
“Pihak kami mengajak anda semua ke arah Islam. Jadi, marilah bersama kami di jalan dakwah ini!”
“Anda patut tahu dari sekarang apa yang telah kami lakukan sekarang berbanding apa yang telah ‘mereka’ lakukan tahun lepas.”
Pilihan Raya Kampus(PRK) semakin menjelang tiba. Beberapa pihak sudah memainkan peranan masing-masing dengan menampal poster atau mengedar risalah.
Cuma ada beberapa perkara menyebabkan saya menjadi sedikit jelek dengan mereka. Betulkah mereka berjuang demi Islam?
Sekadar menggunakan nama Islam tidak dapat membuktikan mereka ini berada di landasan yang betul. Cara mereka sahaja sudah cukup membuatkan beberapa rakan saya bakal tidak mengundi langsung pada PRK akan datang.
Cara bagaimana yang ingin saya utarakan di sini? Sebenarnya saya melihat satu persamaan antara cara mereka mempromosikan parti mereka pada tahun lepas dan juga tahun ini.
Mereka ingin memberitahu orang lain bahawa mereka adalah betul dengan menunjukkan bahawa pihak yang satu lagi adalah salah. Nampak macam tiada apa-apa.
Tetapi sebenarnya inilah cara komunis dalam ‘memenangi’ hati rakyat beberapa negara lain suatu ketika dahulu. Mereka menyebarkan propaganda bahawa pihak penjajah adalah jahat, maka mereka adalah yang terbaik.
Samalah keadaannya dengan pihak yang cuba mengatakan mereka membawa Islam di universiti ini. Mereka mengedar risalah dan menampal poster dengan tujuan memberitahu kelemahan atau keburukan satu pihak yang lain, maka pihak merekalah yang betul dan paling sempurna.
Mahukah saya gelar sahaja mereka ini meniru cara komunis menyebarkan propaganda?
Belajar Daripada Nabi Muhammad
Adakah Islam mengajar kita berpolitik dengan cara sebegini? Saya mengajak anda belajarlah berpolitik dengan cara Nabi Muhammad. Kaji cara Nabi Muhammad berpolitik. Pasti anda tidak akan menemui langsung cara kotor seperti ini.
Nabi Muhammad mengajar kita berlaku ihsan dalam apa jua perkara. Ihsan yang saya maksudkan ialah berbuat baik secara berterusan dalam apa jua keadaan.
Ah, dengarnya saja sudah sulit. Memang susah untuk berbuat baik dalam semua keadaan tetapi cubalah buat sedikit demi sedikit. Kalau tidak sepuluh, buatlah tiga sahaja.
Dalam berpolitik, Nabi Muhammad tidak pernah mengatakan orang lain adalah salah maka dia adalah benar. Walaupun seteruk mana sekalipun orang yang menentang beliau, Nabi Muhammad tidak akan melemparkan sebarang cemuhan atau ejekan kepadanya.
Nabi pernah berkata, “Sesungguhnya dusta yang paling besar adalah tindakan seorang penyair yang merangkai syair ejekan kepada sesuatu pihak.”
Pernah anda mengkaji cara Hamas berpolitik. Saya tunjukkan satu contoh sahaja daripada mereka. Selepas memenangi pilihan raya Palestin, Hamas mengajak pihak lawannya dalam pilihan raya itu untuk membentuk kerajaan gabungan.
Hamas menang hampir seluruh undi tetapi dia tetap bersikap rendah diri dan mengajak Fatah bergabung dengannya dalam pemerintahan Palestin. Tetapi Fatah yang ketika itu dihasut oleh Amerika telah menolak cadangan tersebut.
Hurm. Sungguh indah sekali dakwah yang mereka ingin sampaikan.
Jangan Mencemar Nama Mana-mana Pihak
Kenapa anda jangan sekali-kali mencemar nama mana-mana pihak? Ada banyak sebabnya. Tetapi cukuplah saya menulis beberapa sebab sahaja di sini.
Pertamanya, cuba kita fikirkan adakah jika kita mengutuk-ngutuk, mencemuh nama orang lain adakah itu dapat menaikkan kredibiliti kita? Bagi saya itu sudah cukup membuatkan saya berkata, “Oh, itu rupanya cara ‘dakwah’ mereka.”
Kalau itulah yang menjadi first impression beberapa orang terhadap pihak kita, jangan kita marah jika mereka mengundi pihak lain. Sebenarnya perbuatan itu sahaja sudah dapat merosakkan nama baik pihak sendiri.
Teringat saya satu ayat dalam Al-Quran ada memuatkan dialog iblis kepada Allah.
“Aku lebih baik daripadanya(Adam), Engkau ciptakan aku daripada api sedangkan engkau ciptakannya daripada tanah.”(Al-A’raf: 12)
Hurm. Seterusnya, cuba kita tanya diri kita sendiri, sukakah kita jika ada orang lain memburukkan nama kita? Kalau kita sendiri tidak suka, janganlah kita buat kepada orang lain pula.
Dan sebelum kita mahu mengutuk-ngutuk pihak yang lain, sedarkah kita yang diri kita sendiri pun punya kelemahan? Anda menyebarkan propaganda, tetapi pembaca juga yang akan menilainya. Kalau mereka menilai buruk terhadap anda, maka rosaklah nama baik ‘dakwah’ yang anda canangkan.
Apa Pemimpin Perlu Buat.
Sebagai seorang pendakwah atau seorang pemimpin, mereka hendaklah tidak mencemuh, mengejek atau memburuk-burukkan nama mana-mana pihak yang lain.
Daripada berbuat demikian, lebih baik kita menjelaskan apa yang benar, menegah apa yang tidak baik, mengajak ke arah kebaikan dan berbaik-baik sesama manusia.
Jika perkara di atas ini telah dia buat, maka secara tidak langsung orang akan tahu, “Inilah jalan yang aku ingin masuk.” atau “Nampaknya pihak yang sana itu telah banyak melakukan keburukan rupanya. Barulah aku faham apa yang Islam ingin sampaikan.”
Kesimpulan
Islam itu sangat indah. Setiap apa yang kita ingin lakukan telah ditetapkan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat. Jadi, kaji betul-betul segala tindakan kita.
Jangan samakan Islam dengan Komunis. Dan kepada pihak yang bertanding, jangan sekali-kali anda jadi komunis!
Nota: Saya menulis entri ini dengan nada marah-marah. Tetapi sudah diedit semula. Kalau masih terasa kesan marah-marah itu harap maaf.
Setiap artikel yang tersiar di StudioMuslim.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat StudioMuslim.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.
Popularity: 17% [?]
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
September 17th, 2007 at 9:09 am
Setakat ini, saya tidak pernah mengundi dalam PRK. Serasa tidak ada gunanya. Saya lebih senang melakukan aktiviti-aktivit lain yang dapat menyumbang kepada masyarakat atau universiti.
[Reply]
September 17th, 2007 at 9:14 am
Apapun, saya sokong 100% artikel saudara ini!
[Reply]
September 17th, 2007 at 7:20 pm
salam perjuangan,
bagi ana, ana bersetuju dengan pandangan dan pendapat anta,
cuma dalam hal ini ana lebih berpendirian fleksible… ana lebih melihat kepada waqi’.
Ya.. ana juga cintakan politik yang bersih dari sebarang cemuahan, fitnah, makian etc… tp sesetengah keadaan ana belapang dada atas sebab tekanan “melampau” dari pihak yang meyalahgunakan tanggungjawab mereka(bhep)..
Pengalaman ana dalam dunia dakwah kampus banyak membuka mata ana…
[Reply]
September 17th, 2007 at 11:43 pm
Tujuan entri ini ditulis bukanlah saya mengajak orang tidak mengundi semasa PRK nanti. Tetapi ia lebih ditujukan kepada bakal-bakal pemimpin universiti.
Sdr Firdaus,
Tetapi…..
Huhu. Saya mungkin tidak mahu mengundi juga.
P/s: Kalau ada nampak saya mengundi nanti, itu mungkin atas dasar ‘terpaksa’ dan atas dasar ‘kawan’.
[Reply]
September 17th, 2007 at 11:44 pm
bila prk tahun ni? tak dengar apa2 cerita pun? azree ada terlibat ke?
[Reply]
September 18th, 2007 at 9:38 pm
Pertamanya, kesilapan individu janganlah dipandang sebagai kesilapan seluruh kumpulan. Ya, mungkin istilah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Semasa di universiti dahulu, saya juga kurang bersetuju dengan beberapa individu. Tetapi kerana saya tidak mahu konsert dan artis memasuki universiti, tidak mahu kebajikan pelajar terabai dan akhirnya saya menyertai politik kampus.
Sekurang-kurangnya dapat menyuburkan budaya ilmu, perbahasan-perbahasan keilmuan. Aktiviti masyarakat. Dapat membantah semasa pTPTN mengenakan bunga 4% (walaupun masih tidak berjaya menghapuskannya).
Tanggungjawab itu sangat besar. Pesanlah kepada sahabat yang bertanding, tumpukanlah kepada isu kebajikan mahasiswa. Biarlah pihak di sana menabur fitnah, mendakwa-dakwi dan sebagainya.
Saya dan rakan-rakan pernah dituduh PENDERHAKA KERAJAAN dengan surat dihantar kepada ibu bapa beserta salinan laman web entah mana yang mengutuk kerajaan. Sungguh tidak gentlemen. Belum lagi diheret ke Unit Siasatan jenayah universiti, sebab menceroboh kolej lain pada jam 10.15 malam. Bila ada sebarang masalah student, kami jugalah yang dipanggil untuk tolong menyelesaikan.. huhu..
Panjang pula komen saya. Apa pun, selamat mengharungi pilihanraya kampus. Timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya semasa universiti. Pengalaman itu suatu hari nanti boleh menjadi kenangan terindah.
[Reply]
September 18th, 2007 at 11:27 pm
Sdr Xara,
Terima kasih atas perkongsian pengalaman.
Apa yang saya cuba sampaikan di atas adalah kadang-kadang kita tidak sedar kita mengatakan orang lain memfitnah kita, mendakwa-dakwi kita dan sebagainya tetapi kita juga telah melakukan perkara yang sama kepada mereka.
Contoh paling senang, saya berikan keadaan di atas. Semasa pilihanraya sibuk kita dok pertikai kelemahan orang lain, keburukan orang lain dan macam-macam lagi. Bukankah itu juga telah menunjukkan kita juga melakukan perkara yang sama kepada mereka?
Rujuk balik surah An-Nahl, ayat 125 kalau tidak silap saya. Maksudnya lebih kurang berbunyi, “Balaslah setiap perbuatan dengan kebaikan.”
Cara memancing undi seperti yang sebutkan di atas harap dapat diubah. Itu tidak lebih menunjukkan mereka juga sama seperti orang yang mereka kutuk.
[Reply]
September 19th, 2007 at 11:54 am
Assalamualaik…Alhamdulillah…segala pujian bagi ALLAH tuhan semesta alam…saya bersetuju tentang cara kita berdakwah dengan mengikut cara dakwah Rasullullah iaitu BERHIKMAH…atau dgn kata lainnya dengan kebijaksaan…
Sebagai manusia biasa juga, kdg2 kita tak sedar kita akan terover dlm mempromosikan sesuatu sedangkan hakikatnya kita tidak menyedari kita sudah terover..mungkin saudara pun pernah terover dan mungkin saya juga pernah terover…yang penting apabila kita menyedarinya, kita muhasabah balik diri. mungkin ada yang tidak kena pada diri.
anta tahu syariat nabi ISA AS ? “When you get slapped at the right cheek, slap back at the left” ?
kalau syariat pada zaman nabi Muhammad, Kalau kita dilempang pada pipi kanan, lempang semula pada pipi kiri, TETAPI memaafkan adalah lebih baik…
Itu saranan nabi Muhammad SAW..ikutilah saranan baginda…tetapi kadang2 sebagai manusia biasa, kita tak lepas dari bisikan nafsu dan syaitan.
tentang kerajaan campuran Hamas-Fatah itu. memang hamas mahukan kerajaan campuran…tapi mahukah fatah ??? lama kelamaan pecah juga dan hamas kembali memikul senjata…sama juga dgn kita di kampus ini. Mahukah yg berkuasa berkongsi kuasa ??? sudah tentu xkan. mahu menjauhi islam lagi ada…hendak tak hendak terpaksa parti itu menjalankan propaganda.
Tahukah kenapa UIA bertukar kuasa kpd yg lebih hak stelah disalah gunakan oleh golongan A ? sebab adanya video yg menayangkan kebobrokan kepimpinan yg bukan ahlinya dan meminta agar dijatuhkan kepimpinan yg mencemarkan Islam.
ini salah satu strategi dakwah juga…cuma ia lebih keras dan mgkn tegas…ini shj jalan yg dpt dilakukan krn ketiadaan KUASA. apabila tangan dan kaki dirantai…Hanya mulut bertindak sebagai pedang…
Wallahua’lam…walau apa2 pun…tulisan saudara sgt menarik utk dibaca. wassalam
[Reply]
September 19th, 2007 at 12:00 pm
suka saya bawakan peribahasa ini…kalau tiada angin yang melanda…takkan pokok bergoyang. renungkan dan pondering first.
[Reply]
September 19th, 2007 at 12:17 pm
PRK tu apa?
[Reply]
September 20th, 2007 at 4:25 am
Xara, artis tu hinakan sampai tak leh masuk U
U untuk bebudak tahap malaikat
sampaikan artis cam confirm ahli neraka.
Sebab bebudak malaikat taknak tunjuk apa yang betul pada mereka,
Just opinion
kan artis bawa maksiat
Camner nak wat
Mentaliti aku baik dia jahat masih berjalan dalam dunia label islami student
Yang lain ok
yang tu jek
[Reply]
September 20th, 2007 at 9:47 am
pakdi, perlu ke nak tanya soalan macam tu? (’,')
saya tak suka artis, tapi saya suka nasyid ^_^
[Reply]
September 20th, 2007 at 10:08 am
huuu saudara saladin perlu lebih ADIL menghukum fatah dan hamas..saya amat bersetuju dengan anda saudara Azree..
tidak semudah ABC untuk melempang kembali pipi kiri mereka..
jika tidak masakan Muhammad S.A.W menghalang malaikat menjaga bukit dari menghimpit kaum Thaif yang menghujam nabi dengan batu..
adakah KUASA merupakan segala-sagalanya dalam melaksanakan da`wah?kita kena amik sebanyaknye iktibar cara da`wah nabi..sebab itu cara yang terbaik..mungkin saudara azree boleh hurai lagi..saya belum mendapat gesaan untuk menulis tetapi saya akan terus menghasut saudara
moga kita beroleh manfaat dan taufiqNya
[Reply]
September 20th, 2007 at 12:15 pm
Saya setuju.
[Reply]
September 20th, 2007 at 7:55 pm
wah, hot entri azree yang ni
[Reply]
September 21st, 2007 at 2:13 am
Saudara TM, kalau yang masuk itu artis dangdut, apa ke hal nya..huhu.. maaf kerana tidak mendetailkan.. dan saya tidak pernah menyatakan artis itu confirm ahli neraka
[Reply]
September 21st, 2007 at 3:08 am
Inilah peluang kita berjihad dengan senjata apapun di tangan kita. Kalau falsafah terung dengan durian tu..orang dakwah selalu guna:)) tapi, kalau PRK di UM kak ummu harap sangat2 adik akademi Islam turun memilih calon terbaik (akademik dan sahsiahnya)kerana sudah nampak di sebelah pihak sana mahu jadi penjajah. lihat saja, belum apa2 lagi (PRK) kolej 12 dah tunjuk belang dengan budak2 aspirasinya..gantung kain ‘Ini tanah kawasan aspirasi’kehkehkeh,, nak tanya sikit, duit mak bapak depa ka beli tanah buat kolej tuh atau duit yuran kami yang pening2 belajar, orang lain sapu hak..
kalau la tak ada yang membangkang puak2 tu..habislah terjajah semua tanah2 di UM tu.. alahai universitiku yang nak membiskutkan kepala otak budak2nya dengan ’sesetengah’ manusia yang tak menggunakan hikmah mentadbir kuasa..
sokong sangat PRK!!!
[Reply]
September 21st, 2007 at 9:07 pm
Salam saudara azree…harap berada dlm keadaan sihat dan dilindungi serta dirahmati Allah…secara umumnya saya bersetuju dgn hampir 95% kandungan artikel yg saudaralemparkan.cuma terdapat sbhgn yg saudara perlu lebih bykkan pengkajian(pd pandangan saya)…antaranya berkaitan dgn perenggan ini..
(Dalam berpolitik, Nabi Muhammad tidak pernah mengatakan orang lain adalah salah maka dia adalah benar. Walaupun seteruk mana sekalipun orang yang menentang beliau, Nabi Muhammad tidak akan melemparkan sebarang cemuhan atau ejekan kepadanya.
Dan tidak pula Nabi Muhammad mengatakan dia adalah jahat, pencemar agama, tidak layak memimpin dan sebagainya. Nabi pernah berkata, “Sesungguhnya dusta yang paling besar adalah tindakan seorang penyair yang merangkai syair ejekan kepada sesuatu pihak.”)
apa yg ingin saya fokuskan berkaitan dgn anjuran saudara supaya mencontohi serta mengkaji tindak tanduk Rasul saw dlm berdakwah dan berhadapan musuh baginda saw..secara umunya saya bersetuju ttp dlm sstgh perkara..namun saudara perlu lebih terperinci dlm mengkaji sirah dan sunnah rasul junjungan saw…adalah sgt tidakadil utk memperkatakan atau menyandarkan sesuatu ke atas rasul junjungan saw tanpa asas g kukuh lagi mapan.pendapat saudara bahawa rasul saw tidak pernah sama sekali mengatakan si fulan dan si fulan jahat dsbnya adalah tidak tepat.berikut sayab bawakan beberapa potongan dr hadith nabawi yg menjadi dalil dan alasan bahawa ghibah(memperihalkan aib seseorg) dlm sesetgh perkara adalah dibenarkan syara’ sptmana yg diterangkan oleh Imam Ghazali dlm kitabnya Ihya Ulumuddin dan Imam Nawawi lm kitabnya Al-Azkar…menurut beliau..antara tempat yg dibenarkan syara’ utk memperihalkan keaiban sesorg salah satunya bilamana keadaan memerlukan utk memberi peringatan kepada kaum muslimin secara umum ttg kejahatan seseorg moga2 kejahatan@kemungkaran tersebut terhindar dr kaum muslimin.berikut adalah cth drpd sunnah/hadith rasul saw:
Hadis:
“Aisyah r.a. berkata: Seseorang datang minta izin kepada nabi s.a.w. (masuk ke rumah). Lalu nabi s.a.w. bersabda: Izinkanlah. Dia adalah sejahat-jahat orang di kalangan kaumnya.” (riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis:
“Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi s.a.w. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dalam riwayat drpd Fatimah bt Quwais dpt kita lihat bagaimana sikap Rasulullah saw yg sgt hikmah dan berhati demi menyelamatkan umatnya dr terhindar dr segala kemudharatan dan memperolehi kemaslahatan.Demikian apabila situasi kemudharatan itu bakal menimpa seorg individu,akan ttp dlm suasana kondisi prk ianya adalah lebih besar lg di mana kemudharatan itu akan menimpa umum,justeru lebh awla tindakan memberi peringtn kepada kaum muslimin ttg kejahatan@kemungkaran individu@kelompok itu(dengan sekadar utk menyebut kemungkaran tersebut shj tanpa melampaui batas yg dibenarkan)…
akhir kalam,saya berharap saudara lebih adil dlm memperihalkan sesuatu berkenaan baginda saw moga kita sama2 tidak tergolong dr kalangan orang2 yg merugikan perjuangan Islam yg diwarisi dr perjuangan para nabi,awliya dan solehin,lantaran kegagalan kita mengkaji secara mendalam sunnah rasul junjungan..
[Reply]
September 22nd, 2007 at 7:19 am
En. Muhammad,
Sy rsa apa yg dkatakan pd contoh kat artikel ni tentang sifat Nabi Muhammad yg tdak mengejek dan mencela. Bkannye m’perihalkan aib seseorg. M’perihalkan aib seseorang lain dengan p’kataan mengutuk-ngutuk, m’cela-cela, dakwa-dakwi dan sbgnya.
Mgkn penulis t’salah mengguna istilah.Ini skadar pndpt sy.
Hrp dbetulkan.
[Reply]
September 22nd, 2007 at 9:57 am
En Mynx,
Saya hanya menilai apa yg terzahir dr penulisan saudara azree.apa yg ditaqdirkan@tersirat adalah di luar batas kemampuan menilai saya..Nahnu nahkum bizzawahir waalah yahkum bissarair..yg penting nya disini penulis secara umum harus lebih berhati2 dlm menyandarkan sesuatu ke atas Nabi Muhammad saw..dibimbingi tersilap melakukan dusta ke atas Rasul saw…wallahua’lam.
[Reply]
September 22nd, 2007 at 12:36 pm
Terima kasih sdr Muhammad kerana membetulkan kesilapan.
InsyaAllah entri ini akan diperbaiki dan akan dihuraikan dalam entri akan datang tentang apa yang disebutkan sdr.
P/s: Komen membina macam inilah yang saya tunggu.
Sdr Mynx,
Hurm. Pendapat sdr ada betulnya. Cuma perlukan huraian sedikit.
[Reply]
September 25th, 2007 at 6:55 am
Salam
Saya tak pernah terlibat dengan PRK di Malaysia, jadi maafkan saya jika komentar dari saya agak ‘kurang matang’ daripada komentar sahabat lain, yang rata-ratanya pernah terlibat dengan asam-garam warna-warni PRK.
Namun ingin saya katakan, sudah menjadi adat kehidupan, kita hendaklah memberi barulah kita akan menerima. There is always the law of cause and effect.
Kita memberi bunga, barulah kita dapat harumnya.
Kita memberi perkhidmatan, barulah kita dapat penghormatan.
Jadi, jika kita mempamer akhlak Rasulullah saw dan sahabat, dakwah Rasulullah saw dan sahabat, semangat Rasulullah saw dan sahabat, cara hidup Rasulullah dan para sahabat, nescaya tanpa disuruh, tanpa dipaksa, orang akan mengangkat kita sebagai pemimpin. Bahkan, kita mungkin akan dipaksa naik untuk memimpin.
Namun, andai budaya cakap tidak serupa bikin, umpat-mengumpat, ugut-mengugut, sindir-menyindir, buruk sangka, dan.. (sila tambah sendiri, anda lebih arif kerana faham suasana PRK) maka kita akan menuai apa yang kita tanam dengan tangan-tangan kita sendiri.
Oh ya, mungkin apa yang saya tuliskan bunyinya seperti terlalu ideal, yang hanya didapati dalam buku-buku sirah dan novel-novel, namun itulah hakikatnya, itulah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Janganlah menjadi seperti si ketam, menyuruh anak berjalan lurus tetapi diri sendiri berjalan senget.
Semoga Allah menguatkan kita agar tabah dalam membawa agama Islam, amin.
wallahua’lam
[Reply]
September 27th, 2007 at 6:56 am
betul betul… erm setuju setuju… baca surah al hujurat banyak panduan…
[Reply]
September 29th, 2007 at 4:13 am
http://uk.youtube.com/watch?v=kwMQfISCKOA
[Reply]
October 2nd, 2007 at 12:54 am
entri yang menarik..teringin merasai suasana pilihanraya macam universiti lain yang bertanding parti tetapi kami di sini hanya mengundi calon untuk MPP sahaja tanpa ada parti.
[Reply]
October 3rd, 2007 at 3:22 pm
artikel enta tu betul, tapi tak kena tempat. alau enta rasakan mende tu berlaku kat student2 di kampus2, sepatutnya enta direct dgn pimpinan agar boleh dilakukn pembaikian.
lagi satu enta mendakwa mereka sering mengaku mereka baik, dan pihak bertentang dengan mereka sebagai jahat. betulkah hal ini?
dalam hal seperti ini ana selalu berdepan dengan sahabat2 tabligh. dalam banyak2 mereka sebut akhirnya ana katakan pada mereka. mereka kata politik ini tak boleh, perjuangkan islam bukan dengan cara politik. politik selalu justify orang lain.
then ana tanya sahabat ana tadi balik, enta kata depa justify orang lain, yang enta kata depa justify orang lain tu tak justify jugak ke enta ni?
sahabat ana tadi diam-kelu dan sedikit angguk. terus dah tak sebut hal itu. ana bukan nak buktikan apa-apa kat sini. biasanya orang bila dah faham dia dah tak ulang dah perkara (silap) yang sama.
kita ni tak sedar yg kita kata orang-sedang kita pun sama atau mungkin tak ke mana pun sebenarnya. lebih-lebih lagi sampai tahap wewenang menyamakan orang yg nak bawa islam dengan komunis. takkan takdak cara lain yg lebih berhikmah?
bukankah itu yg enta hendak sampaikan?
kalau yg nak bawa islam tu disamakan dengan komunis. yang selama ni pihak yg melawan/menyekat/menekan/menindas islam dan pejuangnya tu enta nak kata apa? amerika?
apa kurang sekular amerika dengan komunis rusia?
now we see, permainan kata-kata yg tidak berdalil ini tertolak dengan permainan kata-kata juga.
minta maaf atas salah silap ana.
[Reply]
October 3rd, 2007 at 5:02 pm
Sdr YADI,
Untuk makluman saudara, sudah saya maklumkan tentang perkara ini kepada pihak yang berkaitan termasuk pimpinan. Tetapi masih ada lagi poster-poster yang berkenaan(kutuk-kutuk, dakwa-dakwi dsb) ditampal.
Jadi, rasa macam kalau saya beritahu hanya kepada satu pihak sahaja sedangkan pihak lain(mungkin pihak lain) masih buat. Baik saya tulis satu entri yang mengatakan sesuatu secara umum seperti entri ini.
Saya menulis untuk umum. Kalau ada yang terasa, harap maafkan. Siapa yang makan cili, dialah yang merasa pedasnya.
Kalau diperhatikan saya cuma mengatakan tentang ‘cara’ yang salah dan bukannya mengatakan ‘pihak’ itu salah. Dan sememangnya bukan hanya satu pihak yang melakukan hal ini. Terlalu banyak pihak. Kalau saudara mahu mengatakan cara itu betul dan benar, teruskan. Saya hanya memberikan pendapat saya untuk bacaan umum dan sememangnya ini juga permintaan daripada beberapa orang rakan saya untuk menulis entri ini supaya ramai yang faham.
Dan sekali lagi entri ini adalah untuk umum supaya tiada yang mengulangi cara(perbuatan) yang sama dalam berdakwah.
P/s:Entri ini ditulis oleh orang yang tidak belajar ilmu agama yang tinggi, tidak masuk sekolah pondok, tidak belajar agama tinggi-tinggi. Cuma ada beberapa asas agama yang diajar semasa di sekolah sahaja. Kalau ada rasa entri ini salah, tidak kena tempat, maka silalah kenakan tempatnya.
[Reply]
October 3rd, 2007 at 11:27 pm
Kadang-kala me’ngomen’ cara kerja orang itu sedap sungguh daripada buiat kerja..
[Reply]
October 4th, 2007 at 8:33 am
tidakkah tindakan enta menulis seperti ini menandakan enta seorang yang kecewa dan agak terburu-buru?
nabi SAW buat kerja dakwah yang sama banyak kali, tapi tetap sabar sehingga ada yg mengikutnya dan tak kurang juga yang tidak menerima apatah lagi menentang.
kalau kesabaran dan hikmah lah pengajaran yg enta hendak sampaikan, maka enta dululah orangnya yang kena memahami dulu hakikat sabar yg enta katakan itu.
cukuplah ana komen setakat ini. tak mahu lagi diperpanjangkan. takut rasa marah yang menguasai ana saat itu nanti bukan lagi perbincangan atas dasar ikhlas dan hikmah.
“dan janganlah kamu saling berbantah, yang mana dapat menghilangkan kekuatan kamu: surah Muhammad.”
“saling bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bersaling bantu dalam perkara keji dan permusuhan.”
“Istirehatkan hatimu, kerna tidak dia dijadikan dari batu dan besi.” : maksud hadis
kebenaran itu sesuatu yg kita rasakan tenang di dalam diri kita : cendikiawan
minta maaf salah silap : YaDi
-::TAMMAT DAA::-
[Reply]
October 4th, 2007 at 9:53 am
Sdr ambsmart,
Saya hanya sekadar menyampaikan apa yang saya belajar dan daripada pandangan ‘orang awam’ di sekeliling. Bukankah kerja dakwah itu masih banyak lagi cabang dan caranya?
Sdr YADI,
Kecewa itu memang ada tetapi kalau saudara rasa saya terburu-buru itu mungkin kerana saya terlepas pandang. Sebab seperti yang saya katakan, saya telah maklumkan perkara ini kepada pimpinan dan sudah saya edit beberapa perkara sebelum entri ini dipost. Dan bukankah itu yang saudara mahukan pada komen saudara yang pertama.
Kalau ada kesalahan, harap maafkan.
Dan memang salah satu perkara yang ingin saya sampaikan adalah ’sabar’. Jadi, marilah kita bersama-sama memahami dan mendalaminya. Eh, takkan saya seorang saja yang kena memahaminya?
P/s: Apa salahnya ada rasa kecewa dengan cara pimpinan orang yang kita undi?
[Reply]
October 26th, 2007 at 11:26 pm
Salam..
Bagus entry saudara ni..
Tapi kalau saudara sendiri diancam pihak yang menggunakan kuasa dengan cara yang salah, adakah saudara akan buat tidak tahu sahaja?
setuju dengan zara. kita juga kena ikut waqi’. syukron
[Reply]
December 10th, 2007 at 11:43 pm
Lisanul hal aje ke?
[Reply]
January 8th, 2008 at 10:16 pm
Patutlah susah Islam nak menang PRK. Mentaliti student yang kononnya Islami masih lagi di takuk ini. Nampak perkara buruk pada pemimpin yang ingin bawa Islam, tak nak tegur tapi ambil sikap berdiam diri(Yang ini lagi teruk daripada mencegah dengan hati, selemah-lemah iman) Saya lagi khuatir penentuan baik buruk yang dirasakan betul ini hanyalah berlandaskan ilmu politik islam yang cetek, lantas terus “berani” mengkritik melalui blog. Jika tidak mahu terus berdosa berada dalam pemerintahan(kampus) yang sekular dan bersifat hedonistik, susah sangat, tutup mata(ilmu tak banyak, pancaindera pasti tertipu, maka tutuplah matamu) dan terus pangkah ISLAM!
[Reply]