Sihat Sesudah Sakit

lock

Akhirnya website StudioMuslim ini kembali pulih daripada cederanya yang parah. Cedera akibat server diserang DDOS. Sejenis penyakit server.

Setelah dua minggu berada di dalam ‘hospital’ server, website ini kembali pulih. InsyaAllah akan kembali tegar dengan entri-entri baru yang lebih segar dan memberikan manfaat.

Hendak dimaklumkan juga bahawa entri-entri saya bermula daripada tarikh 31 Jun hingga 31 Julai sudah tidak dapat diselamatkan. Kesilapan saya juga kerana tidak begitu menghiraukan untuk sentiasa menyimpan semua data-data.

Jikalau ada sahabat-sahabat yang pernah copy apa-apa entri daripada website ini mohon untuk dimaklumkan kepada saya supaya saya boleh memasukkannya semula ke dalam StudioMuslim.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat pengendali server www.jvhosting.com kerana memberikan ruang server yang baru tanpa sebarang bayaran.

Terima kasih juga buat kawan-kawan dan juga pengunjung website ini yang sentiasa menulis emel kepada saya bertanyakan keadaan website ini. Setiap apa yang anda katakan memberikan saya semangat untuk terus menulis.

Alhamdulillah, yang penting StudioMuslim kembali seperti biasa untuk meneruskan perjuangan menerusi penulisan.

 

P/s: Lebih kurang seminggu lebih yang lepas ada seseorang meminta saya menulis tentang menetapkan matlamat sambil mengajukan saya soalan, “Masalah saya adalah terlalu banyak matlamat, saya takut tidak dapat fokus kepada setiap satunya. Apa pendapat saudara?” InsyaAllah entri mengenainya akan ditulis dalam masa dua hari.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 6% [?]

2 Comments »

  1. avatar comment-top

    salam,

    ini sahaja ke file yang sempat dibuat back up?

    :)

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Terpana seketika melihat banner baru blog ini. Seakan-akan ada ‘mata’ yang sedang memerhati….

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment