short form. Agaknya saya sudah tua dan terpaksa merangkak-rangkak membaca. Ayat yang boleh dihabiskan dengan sekilas pandang tetapi terpaksa membaca dengan agak lama. Lebih kecewa jika mendapati ayat yang bersusah payah ditafsirkan tadi sebenarnya tiada motif dan tidak perlu dibaca pun.huhu.
Selamat menjalani peperiksaan.
- Insan yang suka menyibuk di sini..
[Reply]