Report: Cashflow 101 di UIAM

Cashflow 101

“Erm. Betullah game ni macam reflect kepada dunia sebenar.” Kata seorang peserta kepada saya sebaik tamat bengkel Cashflow 101 di UIAM semalam.

Seperti yang telah saya tulis dalam entri yang lepas, permainan Cashflow 101 memang berbeza daripada Saidina dan Monopoly. Betul-betul lain. Dalam Cashflow 101 anda akan diperkenalkan dengan amanah saham, fixed deposit, jual beli hartanah, perniagaan, dan macam-macam lagi.

Anda juga boleh memilih ingin bermula dengan apa jua pekerjaan sekalipun. Daripada serendah-rendah gaji sehingga setinggi-tinggi gaji. Semuanya mampu bebas daripada beban kewangan kalau cara dan strateginya betul.

Cashflow 101“Pada sesi pertama saya mendapat pekerjaan sebagai seorang truck driver, strategi yang saya gunakan saya buat charity banyak-banyak supaya langkah saya juga semakin besar dan kemudian barulah bergiat dalam jual beli hartanah dan saham.

Kemudian pada sesi kedua saya memilih untuk menjadi seorang doktor pula. Merasa menjadi seorang yang bergaji tinggi. Pada mulanya memang agak payah tetapi dengan strategi yang berlainan akhirnya berjaya juga keluar daripada rat race.” Kata Thoha, seorang pelajar jurusan bisnes dan kewangan daripada UiTM Shah Alam.

Sesi Cashflow 101 semalam menunjukkan betapa pentingnya zakat atau derma dibuat. Saya sudah memberikan tip mudah kepada beberapa orang peserta, “Semakin banyak charity dibuat, semakin banyak keuntungan yang akan anda perolehi.”

Ada yang menerima saranan saya dan ada yang mengabaikannya.

“Kebiasaannya bengkel Cashflow 101 ini kami tidak campurkan sekali golongan yang sudah bekerja dan yang masih belajar. Tetapi si Azree ini jemput hendak buat serentak pula.” Kata Pakdi yang menguruskan bengkel Cashflow 101 ini.

Sebenarnya saya ingin memberikan satu pengalaman yang baik kepada golongan yang masih belajar iaitu bermain sekali dengan golongan yang sudah bekerja. Bermain dengan mereka yang sudah bekerja berbeza dengan bermain sesama kawan.

Pendapat mereka yang telah bekerja juga sudah tentu lain dengan pendapat mereka yang masih belajar. Jadi, bengkel kali ini saya ingin mereka mendengar sendiri apa pendapat orang yang telah bekerja terhadap realiti kewangan selepas belajar.

Apa-apa pun bengkel Cashflow 101 semalam memang memberikan saya satu kepuasan walaupun saya tidak bermain dalam mana-mana sesi. Tetapi dua orang kawan saya yang menjadi pembantu saya sudah mula nampak kebaikan bermain Cashflow 101.

Sangat sukar untuk mengajak orang yang tidak pernah membaca apa-apa buku kewangan terutamanya buku Robert T. Kiyosaki untuk bermain permainan ini. Walaupun tanpa sebarang pengetahuan kewangan yang khusus, kita tetap akan dapat belajar sesuatu selepas bermain permainan ini.

Ini adalah program pertama StudioMuslim.com, insyaAllah akan ada lagi program yang lebih menarik pada masa akan datang.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 26% [?]

11 Comments »

  1. avatar comment-top

    gud job bro :)

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    Alhamdulillah…syukur..tercapai gak cita2 nak main bendaalah ni setelah hampir 4 tahun tertanya2. ..(tahu melalui forum BJ)..ingatkan permainan ‘orang kayo2 jo’..heee.
    Mulanya berdebar sangat almaklumlah akak dahle peserta wanita tunggal..pastu digandingkan pulok ngan student yg fresh dan power2…mcm kancil ngan merce pulok…mmg sloww je la utk first round..jenuh tekan minyak tapi tak laju2 jugok..tak kuar pun rat race tuh…tapi 2nd round..akak beranikan diri dan buat2 pandai gak..haaaa..ubah strategi….dan Alhamdulillah leh kuar rat race dan org pertama bole capai impian (dgn lain perkataan menang ler yer..heee).
    Spt yg akak cakap ari tu game ni ambilkira nasib jugak di samping strategi. Bagus apa yg dipesan Pakdi..dlm realiti pun kita bergantung pd nasib, tapi kita kenalah usaha dulu, bila gagal juga kenalah terima hakikat tu nasib, jgn lak pandai2 nyalahkan org lain atas kegagalan kita….
    Moga azree teruskan niat murni aturkan program2 menarik demi membuka mata dan minda anak2 Melayu khasnya.InsyaAllah.

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    Yasir,
    Nanti kita buat di UiTM pula. Hehe. :D

    Kak Bibi,
    Kalau sudah tahu strategi perlulah digunakan dalam real life.

    Permainan ini bertujuan untuk membina kesedaran tentang pentingnya pelaburan dibuat. Jadi, lepas ini bolehlah masuk mana-mana kelas pelaburan. :p

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    Seronoknya tgk program ni.Memang nak join sangat-sangat tapi tgh ada mid sem time tu.kalu ada lagi bagi tau lah..kalu dapat wat kat area bangi bagus jugak

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Kak Sarah,
    Dulu Pakdi buat bengkel Cashflow 101 memang di area Bangi sahaja. Tapi sekarang ofis sudah bertukar ke Cheras.

    Nanti saya tanya Pakdi, ada tak pelajar yang berminat tolong uruskan bengkel Cashflow 101 di UKM. Kalau tidak ada, saya sendiri pergi uruskan di sana. :D

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    Hoho.. nampaknya network BJ semakin berkembang. Nanti nak try main sekali.
    Hari tu blk Mesia, tarikh Cashflow JB jatuh kat hari flight. Menyesal tak sudah. Haha..
    Nanti rajin2 lah update berita cashflow BJ kite ni ye. Hehe..

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    azree, tolong ye tanya pak di
    sem ni mungkin tak sempat
    sem depan ok
    akak pun masih ada satu sem lagi
    lagi pun kawan2 dari mpi pun nak join lagi KOT..hee
    tapi akak mmg bersemangat nak join
    kalu ada harapan sem depan,
    akak leh uruskan
    kita urus sama2

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    best ke maen 2???
    cm best gak nmpk…
    hehhe….
    mcm saidina ek…saidina pn da lma x maen…huhuhu…
    ble nk wat kt uitm plak???

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar comment-top

    Haziq UITM mana?

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    haziq uitm shah alam
    hehee

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Nanti saya dah pulang ke Malaysia saya pun nak join korang lah :)

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment