
Nota: Entri ini ditulis untuk menjawab persoalan-persoalan yang ditujukan oleh Pakdi kepada saya. =)
“Azree, Amir tak faham soalan ni?”
Saya melihat buku Matematik adik bongsu saya yang berumur 7 tahun itu. Hmm. Patutlah adik saya ini tidak faham.
Semua soalan termasuk arahan dalam bahasa Inggeris. Padahal apa yang penting dalam Matematik adalah simbol dan nombor.
Dan sepatutnya untuk umur sekecil adik saya itu, kalau mata pelajaran tersebut adalah Matematik, maka asas mengira itu yang perlu ditekankan. Bukannya asas untuk memahami bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris ada mata pelajarannya sendiri.
Bukankah menjadi satu perkara yang melambatkan proses pembelajaran jika adik saya itu terpaksa belajar memahami dahulu bahasa Inggeris dan barulah belajar mengira.
Kadang-kadang perkara ini menjadi pertengkaran antara saya dan abang saya yang menyuruh saya mengajar adik saya itu memahami soalan terlebih dahulu dan barulah mengajarnya mengira.
Ah, Matematik adalah nombor dan simbol bukannya mata pelajaran bahasa! Saya sendiri biasanya tidak membaca soalan apabila menjawab soalan Matematik. Terus sahaja saya lihat kepada nombor-nombor yang diberikan.
Bagi saya menguasai bahasa Inggeris adalah penting. Buku-buku yang saya sendiri beli(bukan buku pelajaran) banyak dalam bahasa Inggeris.
Saya akui menguasai bahasa Inggeris khususnya di negara kita ini sangat penting. Tetapi tidaklah dijadikan sebagai bahasa pengantaraan untuk Sains dan Matematik.
Belajar dalam Bahasa Inggeris meningkatkan pemahaman dalam Sains dan Matematik
Sekali imbas nampak seperti betul sahaja kenyataan di atas ini. Kita kononnya akan cekap mengira dan bijak sains jika diajar dalam bahasa Inggeris.
Kenyataan ini sebenarnya lemah apabila kita melihat kembali keputusan kertas bahasa Inggeris dalam peperiksaan awam (termasuk UPSR, PMR, SPM) di negara kita.
Kalau belajar bahasa Inggeris pun mereka tidak dapat kuasai, bagaimana pula dengan Sains dan Matematik?
Sebilangan pelajar mungkin boleh kuasainya. Adik saya yang dalam tingkatan 4 sekarang ini pun menunjukkan keputusan yang cemerlang.
Dia balik rumah siap boleh mengumumkan dengan gembira, “Result Sains Nurul dapat ‘A’ lagi. Tau tak ada berapa orang dapat ‘A’ dalam kelas tu? Nurul dengan 3 orang kawan Nurul je dapat! Best betul.”
Adik saya itu belajar di salah satu sekolah berasrama penuh yang terkenal di Malaysia. Itu pun hanya beberapa kerat sahaja yang dapat A dalam mata pelajaran Sains di sekolahnya. Sedangkan suatu masa dahulu, sekolah itu antara yang mempunyai jumlah pelajar yang ramai mendapat markah yang cemerlang dalam Sains.
Hmm. Saya berfikir-fikir, adakah tujuan pembelajaran di negara kita adalah untuk ‘memandaikan’ segelintir pelajar sahaja? Sedangkan sebilangan besar yang lain diabaikan.
Ini pula pengalaman Encik Sunthara Segar semasa beliau memberi ceramah kewangan di beberapa kem PLKN. Dia ceritakan kepada saya betapa terkejutnya dia apabila sebilangan besar peserta sesi PLKN ketiga itu tidak tahu menulis dan mengira.
Hurm. Apatah lagi untuk berbahasa Inggeris? Dia kemudian membuat rumus, seorang pelajar 17A dihebah-hebahkan, sejuta pelajar bermasalah lain diabaikan.
Encik Sunthara Segar ini adalah penulis untuk kolum kewangan dalam Majalah Wanita.
Tanpa Bahasa Inggeris Kita Tidak Boleh Maju?
Negara-negara besar seperti China, Jepun, Jerman, Perancis dan Korea memberi tumpuan kepada penguasaan Bahasa Inggeris. Tetapi mereka tidak sekali-kali mengubah bahasa pengantar bagi mata pelajaran berunsur Sains dan Matematik kepada bahasa Inggeris.
Mereka sedar kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa penuturan antarabangsa. Tetapi bukannya sebagai bahasa untuk pembangunan atau kemajuan negara mereka.
Satu lagi fakta menarik saya jumpa. Sebenarnya kebanyakkan negara yang menggunakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di negara mereka sedang mengalami kemunduran. Contohnya seperti negara-negara benua Afrika, Amerika Selatan dan paling mudah kita lihat Negara Filipina.
Jika betul bahasa Inggeris itu bahasa kemajuan, semaju manakah Filipina itu?
Bukti dalam Al-Quran
“Dan kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka….” (Surah Ibrahim: 4)
Malah ayat Al-Quran sendiri adalah 100% dalam bahasa Arab. Tidak ada sepatah pun bahasa asing di dalamnya.
Itulah sebabnya apabila Umar terdengar orang sedang membaca ayat-ayat Quran, hatinya bergetar, lalu beliau terus masuk Islam, sebab sebagai orang Arab, beliau faham setiap perkataan yang didengarnya itu, kerana semua ayat-ayat itu menggunakan perkataan Arab yang beliau sendiri gunakan sehari-hari.
Kesimpulan
Mengikut kajian yang dilakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran pada abad ini seperti Tevetz, de Bono, Miller dan d’Ambrosio, mereka mengatakan yang manusia memang lebih mudah menguasai sesuatu ilmu menerusi bahasanya sendiri.
Malah de Bono menegaskan Bahasa Inggeris bukanlah bahasa superior dalam pencetusan kepada kemajuan dan pembangunan.
Teori ini disahkan oleh negara-negara maju sekarang ini! Tetapi kerajaan negara kita?
Justeru, kita sememangnya memerlukan Bahasa Melayu. Cuma beberapa isu perlu diambil kira seperti isu cara menterjemah buku-buku bahasa asing yang kebanyakkannya diterjemah sepatah demi sepatah. Termasuklah buku-buku agama kita yang terlalu berbaur Arab.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 8% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
September 15th, 2007 at 9:11 am
pendeta zaaba kalau tidak silap saya menterjemahkan “triple jump” menjadi lompat kijang. dan “tank” sebagai kereta kebal.
kita memerlukan pakar bahasa seperti beliau.
bukan menterjemahkan sesuatu bahasa asing bulat-bulat.
download = muat turun?
[Reply]
September 16th, 2007 at 12:21 am
Salam Azree MH..
setuju dengan pendapat awak.. saya sendiri akui, walaupun menguasai Bahasa Jepun sudah lebih 3tahun, tapi tahap penguasaan ilmu kejuruteraan masih tidak setaraf dengan orang Jepun itu sendiri.
Gaya pembacaan dengan sesuatu Bahasa meliputi perasaan, emosi dan cara berfikir.
Orang jepun tak malu kalau dikatakan tahap bahasa inggeris mereka sebanding dengan darjah tiga di Malaysia.
[Reply]
September 16th, 2007 at 9:23 am
SangPelangi a.k.a Irfan Al-Japani,
Hurm. Satu perkara baru saya belajar hari ini. ‘Pembacaan dengan sesuatu bahasa meliputi perasaan, emosi dan cara berfikir.’
Terima kasih sdr Irfan.
Tapi orang Melayu malu kalau anak mereka tidak pandai berbahasa Inggeris tahap universiti.
Pakdi,
Itu belum kes lain lagi. ‘Free Kick’=tendangan percuma. Adeh. Macam mana boleh jadi ‘percuma’ pun saya tidak pasti. Padahal nak dapat free kick bukannya percuma.
[Reply]
September 16th, 2007 at 10:35 pm
Benar apa yang disuarakan oleh Pakdi.
Itu disebut sebagai pengistilahan. Boleh juga dipanggil terjemahan informasi.
Saya rasa banyak istilah dalam Kamus Dewan yang tidak gunakan lagi ya!
[Reply]
September 16th, 2007 at 11:07 pm
Setiap kali pulang ke kampung dan bertemu saudara-mara yang mempunyai anak yang masih bersekolah rendah, mereka merungut kerana tidak dapat mengajar anak-anak membuat kerja sekolah. Mereka orang kampung biasa yang tidak pandai berbahasa Inggeris, sedangkan latihan matematik itu bukanlah latihan bertahap tinggi. Hanya permasalahan campur tolak biasa.
Kalau kalian melihat buku rujukan fakulti IT (fakulti saya) di UKM, harus gelak guling-guling.
motherboard = papan ibu
firewall = dinding api.. aduh.. aduh..
[Reply]
September 17th, 2007 at 12:48 am
hah? ai, janganlah motherboard dan firewall diterjemah. huduh betul. huhu~
kedua-dua pihak ada poin sendiri. memang betul, matematik cuma berkaitan nombor. jargon seperti kamiran, pembezaan tak banyak sangat. kalau ada pun, kita boleh cepat tangkap.
dalam kimia dan sains pun, kebanyakan jargon yang dialihbahasa pun lebih kurang je dengan bahasa inggeris. saya tak ingatla kalau nak bagi contoh. dah lama tinggalkan.
cuma yang banyak jadi masalah ialah dalam nak menerangkan makna jargon english tu. kita boleh terima kamus english-malay, tapi kurang sikit kalau english-english. contohnya kitorang la. kat matrik dulu, walaupun english level 3 disuruh beli kamus mcmillan merah yang tebal tu, tapi kat maincamp ni, kamus english-malay yang kecik tu jugak yang jadi pilihan. mudah nak faham.
bagila apa2 perkataan english, tapi terangkanlah dalam bahasa ibunda. bagi saya, mudah sikit nak belajarnya
p/s: sorang lecturer saya dulu pernah cerita, perkataan firewall tu diambil dari kisah iskandar dan ya’juj ma’juj. dinding yang terbina tu hasil dari pembakaran campuran logam. tak taula betul tak. saya belum research lagi.
p/s2 [ps2??]: lihat saya penggunaan ayat2 saya ni. bercampur antara bahasa melayu dengan jargon english yang selalu digunakan di uia. pada saya, asal kita faham maknanya dahla.
just a humble opinion. no offence :p
[Reply]
September 17th, 2007 at 8:35 am
Yup. Ada satu lagi perkara yang perlu dititik beratkan dalam penulisan.
‘Gunakan perkataan-perkataan dan gaya bahasa yang orang pada zaman itu pakai.’
Maksudnya janganlah kita menggunakan perkataan-perkataan klasik dalam komunikasi kita dengan orang lain. Kalau nak ambil pakai bahasa asing pun boleh tapi bagi saya ambil perkataan-perkataan yang ‘customer use’ sahaja.
Contohnya dulu pernah diterjemahkan handphone jadi telefon bimbit sebab handphone dulunya diletak dalam beg bimbit. Tapi sekarang mana boleh pakai perkataan itu lagi.
Perkataan-perkataan ‘customer need’ ini kalau kita tukar, akan datang sudah tidak boleh pakai lagi.
[Reply]
September 17th, 2007 at 7:31 pm
salam,
tengoklah contoh iran !!! presiden Mahmoud Ahmadinejad.. nak bercakap dengan mat saleh pun kena ada juru alih bahasa..
tp beliau tetap mampu mengerunkan barat dalam teknologi dan wawasan.
[Reply]
September 17th, 2007 at 10:18 pm
maaf saya mencelah,
sebenarnya Kementerian Pelajaran kini adalah pengikut sahaja
Tidak seperti Rahman Yakob, Rahman Talib, Tun Razak. Khir Johari pun power juga menghapuskan tulisan Jawi di sekolah kebangsaan. Otai zaman 70an 80an komenlah sikit.
[Reply]
October 11th, 2007 at 12:11 am
mungkin ada kebenaran yang kita tak memerlukan bahasa inggeris untuk cemerlang dalam pelbagai bidang, terutama nya sains & matematik.
tetapi, sejauh mana sudah kita bergerak maju dengan penguasaan bahasa melayu kita dalam bidang akademik selama ni? boleh dipertikaikan & dipersoalkan lagi disitu.
apatah lagi bila kita masih sibuk dgn isu2 yang remeh dalam negara sedangkan masyarakat dunia terus dgn usaha mengejar teknologi yang kita tak termampu laksanakan.
sibuklah kita dengan rekod2 yang terpanjang, tertinggi, terbesar, dsb. Memang kadangkala ia diperlukan sbg pemberi semangat utk terus bergerak, tetapi terlalu kurang penumpuan diberikan kepada pencapaian akademik yang betul2 dapat mengubah pandangan & perhatian masyarakat antarabangsa kepada kita.
sedangkan mahasiswa sendiri campur adukkan bahasa melayu & inggeris, bagaimana kita hendak martabatkan bahasa melayu dalam akademik & pembangunan kita? tak perlu kita pandang jauh untuk mencari contoh, lihat sajalah bagaimana golongan mahasiswa/remaja yg ditemu ramah saban hari. belum lagi diperhatikan golongan akademik/atasan yang sama saja penggunaan bahasanya semasa menyampaikan kata2.
tapi, klu direnung2kan, tak kira lah dalam bahasa apa pun bahasa yang kita gunakan dlm mencari ilmu, yang penting nya ilmu itu kan?jati diri & hati kita bukannya rosak kerana bahasa, tetapi kerana salahnya pegangan kita. jadi apa salahnya kalau kita usaha lebih utk mengajar adik kita utk memahami sedikit soalan bahasa inggeris sebelum mengajarnya mengira =) asalkan kita tahu betapa bahasa itu hanyalah pengantara dalam mendapatkan ilmu. We got nothing to lose.
just my 2 cents…
[Reply]
November 16th, 2007 at 2:51 am
[...] saya tulis mengenai isu ini di entri ‘Mari Bersama Saya’. Dan anda boleh baca berita di atas di akhbar Utusan hari [...]
September 4th, 2008 at 12:07 pm
salam.
tertarik saya dengan topik etems ni. sebagai insan yang bakal menceburi bidang pendidikan secara formal, saya tak nafikan keperluan english dalam pendidikan sains dan matematik. bagi pelajar2 yg mahir berbahasa tersebut, semakin mudahlah mereka memahami.
tapi, bagi yang agak terasing dengan bahasa inggeris, semakin susah pula nak menguasai kedua2 subjek berkenaan. sebagai bakal guru bahasa inggeris, saya tak nafikan peri penting nya bahasa itu.
yang saya musykilkan adalah, sanggupkah kita memeningkan pelajar2 kita? sebelum akta pelajaran 1971, english menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. kemudian di tukar ke b.melayu. kini di tukar semula ke english. adakah akan di tukar semula ke b.melayu? kasihan pelajar2 dan generasi akan datang.
hanya menyatakan kegelisahan. syukran.
[Reply]