Rabun

 

naruto sharingan

Entah mengapa mata ini makin hari makin kabur. Minggu lepas sempat buat pemeriksaan mata di salah sebuah kedai cermin mata di GIANT Batu Cave. Keputusannya agak mengejutkan saya.

Mata Kanan: Rabun > 100, Silau > 200

Mata Kiri: Rabun > 200, Silau > 100


Mungkin kerana sejak beberapa bulan ini saya semakin kerap berada di depan komputer. Mencari maklumat di internet dan menulis entri di blog. Dan saya mengambil keputusan untuk merehatkan mata daripada terlalu mengadap komputer.

Setiap kali mengadap monitor komputer, mata menjadi letih.

Hujung minggu lepas saya terpaksa ke USM mewakili pasukan Chess UIAM untuk chess tournament di sana. Masa setiap orang untuk satu pusingan adalah 40 minit. Sepatutnya itu sudah cukup baik untuk saya. Cuma kepala terasa pening mengadap chess board.

Hingga ada beberapa pusingan saya menggunakan terlalu banyak masa sampai ‘kalah masa’(Maaf, perkataan yang biasa digunakan oleh pemain chess. Jika masa peserta tersebut habis dahulu, maka dia dikira kalah walaupun sebenarnya dia sedang control game tersebut dengan baik).

Mujurlah masih ada pemain ganti. Dapatlah saya berehat untuk satu pusingan.

Kadang kalau Matahari terlalu terik, mata saya terasa sakit dicucuk-cucuk. Teringat pernah sekali dahulu semasa di darjah enam saya sudah terpaksa memakai cermin mata. Tetapi rasa terlalu rimas sehingga saya sanggup makan lobak setiap hari sampai ibu saya membenarkan saya untuk tidak memakai cermin mata.

Rasanya saya memang perlu memakai cermin mata lagi selepas ini.





Hak cipta terpelihara © StudioMuslim.com (2007 – 2008)

Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.



Azree Hanifiah @ StudioMuslim.com

Popularity: 33% [?]

15 Comments »

  1. avatar comment-top

    salam. aiseh! rabun ke ko? uerm, lepas ni kurangkan masa menghadap komputer atau pun boleh pasang benda alah tapis2 sinar radiasi kat komputer tu (main bantai je :p) maalish~ Get well soon hm…

    [Reply]

    comment-bottom
  2. avatar comment-top

    shafakallah…

    [Reply]

    comment-bottom
  3. avatar comment-top

    waa azree, u play chess as well. jom lawan skali..hehehe

    i frequent this site. its free and got rating innit. lately slalu kalah ar tapi..rating da jatuhh..*sigh* : chessmaniac[dot]com

    [Reply]

    comment-bottom
  4. avatar comment-top

    hmm..az, power naik tinggi kesan tak pakai spec la tuh. Patut jaga time memula kena pakai spec, so takkan naik mendadak. Tapi nak wat camne masa tuh still budak2.

    Silau matahari, ur eyes, photophobic, kalau boleh pakai spec yang multi-coated. Bile kat panas die jadi gelap sket. Bile kat biasa die cerah balik. This is very important to prevent u from having headache. Takpun wat cam spec as. =P

    p/s : beware, bukan ilmu budak optometry pun. =P

    take care, wassalam.

    [Reply]

    comment-bottom
  5. avatar comment-top

    Rabun ka? Padanlah jalan x nampak orang lalu lalang..huhhuu

    [Reply]

    comment-bottom
  6. avatar comment-top

    SyafakaLlah.

    Pakailah speck ye Azree, supaya awak nampak akak kat Uia tu untuk pulangkan novel yang awak pinjam tu…

    hehe (^_^)

    Penting menjaga mata. Ceh. nasihat untuk diri akak juga yang hanya pakai speck bila dalam kelas dan naik kereka ;p

    Sama-samalah kita menjaga nikmat kurniaan Allah SWT ini.

    [Reply]

    comment-bottom
  7. avatar comment-top

    salam..
    setujukah 2020 hanya milik insan juara?

    [Reply]

    comment-bottom
  8. avatar comment-top

    Azree,

    maaf buku “14 Langkah Bagaimana Rasulullah SAW Memangun Kerajaan Bisnes” kehabisan stok, ketika saya ke Kinokuniya semalam.

    Jika perlu, saya boleh pinjamkan naskah saya satu hari nanti.

    [Reply]

    comment-bottom
  9. avatar
    ayuniamalina Says:
    February 3rd, 2008 at 1:46 am
    comment-top

    Assalammualaikum…

    Boleh x azree tulis tentang poligami..akak rasa isu 2 merupakan isu plng hebat skrg kerana ramai lelaki yang berpoligami tetapi x tau erti yang sebenarnya…terutama sekali tentang ADIL! Shukran..p/s : i’m ex smkashms year 1990’s

    [Reply]

    comment-bottom
  10. avatar comment-top

    Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya mahu pun yang menyuruh saya pakai spek. Hehe.

    Tuan Sab2,
    Tidak mengapa, asalkan dapat baca pun cukup. :D

    Ayuniamalina,
    Poligami? Hurm… Nanti saya minta salah seorang penulis buku poligami menuliskan entri tentang perkara tersebut.

    [Reply]

    comment-bottom
  11. avatar comment-top

    Mata rabun?? Petuanya, bangun pagi2, selawat atas baginda, sapukan ibu jari kaki kanan pada kelopak mata kanan (sambil terpejam). Begitu jua di kiri. InsyaAllah..

    Poligami?? Hehehe.. sudah baca “Mencintai suami orang” edisi SangPelangi? Aku pun belum kahwin. Tak tahu nak cakap apa. haha..

    [Reply]

    comment-bottom
  12. avatar
    darul idris Says:
    February 8th, 2008 at 10:02 am
    comment-top

    um…kanta spek yg gelap kat mentari cerah kt tpat biase tu bukan mcoated la as…. tu kanta fotokromik.. adeh.. huhu…saje berkongsi..

    [Reply]

    comment-bottom
  13. avatar comment-top

    lama sgt2 rasanya saya tak main chess.Kat uia kuantan nie chess club tak berapa nak aktif.Mcm mana dengan keputusan perlawanan
    kat USM tu ?

    [Reply]

    comment-bottom
  14. avatar comment-top

    nicx,
    Oh, UIA juga. Kalau tak berapa nak aktif chess club sana boleh hubungi chess club Gombak. Hehe. Keputusan di USM tempoh hari agak memuaskan. Walaupun secara keseluruhan UIA mendapat tempat ke-8, tetapi UIAM mendapat tempat pertama dalam ranking antara universiti yang menyertai.

    [Reply]

    comment-bottom
  15. avatar comment-top

    Salam. Sedikit nikmat yang DIA tarik, sejuta lagi menanti di hadapan…

    jika dan hanya jika kamu bersyukur…

    be positive… kan?

    [Reply]

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment